Ahad, 6 Julai 2008

Umno Kurang Ilmu Agama

Anwar tidak perlu bersumpah - Mufti Perak

Ulama terkemuka di Malaysia seperti Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato' Hashim Yahaya dan beberapa yang lain menegaskan, Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak perlu bersumpah.

Dato' Seri Harussani membuat penegasan itu berkata, Anwar yang dihadapkan pertuduhan melakukan liwat, tidak perlu bersumpah atau bermubahalah kerana ianya tidak menepati undang-undang Islam.

Ini kerana katanya, tuduhan yang dikenakan ke atas beliau oleh bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah dakwaan jenayah yang termasuk dalam hukum kazaf.
"Kaedahnya dalam kes ini, ialah 'orang yang menuduh mestilah mengemukakan bukti' dalam mahkamah, jika dia gagal mengemukakan bukti, dia boleh dikenakan hukuman hudud," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Mengulas mengenai cadangan beberapa pihak termasuk Mufti Perlis yang menggesa Ketua Umum KeADILan itu bersumpah untuk membuktikan beliau benar atau pun tidak, Harussani secara sinis mengatakan, "itu cadangan dari orang yang terlebih pandai."

Katanya, masalahnya dalam kes membabitkan Anwar adalah perkara yang menjatuhkan maruah dan tidak timbul soal perlunya orang yang mendakwa atau tertuduh untuk bersumpah.
Mufti Perak itu turut memberi peringatan kepada umat Islam, khususnya orang-orang Melayu supaya tidak terikut-ikut dengan budaya agama lain yang bersumpah dengan kitab dan sebagainya ( Yahudi dan Kristian ).

"Tiada kaedah langsung kena sumpah dengan al-Quran, itu meniru budaya agama lain, sumpah yang ada dalam Islam cuma 'Wallahi, Wabillahi, Watallahi'," tegasnya.
Menyuarakan pandangan yang sama, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato' Hashim Yahaya berkata, kes yang dituduh kes atas Anwar adalah yang membabitkan hukum kazaf, bukannya li'an.

"Sumpah hanya diterima dalam kes suami isteri atau li'an. Menyuruh tertuduh bersumpah dalam kes membabitkan kazaf menyalahi hukum syarak," tegasnya ketika dihubungi.
Menurut beliau, masyarakat Islam tidak harus dikelirukan dengan gesaan bersumpah, kerana sumpah bukannya sesuai dalam semua perkara.

"Isunya tidak ada sumpah dalam bab kazaf, orang yang menuduh (Saiful) mesti membawa saksi sebagaimana yang disyaratkan dalam kanun jenayah syariah, jika dia gagal, dia boleh dikenakan hukuman 80 sebatan," tegas beliau._

Khamis, 3 Julai 2008

P. RAMLEE DAN UMNO

TERINGAT KEMBALI AKU KPD ULASAN SENIMAN AGUNG P.RAMLEE KETIKA DITANYA OLEH MENTERI KEBUDAYAAN KETIKA ITU TAN SRI GHAZALI SYAFIE TENTANG FILEM PENDEKAR BUJANG LAPOK YG BELIAU ARAHKAN..




ALIF MIN NUN WAU, ALIF TENDANG WAU = SARKIS
ALIF MIN NUN WAU ADALAH HURUF ARAB KALAU DIEJA BUNYINYA UMNO..

ALIF ITU AKAL
WAU ITU UGAMA

" KALAU AKAL TOLAK AGAMA MAKA MANUSIA AKAN JADI SEPERTI HAIWAN2 SARKIS.. "

SAYA HANYA NAK PESAN KPD TAN SERI DAN JUGA SEMUA PEMIMPIN MELAYU YG BERAGAMA ISLAM, KALAU KITA TOLAK AGAMA MAKA SUATU MASA NANTI ANAK BANGSA KITA AKAN MENJADI HAIWAN2 SARKIS.. - UJAR P.RAMLEE KPD TAN SERI GHAZALI SYAFIE..

ULASAN INI BOLEH KITA DAPATI DALAM BUKU YG YG TULIS OLEH SAUDARA ABDULLAH HUSSIN YG BERJUDUL SENIMAN AGUNG P.RAMLEE DITERBITAN TAHUN 1985

*Abdullah Hussin adalah salah seorang wartawan majalah Gelangang Filem yg di kelolakan oleh P.Ramlee dan beliau juga merupakan salah seorang teman rapat kpd P.Ramlee.

ADAKAH SEGALA RAMALAN SERTA ANDAIAN YG DIBUAT OLEH P.RAMLEE 40 TAHUN DAHULU TENTANG NASIB UMNO BENAR2 TELAH MENJADI KENYATAAN KETIKA INI..??
SAMA2LAH KITA RENUNG2KAN...

Rabu, 2 Julai 2008

ORG UMNO PERCAYA DGN LIDAH SYAITAN

pelik sungguh aku tengok ko ni nazas..!!
sekarang ni kita di zaman dunia tanpa sempadan..
apa yg berlaku di dalam dunia ni semua org tahu..
termasuklah negara2 islam dan negara2 eropah..

Dunia islam dan dunia barat menjadi gempar dengan pertuduhan liwat ke atas anwar ibrahim..
semua negara dunia mengecam tindakan konspirasi untuk mengaib serta memusnahkan karier politik anwar ibrahim..
jangan termakan dgn propaganda media UMNO BN..

sebenarnya perdana menteri Turki saudara Tayyeb Erdoganlah org pertama sekali yg mengecam tindakan fitnah tersebut..
Kenapa tak disiarkan kenyataan beliau tersebut..

yang kedua mengecam adalah ulamak2 al-azhar..
Para ulamak tersebut mengeluarkan kenyataan akan mengadakan solat hajat beramai2 bagi memohon ke khadrat allah agar keadilan dapat ditegakkan di dalam perbicaraan kes anwar nanti..

Mereka juga melahirkan rasa kesal kerana bagi mereka anwar adalah salah seorang pakar ekonomi islam yang lahir pada abad ni dilayan sedemikian rupa oleh pemerintah islam sendiri..

Yang ketiga mengecam adalah saudara bambang yudoyono peresiden indonesia..
kesemuanya tidak disiarkan oleh media syaitan kerajaan

Kemudian baharulah amerika mengecam konspirasi tersebut..ko ni nama jer ada komputer kat rumah tapi kes besar macam ni pun kau tak peka.. ( yang ni syaitan cukup suka )..

Lain kali carilah bahan berita dunia bukannya asyik layan myspace jerr.. sebab tu kepala hotak ko lembab sgt..