Isnin, 1 Disember 2008

Akibat Kemusnahan Sistem Kekhalifahan Islam..

Natijah Yang Harus diterima Oleh Umat Islam Kesan Daripada Semangat Kebangsaan ( Assobiyah ) Yang Diapi-apikan Oleh Pemerintah Negara2 Islam seluruh Dunia Termasuk Negara Kita Malaysia..

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum, sehingga kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka" [TMQ Ar Ra'd (13):11] Siapakah Pejuang Kemerdekaan Sebenar? Setiap tahun pasti ada segmen samada di televisyen atau akhbar-akhbar tempatan yang menampilkan beberapa orang 'pejuang' kemerdekaan untuk tatapan generasi yang lahir sesudah merdeka, agar mengenali dan menginsafi kepayahan mendapatkan sebuah kebebasan.

Mereka ditemuramah dan diminta menceritakan kisah perjuangan mereka sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Tidak kurang, sejarah beberapa orang tokoh yang telah kecundang turut dikisahkan.

Jika dulu kisah-kisah seperti Leftenan Muda Adnan dan Bukit Kepong sering diketengahkan setiap kali menjelang hari kemerdekaan, kini kehangatannya sudah semakin pudar seiring dengan pudarnya semangat kemerdekaan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia. Mungkin juga kerana rakyat Malaysia khasnya umat Islam mula menyedari bahawa Tanah Melayu sebenarnya memperolehi kemerdekaan tanpa menumpahkan setitis darah pun.

Kemerdekaan yang diperolehi sesungguhnya adalah melalui proses 'rundingan' yang dilakukan oleh Perdana Menteri Pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman dengan pemerintah British ketika itu. Sejarah menceritakan kepada kita bagaimana Tunku Abdul Rahman berulang-alik ke kota London untuk 'menagih' sebuah kemerdekaan yang sememangnya telah dirancang oleh British. Setelah British berpuas hati bahawa segala cara hidup, undang-undang dan juga sistem kufur ciptaan mereka akan diteruskan oleh pemimpin-pemimpin Tanah Melayu, maka British dengan senang hati dan bangga 'menghadiahkan' sebuah kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

Wahai kaum Muslimin! Kajilah dengan minda yang jernih dan kalian akan menyedari bahawa sebenarnya Leftenan Muda Adnan adalah seorang askar Melayu yang berjuang mempertahankan Bukit Candu dari serangan Jepun pada 13 Februari 1942 di atas tiket tentera British dan bukannya menentang Jepun untuk mendapat kemerdekaan, tetapi untuk mempertahankan kekuasaan pemerintahan British di Tanak Melayu. Begitu juga dengan peristiwa Bukit Kepong yang sebenarnya tidak ada kaitan dengan perjuangan kemerdekaan. Kakitangan polis dibawah naungan British pada waktu itu terpaksa berjuang untuk mempertahankan diri masing-masing di Berek Polis Bukit Kepong yang diserang oleh Komunis yang diketuai oleh Muhammad Indera dengan kekuatan 200 orang anggota. Peristiwa berdarah ini berlaku pada pukul 5.00 pagi tanggal 23 Februari 1950 dan mengakibatkan seramai 50 orang terbunuh.



Lt. Adnan yang berpayung dibawah Kerajaan Inggeris
serta mempertahankan Kedaulatan British di Tanah Melayu.




Anggota2 polis bukit kepong berkhidmat untuk Inggeris.
Kerajaan yang dimaksudkan adalah Pemerintah British.
British menuduh Alim Ulama` serta pendakwah yang
menentang mereka adalah tali barut komunis..
Seperti Rashid Maideen dan Shamsiah Fakeh.
Sudahnya Org melayu islam berperang dan berbunuhan sesama sendiri.

Sebelah pihak bersekongkol dgn Kerajaan British dan sebahagian lagi
mereka yang tediri dari para ulama` serta pendakwah yang
ingin mengusir British dari Tanah Melayu.
Pekara yang berlaku di tanah Melayu sebelum merdeka dahulu adalah
sama seperti apa yg berlaku di Iraq dan Afganistan ketika ini
Modus Operandinya tetap sama.


Perjuangan mereka ini pada hakikatnya bukanlah untuk kemerdekaan seperti yang disangkakan ramai. Hakikatnya, perjuangan mereka ini adalah Mengatas namakan British dan pemerintahannya di Tanah Melayu. Inilah kejayaan British. Mereka berjaya menanamkan konsep bahawa sesiapa sahaja yang menjadi musuh British, maka ia adalah musuh kita. Kita amat membenci Jepun, begitu juga Komunis, tetapi kita amat sayang kepada British, walhal mereka inilah yang memecahbelahkan kita dan menjadi penjajah yang lebih dahulu dan lebih lama menjajah kita daripada Jepun atau Komunis.

Berlaksa-laksa emas kita, timah kita, bijih besi kita dan lain-lain sumber alam kita yang mereka rampas, kemudian kita berterima kasih kepada mereka kerana menganugerahkan kita sebuah 'kemerdekaan'! Tidakkah kita sedar bahawa walaupun penjajahan telah berakhir, namun British masih berjaya meletakkan dirinya sebagai tuan kepada semua negara bekas jajahannya melalui kewujudan negara-negara Commonwealth, yang tak lain tak bukan bertujuan memperingati 'ketuanan' British suatu waktu dulu.

Dalam aspek lain, ternyata ketuanan British sampai sekarang masih ada di hati sebahagian dari umat Islam. Rasa bangga apabila dapat belajar di negeri penjajah masih menebal di kalangan masyarakat. Rasa bangga apabila dapat menguasai bahasa penjajah juga masih berlegar dalam masyarakat. Rasa bangga dengan kemerdekaan yang mereka hadiahkan kepada kita masih sampai sekarang dirasai dan dira'i! Inilah kejayaan British.

Wahai kaum Muslimin! Rasulullah Sallallahu "alaihi wa Sallam telah berjaya membuka kota Mekah pada tahun ke-8 Hijriyyah. Rasulullah telah mengeluarkan umat manusia dari kegelapan menuju cahaya. Baginda berjaya membebaskan manusia yang ada di Mekah pada waktu itu yang masih terbelenggu dengan sistem Jahiliyyah dan menggantikannya dengan sistem Islam. Rasulullah dan para sahabat seterusnya berjaya melepaskan satu demi satu negara yang dikongkong dengan penyembahan kepada taghut dan memimpin mereka kepada penyembahan kepada Allah. Khalifah Umar Al Khattab radhiAllahu 'anhu telah membuka kota Baitul Muqaddis, kiblat pertama umat Islam yang di dalamnya terdapat Masjid Al-Aqsa yang merupakan masjid ketiga mulianya di sisi Islam. Sultan Muhammad Al Fatih telah membuka Constantinople (Istanbul) dan Allah telah memberi kemuliaan kepada beliau melalui sabda Rasulullah Sallallahu "alaihi wa Sallam,

"Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya" [HR Ahmad]. Ramai lagi para para pemimpin Islam yang telah melakukan perkara yang sama, samada di zaman pemerintahan Bani Umayyah, Abbasiyyah mahupun Uthmaniah. Salahuddin Al-Ayubi, seorang tokoh yang sukar dicari ganti yang telah melancarkan banyak jihad untuk membebaskan manusia dari kegelapan dan kezaliman pemerintahan kufur menuju pemerintahan Islam. Pembebasan Baitul Muqaddis merupakan sejarah harum yang telah dilakukan oleh beliau. Panglima Islam, Rabi' bin Amir, di dalam misi jihadnya ke Parsi, dengan tegas dan beraninya menyatakan kepada Rustam, Ketua Panglima perang Parsi.

"Sesungguhnya Allah telah mengutus kami untuk mengeluarkan manusia dari penyembahan sesama makhluk kepada penyembahan kepada Allah, dari kezaliman agama-agama yang ada menuju keadilan Islam, dan dari kesempitan dunia kepada keluasan akhirat." Di sepanjang pemerintahan mereka, para Khalifah Islam tak putus-putus melancarkan jihad dan membuka serta membebaskan manusia daripada belenggu sistem hidup kufur kepada sistem hidup Islam. Tokoh-tokoh inilah yang merupakan pejuang kemerdekaan sebenar.

Mereka membebaskan negara-negara kerana Allah, mereka memerdekakan negara-negara kerana mengikuti Rasulullah dan mereka berjuang demi meninggikan kalimat Allah, bukan berjuang mempertahankan musuh dan sistem kufur. Mereka ini juga bukan merupakan 'pejuang kebangsaan', tetapi merekalah 'pejuang Islam' yang dirahmati Allah. Tokoh-tokoh inilah yang sepatutnya dibanggakan dan diikuti oleh kita kaum Muslimin.

Mereka membebaskan umat manusia dan membawanya menuju kebangkitan dan kemuliaan, hanya dengan Islam. Khatimah Wahai kaum Muslimin! Umat Islam wajib dimerdekakan dari sistem kufur yang membelenggu mereka. Kemerdekaan yang sebenar adalah kembalinya umat Islam ke pangkuan Islam sepenuhnya, keluarnya umat Islam dari mengabdikan diri kepada sistem buatan manusia, kepada sistem ciptaan Tuhan manusia.

Keluarnya British dari Tanah Melayu tidak bermaksud yang kita telah merdeka. Secara fizikalnya British memang telah kembali ke negara mereka, tetapi penjajahan yang lebih dahsyat masih lagi berlaku iaitu dari segi pemikiran. Pemikiran umat Islam hari ini masih lagi dijajah. 'Orang' British telah pergi, tetapi 'cara hidup' British masih berjalan dan diamalkan. 'Pemimpin' British telah balik, tetapi pemimpin yang berpemikiran British masih ramai, 'Pemerintah' British telah tiada, tetapi undang-undang British masih kekal hingga sekarang. British meninggalkan benih2nya di negara kita dengan melantik Tunku Abdul Rahman sebagai bapa Kemerdekaan kerana perwatakan Tunku yg lebih kepada British, Tunku Abdul Rahman merupakan seorang putera raja itu terkenal dengan sifat playboy, sukakan muzik, suka menari dan seorang peminum arak.

Inilah hakikat penjajahan yang masih berlaku di Malaysia di mana sistem kufur British masih lagi 'berkuasa penuh'. Walau tiada seorang pun yang berambut perang dan bermata biru di dalam kabinet Malaysia, namun sistem mereka masih tetap 'diwarisi' dan digenggam erat. Wahai kaum Muslimin! Kalian perlu merdeka dari seluruh ikatan-ikatan kufur yang mengikat kalian. Ikatan assabiyyah (perkauman), wathaniyyah (patriotisme) , liberalisme, sekularisme, pluralisme dan bermacam-macam 'isme' lain lagi merupakan ikatan-ikatan kufur yang masih membelenggu kalian. Ikatan-ikatan inilah yang menyebabkan kalian berpecahbelah dan menjadi semakin lemah, dan inilah yang dikehendaki oleh musuh-musuh kalian. Dengan itu, mereka boleh membantai Palestin dengan sesuka hati, menumpahkan darah di Afghanistan semahu mereka, menyiksa kaum Muslimin di Iraq tanpa rasa kemanusiaan dan bermacam-macam lagi penganiayaan ke atas umat Islam.

Mereka tahu bahawa umat Islam di seluruh dunia, khasnya para pemimpin, hanya akan menjadi penonton kepada kekejaman mereka. Mereka tahu bahawa pemimpin Indonesia hanya akan berdoa, pemimpin Malaysia hanya akan bersolat hajat, pemimpin Arab hanya akan membisu, pemimpin Pakistan akan bersama mereka, pemimpin Mesir hanya sekadar mengecam dan begitulah seterusnya. Wahai kaum Muslimin! Sanggupkah kalian berpesta menyambut kemerdekaan yang hanyalah merupakan satu pendustaan penjajah sedangkan penderitaan yang menimpa saudara-saudara kalian masih tidak kunjung padam?

Sanggupkah kalian bergembira menyaksikan perarakan yang menelan berjuta-juta ringgit wang rakyat sedangkan jumlah rakyat yang masih miskin dan menderita seringkali tidak dihiraukan? Bukankah lebih baik wang tersebut digunakan untuk memelihara rakyat yang menjadi kewajipan ke atas setiap pemimpin? Sanggupkah kalian beristirehat menonton televisyen sempena kemerdekaan sedangkan Allah memerintahkan kalian untuk berda'wah dan berjuang serta berjihad bagi menzahirkan agamaNya di muka bumi? Bukannya jihad ekonomi yang mementingkan keselesaan duniawi. Sanggupkah kalian taat dan tunduk patuh kepada sistem kufur yang ada sekarang kerana telah memberi sedikit kenikmatan dunia kepada kalian sedangkan pada waktu yang sama kalian membelakangi perintah Allah dan RasulNya? Wahai kaum Muslimin! Janganlah kalian hanya ternanti-nanti munculnya para pejuang kemerdekaan Islam yang sebenarnya.

Kita wajib berusaha untuk mengembalikan kehidupan Islam (isti'naful hayatul Islamiyyah) dengan jalan menegakkan semula Daulah Khilafah yang akan memerdekakan umat islam di seluruh dunia. Kita dan saudara-saudara kita di seluruh dunia sesungguhnya benar-benar terdesak memerlukan seorang Khalifah yang akan mempersatukan kita semua di bawah Daulah Khilafah Islamiyah yang akan membebaskan Palestin dari cengkaman Israel, yang akan membebaskan Iraq dan Afganistan dari dikuasai Amerika, yang akan membebaskan Pakistan dari si pengkhianat Islam, Pervez Musharraf, yang akan membebaskan Uzbekistan dari pembunuh kejam, Islam Karimov dan yang akan memerdekakan seluruh negeri kaum Muslimin yang lainnya dari cengkaman Barat dan kuncu-kuncunya serta sistem-sistemnya. Wallahu a'lam.

Tanggung jawab kita sebagai umat islam sekarang adalah sama sama mengembalikan serta mengangkat parti-parti islam di seluruh dunia agar mampu menguasai serta menerajui tampuk pimpinan di negara masing-masing seperti di Turkey yang mana telah muncul bibit-bibit islam.. Marilah kita bersama-sama memenangkan islam di negara masing-masing agar sistem kekhalifahan dapat diwujudkan di dunia ini demi mendaulatkan agama Allah serta menghapuskan sistem kuffar yang membelenggu umat islam seluruh dunia - Amin..

Saksikanlah Dokumentari yg tidak mungkin dapat anda saksikan di kaca-kaca televison kerajaan islam termasuk negara kita yang kononnya sebuah negara islam..
Dokementari yg memaparkan sejarah awal penghapusan sistem kekhalifahan islam oleh puak2 kuffar.. Bangsa Arab diperkudakan oleh bangsa eropah dgn semangat kebangsaan ( Assobiyah ) bagi menjatuhkan Empayar Othmaniyah ( Turkey )

Dokumentari di bawah ini diterbitkan
oleh University Al-Azhar..



Paparan awal tulisan Al-Quran dihapuskan
dalam negara Umat islam yg bukan keturunan
arab.. Malaysia juga telah menghapuskan tulisan
jawi sehingga umat islam buta Al-Quran




Pemimpin2 negara islam yg selesa dgn kekuasaan mereka ketika ini sebenarnya sama2 berganding bahu dengan kuasa2 kuffar laknatullah agar sistem kekhalifahan islam dihapuskan terus dari jiwa dan ruh umat islam di seluruh dunia..



Klip ini memaparkan sebahagian daripada wajah2
pemimpin2 negara umat islam yg bersengkongkol
dgn Puak2 kuffar- Tun Mahathir dgn Dollah badawi
pun ada.. huhu..!!!




Pemimpin Negara2 islam inilah jugalah yang senantiasa memainkan sentimen bangsa agar mereka terus kekal berkuasa serta bekerjasama dengan Puak2 Kuffar bagi memastikan sistem Kekhalifahan islam tidak akan mucul semula di dalam dunia ini..

Pemimpin2 negara islam ini terus menerus menekan Parti2 Politik yg berteraskan Islam bagi mematikan gerakan ke arah pembentukkan sistem Kekhalifahan islam..
Allah menjadi saksi di atas segala perbuatan khianat mereka..

Mengapa pemimpin negara islam tidak mahu wujudnya sistem Kekhalifahan islam..??
kerana dengan wujudnya sistem tersebut maka mereka semua akan kehilangan kuasa dan pangkat.. mereka2 inilah yg disebut oleh Rasulullah " Cintakan dunia dan takutkan mati "

Bukti yg menunjukan mereka bersengkongkol dgn puak2 kuffar bagi menjahanamkan islam..

Di Turkey Mustaffa Kamal menukar islam kepada Islam Sekular
Di Indonesia Sukarno menukar islam kepada Islam Pluralisma..
Di Malaysia pula Islam ditukar kepada Islam Hadari..

Dari dokumentari yg dipaparkan tadi telah terbukti mengapa Rasulullah menglaknati semangat bangsa ( Assobiyah ) serta tak mengaku umat kepada sesiapa yg berjuang kerana bangsa.

Pihak British telah menanam semangat bangsa ( Assobiyah ) terhadap Bangsa Arab untuk menyerang Khalifah islam di turkey dengan alasan bahawa Rasulullah itu seorang yg berbangsa arab oleh kerana itu pemimpin tertinggi dunia islam ( Khalifah ) seharusnya disandang oleh bangsa arab sendiri bukannya dipegang oleh bangsa Turkey..

Persoalannya apakah bangsa melayu dalam negara kita sanggup meninggalkan fahaman kebangsaan ( Assobiyah ) yg terang2 dilaknat oleh Rasulullah..
Hebat sangatkah bangsa melayu jika dibandingkan dgn bangsa2 lain..??

Fahaman bangsa melayu yg tertanam dalam jiwa mereka bahawa islam akan kuat di Malaysia ini jika melayu kuat adalah suatu fahaman sesat lagi menyesatkan bukankah Allah yg menjaga Agamanya.. Bila masa bangsa melayu diamanahkan Allah untuk menjaga agamanya..
Bukankah itu syirik namanya..

Sebenarnya Islam itu yang akan menyelamatkan bangsa melayu bukannya melayu yg menyelamatkan islam..
Justeru itu marilah kita pertahan serta perjuangkan agama Allah bukannya pertahan dan perjuangkan bangsa melayu..



3 ulasan:

Mohamad Ikmal berkata...

Assalamualaikum.
bole x sedare bagi link video yg ade gmba paklah and mahathir .

hafszach berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
hafszach berkata...

LIHAT KLIP VIDEO DI ATAS SAMPAI HABIS PASTI SAUDARA AKAN BERSUA DGN MUKA MEREKA2 YANG BERSEKONGKOL DGN MUSUH2 ALLAH ( YAHUDI DAN NASARA ) BAGI MENYEKAT KEMUNCULAN SEMULA SISTEM KEKHALIFAHAN ISALM DI ATAS MUKA BUMI ALLAH INI..