Khamis, 22 Oktober 2009

Anwar Dilawati Tanda Simpati, Tapi UMNO Sebenarnya Mengejar Yahudi Untuk Bersahabat Serta Mengiktiraf Mereka.

"Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih." Begitulah perumpamaan paling sinonim kepada puak-puak Umno yang pernah satu ketika dahulu gegak gempita menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai agen Amerika.

Walhal, parti itu lebih agen dari segala agen Amerika.

Buktinya, gambar Ahli Parlimen Rompin, Jamaluddin Jarjis sudah tersebar luas menunjukkan beliau sedang berbincang dengan Wolfowitz, bekas ahli Kabinet mantan Presiden Amerika George Bush yang bertanggungjawab menyerang Iraq.













Dipercayai dalam pertemuan itu, Jamaluddin yang pergi menemui Wolfowitz di Washington.

Dahulu, tuduhan jahat yang dilemparkan Umno kepada Ketua Umum KEADILAN itu bahawa beliau mempunyai hubungan dengan Wolfowitz meleset sama sekali kerana beliau yang datang sendiri untuk menziarahi Anwar ketika Anwar sakit.









Begitu juga ketika Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi menemui Benjamin Netanyahu, pembunuh umat Islam Palestin yang juga Perdana Menteri Israel tempohari. Tanpa disedari, menerusi pertemuan itu, Malaysia mengiktiraf kedaulatan negara haram Israel.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wah..tuan blog ni tahu macam2 la..
mana gambarnye wolfowitz nyembang dengan JJ??Dia bincang pasal ape??Atas kapasiti ape JJ ngadap Wolfowitz??
Lepas ni tuan blog je lah pegi jumpa wolfowitz..semua orang akan bersangka baik nanti..hehehe

hafszach berkata...

Anwar Ibrahim ditentang keras oleh Yahudi dan Kerajaan Amerika kerana Anwar menentang pencabulan Yahudi ke atas Palastine, mempertahankan hak pengunaan nuklear bagi negara Iran, membidas keras pencerobohan Amerika ke atas negara Afghanistan dan Iraq.

Pak Lah disayangi oleh yahudi kerana mengubah dasar islam yang dibawa oleh Rasulullah kepada Islam Hadari yg bersesuaian dengan kehendak Yahudi dan Amerika.

Najib disanjung oleh yahudi kerana sanggup menyekat penjualan gas kepada negara Iran serta sama-sama besekongkol dgn Yahudi dan Amerika bagi menentang kebangkitan Rakyat Palastine mempertahankan Masjidil Aqsar dan tanah air mereka.

Tun Mahathir mempertahankan Rakyat Palstine suatu masa dahulu hanyalah semata-mata kerana strategi ekonomi negara ( dengan mempertahankan Plastine maka banyak negara timur tengah rela memberikan Pinjaman Kewangan kepada negara Malaysia ).

Justeru itu, Selaku makhluk yg berakal maka kita fikir-fikirkanlah siapakah pemimpin Islam yg boleh kita harapkan di Negara kita Ini...

sekian wasalam :

hafszach