Sabtu, 14 November 2009

UMNO Takut Melaksanakan Hukum Allah

Ditakrifkan sebagai sebuah negara Islam apabila sesebuah negara itu memiliki perundangan syarak secara menyeluruh (syumul) dan mendaulatkannya kerana taatkan perintah Allah dan RasulNya disamping menjaga kemaslahatan ummat.

Perundangan Islam terutama sekali hukuman hudud dan ta’zir hanya diwajibkan ke atas kaum muslimin yang melanggar peraturan yang ditetap oleh Allah. Adapun bagi golongan non-muslims, hukuman hudud dan ta’zir adalah merupakan perkara ikhtiati (pilihan/optional). Lantaran itu, beberapa perundangan sivil yang dikatakan sebagai perundangan secular perlu juga dikekalkan bagi golongan non-muslims jika Malaysia dibentuk menjadi sebuah negara Islam secara syumul.

Begitu juga dengan perundangan wad’ie (peraturan yang dibentuk tanpa menyalahi al-Quran dan al-Sunnah) seperti peraturan jalanraya (penggunaan traffic light dan zebra crossing) dan sebagainya.

Di Malaysia, setiap urusan berkaitan agama (hal-ehwal agama) diletakkan dibawah bidang kuasa kerajaan negeri. Memandangkan gejala jenayah yang semakin menjadi-jadi dan juga demi meraih keredhaan Ilahi, PAS yang menerajui pentabdiran negeri Kelantan telah bertindak berani menyusun satu perudangan Islam berasaskan al-Quran dan al-Sunnah serta mazhab-mazhab fiqh yang muktabar.

Perundangan yang dimaksudkan ini dikenali sebagai Enakmen Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Negeri Kelantan. Kemudian kecenderungan ke arah perlaksanaan Undang-undang hudud ini turut dihighlightkan dalam tempoh sepenggal PAS memerintah Terengganu di bawah kepimpinan Hj.AbdulHadi Awang.

Berkaitan dengan masalah pembalasan had ke atas peminum arak, jumlah had sebatan bagi kesalahan ini sebenarnya tidak dinyatakan secara jelas dalam al-Quran sepertimana hukuman-hukuman had bagi kesalahan lain seperti jumlah sebatan bagi penzina yang belum berkahwin.

Begitu juga Rasulullah tidak menetapkan kadar jumlah sebenar hukuman sebat ke atas peminum arak. Adakalanya Rasulullah menyebat pesalah dengan bilangan yang sedikit dan adakalanya beliau menyebat dengan bilangan yang banyak. Paling maksimum sebatan yang dibuat oleh Rasulullah ialah tidak melebihi 40 kali sebatan. Dalam satu riwayat dinyatakan bahawa Abu Bakar r.a bertanya para sahabat mengenai bilangan sebatan ke atas pesalah berkenaan. Lalu mereka (para sahabat) menganggarkan bilangan tersebut adalah 40 kali sebatan. Malah Abu Said al-Khudri dan Ali bin Abi Talib turut meriwayatkan bahawa Rasulullah telah menyebat si pesalah sebanyak 40 sebatan.

Bilangan 40 ini turut diamalkan oleh Abu Bakar al-Siddiq, Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib kecuali Umar al-Khattab yang menambah seganda serta menetapkan jumlah sebatan sebanyak 80 sebatan.[1] Riwayat ini juga membuktikan bahawa perundangan Islam adalah berasaskan hukum fiqh yang amat fleksible.

1. Biarpun hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah iaitu 6 sebatan dan denda sebanyak RM 5,000 tidaklah sepenuhnya menepati hukum syara’ tetapi sekurang – kurangnya ia membawa semangat perlaksanaan undang – undang syariah dalam negara ini .

2. Jika 6 sebatan sahaja dibantah dan ditentang habis – habisan oleh SIS dan JAG , saya tidak dapat gambarkan bagaimana mereka mahu bertindak jika negara ini benar – benar melaksanakan hukum syara’ iaitu antara 40 ke 80 kali sebat bagi mereka yang sabit bersalah meminum arak .

Kenyataan Tantawi ini dibuat dalam blog beliau kerana memprotes tindakan Sister in Islam (SIS) dan Kumpulan Tindakan Bersama Untuk Persamaan Jantina (JAG) yang mempertikaikan hukuman sebat ke atas diri Kartika.(Artikel dibawah tajuk SIS kian Melampau). Memanglah tindakan SIS dan JAG itu melampau tapi kenyataan Tantawi ini juga melampau!!!

sila klik dibawah

http://towardsmardhatillah.wordpress.com/2009/07/27/hukuman-sebat-bagi-peminum-arak/

Sebagai makluman tambahan, perlu juga dinyatakan; Mengikut kaedah-kaedah hukuman sebat seksyen 53 dalam Enakmen Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 Negeri Kelantan;

i) Kaedah-kaedah dalam jadual ini hendaklah dipakai untuk melaksanakan hukuman sebat di bawah seksyen 53.

ii) Hukuman sebat yang dijalankan ke atas seorang pesalah hendaklah dijalankan oleh seorang pegawai yang ditugaskan khas oleh pihak berkuasa penjaradi tempat dan masa yang diarahkan oleh Mahkamah dan hendaklah di hadiri dan disaksikan oleh pegawai perubatan Islam dan sekurang-kurangnya empat orang Islam sebagai saksi; dengan syarat bahawa sebelum hukuman itu dijalankan pesalah itu hendaklah diperiksa oleh pegawai perubatan itu dan disahkan sebagai sihat dan berupaya menjalani hukuman sebat itu.

iii) Tiada hukuman sebat boleh dijalankan ke atas seseorang pesalah melainkan setelah tamat tempoh 14 hari selepas daripada tarikh hukuman itu dijatuhkan; dan jika ada rayuan, hukuman itu hendaklah dijalankan dalam tempoh yang seberapa segera selepas daripada hukuman itu disahkan oleh Mahkamah Rayuan Syariah Khas.

iv) Hukuman Sebat itu hendaklah dijalankan dengan cara pegawai tersebut memukul pesalah itu dengan rotan yang mana ukurannya (kecuali dalam kes yang disebut dalam Kaedah B (2) (ii) ialah satu meter panjang dan satu sentimeter garis pusat (diameter).

v) Hukuman sebat itu hendaklah dijalankan dengan cara membahagikan pukulan di merata-rata tubuh badan kecuali muka, kepala, dada dan kemaluan.

vi) Hukuman sebat itu hendaklah dijalankan dengan cara pukulan yang sederhana yang mana pegawai yang menjalankan hukuman itu tidaklah boleh mengangkat rotan penyebat itu tinggi hingga ke paras kepalanya dan pukulan itu hendaklah diberi berturut-turut dan tidak melebihi bilangan yang ditetapkan oleh Mahkamah.

vii) Ketika menerima sebatan, pesalah itu hendaklah berdiri dan memakai pakaian nipis yang menutup auratnya mengikut hukum syarak.

viii)(1) Jika dalam masa sebatan itu dijalankan, pesalah didapati tidak mampu atau tidak berupaya lagi menerima sebatan itu, maka atas pengesahan pegawai kesihatan itu, sebatan itu hendaklah diberhentikan dengan serta-merta dan ditanguhkan sehingga Mahkamah memberi satu arahan baru untuk menyambung semula hukuman sebat itu; dan buat sementara waktu pesalah itu hendaklah ditahan dalam penjara atau dibebaskan dengan jaminan.

(2) Arahan itu hendaklah dibuat dengan berpandukan kepada laporan pegawai perubatan seperti berikut;

i) Sekiranya mengikut laporan itu pesalah itu ada harapan sembuh daripada sakitnya, maka hukuman sebat itu hendaklah disambung semula dengan seberapa segera apabila ia pulih daripada sakitnya, dan

ii) Sekiranya mengikut laporan itu pesalah itu tidak ada harapan sembuh daripada sakitnya walau apapun sakitnya itu, maka hukuman sebat itu hendaklah diteruskan juga di suatu masa yang sesuai tetapi rotan yang akan digunakan untuk menyambung hukuman sebat itu hendaklah terlebih ringan dan kecil daripada ukuran yang ditetapkan di bawah kaedah 4.[2]

Hukuman sebat hanya boleh ditangguhkan kerana sebab-sebab kesihatan fizikal dan mental yang dialami oleh pesalah dan ia tidak boleh ditangguhkan atas alasan kerana menghormati bulan Ramadhan. Jumlah sebatan ke atas golongan hamba adalah separuh daripada jumlah sebatan yang ditetapkan ke atas golongan mereka yang merdeka. Jika golongan merdeka dikenakan 40 sebatan, maka golongan hamba perlu dikenakan sebanyak 20 sebatan. Sekiranya golongan merdeka dikenakan sebatan sebanyak 80 sebatan, maka golongan hamba perlu disebat sebanyak 40 sebatan. (Fiqh al-Sunnah, jilid 2, hlm 492-493).Jika golongan merdeka ditetapkan sebanyak 30 sebatan, maka golongan hamba pula wajar dikenakan sebanyak 15 sebatan. Begitulah seterusnya.


--------------------------------------------------------------------------------
[1] Sila rujuk Abd al-Qadir Audah, al-Tasyi’ al-Jinaii al-Islami, jlild 2, hlm 506 dan juga Dr. Mat Saat AbdulRahman, Undang-Undang Jenayah Islam, (JENAYAH HUDUD), hlm 128-129.

[2] Sila rujuk Perlaksanaan Hukum Hudud di Kelantan, (terbitan Telda Corporation Sn.Bhd, hlm 127-128 dan 145-147.

Khamis, 22 Oktober 2009

Anwar Dilawati Tanda Simpati, Tapi UMNO Sebenarnya Mengejar Yahudi Untuk Bersahabat Serta Mengiktiraf Mereka.

"Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih." Begitulah perumpamaan paling sinonim kepada puak-puak Umno yang pernah satu ketika dahulu gegak gempita menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai agen Amerika.

Walhal, parti itu lebih agen dari segala agen Amerika.

Buktinya, gambar Ahli Parlimen Rompin, Jamaluddin Jarjis sudah tersebar luas menunjukkan beliau sedang berbincang dengan Wolfowitz, bekas ahli Kabinet mantan Presiden Amerika George Bush yang bertanggungjawab menyerang Iraq.













Dipercayai dalam pertemuan itu, Jamaluddin yang pergi menemui Wolfowitz di Washington.

Dahulu, tuduhan jahat yang dilemparkan Umno kepada Ketua Umum KEADILAN itu bahawa beliau mempunyai hubungan dengan Wolfowitz meleset sama sekali kerana beliau yang datang sendiri untuk menziarahi Anwar ketika Anwar sakit.









Begitu juga ketika Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi menemui Benjamin Netanyahu, pembunuh umat Islam Palestin yang juga Perdana Menteri Israel tempohari. Tanpa disedari, menerusi pertemuan itu, Malaysia mengiktiraf kedaulatan negara haram Israel.

Isnin, 19 Oktober 2009

Bila Si Bodoh Dan Bebal Cuba Hendak Memperbodohkan Orang Lain..

Bila UMNO kata mereka yg memperjuangkan kemerdekaan tanah air kita ini.. maka hampir 80% golongan muda dan golongan cerdik pandai dari kalangan bangsa melayu akan bangun berdiri meminta bukti serta fakta yg kukuh siapa dia manusia2 dlm UMNO yg mempertahanankan tanah air kita dahulu..


Orang UMNO mana yg mengangkat senjata menentang penjajah..?? orang UMNO mana yg terpaksa melarikan diri ke dlm hutan dgn meninggalkan anak isteri / suami semata2 kerana diburu oleh tentera2 british kerana dituduh sbg komunis.. Tun Mahathir dan Tunku Bedol Raman Kat mana masa tu..?? dibawah naungan British bukan..?? menjadi anak emas Britishkan..!!


Knp para pemimpin melayu yg menentang British ditangkap di bawah ISA dan diburu sehingga ke dlm hutan..?? siapa yg menjadi dalang dan tali barut British serta pemberi maklumat risikan kpd pihak British tentang gerakan2 pejuang melayu tersebut sehinggakan mereka semua dijejaki dan ditangkap oleh british... ??


Golongan yg menjadi Baruah British inilah yg pada waktu dan ketika ini dgn tidak berasa segan silu mengatakan bahawa mereka semualah yg berjuang menuntut kemerdekaan..


Wahai sekalian Mahluk UMNO kalau kalian semua bodoh jangan pula cuba nak memperbodohkan org lain terlebih2 lagi golongan generasi muda melayu..


Semua org tahu yg UMNO ini dululah yg menjadi kakitangan serta mata telinga British dan bekerja dgn kerajaan British untuk mentadbir Malaya.. huhu.. kalau dgn Puak2 tak berpelajaran serta sengal bolehlah nak temberang... .


Semua org tahu bahawasanya,Orang2 UMNO nilah dahulunya yg mengampu pihak British serta menghasut serta merendah2kan org melayu dgn hasutan yang cukup popular pada masa itu.." Macam mana org melayu nak perintah negara sendiri kalau nak buat Jarum sebatang pun tak tahu "

Kami merayu kepada sekelian Penyokong serta Ahli UMNO yang kononnya drpd golongan cerdik pandai melayu, silalah Tuan2 dan Puan2 senaraikan beberapa nama2 Para pejuang UMNO yg telah ditangkap serta dipenjara oleh pihak British dan telah menggadaikan nyawa mereka demi mempertahankan kesucian Agama dan Maruah Mangsa Melayu..

Sabtu, 26 September 2009

Saintis Barat Berjaya Membutikan Tentang Beberapa Fadhilat ( Hikmah dan Kebaikan ) Hukum Allah Terhadap Manusia..

Sebatan sebagai terapi penagih arak

Saintis Rusia daripada Novosibirsk Institute of Medicine mendapati hikmah tersebut dalam kajian mereka seperti dalam web The Medical News yang memaparkan berita-berita dan hasil-hasil kajian terkini perubatan daripada seluruh dunia (http://www.news-medical.net/news/2005/03/29/8788.aspx). Perbezaannya ialah Islam mengkehendaki bahawa bahagian yang disebat itu hendaklah bertutup (dalam keadaan berpakaian) dan tidak boleh tanpa lapik atau telanjang (naked).

seorang saintis Rusia, Dr Marina Chuhrova yang mempunyai sepuluh orang pesakit ketagih arak yang menjalani rawatan terapi merotan. Pada asalnya pesakit-pesakit ini tidak menyukai kaedah ini tetapi apabila ia mula memberi kesan positif, mereka bertukar menjadi suka, sehingga mereka sanggup membayar lebih kurang RM400 untuk satu sesi rawatan.


Tambah Nasrudin dalam pendedahannya, ahli biologi, Dr Sergei Speransky yang mengetuai kajian itu, mendakwa hukuman jasmani boleh membantu seseorang menangani masalah ketagihan dan tekanan. Sergei mengesahkan yang beliau bukan sadis walaupun beliau mencadangkan kaedah merotan atau menyebat, dan kaedah itu ternyata berkesan.

Kaedah ini biasanya melibatkan 30 sesi atau paling baik 60 sesi.

Denagn Izin Allah, Semasa mencari info mengenai hukum dan hukuman untuk peminum arak..Secara tak sengaja terjumpa satu perbincangan mengenai hukum kepada peminum arak di satu blog..perbincangan yang cukup menarik..ianya dikisahkan mengenai hukuman bagi peminum arak..


Tiada hukuman kepada peminum arak yang tertulis dalam Al-Quran ..?

mengikut di dalam sebuah hadis...


"Saidina Ali telah berkata, bahawa apabila seseorang minum arak, dia cenderung untuk melakukan fitnah dan dalam kes ini lelaki itu telah melakukan fitnah. Oleh itu kita hukum dia dengan hukuman memfitnah iaitu 80 rotan."


Manakala syafieeyah meletakkan peminum arak dan seumpamanya 40 kali sebatan kerana nabi tidak menetapkan pukulan.

Ulama-ulama juga membezakan bilangan pukulan bagi golongan hamba dan merdeka. ada yang tidak membezakan seperti zahiriah.

Riwayat abu hurairah kadarnya 40 kali sebatan. dari anas ra berkata "nabi menyebat peminum arak dengan sebatan sebanyak 40 kali"


"Sesiapa yang minum arak, maka pukullah ia.."


Hadith ini dikelurkan dari Bukhari, muslim, Tarmuzi dan Abu Daud



Jadi disini timbulnya hukuman sebat sebanyak 80 kali dan 40 kali terhadap peminum arak..sedangkan sebatan 80 kali itu adalah hukuman terhadap kesalahan menfitnah ketika ia mabuk dan bukan kesalahan meminum arak...tetapi kita harus faham di dalam Al-Quran menyebut arak itu HARAM..

Di dlm fiqh jina'ei (jinayah), hukuman secara asasnya dibahagikan kpd bbrp bhgian antaranya, pertama : had (hudud), kedua : qisas, ketiga : ta'zir

Di dalam hukum had (hudud), maka syarb khamr (minum arak) merupakan salah satu daripada dosa besar atau jara'im yg jatuh hukuman hudud ke atasnya. antara hukum hudud yg lain adalah zina, mencuri, qazaf, merompak, dan beberapa kesalahan lain.

Sememangnya ulama' berselisih pd jumlah pukulan. ada yg mengatakan 80 kali, dan ada juga yg mengatakan 40 kali

Mengenai sebab atau 'illah yg digunakan bagi hukuman hudud ini, sememagnya mempunyai khilaf juga. imam abu hanifah membezakan antara arak dan benda yg memabukkan. dan hukuman hudud ke atas pemabuk bkn krn minum arak (minum arak adalah haram, ini hukum qat'ie), tetapi kerana kesan akhir yg akan membawa kepada keburukan..

"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor(najis/keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." - Surah al-Ma''idah: 90

Ini adalah dalil pengharaman arak.

Berdalilkan hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan dari Ali Ibn Abi Talib ra:- hadis sahih riwayat Muslim :

"Rasulullah saw telah menyebatkan orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali sebat, dan Saidina Abu bakar telah menyebat sebanyak empat puluh kali sebat juga, dan saidina Umar menyebat sebanyak lapan puluh kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulullah saw. Dan ini yang lebih aku sukai." - Riwayat Muslim.

Apa yang pasti hukuman bagi peminum arak ada di dalam hudud dan hukuman tersebut berupa sebatan. 40 kali atau 80 kali sebatan itu dikeluarkan oleh ahli ilmu berdasarkan hujah dan keadaaan semasa.maka dipastikan bahawa peminum arak harus dihukum dengan hukum hudud bukan dengan hukum sivil..itupun setelah disahkan pesalah benar2 bersalah..

Dalam kes Kartika ini..hukum sudahpun ditetapkan yang menjadi masalahnya sekarang adalah melaksanakan hukuman itu..tukang sebat sepatutnya sudah siap sedia untuk melakukan tugasannya..tempat untuk disebat Kartika sendiri sudah menawarkan di hadapan khalayak ramai..maka tiada masalah lagi utnuk disegerakan hukuman Kartika..

Malaysia yang dikatakan sebagai negara Islam sepatutnya tidak mengendahkan tekanan2 dari luar untuk menggagalkan hukuman terhadap Kartika ini kerana sanitis juga mengiktirafkan sebatan sebagai terapi untuk penagih arak..orang sanggup bayar untuk disebat untuk pemulihan..


* Pelik Puak2 kaffir yang tidak beriman kepada Allah senantiasa berusaha mencari Hikmah serta Fadhilat Setiap hukum-hukum Allah seperti yg terkandung di dalam Al-Quran tetapi umat islam di negara Kita senantiasa mencari jalan untuk menghina hukum Allah.. Itulah bezanya di antara tahap kecerdikkan dan kemampuan Bangsa Eropah berbanding dgn bangsa melayu yg tak sedar diri ni..

* Sebagai perbandingan kecerdikan bangsa Eropah dgn bangsa Melayu..
Ketika Ford Mencipta kereta pertamanya Wan Man Saman baru menyiapkan sebuah terusan sebesar Longkang di Kedah.. wakaka..!!


Kalau setakat membuat terusan sebesar Longkang, kerajaan2 purba lebih 3000 tahun dahulu seperti Babylon, Mesir, Parsi dan Rome dah lama buat dan lebih hebat dari Terusan Wan Mat saman.. hehe..!!

Jumaat, 25 September 2009

UMNO Menutup Sejarah Yang Sebenarnya Mengenai Islam Di Tanah Melayu

Assalamualaikum w.b.t…!!

Tahukah anda bahawa Hukum Islam / Hudud telah pun dijalankan di Tanah Melayu ini sebelum kedatangan penjajah dahulu? Yang pasti masih ramai dari kalangan puak2 UMNO yang dungu tak tahu dan tak percaya. Tetapi ketahuilah bahawa inilah kebenaran dan sejarah berdasarkan fakta-fakta yang dikutip dari serata dunia dan diseluruh pelusuk Nusantara ( Puak UMNO tak tahu sebab mereka cuma mengkaji sejarah UMNO sahaja dan cuba nak menonjolkan kehebatan UMNO dgn menyelewengkan fakta sejarah yg sebenarnya ).

Menurut Prof Syed Muhammad Naquib, Islam mula diterima di Melaka pada tahun 812 hijrah (1409 Masihi). Ini menjadikan Melaka sebagai kesultanan Melayu Islam pertama di tanah air ini. Parameswara telah memeluk Islam dan menukar namanya kepada Sultan Iskandar Syah. Baginda diIslam kan oleh seorang pendakwah dari Jeddah yang bernama Sayyid Abd Aziz.

Ketahuilah bahawa, Kesultanan Melayu Melaka ini telah menjadikan Undang-Undang Islam sebagai undang-undang negara. Dan usaha untuk mengkanunkan undang-undang ini telah dimulakan sejak pemerintahan Sultan Muhammad Syah. Hukum kanun Melaka ini meliputi bidang yang luas termasuklah jenayah, mu’amalah, keluarga, acara, keterangan, adab alqadi dan undang-undang pentadbiran dan pemerintahan. Hukuman keseksaan pula berdasarkan kepada bentuk hudud, qisas, diat dan ta’zir.

Hukum Kanun Melaka telah memperuntukkan hukum Qisas dalam fasal 5:1,3 , 8:2,3, 18:4, dan 3. Antaranya ialah berkenaan dengan pembunuhan dengan sengaja yang dilakukan oleh orang Islam ke atas orang kafir, orang merdeka ke atas hamba dan bapa ke atas anaknya. Hukum kanun Melaka akan mengenakan qisas bagi kesalahan-kesalahan tersebut.
Hukum Kanun Melaka memasukkan kesalahan melakukan hubungan sesama jenis (liwat) dan hubungan kelamin dengan binatang seperti yang diperuntukkan dalam Fasal 43:5. Dalam Fasal 42 pula, memperuntukkan 40 kali sebat ke atas orang merdeka dan 20 kali sebat ke atas hamba yang melakukan kesalahan meminum arak. Dalam Fasal yang sama itu juga ada diperuntukkan hukuman bagi kesalahan berjudi iaitu dirampas semua barang perjudiannya.

Antara contoh lain iaitu hudud dalam Hukum Kanun Melaka yang meliputi kesalahan zina, qazaf, merompak, mencuri, murtad, dan meninggalkan sembahyang. Ini adalah sedikit dari contoh-contoh hukum hudud yang telah dijalankan di zaman dahulu yang pada masa ini telah digeruni bukan sahaja oleh bukan Islam, tetapi orang Islam sendiri yang takut kepada HUKUM yang dapat menjamin kesejahteraan sejagat ini. Kita telah ditakut-takutkan oleh musuh Islam kepada hukum yang dicipta oleh pencipta segala sesuatu ini. Allah menciptanya dan sudah tentulah ia adalah BEST OF THE BEST law.

Malangnya umat Islam sekarang ini bukan sahaja takut dengan hukum agama sendiri, malah ada juga yang merendah-rendah dan memperli HUKUM ALLAH, Astaghfirullah. Ketahuilah Hukum Islam ini adalah wajib sepertimana solat, zakat dan sebagainya kerana ia terkandung dalam ayat berbentuk perintah dalam Al Quran. Contohnya seperti ayat 2 Surah An Nur ini yang bererti, “Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.”

Antara hikmah ALlah perintahkan supaya kedua-duanya didera di hadapan orang ramai agar menjadi pengajaran kepada orang lain. Orang akan takut untuk melakukan dosa tersebut dan ibu bapa akan aman dari anak-anak mereka terjebak dalam gejala zina ini. Jika kita ikut undang-undang yang dikenakan kepada penzina sekarang, hukuman dilakukan secara rahsia dalam bilik mahkamah, tidak dilakukan di hadapan orang ramai. Dan yang sedih lagi orang-orang yang punyai banyak wang boleh terlepas begitu sahaja dengan hanya membayar denda. Pasti lain kali dia tidak takut untuk melakukannya lagi. Ini semakin membuatkan orang tidak takut untuk melakukannya dan siapa yang tidak aman?? Ibu bapa2 juga lah yang tidak aman, tak ke menyusahkan ke tu? fikir-fikirlah wahai saudara-saudaraku.

Sepertimana hukuman gantung yang diamalkan sekarang kepada pesalah-pesalah tertentu. Hukuman gantung itu seksa wahai tuan-tuan dan puan-puan, nampak sahaja tak kejam. Sedangkan dalam Islam, hukuman bunuh sepatutnya dijalankan hukum pancung. Nampak je kejam, tetapi sebenarnya itulah hukuman paling lembut. Sekali cantas habis, apabila urat murih putus maka hubungan urat dengan otak sudah tiada. Maknanya si mati itu tidak akan mengalami seksa langsung untuk mati. Tak ke lembut tu wahai saudara-saudaraku? Sedangkan hukuman gantung itu dijalankan sampai pesalah itu mati. Maknanya, selagi pesalah itu tidak mati selagi itu lah dia terkapai-kapai tersiksa di atas tali gantung.

Dan antara Hukum Islam yang paling ditakuti ialah mencuri kena kerat tangan. Kita telah ditakut-takutkan dan media barat telah menggambarkan betapa buruknya hukuman kerat tangan ini. Sampai ada yang menyatakan nanti kita akan makan sup tangan la dan macam-macam lagi, isy7. Betapa tidak fahamnya orang yang berfahaman sebegitu. Kita perlu tahu, kalau setakat mencuri roti kerana lapar, kalau setakat mencuri seringgit dua ringgit, tidak akan dikenakan kerat tangannya! Islam ada hukum ta’zir, iaitu hukuman yang diringankan oleh pemerintah dengan sebab-sebab tertentu untuk meringankan hukuman tersebut.

Hukum Islam tidak zalim seperti yang disangkakan , tetapi musuh-musuh Islam yang benci kepada agama yang suci ini telah mempropagandakannya dan melabelkan Hukum Islam sebagai Hukum yang keji, astaghfirullah. Maka kita tengok lah sekarang berleluasa lah rompakan di sana sini, mencuri di sana sini, orang pecah rumah, tahan kereta, ragut dan sebagainyaa, aman kah keadaan sebegini rupa wahai saudara-saudaraku?? Fikir-fikirkanlah bahawa Undang-undang Islam adalah untuk PEACE iaitu keamanan, bukannya untuk menimbulkan kacau bilau. Yakinlah dengan ciptaan Yang Maha Esa itu wahai saudara-saudaraku!!!

Kenapa anda takut sangat dengan Hukum kerat tangan? Anda ada niat nak mencuri ke? Ada niat nak merompak ke? Hehe Ntah kenapa orang Islam kita terlalu takut dengan hukuman kerat tangan, sedangkan ianya akan dijatuhkan kepada pesalah yang kronik sahaja. Pesalah yang sudah diberi peluang bertaubat oleh Qadhi, tetapi melakukannya lagi. Pesalah yang boleh membahayakan nyawa ramai orang awam. Perlu dibiarkan ke pesalah-pesalah begini? Adakah anda lebih sayangkan mereka dari sayangkan saudara, jiran dan rakan anda? Fikir-fikirkanlah wahai kaumku. Lagi pun dengan hukuman kerat tangan sebelah itu, itulah cara terbaik untuk menginsafkan manusia yang sememangnya berhati keras dan jahat. Ada hikmahnya yang tersendiri, ALlah dah tahu belaka cuma kita sahaja yang malas berfikir dan suka mengikut nafsu dan kepuasan kita semata-mata.

Maka tidak adakah di hati kita perasaan ingin melihat semula Hukum Allah tersebar di muka bumi? Berbalik semula kepada sejarah Hukum Islam di negara kita. Hukum Islam mula terpinggir dan dikategorikan hanya di mahkamah syariah sejak kedatangan penjajah British. Habis semua undang-undang lama dirombak dan diganti dengan undang-undang ciptaan Lord Reid. Bermakna kita semua sekarang ini berada dalam satu sistem cara hidup yang diatur oleh Lord Reid itu. Dan ada yang bermati-matian mempertahankan undang-undang tersebut dan takut untuk menjalankan Hukum Islam dengan pelbagai alasan. Antara alasan yang kerap didengar ialah kerana kita sekarang hidup dalam berbilang kaum dan agama. Sebenarnya alasan itu tidak relevan sama sekali. Kerana Undang-undang Islam hanya wajib diikuti oleh orang-orang Islam, sedangkan orang bukan Islam akan diberi pilihan berkenaannya dan ada pengecualian dalam hal-hal tertentu. Dan ianya boleh dirunding sebenarnya, tetapi usaha ke arah itu tiada kerana pihak yang berwajib kurang keyakinan dan alangkah sedihnya keadaan ini terjadi.

Sudah lupakah kita dengan tertegaknya HUkum Islam di tanah air kita dahulu kala membuatkan negara kita banyak hasil bumi? Membuatkan kemakmuran masih dirasai hingga sekarang? Membuatkan negara-negara penjajah yang kurang hasil bumi itu datang ke sini untuk menjajah dan merampas hasil bumi orang? Lupakah kita semua pada keberkatan HUkum Islam yang telah memakmurkan kita sekarang? Tepuk dada tanya iman kita …….

Cukup sekadar ini dahulu buat kali ini dan saya akhiri dengan sepotong hadith. Waallahu a’lam , wassalaaam

Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: Berhadap Rasulullah saw. kepada kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda; “Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah swt., semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkara-perkara itu ialah:
Tiada terzahir (nampak) perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha’un yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.
Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pepimpin mereka.
Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada ada binatang (yang juga hidup diatas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah swt.
Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.
Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “.

H.R Ibnu Majah

Sekadar Ingatan Buat Para Ulama Upahan UMNO

".......Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “. Hadith Riwayat Ibnu Majah

“…….Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit. Barangsiapa yang tidak menghukum menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.” Surah Al Ma’idah : 44

“……Barangsiapa tidak menghukum perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.” Surah Al Ma’idah : 45

“……Barangsiapa tidak menghukum perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik” Surah Al Ma’idah : 47

Nabi s.a.w. bersabda: “Jangan demikian, demi Allah, nescayalah engkau semua itu wajib memerintahkan kebaikan, melarang dari kemungkaran, wajiblah kamu mengambil alih Kuasa dari tangan golongan yang zalim - demi menghentikan kezalimannya - serta mengembalikannya atas kebenaran yang sesungguhnya, juga membasmi tindakannya kepada yang hak saja dengan pembatasan yang sesungguh-sungguhnya. Atau jikalau semua itu tidak dilakukan, maka nescayalah Allah akan memukulkan - membencikan - hati setengahmu terhadap setengahnya kemudian melaknati - mengutuk - engkau semua sebagaimana Dia mengutuk mereka-meraka dari Bani Israil.” Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan. Ini adalah menurut lafaznya Imam ‘Abu Dawud.

Saidina Abu Bakar berkhutbah ketika mula dilantik menjadi khalifah, yang antaranya bermaksud ".....Patuhilah aku selama aku mematuhi Allah dan rasulnya. tetapi jika aku tidak mematuhi keduanya maka tiada kewajipan taat atas kalian terhadapku......"

Isnin, 14 September 2009

Islam Rahmat Kepada Seluruh Alam...!!

Tiba-tiba belakang bangunan PAS itu jadi tumpuan bak lebah mengerumuni madu. Tidak semena-mena kelibat para penghuni lorong gelap, golongan gelandangan serta marhaen, anak-anak pekerja seks, penagih dadah dan maknyah melabuhkan diri dalam sebuah program PAS.

Program yang berjaya menyatukan semua golongan daripada aneka jenis latar belakang. Daripada masyarakat bawahan, miskin ataupun yatim masing-masing bersama meluangkan masa beramah mesra dengan pimpinan PAS.Sama-sama bersila, bersimpuh dan bersentuh lutut tatkala menjamu selera ketika berbuka puasa.















Itulah keistimewaan dan keunikan program PAS yang diberi nama Semarak dan Semerak Ramadan PAS yang berlangsung buat julung kalinya petang semalam di belakang bangunan pejabat agung PAS Jalan Raja Laut. Ia berjaya melakarkan sejarahnya yang tersendiri dengan sambutannya yang cukup luar biasa dan luar jangka.

Sungguhpun, pada asalnya penat merempuh jalan raya yang sesak menuju ke pejabat PAS ini, namun hilang lelah tatkala melihat kehadiran orang ramai dan aktiviti yang dianjurkan oleh Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat. Lebih kagum kesungguhan para petugas menjayakan program ini, sungguhpun suasana Ramadan berbaki tujuh hari dan bakal melintasi Syawal tak lama lagi.












Bermula jam 2.00 petang, di bawah enam khemah 'berkipas' yang boleh menampung kehadiran lebih 200 orang, program dimulakan dengan membuka kaunter perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma daripada doktor dan pengamal perubatan alternatif yang didatangkan khas daripada Darussyifa, khidmat nasihat guaman syariah dan sivil daripada tiga peguam dan khidmat kaunseling daripada seorang pakar.

Selain itu, terdapat kaunter pusat khidmat wakil rakyat kawasan Titiwangsa bagi para pengundi untuk mengajukan masalah setempat dan kaunter daftar Ahli PAS dibuka bagi yang berminat.

Mengkagumkan, semua kaunter dipenuhi dengan orang ramai yang berhajat tanpa rasa segan dan silu. Tanpa kecuali Harakahdaily juga sempat menjengah satu persatu kaunter yang dibuka bagi mendapat beberapa info untuk menambah ilmu diri.
Seperti di Kaunter Guaman, Harakahdaily dimaklumkan bahawa antara aduan, kes ataupun masalah yang dirujuk lebih tertumpu kepada hal ehwal rumah tangga seperti nafkah pencarian, tuntutan harta, cerai berai dan melibatkan ibu tunggal yang bermasalah. Kaunter ini, diselia oleh peguam Ahmad Zamri dan Marlina Amir.

Terdapat pameran informasi undang-undang turut dipaparkan di belakang khemah bagi orang ramai mendapatkan sedikit sebanyak maklumat berkaitan antaranya seperti urusan pembahagian harta, keadilan kes rumah tangga dan juga hak-hak yang wajar diketahui umum. Tanpa kecuali risalah dan pamplet berkaitan juga turut diedarkan.

Menarik perhatian, apabila seorang remaja lelaki cuba mendapatkan rawatan bengkak kaki daripada Ustaz Mohd Ali Jamil daripada Darussyifa. Bukan itu sahaja, beberapa orang bukan Islam juga turut mendapatkan khidmat nasihat Ali Jamil yang diberikan secara percuma juga.

Kaunter kesihatan juga tidak menang tangan dibuatnya, apabila hadirin cuba mendapatkan nasihat para doktor yang bertugas berkaitan penyakit yang dihadapi seperti darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung.
Kira-kira jam 3.00 petang,pengacara majlis berbesar hati mengumumkan sejumlah 27 orang telah mendaftar sebagai ahli PAS, yang rata-ratanya terdiri daripada remaja dan pemuda sekitar usia 18 sehingga 30 tahun.












Terdapat dua tabung disediakan di dalam khemah bagi orang ramai yang berhajat menyumbangkan dana untuk disalurkan bagi tujuan aktiviti "Kami Prihatin" anjuran Parlimen Titiwangsa seterusnya untuk golongan yang kurang bernasib baik. Mencuri perhatian orang ramai apabila seorang warga emas berbangsa Cina, menderma sejumlah wang ke tabung tersebut.
Sungguhpun, hujan lebat mula membasahi pekarangan kawasan program namun semangat dan keinginan orang ramai khususnya penghuni lorong 'belakang mati' untuk merapat dan mendekati, tidak patah bahkan semakin menyemarak untuk menyertai aktiviti yang sedia ada.

Tidak dinafikan, di belakang lorong, terdapat juga beberapa orang penghuni yang agak segan dan malu-malu alah untuk menjengah sungguhpun dialu-alukan oleh pengacara dari masa ke semasa.
Ada yang meninjau dari balik belakang bangunan, mengintai dari tepi dinding dan tingkap. Ada yang mahu tapi malu.
Setelah agak lama memerhati ragam hadirin, Harakahdaily sempat beramah dan berkongsi cerita dengan dua orang saudara baru yang begitu kagum dengan program yang dianjurkan oleh PAS ini.

Bagi Muhd Ali Beh Abdullah, 53 yang berasal dari Miri Sarawak dan Muhd Hassan Che Peng Abdullah, 35, program ini wajar diteruskan dan dijadikan acara tahunan kerana aktiviti yang dijalankan begitu bermanfaat buat masyarakat khususnya saudara baru seperti mereka yang dahagakan ilmu.
"Saya minat Islam bila pergi masjid dengan kawan-kawan melayu. Bila saya cuba-cuba sembahyang, hati sangat tenang," kata Hassan yang memeluk agama Islam, 4 bulan lalu.
Sungguhpun begitu, kedua-dua mereka melahirkan rasa kecewa dengan layanan yang diberikan oleh dua agensi agama kerajaan yang dilihat tidak mengambil berat hal ehwal kebajikan saudara baru khususnya melibatkan zakat yang tidak mereka terima.
Mereka ini, adalah antara empat saudara baru yang hadir mengetahui program ini melalui iklan kain rentang yang dipamerkan di pejabat agung PAS itu.

Bagi Norliyana Zanar 16, yang hadir bersama empat adik-beradiknya yang lain, begitu seronok ketika dijemput oleh pihak penganjur untuk sama-sama memeriahkan program tersebut dan dia merupakan antara 18 anak yatim Kampung Jawa yang diraikan oleh PAS.
"Raya ini macam biasa dan ala kadar sahaja sahaja. Baju raya pun belum beli lagi," katanya yang telah kehilangan ayah tercinta kerana sakit asma semenjak dia tadika lagi.
Nafas turun naik, namun tetap semangat
Selepas solat Asar secara berjemaah bersama hadirin di Suaru Tingkat 1, Bangunan PAS itu, majlis diteruskan dengan ucapan aluan-aluan oleh 'orang kuat' dan tulang belakang program iaitu Ahli Parlimen Titiwangsa yang juga Pengerusi Lajnah terbabit Dr Lo' Lo' Ghazali.












Cukup teruja melihat beliau, yang dalam keadaan kesihatan yang masih kurang stabil, masih gigih berusaha menjayakan program di samping menitipkan kalimah semangat buat hadirin.
"Maafkan saya kerana bertopeng. Bukan kerana tuan dan puan tetapi kerana masalah kesihatan radang saya yang tidak mengizinkan dan cukup berisiko tinggi bila berada di khalayak umum," katanya yang telah mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) dua minggu yang lalu.

Kelihatan beliau yang agak semput, dan laju turun naik nafasnya, masih bersemangat menyampaikan tazkirah dan ucapannya kepada hadirin.
"Kita mahu sama-sama mengecapi kebahagiaan dunia dan akhirat. Ambillah iktibar, seorang pelacur yang memberi minum kepada seekor anjing juga dapat masuk syurga.
Beliau menyeru supaya golongan yang tersasar di Lorong Haji Taib dan Chow Kit itu, mencari rahmat Allah kerana jalan untuk bertaubat dan kembali terbentang luas.
"Kalau tak mampu berlari, merangkaklah secara perlahan,"jelasnya dengan nada suara yang semangat.

Sungguhpun kelihatan agak penat sambil diusap belakang oleh petugas dan anak beliau, Dr Lo' Lo' mampu mencebiskan kata-kata hikmah selama 10 minit kepada hadirin, yang tekun mendengar luahannya.

Sejurus itu, Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengambil tempat sekaligus merasmikan program yang cukup bermakna bagi PAS dan juga warga lorong gelap itu.
"Tidak ada manusia yang tidak ada dosa. Malahan saya sendiri ada dosa. Para Nabi juga pernah buat silap.
"Ini kelemahan manusia, justeru tuhan memberi peluang untuk kita bertaubat dan merahmati. Allah beri peluang supaya kita tidak terlambat. Oleh itu rebutlah peluang itu khususnya di bulan Ramadan ini," katanya yang membuat hadirin, masing-masing pegun dan khusyuk mendengar suntikan semangat daripada Presiden PAS itu.

Turut hadir di perasmian itu ialah Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Ustaz Mohammad Nor, Pengarah Program Brig Jen (B) Abdul Ghani Mahludin
Selesai program perasmian jam 7.00 malam, orang ramai dan pimpinan PAS mula beratur mengambil makanan dan duduk bersila di lantai khemah, bersiap-sedia menantikan waktu berbuka.

Kelihatan Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali; Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli; Mantan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Nizar Jamaluddin; ADUN Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani, Presiden Anak, Mazlan Aliman dan Ketua Muslimat PAS Nuridah Salleh antara pimpinan PAS yang 'menanggalkan' gelaran Dato' mahupun Yang Berhormat untuk sama-sama merasai 'kenikmatan' dan denyut nadi bersama golongan akar umbi ini.
Mereka sama-sama turun padang, berbuka puasa dengan makanan bungkus dan tidak kekok mereka menyapa orang ramai sambil bersalaman dan bertukar-tukar cerita antara satu sama lain.

Dengan juadah hidangan bungkus nasi tomato berlauk ayam, bubur lambuk dan kuih agar-agar membuatkan masing-masing begitu berselera sekali menjamu tatkala, azan mula berkumandang di ruang angkasa lorong Haji Taib dan Chow Kit itu.
"Program ini bagi mengeratkan hubungan dengan jiran kita dari lorong ini. Dengan sumbangan dan pemberian yang tak seberapa daripada PAS ini, walaupun tak dapat menyelesaikan semua masalah, sekurang-kurangnya dapat menceriakan Ramadan dan Aidilfitri mereka nanti, " kata Dr Hatta kepada Harakahdaily.

Perkara ini turut diakui sendiri oleh Pengasas dan Penyelia Rumah Perlindungan Sinar Salam, Afidah Ab Latif, yang mengendalikan dan menyelia lebih 40 anak-anak pekerja seks, penagih dadah dan golongan gelandangan di Chow Kit.
"Program ini akan lebih mengakrabkan lagi hubungan dengan golongan tidak bernasib baik. Dan program ini mesti dilakukan selalu," katanya yang terharu dengan sumbangan yang disampaikan oleh PAS.

Kemudian, setelah solat Maghrib berjemaah yang diadakan di bawah khemah, majlis sumbangan derma dan cenderahati disempurnakan oleh Dr Hatta dan Ustaz Mohammad Nor.
Suasana begitu ceria sekali dan 'gamat' apabila golongan gelandangan dan orang ramai khususnya kanak-kanak sejumlah 80 orang mula mengerumni kedua-dua tokoh untuk mendapatkan duit raya yang disediakan penganjur.

Malam ini, malam bahagia mereka bagi anak-anak yatim, anak-anak pekerja seks, si fakir miskin,si jalanan dan golongan yang terjerumus ke kancah hitam, moga terbit rasa insaf diri setelah disantuni dan didekati PAS sendiri.

Kelihatan terbit raut bahagia dan teruja di wajah mereka kerana sudi dilayan dan dimesrai oleh PAS, sekaligus tidak dipinggirkan sungguhpun di balik tabir, hidup mereka dibaluti kelam dan suram.

Majlis dan program yang berlangsung selama enam jam dan berakhir 8.30 malam itu, telah mula mencebiskan nama PAS dan parti itu mula meniti dibibir mereka sejak dua tahun 'bertapak' di lorong ini.

PAS mula disegani, dan semakin ramai yang mahu mengenali. Dan slogan "PAS for All" dan "Negara Berkebajikan" membuktikan kebenarannya hari ini dan lorong ini semalamnya menjadi saksi!

Saham Babi Dan Arak Halal Untuk Parti UMNO..!! Islam Apa Yang UMNO Perjuangkan..??

Pelantikan Mirzan Mahathir dalam lembaga pengarah syarikat arak, San Miguel Corp, membuktikan hipokrasi di kalangan pimpinan Umno-BN yang kononnya mengambil berat mengenai isu penjualan arak dalam negara.

Perlantikan pemimpin Umno itu sebagai orang penting di syarikat arak ini yang secara kebetulan berlaku apabila Presiden Umno Najib Abdul Razak mengisytiharkan Umno sebagai parti Islamik semalam itu mengundang kritikan dari Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat Badrul Hisham Shahrin.


















“Tetapi persoalan besar disebalik penjualan arak ini siapa yang mempunyai kepentingan. Siapa yang meraih kekayaan berjuta-juta ringgit dan hari ini jelas bahawa antara tokoh penting Umno keluarga Dr Mahathir ada kepentingan dan ini bukanlah pendedahan pertama.

“Dalam masa yang sama kamu cakap tentang Melayu Islam dan kamu menuduh Pakatan Rakyat yang cuba menyelesaikan isu ini dengan bijaksana dan harmoni, kamu tuduh kita tidak prihatin terhadap Melayu itu sendiri tapi dalam masa yang sama kamu mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit menjamin kekayaan keturunan kamu degan perniagaan arak,” katanya.

Badrul berkata demikian merujuk kepada tabiat Umno-BN menggunakan agama dalam serangan mereka terhadap Pakatan Rakyat - melaga-lagakan Islam dan bukan-Islam di negara bagi politik sempit pemerintah.

Ketika kerajaan negeri Selangor melalui Exco agamanya berusaha keras untuk menghalang umat Islam di negeri itu dari terjebak dengan ketagihan arak, anak bekas Perdana Menteri, Mirzan Tun Mahathir dilantik sebagai pengarah dalm syarikat pengeluar arak terbesar Filipina.













Mirzan Tun Mahathir baru-baru ini dilantik menjadi ahli lembaga San Miguel Corp, konglomerat makanan dan minuman terbesar di Filipina dan pemilik San Miguel Brewery Inc.

Menurut laman webya, San Miguel Brewery mengawal 95 peratus pasaran bir di Filipina. Syarikat berkenaan telah menghasilkan San Miguel Beer lebih dari satu abad. Bir berkenaan dihasilkan di Filipina, China , Indonesia, Vietnam, Thailand dan Malaysia. Ia juga dijual dalam 60 pasaran seluruh dunia.

Mengulas lebih lanjut, Badrul menyeru ahli Umno di semua peringkat harus berfikir sama ada adakah mereka berada di landasan yang betul sedangkan pimpinan mereka mengumpul kekayaan dengan perniagaan arak.

“Tapi oleh kerana arak di syarikat 24 jam yang memang kita (Pakatan Rakyat) akui kita sedang dalam proses memperbetulkan keadaan tetapi kamu (ahli Umno) dengan sentimen tidak tentu arah membangkitkan sentimen agama dan perkauman yang mengeruhkan hubungan kita rakyat biasa di bawah ini dan kamu menjadi alat kepada pemimpin-pemimpin kaya yang mentahdarah kekayaan daripada syarikat arak,” katanya.

Beliau berkata sentimen arak yang dimainkan Umno-BN di negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat berlaku kerana kuasa politik yang dimiliki parti berkenaan. Katanya sekiranya benar pimpinan Umno-BN serius menangai isu arak, satu perbincangan perlu dilakukan dengan pimpinan kerajaan yang ditadbir Pakatan Rakyat dan bukannya menggunakan media untuk memesongkan pemikiran rakyat.

“Kalau betul hari ini masalah penjualan arak dalam bulan puasa ada orang Melayu yang membeli arak di Negeri Sembilan, di Johor dan di kawasan Terengganu tetapi persoalannya jika mereka serius menentang perkara ini sesuatu harus dilakukan. Mereka tidak melakukan di negeri lain tetapi menggunakan media masa memesongkan pemikiran rakyat dengan menyerang Selangor dan negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat.

“Hanya kerana kuasa politik, jika mereka ikhlas dan serius mereka tidak akan menyerang seperti itu malah duduk berbincang dengan kepimpinan Selangor, Kedah dan sebagainya bagaimana hendak meningkatkan syiar Islam. Ini tidak mereka hanya pukul dengan sentimen perkauman yang lebih mengeruhkan keadaan dan lebih memberi gambaran buruk kepada Islam itu sendiri,” katanya

Bila Dua Orang " Macha " Dari Benua Keling Bergaduh Perihal Politik Di Tanah Melayu..

Selepas menyatakan orang-orang India meluat dengan Barisan Nasional (BN), semalam Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu membidas Perdana Menteri pula.
















"Perdana Menteri cakap, bila popular di dalam parti sahaja tak mencukupi. Perlu popular di kalangan rakyat juga.
"Biar saya cakap ini. Kalau popular di dalam parti baru anda bercakap di luar, dengan rakyat. Kalau tak, mereka akan tanya, siapa kamu?" kata beliau yang dilihat menjawab balik apa yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan perhimpunan agung MIC kelmarin.

Dalam ucapannya semalam, Najib mengingatkan pemimpin parti-parti komponen BN supaya tidak hanya popular di kalangan ahli parti sedangkan pada masa sama mereka gagal memenangi hati rakyat.

Beliau yang juga Pengerusi BN berkata, jika pemimpin terbabit lupa menjadi popular di kalangan rakyat, mereka sudah pasti akan dihukum dalam pilihan raya akan datang.
"Sebab itu saya selalu mengingatkan bahawa tiada guna kita menjadi popular di kalangan ahli parti sahaja tetapi tidak popular di kalangan rakyat."
"Kalau kita popular di kalangan ahli parti, kita boleh menang jawatan dalam parti. Tetapi sama ada parti kita relevan atau tidak, ia bergantung kepada sama ada kita boleh memenangi hati rakyat untuk menyokong BN," katanya.















Ucapan Najib itu dilihat sebagai pemerhati sebagai tanda sokongan kepada seteru Samy Vellu, Datuk S Subramaniam yang mencabar calon yang disokong Presiden MIC itu, Datuk G Palanivel dalam perebutan tiga penjuru sebagai Timbalan Presiden MIC.
Ditanya sama ada "mesej" Perdana Menteri itu tidak dipedulikan oleh perwakilan, Subramaniam berkata: "Saya kira Perdana Menteri membuat gesaan yang penting. Saya kira mesej itu hilang begitu saja".

Seorang lagi calon timbalan presiden, Datuk S.Sothinathan pula berkata: "Sekalipun apa yang diperkatakan oleh Perdana Menteri pagi ini...perwakilan telah membuat keputusan mereka dan tidak ada yang dapat mengubahnya".

Kekalahan Subramaniam itu juga dilihat oleh pemerhati sebabagai kekalahan Najib yang disifatkan memberikan mesej yang jelas supaya dilakukan perubahan dalam MIC dan juga kekalahan Umno yang dilihat cuba mempengaruhi pemilihan dalam parti itu.

Pada hari pemilihan parti itu diadakan, Utusan Malaysia yang disifatkan sebagai akhbar Umno menyiarkan laporan muka depan yang bertajuk "Samy perlu berundur".
Akhbar itu menyifatkan tindakan berterusan Samy Vellu mahu mengekalkan penguasaan di dalam MIC bukan sahaja boleh menjadi liabiliti kepada parti itu tetapi turut menjejaskan kredibiliti BN.

30 Ogos lalu, Utusan menyiarkan artikel bertajuk "Sampai bila Samy..."
Samy Vellu, yang sebelum itu menyifatkan Utusan sebagai akhbar perkauman dan berlagak "big brother," menjawab balik apabila menyatakan orang-orang India meluat kepada BN.
"Ketika masa saya (menteri dan ahli parlimen), mereka kata rakyat meluat dengan saya (dan) itulah sebabnya masyarakat India tidak mengundi BN.
"Mereka bukan meluat dengan saya. Mereka meluat dengan BN" kata beliau.

Sebelum itu, Samy Vellu bertikam lidah dengan dengan bekas bossnya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang disifatkan beliau menyokong Subramaniam.
"Yang Amat Berbahagia Tun Mahathir suka juga mencampur tangan dalam hal-ehwal MIC," katanya.












Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini, beliau menuduh Dr Mahathir sebagai pakar "memusnahkan timbalannya".
"Apa yang berlaku kepada (Tun) Musa Hitam, apa yang berlaku kepada (Tun) Ghafar Baba dan apa yang terjadi kepada (Datuk Seri) Anwar Ibrahim... orang yang amat dipujinya?"

Ketika diwawancara akhbar Tamil, Makkal Osai sebelum itu, Dr Mahathir berkata, masyarakat India mengundi pembangkang dalam pilihan raya umum lalu kerana marahkan Samy Vellu.
"Jika masyarakat India mahu kemajuan dan melangkah ke hadapan, mereka mesti singkirkan Samy Vellu," katanya.

Pandangan bekas Perdana Menteri itu turut dikecam oleh perwakilan perhimpunan agung MIC itu hari ini.
"Tak perlu nasihat" kata seorang seorang perwakilan dari Negeri Sembilan dan seorang lagi berkata: "Tolong jaga urusan sendiri. Kami tahu apa yang kami lakukan".
Walaupun diasak bertubi-tubi dari pelbagai penjuru, calon-calon yang disokong Samy Vellu menyapu bersih semua jawatan tertinggi yang ditandingi pada pemilihan parti itu semalam. Selain Palanivel yang mengekalkan jawatannya sebagai Timbalan Presiden, tiga calon Naib Presiden yang disokong Presiden MIC itu menang besar.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S.K. Devamany dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan muncul sebagai pemenang dalam perebutan sebagai Naib presiden.
Subramaniam memperolehi undi tertinggi iaitu 1,260, Devamany (1,122) manakala Saravanan (1,030) berbanding lima lagi calon yang bertanding jawatan Naib Presiden iaitu P. Subramaniam memperolehi 220 undi, Datuk V.K.K. Teagarajan (215), Datuk S. Balakrishnan (271), dan Ketua MIC Bahagian Jelebu, P. Mariayee (61).
Palanivel bagaimanapun tidak disifatkan menang bergaya apabila hanya memperolehi 629 undi berbanding Subramaniam (547) dan Sothinathan (280).

Ketika ditanya mengenai kekalahannya dalam percubaan untuk merebut kembali jawatan timbalan presiden MIC, Subramaniam mendakwa politik wang sebagai penyebab utama kekalahannya.
Beliau berkata wang diedarkan secara terbuka kepada perwakilan, minimum RM300 kepada setiap wakil.

Rabu, 9 September 2009

Takdir Allah Menetapkan Kartika Membuka Topeng Negara Islam Plastik UMNO











KUALA LUMPUR, 7 Sept: Kecelaruan yang timbul dalam hukuman sebat ke atas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno, 32 atas kesalahan minum arak memperlihatkan betapa mudahnya undang-undang Islam di Malaysia dikelirukan.

Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh berkata, hukuman yang masih gagal dilaksanakan dengan alasan pihak yang bertanggungjawab tiada pengalaman walaupun Kartika sendiri sudah bersedia untuk menghadapinya menunjukkan sikap pemerintah yang tidak bersungguh dalam usaha menegakkan undang-undang Islam.

"Kes kartika ini jelas menunjukkan bahawa sebenarnya Umno bukan menjaga agama Islam tapi menjaga selera mereka sendiri. Ini juga merupakan satu tamparan kepada cerdik pandai Islam di negara kita untuk melihat kembali bagaimana mudahnya undang-undang Islam diperkotak-katikkan,"katanya ketika dihubungi Harakahdaily pagi tadi.

Nuridah bersama rombongan Dewan Muslimatnya telah berkunjung ke rumah keluarga Kartika di Kampung Jawang, Sungai Siput Khamis lalu. Turut serta beberapa muslimat lain termasuk dari Dewan Muslimat Negeri Perak sendiri.

Hukuman sebat ke atas Kartika ditangguhkan kerana sekarang dalam bulan Ramadhan. Selepas itu didedahkan hukuman itu ditangguhkan kerana tidak ada tukang sebat untuk undang-undang Syariah.
Kemudian apabila prosedur rayuan hendak dibuat, didedahkan pula bahawa negara ini belum ada penal rayuan syariah .

Nuridah turut kesal mendengar cerita Kartika mengenai tawaran peguam kepadanya untuk menyelesaikan kesnya di luar mahkamah.
Menurut Nuridah, Kartika memberitahu bahawa peguam ada menawarkan kepadanya untuk menyelesaikan kes itu di luar mahkamah dengan syarat Kartika membayar RM2,000 kepada mahkamah dan tidak perlu hadir ke mahkamah apabila dipanggil untuk perbicaraan.
Dengan berbuat demikian, kes itu akan ditutup dan Kartika terlepas daripada dibicarakan. Menurutnya, 13 orang lagi yang ditangkap bersamanya ketika melakukan kesalahan yang sama melakukan perkara itu.














Dia bagaimanapun, enggan berbuat demikian sebaliknya bersedia untuk dibicarakan.
Beliau turut memuji sikap Kartika yang berani mengaku salah dan sanggup menerima hukuman di atas kesalahannya hatta dihukum di khalayak ramai sekalipun.
"Saya puji sikap Kartika yang sedia dengan hukuman itu. Setelah berjumpa sendiri dengan dia (Kartika) sebenarnya Kartika bersedia untuk menerima enam sebatan tersebut.

"Pada kartika perkara tersebut tidak perlu ditangguh, dan dia minta hukuman tersebut segera dijalankan," katanya.

Ditanya bagaimana keadaan Kartika ketika dikunjungi, Nuridah berkata, ibu kepada seorang kanak-kanak perempuan itu kelihatan tenang dan bersahaja menerima kunjungan beliau.
"Saya nampak dia tenang sahaja. Tak adalah trauma cuma nampak keletihan sedikit sebab masa kami datang dia baru balik. Tapi dari sudut mental, ustazah tengok dari jawapan-jawapan dia, dia sebenarnya bersedia. Tak nampak macam dia takut untuk melalui hukuman tersebut," ujar Nuridah lagi.

Beliau turut meletakkan harapan agar Kartika dapat menjadikan peristiwa yang berlaku itu sebagai pengajaran kepada dirinya dan benar-benar insaf serta bertaubat kepada Allah SWT.
"Nasihat saya kepada Kartika dan juga kepada mereka yang minum arak, segeralah bertaubat minta ampun kepada Allah kerana peraturan tak boleh minum arak adalah ketentuan Allah. Jadilah hamba yang taat kepada Allah InsyaAllah kita akan bahagia," nasihatnya.

+ Segala apa yang berlaku adalah atas kehandakNya.. kita selaku makhluk seharusnya mengambil iktibar, negitu juga dengan apa yang berlaku pada Pilihanraya yang lalu PRU12. UMNO selaku Parti yang diberikan amanah oleh Allah utk mentadbir bumi Malaysia ni seharusnya Istiqomah dengan Hukum Allah bukannya mengambil Perundangan Kuffar yang ditulis oleh Load Reid. Kartika ini adalah contoh terbaik Allah mengajar Umat islam di dalam UMNO agar tidak hanya berpura-pura memperjuangkan Hukum Allah tetapi hendaklah berusaha sedaya upaya serta bertawakal kepadanya..

Sister In Islam Adalah Anak Didik Serta Barua Yahudi Dan Nasara..

Sister In Islam yang dinaungi oleh anak-anak bekas Perdana Menteri ( Anak perempuan Tun Hussin Onn, Marina Mahathir dan Nori Abdullah Badawi ) telah mencetuskan kemarahan umat islam di negara ini. Hanya Puak2 UMNO dan pemimpin-pemimpin UMNO sahaja yang terus menerus mempertahankan segala kedurjaan mereka menentang hukum Allah.

Dewan Pemuda PAS hari ini menyelar gabungan NGO wanita dengan label "biadap" apabila mendesak kerajaan memansuhkan undang-undang jenayah syariah berhubung kontroversi hukuman sebat terhadap Kartika Sari Dewi Shukarno.

Ketua dewan itu Nasrudin Hassan berkata tindakan gabungan pertubuhan hak wanita Kumpulan Bertindak Menentang Keganasan Terhadap Wanita (JAG) serta penyokong mereka dianggap menceroboh bidang kuasa pelaksanaan enakmen jenayah syariah.

"Tindakan yang sama juga pernah dilakukan melalui memorandum yang dikemukakan kepada kerajaan pada tahun 2005 dan ditandatangani oleh 300 individu dan NGO termasuk menteri-menteri kabinet beragama Islam yang sedang berkhidmat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

JAG dalam memorandum bertarikh 25 Ogos lalu menggesa perdana menteri supaya mengambil tindakan segera bagi menilai semula hukuman sebat kerana didakwa melanggar prinsip hak asasi manusia di peringkat antarabangsa.

Gabungan itu disertai beberapa pertubuhan wanita berpengaruh termasuk Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower), Persatuan Bantuan Wanita (WAO), Sisters In Islam (SIS), All Women Action Society (AWAM) serta Pusat Wanita untuk Perubahan (WCC).

Menurut Nasrudin lagi, dakwaan kononnya model sambilan itu menjadi sasaran juga "fitnah besar terhadap institusi agama, kerana bukan hanya Kartika seorang yang ditangkap dan dijatuhi hukuman sedemikian."

"Pada masa kejadian, selain daripada Kartika, juga telah ditangkap dua orang lain, seorang lelaki dan seorang wanita.

"Kedua-duanya telah dijatuhi hukuman yang sama denda RM5,000 dan enam sebatan, namun mereka telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah Pahang," katanya.

Tambahnya, Kartika juga bukanlah satu-satunya wanita yang dijatuhi hukuman sebat, malah Kartika juga bukanlah orang pertama menerima hukuman sedemikian kerana kesalahan mengambil alkohol.

"Di Kelantan seramai enam orang lelaki telah disebat (atas kesalahan minum arak). Tahun 1997 - empat orang, tahun 2001 (seorang), dan 2003 (seorang).

"Hukuman sebatan Syariah terhadap seorang pesalah wanita pernah diputuskan oleh Mahkamah Syariah Johor pada 2000. Namun pesalah berkenaan telah membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah dan hukuman sebatan telah diketepikan," jelas Nasrudin lagi.

Berbeza dengan tanggapan umum seperti dilaporkan media, beliau malah berkata Jabatan Penjara sudah mempunyai 171 orang tukang sebat, termasuk wanita yang terlatih.

"Kesemua mereka terlatih dalam menyebat secara sivil, syariah dan kanak-kanak," katanya.

Jelasnya lagi, kaedah sebatan berkenaan telah diterima oleh hakim rayuan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Datuk Muhammad Asri Abdullah.

Sabtu, 5 September 2009

Kerajaan Lim Guan Eng perkenal anugerah hafal Al Quran











PULAU PINANG, 5 Sept: Kerajaan negeri Pulau Pinang akan memberi penganugerahan kepada penghafal Al Quran seluruh Pulau Pinang.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Abdul Malik Abul Kassim. Ianya di atas persetujuan dan sokongan penuh daripada ketua menteri Pulau Pinang saudara Lim Guan Eng.













Menurut Abdul Malik satu anugerah khas sebagai tanda menghargai sumbangan penghafaz Al Quran dan pengiktirafan yang diberikan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat akan diwujudkan dalam tempoh terdekat tahun ini juga.
"Pengiktirafan ini adalah sebagai tanda kerajaan negeri komited dan mengiktiraf para penghafaz Al Quran dalam memacu perkembangan syiar Islam di negeri ini.

Lim Guan Eng barazam agar Pulau Pinang menjadi pusat melahirkan Hafazan Quran yang utama di negara ini. Hafaz dan hafiz ini akan dihantar menjadi tenaga pengajar di seluruh Nusantara suatu masa nanti..

"Tidak setakat ini sahaja penganugerahan yang kita berikan, malah anugerah kepada Hafiz Termuda akan diberikan kepada penghafaz Al Quran termuda dalam Pulau Pinang.
"Ini termasuk juga satu penganugerahan kepada guru mereka yang akan dianugerahkan dengan Anugerah Guru Al-Hafiz sebagai menghargai jasa dan sumbangan yang telah diberikan oleh guru-guru ini bagi melahirkan amai hufaz di Pulau Pinang," kata Malik.

Abdul Malik juga berkata selain daripada anugerah tersebut ijtimak hufaz akan turut diadakan bagi memberi pendedahan kepada masyarakat dan rakyat negeri ini mengenai keperluan melahirkan seorang hafiz dala sebuah keluarga.

"Usaha kita ini akan menjadikan Pulau Pinang yang diterajui oleh Pakatan Rakyat sebagai salah satu tindakan yang membesarkan penghafaz Al Quran.
"Masyarakat dapat membuat perbezaan semasa pentadbiran kerajaan negeri yang sedia ada dengan mereka yang pernah memimpin sebelum ini terhadap pengiktirafan terhadap para hufaz di Pulau Pinang," katanya.

Ahad, 30 Ogos 2009

Pak Najib.. Kenapa Tak Haramkan Majalah Mangga..??













MENGAPA HARUS DILACURKAN TUBUH BADAN WANITA MELAYU...???

Menurut hemat saya beberapa majalah hiburan yang memaparkan gambar dan aksi yang menjolok mata patut juga diharamkan, seperti Mangga (gambar atas). Ada orang kategorikan Mangga sebagai majalah Playboy berbahasa Melayu!

Namun tindakan KDN juga terpilih, sama seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia. Majalah bangang Mangga diterbitkan oleh penerbit UMNO. Adakah Pak Najib dan semua ahli UMNO redha dengan hasil yang haram yang diusahakan oleh anak-anak buah Pak Najib dalam UMNO..

Saya sudah lama MENGHARAMKAN majalah bangang ini berlegar-legar di sekitar keluarga saya.

Tahukah Pak Najib dan saudara-saudari UMNO sekelian bahawa:

Dalam bidang sastera, protokol Yahudi Zionis memaktubkan: “Kita telah menyebarluaskan sastera yang sakit lagi keji. Jadikan sastera sebagai tunjang kebejatan nafsu di setiap negara besar yang mempunyai kepimpinannya sendiri.”

Yahudi adalah punca diskriminasi kaum, menanamkan semangat bangsa ( Assobiyah ),penghapusan etnik dan pembinasaan manusia. Doktrin mereka mencacak teguh asas pendustaan dan egoistik. Zahirnya bersinar, tetapi batinnya gelap dan hina. Ringkasnya segala kehinaan dan keganasan sama ada yang lampau dan kini, di hadapan atau di belakang adalah berpunca dari Yahudi Zionis. Betapa tidak, bukankah kitab Taurat yang sudah diselewengkan itu (bukan lagi ajaran Nabi Musa) adalah punca kepada elemen teroris?”

Rabu, 26 Ogos 2009

Sememangnya UMNO Jahil Tentang Hudud Dan Hukum Allah.. Justeru Itu Mereka Mendaulatkan Perundangan Barat













Isu hukuman sebat kepada pesalah minum arak telah menarik perhatian pelbagai pihak untuk memberikan pandangan dan komen masing-masing.

Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (pindaan 1987) sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.

Apabila asasnya adalah nas, maka ia adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya – kerana ia berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat.

Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 hingga 80 rotan jumlahnya.

Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.

Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.

Hukuman sebat yg diamalkan oleh pihak penjara di seluruh Malaysia adalah mengikut cara barat di mana ianya benar-benar kejam dan menyeksakan pesalah, sehinggakan ada yang tertanggal isi punggungnya dan berlaku pendarahan yang serius.. itukah keadilan yang ingin diperjuangkan oleh umat islam di negara kita,bukankah selama ini kita telah mengetahui bahawa pihak barat sejak ratusan tahun dahulu gemar melakukan segala bentuk penyeksaan terhadap hamba abdi dan tahan sedangkan islam adalah sebaik-baik agama yg melayan para tahan, ini telah terbukti dalam sejarah dunia..

Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ia memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan.

Oleh yang demikian, kita meminta supaya pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan itu sehingga memberi gambaran salah mengikut syariat Islam.

Dalam masa yang sama kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun dan Penyayang.

Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam. Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam.

Haramnya arak adalah tidak mengira tempat – sama ada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.

Menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya – adalah seumpama menghadapi nyamuk Aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi!


Artikel ini diterbitkan sepenuhnya daripada kenyataan media Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Perniagaan Babi, Judi Dan Arak Juga Didalangi Serta Dimiliki Sahamnya Oleh Para Pemimpin UMNO


















KUALA LUMPUR, 26 Ogos : Kerajaan mesti melihat isu arak secara keseluruhan, tidak menghukum orang awam sahaja tetapi tauke, tokoh politik dan pemimpin yang berada di belakang kilang dan premis perniagaan arak juga mesti dikenakan tindakan.
Apa yang berlaku kini, hukuman hanya dikenakan ke atas 'ikan bilis' sahaja apabila melakukan kesalahan seperti minum arak sedangkan orang-orang yang berkepentingan khususnya yang beragama Islam yang 'menjana' industri arak ini terlepas begitu sahaja.

Demikian ditegaskan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abdin kepada Harakahdaily pagi ini, ketika diminta mengulas hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno yang dihukum kerana minum arak.

"Sebenarnya hukuman sebat yang dijatuhkan mahkamah itu 'mendekati' hukuman Islam sungguhpun ulama berbeza pendapat tentang jenis hukuman dan bilangan sebatan.
"Namun saya puji sikap Kartika kerana akui kesalahannya dan tidak membantah hukuman yang dikenakan.

"Sepatutnya kita puji dia tetapi sehingga kini tidak ada satu tokoh politik atau pemimpin yang memuji tindakan Kartika ini, mungkin ada kepentingan dan jaga hati pihak tertentu..." katanya yang juga bersetuju, sekiranya Kartika merayu bagi meringankan hukuman.

Padanya, prinsip hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah mesti jelas, dan soal rayuan, merupakan hak bagi pesalah untuk memohon meringankan hukuman.
Beliau turut menjelaskan bahawa bukan semua yang meminum arak atau melakukan apa-apa maksiat itu membenci Allah dan rasul-Nya ataupun membenci Islam.
Sungguhpun, maksiat membawa ke neraka, namun bukan semesti seseorang pelaku maksiat tidak melakukan pahala dalam perkara yang lain yang akhirnya Allah akan menentukan timbangan antara keduanya, katanya.

Kartika seorang model sambilan di Singapura dihukum denda RM5,000 dan dikenakan enam sebatan kerana minum arak di sebuah hotel di Kuantan. Beliau sepatutnya menjalani hukuman itu sebaik sahaja ditahan di Penjara Kajang bermula semalan.
Bagaimanapun hukuman itu ditangguhkan dengan alasan hukuman rotan hanya boleh dilaksanakan selepas bulan Ramadhan.

Dalam pada itu Dr Asri dukacita dan mengkritik sikap mahkamah syariah yang dilihat begitu 'cepat' menyelesaikan kes Kartika, sedangkan kes-kes seperti cerai, talak, penderaan dan pembahagian harta pusaka yang melibatkan wanita, mengambil masa yang lama untuk diputuskan atau dijatuhkan hukuman.
"Janganlah ketika wanita bersalah, dihukum begitu cepat tetapi bila wanita dianiaya, ditangguhkan. Hukuman dan tindakan mesti adil malah ianya mesti dilihat berlaku adil.
"Kita memuji langkah mencegah mungkar tetapi yang paling penting ialah penegasan hukuman supaya menjadi contoh kepada yang lain dan dilihat adil," katanya yang kini sudah seminggu berada di Malaysia, sekembalinya daripada pengajiannya di London.
Beliau juga kecewa dengan sikap media barat seperti CNN yang cuba mengaangkat isu hak asasi manusia untuk minum arak sedangkan agama mempunyai hukuman dan peraturan yang tertentu bagi mendefinasikan kebebasan penganutnya agar tidak melakukan perbuatan yang menyalahi agama sekaligus menjaga masyarakat akibat tabiat buruk arak.

Seorang pakar motivasi Dr. Danial Zainal Abidin dalam Program TV9 Halaqah minggu lalu, turut mengupas keburukan akibat meminum arak, yang jelas mempunyai sebab-sebab utama Allah SWT mengharamkan dalam al-Quran.

"Arak menyebabkan sebarang mesej atau maklumat tidak sampai ke otak. Arak menyebabkan pertimbangan tubuh badan tidak seimbang. Ia mengundang pelbagai penyakit dan bahaya.
"Mengikut kajian, arak merupakan pembunuh nombor satu bagi remaja di Eropah dan penyebab utama masalah rumah tangga di Britian. Jika mereka kata ini hak asasi dan arak sebagai penyelesai masalah...fikirkan kembali" kata Daniel merujuk kepada kajian perubatan dan WHO.

Dengan kajian itu katanya, membuktikan hukuman dan tindakan agama Islam melarang penganutnya meminum arak, adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan masalah-masalah masyarakat dan punca gelaja sosial yang semakin membarah kini.

Sabtu, 22 Ogos 2009

Dimanakah Telurnya...???










Nik Aziz dan cabar Majlis Fatwa bersemuka..
Apa cerita dgn Majlis Fatwa..?? senyap jerr
takkan golongan yg hebat2 macam Majlis Fatwa menikus pulak..??
Tak de teloq ka..??

Kalau setakat mkn gaji dgn UMNO baiklah Majlis Fatwa diam jerr..
sebab selama ni semua org tahu yang Majlis Fatwa ni tak diendahkan sgt oleh UMNO..
contohnya Fatwa tentang jom heboh, menyembah patung berhala tugu negara, kongsi raya dan maksiat realiti tv..

Tapi bagai lembu dicucuk hidung bila UMNO suruh pertahan maruah dan akidah UMNO terus majlis Fatwa meracau2 tak tentu Fasal.. tahulah makan gaji dgn UMNo tapi jgn sampai menjual ilmu dan harga diri..

Kalau hebat sgt dan kalau rasa apa yg dipertahankan tu betul sahutlah cabaran Nik Aziz tu.. huhu.. boleh buat siaran langsung demi kepentingan umah.. kalau nik Aziz yang bersalah maka Nik Aziz patut dipulihkan akidahnya tapi kalau UMNO yang bersalah maka cepat2lah bertaubat..

bukankah rasulullah pernah bersabda " jika terdapat sebarang perbalahan di antara umat islam maka hendaklah kamu kembali kepada Al-Quran dan sunnah Rasulullah..

Nik Aziz nak bersemuka dgn Majlis Fatwa dan mempelawa UMNO menjemput Para Ulamak Muktabar Al-Azhar.. supaya menjadi pemerhati tetang masalah ni... tak jadi masalah punya sbb mmg peranan ulamak muktabar di Al-azhar ni akan membantu menyelesaikan masalah umah di seluruh dunia bukan setakat memeriahkan majlis pembukaan Putra jaya dan cyber jaya jerr..

Apa lagi UMNO masa ni lah kamu org semua boleh tunjuk hero..
Jgn jadi hero kampung macam khairy ( hero keling ) sudahlah..
3 kali ajak berdebat dgn pemuda PAS pas tu dia sendiri yang membatalkannya.. teloq sangkut kat mana..?? kat rombau ka..?? haha,,,!!

Khamis, 20 Ogos 2009

Mampukah Majlis Fatwa Bersemuka Dengan Nik Aziz..?? Atau Mungkinkah Majlis Ulamak Juga Sama-sama Bacul Macam Para Pemimpin UMNO..

Nik Aziz mahu semuka majlis fatwa
Ogos 20, 09 7:15pm










Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sedia bersemuka dengan jawatankuasa muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung kenyataannya bahawa ajaran Islam yang diamalkan Umno tidak boleh membawa penyokong parti itu ke syurga.

"Saya sedia berjumpa dengan pihak berkenaan untuk menjelaskan perkara sebenar di sebalik kenyataan saya itu bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul," katanya ketika mengulas keputusan jawatankuasa itu bahawa kenyataannya sebagai salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.

Menteri besar Kelantan berkata, ulasan-ulasan negatif yang dikeluarkan pihak tertentu terhadap kenyataannya berdasarkan petikan dalam akhbar adalah tidak adil.

"Mereka perlu tanya saya di mana salahnya, saya sedia menjelaskan secara berdepan," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Darul Naim di Kota Bharu hari ini.

Bagaimanapun, Nik Abdul Aziz mengakui bahawa beliau bukan orang yang boleh menentukan seseorang masuk syurga atau neraka.

"Yang menentukan jalan syurga (atau) neraka adalah Allah dan yang memberitahu kepada kita (ialah) Nabi Muhammad SAW dan (apabila) nabi mati tugasnya disambung oleh ahli ulama.

"Saya bukan menentu syurga (atau) neraka yang menentukannya Allah, saya yang menyambung syariat dan jalan ke syurga ialah orang-orang yang Allah beri nikmat bukan nabi-nabi," katanya.

Bagaimanapun, Nik Aziz tetap mempertahankan kenyataannya bahawa ajaran Islam yang dibawa Umno tidak menjamin penyokongnya dapat masuk syurga.

Semalam Nik Aziz menjelaskan bahawa apa yang dimaksudkannya ialah sesiapa saja yang mengasingkan iman daripada Islam tidak akan masuk syurga. BERNAMA

Ahad, 16 Ogos 2009

Malaysia Negara PARIAH...!!!

MALAYSIA SESUAI DIPANGGIL NEGARA PARIAH BILA MANA MELETAKKAN KUASA POLIS LEBIH TINGGI DARI KUASA HUKUM..














Layanan polis terhadap peguam di negara ini ternyata menunjukan badan berkuasa berkenaan tidak mengiktiraf para peguam.

Perkara ini didedahkan oleh para peguam yang menjadi saksi dan mangsa tahanan polis dalam Inkuiri Awam Suhakam terhadap penahanan peguam dari Pusat Bantuan Guaman (LAC).

Mangsa, Peguam Fadiah Nadwa Fikri dalam keterangannya berkata, menjadi kebiasaan kepada para peguam terpaksa menunggu selama berjam-jam di luar pagar balai polis.

Katanya, beliau yang telah berpengalaman mengendalikan beberapa kes terpaksa berbuat demikian kerana polis enggan membenarkan peguam masuk ke balai untuk menemui dan mendapatkan maklumat berhubung anak guamnya.

“Ya, kebiasaannya peguam tidak dibenarkan masuk dan hanya menanyakan soalan di luar pagar. Kami akan menunggu selama beberapa jam untuk mendapatkan makluman anak guam kami,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan dari Pesuruhjaya inkuiri berkenaan, Muhammad Shafee Abdullah.

Fadiah dalam keterangannya juga turut menyatakan beliau dan empat rakannya yang merupakan peguam tetap ditahan walaupun mereka telah memaklumkan kepada pegawai polis bahawa mereka adalah peguam yang mewakili tahanan pada malam berkenaan.

“Puspa (Puspawati Rosman) kata beliau telah maklumkan kepada polis bahawa beliau adalah peguam, kemudian saya pun beritahu kami dari LAC dan tahanan adalah anak guam kami.

“Saya kata mahu berjumpa pegawai penyiasat tetapi mereka maklumkan bahawa beliau sedang bermesyuarat,” katanya.

Menurutnya, kelima-lima mereka menunggu di luar pagar hampir setengah jam dan beliau kemudiannya menghubungi DSP Judy Blacious Pereira datang kepagar untuk berbincang.

Katanya, Judy memaklumkan anak guamnya telah menandatangani borang melepaskan hak guaman.

Fadiah menjelaskan ke hadapan inkuiri, bahawa sebelum itu anak guamnya Ginie Lim memberitahunya melalui telefon bahawa mereka dipaksa menandatangani borang berkenaan.

Mereka bagaimanapun enggan menandatangani borang itu.

“Tiada spesifik asas tahanan mengapa anak guam saya ditahan. Sepatutnya beliau datang dekat dan cakap. Apa-apa pun, dalam tugas mereka tidak ada hak untuk menahan kami semasa bertugas,” katanya.

Katanya, selepas ditahan mereka di bawa ke Balai Polis Travers. Fadiah menyelar tindakan biadap seorang polis lelaki yang mendatanginya semasa beliau sedang berbaring di dalam lokap.

Pendedahan Fadiah ini turut disokong oleh saksi inkuiri, iaitu Presiden Majlis Peguam, Ragunaht Kesavan.

Ragunath dalam keterangannya berkata, beliau dihalau oleh Ketua Polis Brickfield, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika meminta untuk berjumpa anak guamnya.

“Saya dibenarkan masuk ke dalam dan berkata kepada beliau untuk berjumpa dengan anak guam saya kemudiannya OCPD jerit ‘Tidak, Keluar dari balai atau saya tangkap awak’,” katanya.

Menurutnya, beliau tidak tahu sama ada anak guamnya akan ditahan semalaman atau tidak kerana tidak mempunyai apa-apa maklumat dari polis.

“Ini kali pertama saya dihalau. Balai polis adalah tempat awam, mengapa saya dihalau dan saya tidak tahu apa yang berlaku, sama ada mereka di tahan atau ditahan di balai mana,” katanya kepada Muhammad Shafee.

Prosiding hari ini dimaklumkan oleh Superitenden Munusamy dari Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur bahawa DSP Judy bukan pegawai penyiasat yang mengendalikan kes berkenaan sebaliknya ASP Hoo Chang Hook.

Inkuiri di tangguh dan bersambung 29 Ogos ini.

Sementara itu, Fadiah yang ditemui di luar bilik perbicaraan berkata, beliau terkejut apabila diberitahu bahawa DSP Judy bukan pegawai penyiasat kes berkenaan kerana Judy tidak pernah menyangkal perkara berkenaan malahan memberi respon.

“Ya, baru hari ini dalam prosiding tadi saya dimaklumkan DSP Judy Pereira adalah bukan pegawai penyiasat sebenar. Sebelum ini kami bertanya kepada pihak polis mereka menyatakan beliau adalah pegawai penyiasat. Dan apabila kami merujuk kepada beliau, beliau tidak pernah menyatakan beliau bukan pegawai penyiasat bertugas,” katanya.

Katanya, prosiding menjadi hangat apabila beliau menyangkal dakwaan Superitenden Munusamy bahawa sekiranya peguam berkumpul lebih dari lima orang ia diklasifikasikan sebagai perhimpunan haram.

“Soalan beliau mengatakan apabila peguam berkumpul dari lima orang ia adalah perhimpunan haram. Ia sangat pelik kerana peguam menjalankan tugas yang diberikan di bawah undang-undang.

“Dalam menjalankan tugas kami tidak sepatutnya ditangkap kerana tugas yang diberi kuasa di bawah undang-undang. Tidak timbul isu perhimpunan haram atau tidak. Kami berkumpul untuk berjumpa anak guam," katanya.

Sabtu, 15 Ogos 2009

Seorang Jaguh Kampung Bernama Khairy...









Khairy Jamaluddin adalah jaguh kampung, tidak lebih daripada itu. "Kampung Khairy" terletak di mana sahaja, asalkan beliau dapat berucap secara berapi-api, biarpun tanpa hujah bernas atau benar. Tidak apa jika jumlah penontonnya sedikit.

Yang penting, media arus perdana suruhan Umno-BN, harus hadir untuk menelan apa saja yang diluahkan oleh Khairy bagi "dimuntahkan" semula keesokan hari dalam akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian, RTM dan TV3.

Di "Kampung Khairy", tidak boleh ada perbahasan terbuka mengenai isu-isu bersabit rasuah dan kepentingan rakyat. Kerana isu-isu seperti itu akan menegakkan kebenaran dan mendedahkan siapa Khairy sebenarnya.

Hakikatnya ialah Khairy bukan sahaja pengkhianat kepada kebenaran tetapi beliau juga pengecut yang menarik diri dari perbahasan dengan Ketua Pemuda PAS atas topik yang amat penting: Rasuah dan masa depan Malaysia- di mana peranan pemimpin muda politik?

Setelah menyatakan kesanggupan untuk berdebat dengan Pemuda PAS atas topik yang relevan kepada kelangsungan kaum Melayu dan Islam, Khairy tiba-tiba menarik diri tanpa alasan bernas.

Namun, tidak ramai yang terkejut dengan tindakan itu. Sememangnya tidak banyak yang boleh diharapkan daripada Khairy bersabit isu rasuah.

Khairy sendiri didapati bersalah atas amalan politik wang oleh Lembaga Displin Umno pada pemilihan parti yang lalu. Yang lebih menjengkelkan ialah beliau dibenarkan bertanding dan menang, setelah menewaskan seorang lagi calon "bersih" Khir Toyo. Itulah tahap kepemimpinan dalam Pemuda Umno dan politik yang dibawa oleh parti mereka.

Setelah "lari" seperti cacing kepanasan apabila dicabar untuk berdepan dengan Pemuda PAS, apakah yang dilakukan oleh Khairy untuk menutup malunya: Beliau bertandang ke Shah Alam malam tadi untuk mencaci PAS dan Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat Melayu.

Beliau membawa segerombolan konco-konconya untuk memaki hamun Anwar dan PAS. Malah Ketua Pemuda Umno Selangor Suhaimi Ghazali berkata politik PAS mungkin berkesudahan dengan "babi dijual secara terbuka di Shah Alam."

Inilah contoh politik murahan yang dibawa oleh Pemuda Umno kononnya untuk menyatukan orang Melayu. Ini "mesej harapan" yang dijaja oleh Khairy dan Pemuda Umno kepada orang Melayu atas nama mempertahankan kesucian Islam.

Pada ceramah malam tadi, Khairy sendiri membuat pelbagai tuduhan melulu dan fitnah terhadap Anwar. Malah kain rentang dengan kata-kata kesat dan biadap anti Anwar dipaparkan untuk ditanda-tangani oleh Khairy dan konco-konconya.

Serangan peribadi tanpa batas ini hanya disaksikan oleh kira-kira 300 orang, sebilangan besarnya ahli Pemuda Umno sendiri. Hanya beberapa kerat sahaja merangkumi penduduk setempat di Seksyen 6 Shah Alam. Mereka tentunya menggeleng kepala melihat celoteh Khairy dan budak-budak suruhannya.

Segala sandiwara Pemuda Umno ini tidak membawa apa-apa makna. Khairy telah lama hilang kewibawaannya apabila disabit atas kesalahan rasuah politik oleh partinya sendiri. Beliau hilang kredibiliti sama sekali apabila tidak menepati janjinya untuk berbahas dengan kepemimpinan Pemuda PAS dalam usaha membina sebuah negara yang bersih daripada rasuah.

Sebaliknya, Khairy lebih ghairah meraih sokongan Muhyiddin Yassin (Timbalan Presiden Umno) dengan menganjurkan ceramah-ceramah untuk membidas dan menfitnah PAS serta Anwar.

Ini untuk menguatkan "saham"nya dengan Muhyiddin sebagai taktik untuk mengimbangi pengaruh kuat Hishamuddin Tun Hussein ke atas Perdana Menteri Najib Razak. Itu pertimbangan utama dalam segala rencana politik Khairy. Bukan sukar untuk membacanya.

Namun, politik fitnah sehingga menyerang keperibadian pemimpin seperti Anwar dan Nik Aziz yang dibawa Muhyiddin dan dijaja oleh Khairy sudah lama ditolak orang Melayu dan rakyat amnya.

Buktinya terserlah pada pilihanraya umum 2008 dan pada enam pilihanraya kecil di Semenanjung di mana Umno-BN tewas pada kesemua pemilihan itu. Dan ia akan terserlah sekali lagi di Permatang Pasir pada 25 Ogos ini.

Pengecut dan jaguh kampung yang angkuh tidak mungkin menyedari hakikat ini. Khairy Jamaluddin adalah kedua-duanya sekali.

Khairy Pengecut, Tolak Tawaran Debat Terbuka Dengan Pemuda PAS...


















BUEK MALU ORANG NOGORI JO KAU JANG...
Baik Ekau Jago Kobau Kek Kampong Yo...!!

Kewibawaan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sekali lagi dipertikaikan. Setelah berkali- kali berdolak dalih untuk berdepan dengan Ketua Pemuda Pas, Ustaz Nasruddin Hassan At- Tantawi menerusi debat perdana anjuran Gerak, beliau akhirnya menaikkan bendera putih seraya membuka segala ruang kritikan terhadapnya.
Gerak sebelum ini merangcang mengaturkan satu debat perdana membabitkan kedua- dua tokoh politik muda negara berhubung isu Rasuah dan masa depan Malaysia- dimana peranan pemimpin muda politik ?

Namun usaha ini menemui kegagalan apabila hanya pemuda pas yang menyatakan kesediaan untuk berdebat. Ini bukan kali pertama pemuda UMNO menolak untuk berdebat secara terbuka bagi berhujah tentang isu- isu semasa.

Naib Presiden Pas, Sallehuddin Ayub menyifatkan Khairy telah mencerminkan sikap pemimpin UMNO yang tidak mempunyai jati diri yang kuat dan tidak mempunyai keyakinan untuk berhujah memperjuangkan apa yang lantang dilaungkan parti mereka.

"Satu sikap yang pada saya tidak wajar. Tidak bijak. Ajak debat pun tidak mahu, wacana pun tidak mahu. Jadi apa yang Pemuda UMNO boleh ? Itu pada saya tidak seperti yang di perjuangkan UMNO. Apa yang tinggal pada Pemuda UMNO ?," kata Sallehuddin.

Tv Antara juga menghubungi Ketua Pemuda Pas, Ustaz Nasruddin untuk mendapatkan reaksi beliau terhadap penolakan kali kedua pemimpin UMNO itu.

Nasruddin tidak dapat mengelak daripada menyifatkan Khairy sebagai pengecut untuk berdepan membahaskan isu rasuah, isu yang membarah dalam parti anutannya itu.

"Apa lagi yang boleh saya kata kalau tidak berani untuk tampil mengulas isu atau pun berdepan dengan realiti yang perlu kita tangani bersama. Musuh akan menganaggap ini adalah satu tindakan yang penakut, atau tindakan yang tidak berani menyatakan kebenaran. Kita selalu dipesan oleh orang- orang tua kita, berani kerana benar, takut kerana salah," kata Nasruddin.

Inikah nilainya seorang yang kononnya yang terpelajar..??
Universiti Oxfort adalah salah sebuah Umniversiti yang tersohor diseluruh dunia..
Khabar yang digembar-genburkan oleh puak2 UMNO konon-kononnya si Khairy bacul ni pelajar dari Oxfort..
Poh.. Dah Chit..!! Tak de iri2 pelajar Oxfort pun.. wakaka...!!