Selasa, 27 Januari 2009

Sejarah Peta Ajaib

Pada tahun 1929, sekumpulan pengkaji sejarah telah membuat penyelidikan di istana Topkapi yang terletak di Constantinople, Turki. Di dalam istana itu, mereka telah menemui segulung peta yang berusia ratusan tahun, yang diperbuat dari kulit rusa berukuran 90 x 65 cm. Peta tersebut bertarikh Muharam 919 bersamaan 9 Mac-7 April 1513.

Di atas peta itu, mereka telah menemui beberapa perkara yang aneh dan menakjubkan. Peta tersebut memaparkan outline pantai Amerika Utara dan Selatan dengan pengukuran yang amat tepat. Peta itu juga memuatkan maklumat yang sangat terperinci mengenai Amerika, Lautan Atlantik, Eropah dan pantai-pantai Afrika yang belum dijelajah oleh penjelajah Eropah pada masanya! Satu lagi perkara yang menghairankan para pengkaji tersebut, ia juga memaparkan benua Antartika, padahal wilayah itu belum ditemui hingga tahun 1818


















Mereka mengkaji lagi. Mereka membuat perbandingan antara jarak pantai timur Amerika dengan pantai barat Afrika pada peta kuno itu dengan jarak yang sama pada peta yang termoden sekali. Sekali lagi mereka tercengang! Sangat tepat dan ini mustahil dibuat oleh pelaut zaman itu kerana kelengkapan dan teknologi mereka umumnya diketahui sangat terhad untuk membuat kerja-kerja kartografi dan pemetaan. Adakah ini mencukupi untuk mengatakan peta kuno ini benar-benar menakjubkan? Tidak. Sebenarnya ada lagi perkara lain yang begitu aneh dan tersangat luar biasa. Tersangat luar biasa bagi sebuah peta kuno yang diperbuat dari kulit rusa.

Peta aneh tersebut ditunjukkan kepada Arlington T. Mallerey, seorang pakar peta kuno. Setelah beberapa lama membuat kajian, beliau akhirnya merasa bingung dengan peta aneh tersebut. Mengapa? Ini adalah kerana data geografi pada peta tersebut tidak berada dalam posisi yang tepat.

Orang-orang disekelilingnya mula 'lega' kerana akhirnya peta tersebut mempunyai kelemahannya. Sudah pasti ada kelemahan kerana peta itu dibuat oleh pelaut-pelaut kuno yang dikatakan hanya mengenal kompas dan bintang-bintang! Jadi apa nak dihairankan, walaupun mereka sedar persoalan bagaimana peta tersebut boleh memaparkan Antartika masih menjadi misteri. Tetapi Mallerey masih sangsi dengan peta itu. Beliau merasakan ada yang tidak kena dengan peta itu. Seakan-akan ada sesuatu yang lebih luar biasa yang ingin ditunjukkan oleh helaian kulit rusa yang berbau hamis itu.

Akhirnya dengan bantuan US Navy Hydrographic Bureau, Mallerey membuat sebuah grid dan memindahkan peta itu ke dalam sebuah glob. Betapa terkejutnya Mallerey karena peta tersebut ternyata sangat tepat!

Kajian demi kajian terus dilakukan ke atas peta yang menghairankan ramai cendekiawan itu.

Kajian lanjutan dilakukan oleh Professor Charles H. Hapgood dan Richard W. Strachan. Mereka telah mengkaji peta ini berkali-kali dan akhirnya menjumpai satu aspek yang tidak diketahui para pengkaji sebelum mereka. Suatu perkara yang benar-benar mustahil dan luar biasa. Mereka menemukan bahwa peta kuno itu kemungkinan merupakan gambar aerial yang difotokan dari suatu ketinggian tertentu. Sungai, lembah, pegunungan, pulau dan padang pasir, digambarkan dengan ketepatan fotografi yang amat tinggi. Dan tahap fotografi yang tinggi ini hanya dapat dicapai dengan menggunakan satelit!!

Siapakah yang membuat peta yang menakjubkan itu? Bagaimana beliau dapat membuat peta yang begitu tepat dan canggih, yang pada masa kini hanya dapat dilakukan dengan menggunakan satelit? Adakah beliau berasal dari puak Viking, yang terkenal sebagai pelaut yang handal? Atau setidak-tidaknya penjelajah Sepanyol atau Portugis yang mendabik dada kononnya merekalah orang pertama yang mengelilingi dunia? (walaupun sebenarnya Ferdinand Magellan tidak pernah menghabiskan pelayarannya kerana terbunuh di Filipina, tetapi dihabiskan oleh Henry The Black atau Enrique dalam dialek Sepanyol yang nama sebenarnya Hitam berasal dari kepulauan Melayu dan sememangnya orang Melayu!)

Tidak, si pembuat peta ini bukanlah dari kalangan orang Eropah yang kononnya amat pandai dari semua bidang.

Peta itu adalah karya HADJI MUHIDDIN PIRI IBN HADJI MEHMED (Piri Reis). Beliau ialah seorang pelaut, laksamana angkatan tentera laut Turki dan kartografer Muslim terkemuka dari abad ke-16.

RIWAYAT HIDUP PIRI REIS

Piri Reis lahir pada 1465, di Gallipoli, Turki, yang merupakan wilayah pantai. Ayahnya bernama Hadji Mehmed, sedangkan bapa saudaranya merupakan seorang laksamana terkenal ketika itu, Kemal Reis.


















Seperti anak-anak yang pada umumnya yang dipengaruhi suasana sekelilingnya, sejak kecil lagi beliau bergelut dengan pantai dan kebiasaan untuk berlayar. Tidak menghairankan ketika umurnya baru 12 tahun, beliau telah bergabung bersama bapa saudaranya, Kemal Reis.

Meskipun masih remaja, rupanya beliau sarat dengan pengetahuan. Beliau tidak merasa kekok berlayar bersama bapa saudaranya. Dan masa itu menjadi awal kepada kerjayanya mengharungi lautan dan samudera bersama Kemal Reis. Selama 14 tahun Kemal Reis memberi bimbingan kepada anak saudaranya itu.

Sepak terajang Kemal Reis di laut lepas, membuatkan Kesultanan Uthmaniyyah memberinya kedudukan terhormat di Angkatan Laut Diraja pada tahun 1494. Tambahan pula tenaganya membuatkan angkatan laut Kesultanan Uthmaniyyah semakin kuat. Mereka terkenal, dengan perjuangan tanpa akhir bagi tegaknya Islam.

Bergabungnya, Kemal Reis di angkatan laut kesultanan, membuat Piri pun akhirnya bergabung pula beberapa saat kemudian. Ia tetap berada di bawah arahan bapa saudaranya, walaupun beliau telah mula dipercayai untuk memimpin pasukan kecil.

Setiap selang waktu, Piri seringkali pulang ke kampung halamannya. Di sana beliau tidak tinggal diam, namun mencatatkan setiap apa yang dilihatnya dari perjalanannya selama ini ke dalam sebuah karya; peta. Terbukti, pada 1513 ia mampu menghasilkan sebuah peta dunia. Dalam karyanya itu, ia memetakan Laut Atlantik serta pantai-pantai di Eropah, karyanya diberi tajuk I-Bahriye.

Pada 1516-1517 Piri Reis mendapat mandat untuk memimpin pasukan Uthmaniyyah melawan Mesir. Dalam kesempatan ini Piri berlayar ke Kaherah melalui Nil dan kemudian menggambarkan sebuah peta dan memberikan maklumat yang terperinci tentang wilayah tersebut.

Setelah Mesir bergabung dengan kesultanan Uthmaniyyah, Piri memiliki kesempatan melakukan hubungan peribadi dengan pemegang tampuk kekuasaan di sana, Yavuz Selim. Beliau memperlihatkan peta hasil buatannya kepada sang sultan. Hasil karyanya itu juga ditambahkan ke dalam Bahriye.

Pertempuran dahsyat Piri alami juga bersama bapa saudaranya ketika melawan pasukan dari Venesia pada 1520. Dan pasukan Uthmaniyyah saat itu mampu memukul mundur pasukan musuh. Hal ini merupakan kemenangan yang besar bagi Uthmaniyyah.

Kegembiraan yang beliau rasakan beberapa saat kemudian berubah menjadi duka. Bapa saudaranya yang dikasihi, Kemal Reis, gugur akhirnya. Untuk menggantikan posisi Kemal Reis, pihak pemerintah kemudian melantik Piri Reis menjadi laksamana Kesultanan Uthmaniyyah.

Meskipun Piri telah menjadi laksamana yang begitu padat kegiatannya, beliau tetap meluangkan masanya untuk menuliskan catatan perjalanannya selama ini. Pada 1528 sampai 1529, Piri melengkapi peta pertamanya yang tercantum dalam I-Bahriye.

Kali ini, beliau berhasil memetakan wilayah Barat Daya Atlantik, sebuah wilayah yang disebut dunia baru yang terletak dari Venezuela hingga bahagian selatan Greenland. Jadi tidak hanya kemenangan di laut yang beliau rasakan.

Dengan kenyataan ini, Piri Reis juga telah memberikan sumbangan bagi ilmu pengetahuan, terutama Geografi dan Nautika atau Ilmu Pelayaran. Ilmu yang mereka kembangkan tidak hanya berguna bagi kalangan Islam, namun kepada seluruh dunia.

Sang waktu terus menghambat. Piri Reis, sang laksamana, telah memberikan sumbangan bagi kebesaran Kesultanan Uthmaniyyah, juga keharuman Islam. Ia telah melakarkan prestasi besar dengan karyanya I-Bahriye yang menjadi panduan bagi orang-orang setelahnya, dalam berlayar. Beliau akhirnya meninggal dunia pada tahun 1554.

Semua karyanya akhirnya dijumpai oleh dunia moden. Itulah yang diceritakan pada awal artikel ini. Ketepatannya dan bagaimana ia difoto dari pandangan atas amat menghairankan ramai orang. Sehingga ada pendapat yang mengatakan ia menggunakan teknologi makhluk asing! Ada juga pendapat yang mengatakan ia adalah peta yang dibuat oleh bangsa-bangsa yang hilang seperti Atlantis ataupun Lemuria. Bangsa-bangsa ini dikatakan mempunyai tamadun dan teknologi yang tinggi.

Bagaimana Piri Reis membuat peta yang begitu tepat? Mujurlah Piri Reis bukanlah seorang yang kedekut ilmu, tidak seperti sesetengah puak seperti Illuminati yang baru dapat secubit ilmu sudah berlagak sombong dan mengaku Tuhan. Piri menyatakan bahawa peta itu dibuat berdasarkan 34 sumber yang berbeza-beza. Ada 20 peta dari zaman Alexander The Great, 8 peta karya ahli geografi Muslim, 4 peta Portugis, dan 1 peta hasil karya Columbus.

Kemudian peta itu disaring, dikaji ketepatannya dan diubahsuai mengikut kepakaran kartografi Piri yang sememangnya banyak pengalaman dan akhirnya kesemua peta tadi diringkas menjadi satu peta dunia. Ini sesuai pengakuan Piri Reis, ''Di dalam abad ini (pada masa Piri hidup), tidak ada peta seperti peta ini sebelumnya, '' kata Piri Reis lagi, ''Dibuat dengan cara menggabungkan keseluruhan peta menjadi satu skala peta ... maka hadirlah peta yang benar dan yang dapat dipercayai ...''

Walaupun begitu, bagaimana Piri membuat pengubahsuaian sehingga menghasilkan peta yang begitu tepat dan benar melampaui kronologi sejarah amat mengkagumkan? Malah sangat tepat jika ditinjau dari segi kronologi geografi.

Contohnya, Greenland digambarkan sebagai dua pulau yang berbeza. Kejanggalan ini akhirnya pupus setelah ada penyelidikan yang dilakukan ekspedisi kutub yang dilakukan ilmuwan Perancis. Mereka menyatakan bahwa ketika itu terjadi gempa yang membuat lapisan ais merekah dan menghasilkan ruang pemisah.

Pada Januari 1966, di majalah Fate, Profesor Charles H. Hapgood menjelaskan penemuan yang mengagumkan tersebut. Ini merupakan hal yang luar biasa, Piri dapat memetakan tempat di mana seorang pun tidak dapat menemukan Antartika hingga 1818.

Menariknya, Hapgood benar-benar tercengang, betapa lengkapnya peta tersebut dan langsung mengubah anggapannya selama ini bahawa orang-orang Islam tidak memiliki ilmu kartografi yang baik!. Ilmuwan Jerman, P Kahle, melakukan analisis dan mengiktiraf bahwa Piri merupakan seorang ahli kartografi yang handal dan terhebat sepanjang zaman.

Jadi bagaimana dengan kita sebagai umat Islam? Adakah kita masih memikirkan bahawa Islamlah pembawa kemunduran, kolot dan ketinggalan zaman? (atau agama keganasan? - ini adalah pandangan paling primitif pada masa kini). Kita diajar di sekolah tentang sumbangan tokoh-tokoh Barat kepada kemajuan dunia, sehingga tergenggam ijazah di tangan pun masih manis mulut memuji-muji kecerdikan tokoh-tokoh Barat.

Tahukah anda para sarjana Barat benar-benar mengagumi para ilmuwan Islam dahulukala? Tahukah anda bahawa untuk membina super-komputer Blue Gene/L (ini adalah super-komputer yang terpantas di dunia, selaju 136.8 teraflop persaat - trillion pengiraan titik perpuluhan persaat) nenek - moyang para jurutera IBM yang hidup pada zaman kegelapan Eropah (Dark Ages) terpaksa melutut meminta secebis ilmu daripada pensyarah-pensyarah mereka yang beragama Islam di universiti-universiti seluruh empayar Islam. Para cendekiawan Barat hari ini telah menulis banyak buku yang merakam sumbangan dunia Islam kepada dunia. Tetapi buku-buku seperti ini cuba digam, diharamkan atau disabotaj oleh pihak-pihak tertentu.

Ini yang berlaku kepada Pengurus Besar Syarikat Hewlett Packard, Minnesota di Amerika Syarikat iaitu Carly Florina, di dalam ucaptamanya ketika pelancaran produk syarikat komputernya, pada 26 September 2001, merakamkan pandangan ikhlas seperti berikut:

"At this civilisation was driven more than anything by invention. Its architect designed buildings that defied gravity. Its matematicians created the algebra and logarithms that would enable the building of computers, and the creation of encryption. Its doctors examined the human body, and found new cures for disease. Its astronomers looked into the heavens, named the stars, and paved the way for the travel and exploration.

While other nation were afraid of ideas, this civilisation thrived on them and kept them alive. When censors threated to wipe out knowledge from past civilisations, this civilisation kept the knowledge alive, and pass it on to others.

The civilisation I'm talking about was the Islamic World, from the year 800 to 1600 which included Ottoman Empire, and the court of Baghdad, Damascus and Cairo, and elightened rulers like Sulaiman the Magnificent"


Maksudnya:

"Tamadun ini digerakkan menerusi penciptaan melebihi daripada yang lain. Arkiteknya mereka bangunan menentang graviti. Ahli matematiknya mengasaskan algebra dan logaritma yang membolehkan pembinaan komputer, dan penciptaan kod rahsia. Doktornya menyelidiki tubuh manusia lalu menemui ubat baru untuk penyakit. Ahli astronominya menyelidiki langit dan menamakan bintang-bintang, membuka kearah perjalanan dan pengembaraan. Sementara bangsa lain takutkan idea, tamadun ini terus ke hadapan memajukannya. Apabila halangan mengancam ilmu daripada tamadun silam, tamadun ini menghidupkan ilmu dan mengembangkannya kepada tamadun lain.

Tamadun yang saya maksudkan ialah tamadun Islam dari tahun 800 hingga 1600 yang merangkumi kerajaan Uthmaniyyah dan kerajaan Baghdad, Damsyik dan Kaherah serta pemimpin yang cemerlang seperti Sulaiman yang Agung"

Demikianlah seorang pengurus syarikat komputer yang terkenal, memberikan pendapat ikhlasnya dan meletakkan penghargaan yang begitu tinggi kepada tamadun Islam. Hanya orang yang berfikiran sempit sahaja yang berangan-angan mahu murtad dengan segera kerana menganggap Islam adalah agama kampungan, jumud, kolot dan ketinggalan zaman. Sedangkan orang-orang Barat yang berpendidikan tinggi secara peribadinya (walaupun mereka berusaha menyorokkan pendapat mereka) mengakui peranan Islam terhadap ketamadunan dunia. Namun masih ada segelintir dari mereka yang berani mengakuinya di khalayak ramai, walaupun selepas itu mereka dikenakan pelbagai tindakan dan hukuman.

Tidak lama selepas Carly Florina membuat ucaptama tersebut, beliau telah dipecat dari jawatannya...

Inilah BARAT. Masih angkuh, sombong dan tetap mahu mengubah SEJARAH...

* Persoalanya, Mungkinkah Cerdik Pandai melayu yang akan cuba membetul dan memurnikan sejarah Kemerdekaan Malaysia serta menabal seorang pejuang melayu yg benar-benar memperjuangkan tanah melayu sebagai " Bapa Kemerdekaan " selain Tunku Abdul Rahman juga akan menerima nasib yang sama seperti Carly Florina..???

HARUSKAH TUNKU ABDUL RAHMAN YANG BESEKONGKOL DENGAN PENJAJAH BRITISH ITU DITABAL SEBAGAI BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA

Selasa, 20 Januari 2009

Warkah Buat Puteri UMNO

Assalamualaikum... .!!!

Al-Quran itu adalah mukjizat maknawi..( mukjizat yg terbesar sekali di antara segala mukjizat yg Allah pernah berikan kepada para nabi dan rasulnya )..
Oleh itu kepada sesiapa yg berpegang serta mengamalkan segala ajaran dan hukum yg terkandung di dalamnya insyaallah mereka semua akan ditempatkan oleh Allah di dalam syurganya..

Apakah saudari berasa selamat dan bahagia dgn perbuatan pemimpin negara kita yg menukar segala hukum yg terkandung di dalam Al-quran..

Contohnya di dalam Al-Quran menyatakan hukuman kepada lelaki dan perempuan yg melakukan zina adalah 100x sebatan setiap seorang, serta dilaksanakan di hadapan mata umat islam yg lainnya agar mereka mendapat pengajaran drpd hukuman tersebut..

Tetapi dengan keangkuhan Para pemimpin tertinggi UMNO serta mendapat dokongan ahli2 umno yg seramai 1.5 juta orang yg kononnya mengaku beragama islam anda2 semua telah dgn sengaja menukar hukum Allah tersebut kepada Denda sebanyak RM3000.00.

Wahai Puteri UMNO... !!!

Adakah menjadi suatu kesalahan, jikalau sekiranya ada salah seorang drpd kalangan sahabat kalian yg berbeza pegangan akidahnya drpd kalian semua yg mendukung sepenuh hati dan jiwa Parti Assobiyah UMNO. Seorang sahabat yg benar2 Patuh dengan segala hukum serta perundangan Allah seperti yg termaktub di dalam Al-Quran serta hadith Rasulullah..Seorang sahabat yg begitu Taksub dengan perintah tuhannya dan bercita2 mendaulatkan perundangan Allah di atas muka bumi ini.

Yang mana satukah yg kalian semua pilih ketaksuban dan fanatik terhadap Bangsa atau pun ketaksuban dan fanatik terhadap Agama..??

Sedarlah kalian semua wahai Puteri UMNO..

Sesungguhnya di atas ketaksuban serta kefanatikkan terhadap agama Allah dan kecintaan kpd Rasulullah lah yg menyebabkan lahirnya ramai para sahabat baginda yg sanggup mengadai nyawa di medan perang demi memburu mati syahid..
walaupun di dalam sesetengah peperangan bala tentera islam adalah 1/8 drpd kekuatan tentera musuh tetapi ketaksuban dan kefanatikkan terhadap Agama Allah telah membakar semangat mereka untuk terus berjuang demi mendaulatkan agama Allah..

Bagi kami yg cintakan agama Allah.., kami tidak akan berkompromi dengan segala macam fahaman ( termasuk Assobiyah dan sekular ), pendapat, hujah, dasar atau ideologi ciptaan manusia. kami pasti akan menolak serta menentangnya dgn keras dan tegas walaupun nyawa kami menjadi galang ganti..

Sesungguhnya kami bukanlah Paderi2 atau umat2 Yahudi dan Nasara ( kristian ) yg sanggup memutar belitkan segala hukum Allah demi menghormati segala macam fahaman, pendapat, hujah, dasar atau ideologi yg kalian semua kemukakan..

Bagi kami tiada sesuatu pun di dalam dunia ni yg lebih baik selain dari hukum2 Allah seperti yg termaktub di dalam Al-Quran dan hadith Rasulullah.. justeru itu kami menentang Perundangan Kafir yang menjadi teras Perlembagaan Negara kita.

Jikalau sekiranya kalian semua beranggapan bahawa ada hukum yg lebih baik dan sempurna selain dari hukum Allah itu hak kalian..
sekarang ini pun kalian semua terus menerus selama 50 tahun mendaulatkan hukum yg ditulis oleh Penjajah Kafir ( British )dgn mengenepikan hukum Allah..

Jikalau sekiranya kalian semua ahli2 UMNO ingin mendukung segala macam fahaman ( termasuk Assobiyah dan Sekular ), pendapat, hujah, dasar atau ideologi ciptaan manusia. itu terserah kepada kalian.

Walaupun kita adalah sebangsa tetapi janganlah diganggu-gugat kecintaan kami terhadap agama kami dan Rasul kami..
Biarkan kami dgn Agama kami..
Dan kami juga akan membiarkan kalian semua dgn Fahaman Assobiyah melayu ( kebangsaan Melayu) dan Perlembagaan Kafir yang kamu semua Agung-agungkan selama ini kerana itu adalah pegangan serta anutan Kalian semua.

Kami juga tidak akan mengganggu jika kalian semua ingin mendaulatkan perundangan Ciptaan Kafir Penjajah serta membakul-sampahkan segala hukum Allah walaupun kalian semuanya mengaku beragama islam..

Kerana kami semua telah terlebih maklum bahawasanya kamu memang membenci dgn golongan yg ingin menegakkan hukum Allah Di atas muka bumi ini...

Kami juga ingin melihat sejauh mana sipencipta Perlembagaan Negara kita ( Load Ried ) mampu memberi syafaat ke atas kalian semua di hadapan Allah ketika di Padang Mahsyar nanti..
Dan mungkin Hang Tuah juga akan tampil membela kalian semua kerana sentiasa mengungkapkan kata2 keramatnya " Tak kan Melayu hilang di dunia "

hafszach..

Umno Telah Mandul Untuk Selama-lamanya

Umno hilang daya tarikan - demikian kata Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjadi tajuk berita Utusan Malaysia 20 Januari yang melaporkan dari Manama, Bahrain.
Umno perlu segera melakukan perubahan radikal bagi mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap parti itu yang sudah hilang daya tarikan serta membolehkannya memenangi pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Muhyiddin dipetik sebagai berkata, langkah tersebut perlu kerana Umno kini dibelenggu oleh pelbagai persepsi negatif yang dilontarkan terhadap parti itu.
"Kita perlu ada 'wow factor' (daya tarikan) supaya pengundi kembali kepada kita. Kini kita kehilangan faktor itu dan kita perlu mencari jalan untuk mendapatkan ia kembali."
Demikianlah komen Muhyiddin mengenai kekalahan BN pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu 17 Januari lalu.

Pertandingan tiga penjuru melibatkan calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut yang memperolehi 32,883 undi, menang dengan majoriti 2,631 undi; Wan Ahmad Farid Wan Salleh (30,252), manakala calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam hanya meraih 193 undi, sekali gus hilang wang pertaruhan.

Sebenarnya apa yang berlaku ialah perjuangan Umno sudah tidak relevan dengan tuntutan semasa. Umno dalam kempennya masih lagi dengan modal lama iaitu pembangunan. Kempen ini sesuai pada zaman Raja Bersiong bukan zaman langit terbuka. Nada kempen "kalau undi BN dapat pembangunan, kalau undi pembangkang negeri akan mundur," sudah basi.

Kempen seperti ini sudah tidak sesuai bagi sebuah negara yang hendak hendak masuk 52 tahun merdeka. Sekarang pengundi sudah matang. Mereka sudah memahami bahawa siapa sahaja yang memerintah dia akan membuat pembangunan.

Kalau tidak ada Umno-BN, pembangunan tetap dilaksanakan oleh mana-mana kerajaan yang dipegang oleh manusia. Kerana fitrah manusia yang Allah beri kepada mereka otak yang sentiasa mencari dan mencuba untuk melakukan yang terbaik dalam kehidupan mereka.
Sebab itu manusia disebut sebagai 'haiwan madaniyun' iaitu makhluk yang berkembang. Justeru Allah amanah kepada manusia untuk mentadbir muka bumi ini sebagai khalifah.
Allah tidak wariskan kepada binatang yang otaknya tidak berkembang. Sebab itu lembu daripada zaman purbakala makan rumput hinggalah tahun 2020. Lembu tetap makan rumput jangan kita andaikan lembu apabila dunia sudah maju dia akan makan burger.
Generasi muda yang menjadi pengundi pada hari ini mereka yang celik maklumat. Mereka tidak akan mudah diperbodohkan oleh pemimpin Umno-BN dengan gula-gula pembangunan dan ugutan.

Mereka tahu membezakan antara intan dan kaca. Mereka hendak pembangunan yang dilaksanakan biarlah manfaat untuk semua rakyat jelata. Bukan pembangunan yang hanya dinikmati oleh juak-juak pemimpin Umno. Contohnya apa yang rakyat dapat daripada program Piala Monsun yang menelan belanja tidak kurang RM250 juta setiap tahun.
Mereka mempersoalkan berapa banyak rumah nelayan yang terdapat di sekitar Pulau Duyung boleh dibina dengan wang sebannyak itu. Rakyat dapat hampas, kroni dapat isi dan kuah. Generasi baru tidak rela melihat pembangunan yang hanya dinikmati oleh segelintir anak beranak pemimpin Umno-BN sahaja, sedangkan ia tidak melimpah kepada rakyat.

Mereka marah kenapa rakyat Terengganu termiskin nombor dua di Malaysia selepas Sabah. Sedangkan Terengganu ada hasil minyak. Kenapa masih ramai lagi rumah yang tidak layak berada di tengah-tengah bandar raya Kuala Terengganu yang dipenghuni oleh setinggan yang tidak sesuai wujud di negeri Kuwait Malaysia. Mereka bertanya ke mana wang royalti minyak dibelanjakan.

Generasi muda pada hari ini adalah orang yang antirasuah. Mereka tahu bahana rasuah apabila menimpa dalam sebuah negara. Sikap ini tidak pernah dipedulikan oleh pemimpin Umno-BN malahan indeks rasuah semakin meningkat bukan semakin baik. Akibat rasuah nilai projek sepatut boleh buat dua jambatan di kampung mereka tetapi hanya boleh membina satu jambatan sahaja. Sebab itu Umno boleh tipu orang pada sesetengah masa tetapi ia tidak boleh menipu orang dalam semua masa.

Naib Presiden Umno, Mohd Ali Rustam dalam nada menyindir berkata, BN juga perlu menjadi seperti PAS yang suka menabur janji-janji kosong setiap kali pilihan raya kecil diadakan asalkan mengundi parti itu boleh masuk syurga.
"Saya hairan, mengapa mereka percaya pada PAS yang tidak buat apa-apa kerja tapi menjanjikan syurga dan menolak BN yang banyak membuat pembangunan di sana," katanya. (Utusan Malaysia 19/1/2009)

PAS hendak tanya bila ia janjikan syurga kepada para pengundi? Saya hendak cadangkan supaya Ali Rustam cadangkan kepada penceramah Umno supaya janji siapa yang undi Umno-BN dapat syurga. PAS sikit tidak marah. Biarlah masyarakat menilai bahawa undi BN dapat syurga.

Sebenarnya apa yang berlaku hendak menunjukkan bahawa memang Umno sudah tidak lagi boleh hidup lama dan Umno sudah tua seperti yang disebut oleh Musa Hitam, mantan Timbalan Perdana Menteri. Umno kena tinggal ideologi lapuk mereka yang tidak mempunyai hala tuju. Ideologi sekular yang Umno pejuangkan akan menemui ajal dan tidak sesuai dengan fitrah manusia.

Semua ideologi manusia tersungkur di muka bumi ini. Dasar pragmatism (berubah-berubah) ikut suasana sudah tidak sesuai pada era ini. Rakyat benci dengan sikap bermuka-muka dan menjadi bahan ketawa dan mainan orang sahaja. Kalau ideologi komunis boleh tersungkur dalam masa 70 tahun oleh pengikutnya sendiri, maka Umno juga akan roboh melalui pengikutnya juga yang tidak tahu apa yang mereka pejuangkan selama ini.

Benarlah firman Allah SWT yang bermaksud: "Allah menanamkan rasa takut ke dalam hati mereka, sehingga mereka memusnahkan rumah-rumah mereka dengan tangannya sendiri dan dengan tangan orang-orang mukmin. Maka ambillah (kejadian itu) untuk menjadi pelajaran, wahai orang-orang yang mempunyai pandangan." - al-Hasyr, 59:2
Umno hanya boleh bertahan kerana ia ada kuasa dan jentera kerajaan. Sebab itu kita boleh melihat yang menggerakkan jentera pilihan raya Umno di Kuala Terengganu ialah agensi kerajaan. Kalau hendak harapkan jentera parti ia tidak akan bermaya.
Umno perlu ingat jentera kerajaan mereka bekerja ikut waktu dan masa. Setiap tayar yang bergolek semuanya perlu disediakan wang. Berapa ramai pula pegawai kerajaan yang dikerah untuk membantu pilihan raya Kuala Terengganu adalah daripada kalangan mereka yang menyokong dan simpati dengan Pakatan Rakyat.

Sampai bila Umno boleh bertahan dengan sikap demikian rupa. Sekarang lima negeri Umno sudah tidak bermaya dan sudah lumpuh. Ada sesetengah tempat hendak buat mesyuarat Umno cawangan terpaksa buat di kedai kopi kerana tidak ada tempat.
Selama ini pejabat Umno ialah hak milik kerajaan. Sekarang apabila Umno kalah maka tidak ada tempat untuk bergantung lagi. Ini berbeza dengan PAS dan Pakatan Rakyat, kita tegak di atas keringat dan usaha pengorbanan di kalangan ahlinya sendiri.
Umno bergerak dengan upah, bukan berasaskan hati yang suci. Sebab itu pada hari mengundi kita boleh lihat bagaimana bangsal panas Umno hanya meriah dalam beberapa jam sahaja selepas itu keadaan menjadi lengang, kerana bayaran setakat itu sahaja.
Dari segi moral mereka sudah kalah. Ia berbeza dnegan bangsal panas PAS sentiasa dipenuhi sampai tutup pintu pagar tempat mengundi. Sahlah Umno sudah habis gas dan tidak mampu lagi untuk menyalakan dapur perjuangan mereka dan menunggu hari untuk di talkinkan oleh ahlinya sendiri

Ahad, 18 Januari 2009

Hidup Melayu!

Hidup Melayu!

Kami setuju tanpa ragu-ragu bahawa kedudukan, martabat dan maruah orang Melayu kini kian terancam.

Rakyat Melayu marhaen berada dalam posisi yang membimbangkan kerana semakin tertindas dan terpinggir dari segi ekonomi dan politik.
Namun, soalnya, siapa yang menindas dan meminggirkan umat Melayu?

Orang Cina? Kaum-kaum 'pendatang' lain yang sudah terlalu lama menjadi setinggan di Tanah Melayu?

Parti Cinakah yang memimpin Malaysia semenjak Merdeka lima puluh tahun lalu sehingga sekarang? Apakah orang 'pendatang' yang menjawat jawatan tertinggi dari hari pertama Malaysia merdeka?

Kesusahan yang dihadapi oleh orang Melayu sekarang sebenarnya kesusahan yang dihadapi setiap rakyat Malaysia pada saat gentar ini - ekonomi negara yang meleset, harga barang yang melambung, ketidakpedulian kerajaan dan pihak-pihak berkuasa terhadap cabaran yang dihadapi mereka setiap hari.

Punca masalah-masalah ini bukanlah perbezaan warna kulit atau agama; puncanya adalah pemimpin-pemimpin yang sanggup menggadai maruah rakyat dan bangsa untuk memperkayakan diri sendiri.

Setelah lima puluh tahun berleluasa tanpa kawalan, pemimpin-pemimpin Umno telah mengabaikan cita-cita murni pejuang-pejuang kemerdekaan kita untuk membina Malaysia yang aman dan makmur untuk semua.

Polemik kaum

Tangan di depan menghunus keris kononnya untuk mempertahankan hak-hak Melayu, tangan di belakang merompak tanah Melayu, merompak saham Melayu, merompak sara hidup Melayu.

Budaya rasuah kini meracuni setiap lapis pimpinan parti yang ditubuhkan untuk mengharumi masa depan bangsa sehingga laungan sahaja berbunyi "Melayu!" tetapi hati berbisik "Saya dahulu!"

Sejarah dunia menyaksikan polemik kaum disalahgunakan pelbagai pihak - mahupun di Bosnia, Rwanda dan sebagainya - untuk mengutarakan nafsu politik yang rakus.

Api perkauman dinyalakan demi menghasut rakyat jelata antara satu sama lain; namun amat mudah untuk menjadikan orang yang berlainan warna kulit punca kesengsaraan satu bangsa.

Sebagai generasi baru Malaysia, kita perlu sedar kepada kebenaran dan menembusi ilusi yang dicipta oleh golongan yang berkepentingan.
Kesedaran ini boleh dikatakan susah untuk rakyat Malaysia, yang telah sekian lama diajar oleh kerajaan Barisan Nasional untuk melihat setiap masalah sosial dan isu politik dari sudut perkauman.

Parti-parti politik yang berasaskan kaum sahaja akan terperangkap selamanya dalam wacana sempit di mana dosa-dosa dan penyelewengan individu-individu disembunyikan di belakang tabir perkauman.

Buktinya jelas; Umno sendiri mengakui bahawa tiga puluh tahun selepas perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru, sasaran-sasaran untuk pembangunan taraf ekonomi Melayu masih gagal dicapai.

Hidup mewah

Adakah ini kerana orang Melayu sebenarnya malas manakala kaum-kaum lain rajin? Penjelasan ini tidak munasabah.

Dengan jumlah penyelewengan sehingga berbilion-bilion ringgit oleh ahli-ahli politik Barisan Nasional, tidak hairan Dasar Ekonomi Baru gagal sama sekali. Dasar yang diasaskan dengan matlamat membangunkan rakyat Melayu marhaen diselewengkan sehingga hanya kelompok kecil sahaja yang memperoleh keuntungan dari dasar-dasar tersebut.

Sehingga hari ini, mustahil ternampak seorang pemimpin tinggi Umno yang tidak hidup mewah dengan mahligai dan kereta-kereta besar.

Jelas, nasib Melayu tidak semestinya terbela oleh parti-parti politik yang bertopengkan nama Melayu sahaja, tetapi oleh pemimpin-pemimpin tanpa mengira kaum yang jujur dan berwibawa. Maruah bangsa Melayu hanya dapat dijamin apabila parti yang terbukti gagal mengangkat martabat bangsa diganti dengan saf pimpinan yang baru.

Keputusan pilihanraya umum Mac 8 juga jelas menunjukkan bahawa rakyat jelata sedia menolak politik perkauman yang digunakan untuk menutup budaya rasuah yang telah menghancurkan ekonomi negara dan membebani rakyat.

Sedihnya, golongan politik yang telah mengekalkan sistem ini yang bankrap moralnya kini enggan melepaskan kuasa dan menerima pilihan rakyat.

Mereka berdegil dengan memainkan politik perkauman yang telah jelas ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya umum ke-12. Pada bulan Mac, orang Melayu tidak takut untuk mengundi DAP dan orang bukan Islam tidak takut untuk mengundi PAS.

Keberanian mengundi sedemikian, walaupun isu-isu perkauman masih dimainkan oleh Barisan Nasional, adalah kerana rakyat berikhtiar untuk merealisasikan harapan untuk membentukkan sebuah Malaysia di mana kepentingan rakyat dipelihara; harapan bahawa dengan kerajaan yang telus dan prihatin akan melahirkan sebuah Malaysia yang mana semua rakyat terbela.

Di bawah pimpinan Umno, tidak kira ideologi asal yang kini sudah tercemar dan terabai, orang Melayu akan terperangkap dan tidak mungkin maju dan berdikari. Parti-parti yang berulang-ulang terbukti gagal menjaga kedudukan orang Melayu di mata dunia harus diganti sebelum terlambat.

Perubahan Besar Yang Dibawa Oleh Pembangkang Dalam Parliment

Najib ditampar 'revolusi' di Parliment

Semalam apabila dunia meraikan kemenangan Barack Obama sebagai presiden baru Amerika Syarikat, rakyat Malaysia juga memperolehi sesuatu untuk mereka rayakan.

Peristiwa itu adalah kemenangan institusi Parlimen apabila pindaan belanjawan bernilai RM7 bilion ditolak. Belum pernah seorang timbalan perdana menteri dan juga menteri kewangan menerima tamparan sebegitu hebat dalam sejarah politik dan parlimen Malaysia.

Malangnya rakyat Malaysia tidak merayakannya kerana majoriti tidak tahu apa yang sebenarnya telah berlaku kerana kegagalan media melaporkan sejarah yang dicipta oleh institusi ulung demokrasi kita.

Majoriti yang mengundi pada 8 Mac lalu merasakan mereka telah melaksanakan tanggungjawab demokrasi mereka dengan mencipta tsunami politik tetapi selepas itu tidak mengikuti apa yang berlaku di Dewan Rakyat dengan teliti dan memantau perilaku wakil-wakil rakyat yang mereka hantar ke Parlimen.

Persepsi umum adalah pembangkang tidak boleh berbuat apa-apa yang berkesan selagai mereka tidak dapat membentuk sebuah kerajaan baru.

Tetapi persepsi ini akan berubah dengan insiden yang berlaku semalam. Bagi saya, peristiwa itu suatu revolusi.

Tahniah perlu diberikan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang, ahli parlimen veteran Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur), Datuk Kamarudin Jaffar (PAS-Tumpat) dan Khalid Samad (PAS-Shah Alam).

Tanpa kepetahan mereka berhujah, kefahaman mereka yang mendalam tentang peraturan mesyuarat, dan fanatisme mereka terhadap kedaulatan Parlimen, revolusi semalam tidak dapat dilancarkan.

Namun hujah-hujah yang dikemuka oleh barisan pembangkang semalam tetap akan tinggal sebagai satu peristiwa dalam rentetan drama kekecohan Dewan Rakyat sekiranya yang dipertua dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan timbalannya Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar sendiri tidak mengambil pendirian yang bersejarah.

Tanpa ketegasan, dan tentunya keberanian mereka, Parlimen tidak akan menjadi parlimen yang baru semalam.

Dalam revolusi parlimen tersebut Datuk Seri Mohd Najib Razak menerima tamparan yang paling hebat. Ia belum pernah berlaku dalam sejarah politik dan parlimen Malaysia.

Menteri kewangan yang masih merayakan kemenangannya sebagai presiden Umno tanpa cabaran memaklumkan pakej rangsangan sebayak RM7 bilion dalam ucapan menggulung perbahasan belanjawan 2009.

Najib menggunakan ucapan penggulungannya itu untuk menyindir "mimpi" Anwar yang tidak kesampaian bagi membentuk kerajaan baru. Singgungan politik yang dibuat oleh timbalan perdana menteri itu bukanlah suatu yang baru.

Menjadi haknya untuk memasukkan unsur politik membelasah pembangkang dalam ucapannya. Tradisi mempolitikkan ucapan belanjawan bermula pada Tun Daim Zainuddin lagi dan sampai puncaknya ketika Anwar menjadi menteri kewangan.

Tetapi ada perbedaan perilaku parlimen Anwar dengan Najib sebagai menteri kewangan. Anwar, setelah membelasah pembangkang dalam ucapan belanjawannya, akan duduk mendengar dengan teliti hujah dan kritikan pembangkang terutamanya ucapan dari ketua pembangkang.

Dan dalam waktu penggulungan dan perbahasan, Anwar memberikan laluan untuk pembangkang mencelah dan menyoal. Tetapi Najib cuma datang ke Dewan Rakyat untuk memberi ucapan dan tidak memberikan laluan sama sekali bagi pembangkang untuk mencelah.

Maka apabila Anwar dalam sidang akhbarnya semalam membelasah timbalan perdana menteri sebagai "tidak memiliki keyakinan diri" kerana enggan berbahas, ia merupakan suatu yang sungguh serius.

Dan tuduhan tersebut akan membayangi Najib, sebagaimana skandal-skandal lain membayanginya, selagi menteri kewangan tersebut tidak merobah perilaku parlimennya.

Mengapakan Najib yang sudah begitu lama menjadi ahli parlimen, sekian tahun menjadi menteri kanan, membuat suatu kesilapan yang begitu besar?

Apakah keseronokan beliau mewarisi takhta kepresidenan Umno menyebabkan beliau cuai dalam urusan Dewan Rakyat?

Saya melihat Najib dan pemimpin-pemimpin kanan BN masih lagi dalam situasi penafian selepas tsunami Mac lepas. BN sudah kehilangan majoriti dua pertiga tetapi beliau masih lagi terperangkap dalam bayangan majoriti dua pertiga.

Selama ini menteri-menteri BN hanya melihat Dewan Rakyat sebagai rubber stamp, sekadar satu formaliti untuk meluluskan apa yang telah diputuskan oleh eksekutif.

Tidak terbayang bagi mereka cadangan daripada kerajaan, apabila satu cadangan yang begitu penting seperti pindaan belanjawan berjumlah RM7 bilion boleh ditolak oleh parlimen.

Mereka tahu ada pemisahan kuasa antara badan legislatif dengan eksekutif, tetapi pada mereka pemisahan ini hanya pada peringkat teori, tetapi tidak pernah berlaku pada peringkat amalan.

Maka semalam apabila Dewan Rakyat mengumumkan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan (iaitu belanjawan) masuk ke peringkat jawatankuasa,wakil-wakil pembangkang seorang demi seorang bangun menanyakan belanjawan yang mana satu hendak dibahaskan.

Belanjawan yang dibentangkan oleh perdana menteri sebagai menteri kewangan pada 29 Ogos lepas atau belanjawan yang telah dipinda oleh timbalannya sebagai menteri kewangan yang baru dengan tambahan sebanyak RM7 bilion?

Peraturan mesyuarat memerlukan cadangan pindaan itu dibentangkan dan sebelum dibentang, ia perlu diedarkan dua hari sebelumnya untuk memberikan masa yang cukup untuk ahli parlimen menelitinya.

Najib tidak mengikut prosedur ini, beliau hanya memberi ucapan dan dalam ucapan tersebut mengandungi cadangan pindaan.

Tanpa pindaan itu dibentangkan mengikut peraturan mesyuarat, ia tidak boleh dibahaskan dan tidak boleh diluluskan. Kelihatannya perkara ini hanya bersifat teknikal. Tetapi inilah tuntutan perlembagaan.

Sekiranya prosedur ini tidak ikuti, maka pembangkang boleh membawa isu ini ke mahkamah kerana telah berlaku suatu pelanggaran perlembagaan. Dan yang dipertua dewan dan timbalannya amat sedar perkara itu.

Sekiranya mereka membenarkan cadangan pindaan belanjawan Najib dibawakan kepada peringkat jawatankuasa, ia bermakna mereka yang membenarkan pelanggaran perlembagaan berlaku dalam majlis yang dipengerusikan mereka.

Tetapi media tidak dapat menangkap revolusi yang diciptakan oleh Pandikar Amin.

Akhbar Sinar Harian hanya melaporkan bahagian ucapan beliau: "pengumuman pakej rangsangan ekonomi bernilai RM7 billion tidak melanggar peraturan mesyuarat."

Betul, pengumuman itu tidak melanggar peraturan. Tetapi RM7 bilion itu tidak boleh menjadi sebahagian daripada belanjawan 2009. Maka jumlah tersebut tidak boleh dikeluarkan oleh pihak kerajaan.

Mohd Azmin Ali (PKR-Gombak) dan Kit Siang bangun untuk meminta penjelasan daripada speaker untuk tidak berlaku salah faham. Dalam penjelasannya, Pandikar Amin tidak mengatakan beliau menolak pindaan belanjawan yang diumumkan oleh Najib.

Beliau hanya menjelaskan dengan berulangkali bahawa belanjawan yang akan dibahaskan pada peringkat jawatankuasa adalah belanjawan yang dibentangkan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Dalam rumusannya, Anwar berkata pindaan belanjawaan yang diumumkan oleh timbalan perdana menteri hanyalah satu pandangan, ia tidak mempunyai kekuataan undang-undang.

Cadangan kawal jualan arak di MPK

Cadangan kawal jualan arak di MPK

Berikut sedutan cadangan seorang aktivis PAS untuk mengehadkan jualan arak dalam kawasan Majlis Perbandaran Klang (MPK), asalnya dirancang untuk dibentangkan dalam mesyuarat MPK pada 26 November.


Hukuman dan penalti bagi peminum arak

Para ulama fekah bersependapat menyatakan bahawa hukuman bagi orang yang minum arak ialah dirotan. Namun para ulama berbeza pendapat tentang kadarnya. Ada yang mengatakan bahawa hukumannya ialah sebanyak lapan puluh kali rotan. Ini adalah pendapat Imam Malik, Abu Hanifah dan satu riwayat daripada Imam Ahmad.

Manakala Imam Syafie dan satu pendapat daripada Imam Ahmad mengatakan bahawa hukuman bagi kesalahan tersebut ialah sebanyak empat puluh kali rotan. Walaupun demikian boleh juga pesalah itu dikenakan rotan sebanyak lapan puluh kali jika pada pendapat pemerintah pesalah itu patut dirotan sebanyak tersebut.

Jadi hukuman hadnya ialah empat puluh kali, manakala yang selebihnya adalah dianggap sebagai hukuman ta'zir.

Punca perselisihan di kalangan mereka ialah disebabkan kerana hukuman bagi kesalahan had minum arak tidak diterangkan secara jelas di dalam al-Quran dan juga hadis-hadis dan athar (pendapat) para sahabat.

Sesungguhnya dalam al-Quran ada disebutkan tentang pengharaman arak tetapi tidak menetapkan hukuman had kepada peminum-peminum arak. Begitu juga Nabi Muhammad tidak menetapkan kadar yang tertentu.

Ada kalanya baginda merotan pesalah tersebut hanya beberapa kali sebatan, tetapi tidak melebihi daripada empat puluh kali sebatan. Kemudian Sayidina Abu Bakar pula menghukum peminum-peminum arak sebanyak empat puluh kali sebatan.

Diriwayatkan daripada Ibn Said al-Khudri dan Ali bahawa Nabi Muhammad menghukum orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali sebatan.

Apabila tiba pada zaman Sayidina Umar, maka beliau meminta nasihat daripada para sahabat lalu Abdul Rahman bin Auf berkata (maksudnya): Seringan-ringan hudud ialah lapan puluh kali sebat, kemudian Umar pun menetapkan hukuman itu sebanyak 80 kali dan para sahabat semuanya setuju dengan Umar yang mengambil pendapat Abdul Rahman sebagai satu ijmak.


Undang-undang kesalahan jenayah syariah bagi peminum arak di Selangor

Peruntukan tentang hukuman minum arak telah dikanunkan dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah di setiap negeri di Malaysia. Dari sudut pentadbiran undang-undang bagi kesalahan minum dan menjual arak terdapat dua insitusi seperti jabatan agama Islam negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Berdasarkan kepada peruntukan yang terkandung dalam enakmen negeri masing-masing, jabatan agama Islam negeri hanya mempunyai bidang kuasa terhadap orang Islam yang meminum arak dan minuman lain yang memabukkan, sama ada minum di mana-mana kedai atau di tempat awam, atau menjual, menawarkan jualan, atau mempamerkan sesuatu yang berkaitan dengan arak, menyimpan dan juga membeli adalah menjadi satu kesalahan.

Di negeri Selangor, peruntukan ini terdapat dalam seksyen 18 (1) dan (2):

Seksyen 18 (1)
Mana-mana orang Islam yang, di mana-mana kedai atau tempat awam lain, minum apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 18 (2)
Mana-mana orang yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Manakala dari sudut hukuman, mereka yang melakukan kesalahan yang dinyatakan di atas jika disabitkan kesalahan akan dikenakan denda sama ada tidak melebih RM5,000 atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya.

Bagi kesalahan yang membabitkan premis jualan arak yang melanggar peraturan yang ditetapkan ia adalah terletak di bawah bidang kuasa PBT di negeri masing-masing. Pihak jabatan agama Islam tidak akan terlibat dengan apa jua yang berkait dengan premis jualan sama ada untuk menutup, menghalang jualan, menghadkan lesen jualan, menyita dan lain-lain lagi.

Ini kerana hal-hal yang berkaitan dengan premis adalah di bawah bidang kuasa PBT. Justeru, PBT adalah satu-satunya pihak yang bertanggungjawab untuk membuat segala peraturan dan kawalan yang berkaitan dengan kaedah jualan, pengeluaran lesen jualan, bilangan premis yang dihadkan dan peraturan-peraturan lain yang dilihat bercanggah dengan hukum syarak, khususnya bagi kesalahan yang dilakukan oleh pihak yang beragama Islam.

Bidang kuasa yang diperuntukkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor walaupun pada hakikatnya terhad dan sempit, namun berdasarkan kepada peruntukan Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, Jabatan Agama Islam Selangor mempunyai bidang kuasa untuk membuat serbuan di kilang-kilang arak yang besar di sekitar Lembah Klang yang difahamkan ramai pekerjanya yang terdiri daripada masyarakat Islam.

Begitu juga boleh dicadangkan Jabatan Agama Islam negeri mengambil tindakan ke atas premis yang menjual arak, yang turut membabitkan orang Islam, sama ada di hotel, kelab-kelab eksklusif, pasar raya, begitu juga di kedai-kedai serbaneka seperti 7-Eleven, pasar mini 99 dan lain-lain dan yang mencampuradukkan arak dengan minuman ringan lainnya.

Peruntukan ini terdapat dalam Seksyen 18(2) yakni menjual atau mempamerkan minuman yang memabukkan adalah satu kesalahan.


Penjualan arak kepada masyarakat bukan Islam

Dalam masyarakat majmuk seperti di Malaysia, setiap penganut agama mempunyai hak mereka sendiri. Mereka yang bukan Islam mempunyai hak untuk makan dan minum perkara-perkara yang tidak dibenarkan ke atas umat Islam. Antaranya ialah arak.

Bagi umat Islam pula mempunyai hak agar mereka dihormati dalam perkara pengendalian arak. Namun perlu diketahui bahawa agama lain juga tidak menggalakkan penganutnya minum secara berlebihan, biarpun mereka tidak mengharamkannya.

Penjualan arak kepada masyarakat bukan Islam adalah diharuskan kerana ia adalah minuman bagi mereka. Agama Islam tidak pernah menghalang masyarakat bukan Islam sama ada menjual atau meminumnya.

Kerajaan Islam yang memerintah tidak boleh menghentikan atau menyekat penjualan arak di kalangan masyarakat bukan Islam. Malah minuman keras itu dibenarkan diimport oleh orang bukan Islam.

Namun pelaksanaannya hendaklah disesuaikan dengan undang-undang negeri berkenaan di samping mengambil kira majoriti masyarakat setempat. Aktiviti mengambil minuman keras mestilah dikawal PBT di premis yang tidak bercampur dengan aktiviti perniagaan untuk orang Islam.


Kaedah dan peraturan penjualan arak

Memandangkan membeli dan meminum arak adalah fenomena yang begitu kritikal menular di kalangan muda-muda hari ini, maka sebagai negeri maju dan didominasi oleh orang Islam, maka tindakan drastik perlu dibuat segera agar gejala buruk ini dapat dibendung melalui pelaksanaan undang-undang yang berkesan yang dapat dipatuhi oleh masyarakat awam selain daripada kesedaran daripada pihak masyarakat sendiri.

Pelaksanaan ini boleh dilihat kepada negeri Kelantan yang menghadkan kelulusan lesen penjualan arak kepada premis bukan Islam, namun dikeluarkan dalam jumlah yang terkawal mengikut keperluan sesuatu tempat.

Antara langkah awal yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Kelantan ialah menyusun semula premis penjualan arak berkuatkuasa mulai 1 Julai 1993. Semua jenis arak tidak dibenarkan lagi diminum di tempat awam, termasuk hotel, restoran atau kedai makan.

Namun orang bukan Islam boleh minum di rumah kediaman mereka atau di tempat bukan tempat awam. Ini dapat dibuktikan sebagai contoh di bandar Kota Bharu hanya terdapat 19 premis perniagaan bukan Islam yang menyediakan minuman itu kepada bukan Islam.

Kejayaan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) melaksanakan peraturan Islam di kawasan pentadbirannya menarik minat pelbagai pihak khususnya agensi kerajaan dan penyelidik dari institusi pengajian tinggi.

Pelaksanaan peraturan yang dikuatkuasakan oleh pihak PBT di negeri Kelantan boleh diikuti di negeri lain, khususnya di negeri Selangor, walaupun suasana politik dan populasi masyarakat mengikut kaum yang berbeza.

Langkah pensrukturan semula kedai menjualan arak di mana hanya lapan kedai milik orang bukan Islam yang diberi lesen bagi menjual minuman keras berbanding sebelum 1990 adalah sebanyak 86 buah.

Pendekatan yang diambil oleh Kerajaan Kelantan begitu berhemah, bermula dengan memperkenalkan arak sebagai produk yang berbahaya dan haram, peraturan penjualan diperketatkan.

Peringkat awal setiap peniaga arak dipantau dan memastikan mereka tidak menjual arak kepada orang muslim. Kini mereka semakin memahami dan ramai yang menutup kedai untuk bertukar ke perniagaan lain yang lebih baik. Akhirnya rakyat bukan muslim di negeri itu memahami bahawa mereka boleh hidup tanpa arak.

Pendekatan utama yang dilihat ialah memastikan pengeluaran lesen penjualan arak yang diluluskan adalah terhad mengikut kesesuaian majoriti penduduk bukan Islam di sesuatu tempat. Begitu juga kedai-kedai 24 jam yang menjual arak dikenalpasti sebagai tempat yang menjadi tumpuan anak-anak remaja Islam, seperti di 7-Eleven.

Semua kedai dan pasaraya terutama kedai 24 jam ini hendaklah menjual arak kepada pelanggan yang layak sahaja iaitu mereka yang bukan Islam dan menurut garis panduan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Selain itu, premis-premis hendaklah mengeluarkan dan menguatkuasakan arahan tidak menjual arak kepada mereka yang muslim. Sebagai contoh pasaraya Giant kini telah menguatkuasakan arahan tersebut.

Terdapat di kalangan pasar raya menggunakan troli yang mempromosikan arak yang turut sama digunakan oleh orang Islam yang mengunjungi pasar raya tersebut. Justeru pihak pasaraya perlu melakukan penambahbaikan dalam pengurusan mereka demi menjaga sensitiviti masyarakat Islam dan negara Malaysia yang dilabelkan sebagai negara Islam.


Cadangan

1. Penjualan arak juga hendaklah dilakukan di satu sudut yang agak tertutup dan memaparkan dengan jelas papan tanda yang menyatakan bahawa penjualan arak kepada umat Islam adalah merupakan satu kesalahan.

2. Manakala kaunter penjualan arak hendaklah dikendalikan oleh orang yang bukan Islam. Mereka juga hendaklah memisahkan kaunter pembayaran barangan tidak halal dibuat di kaunter khas yang dijaga oleh bukan Islam.

3. Mengeluarkan lesen perniagaan daripada MPK dengan syarat tidak menjual arak kepada premis seperti berikut:
a. Kedai 7-Eleven
b. Kedai runcit/pasar mini (seperti 99 )/kedai ubat
c. Restoran /kedai makan yang terbuka (restoran yang tertutup sahaja dibenarkan)
d. Kiosk stesyen stesyen minyak.


Mohd Termizi Ismail seorang ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Dongeng cucu-cicit baginda Razak

Dongeng cucu-cicit baginda Razak

Ya ampun baginda Razak, hamba menulis surat ini kepada tuan hamba agar ia dapat dibaca oleh anak cucu-cicit kita semua.

Hendaknya apabila kita semua berada di alam baka nanti, maka anak cucu-cicit kita akan membaca kembali surat hamba kepada tuan hamba.

Ya ampun! Ya ampun baginda, hamba telah mendengar surah dongeng labun tuan hamba. Hamba bersama teman dan sahabat dengan syok lagi tawadhu' melopong ternganga apabila tuan hamba membuka mulut.

Apabila tuan hamba bercakap bahawa kebenaran hanya diketahui Allah, maka meleleh air mata hamba hingga ke lohong paha.

Tidaklah pernah hamba melihat satu makhluk tuhan yang begitu jujur bersilat lidah. Inilah agaknya rahmat Yang Maha Esa yang telah dikurniakan ke atas tuan hamba.

Tidak pernah hamba terlihat seorang syadu, seorang sufi atau seorang dukun dapat membelit seperti tuan hamba.

Cakap tuan hamba di sidang itu benar-benar melainkan semua tidak benar belaka.

Ya ampun baginda Razak, hamba juga turut berasa gundah-gulana apabila terdengar berita kematian Puteri Mongolia.

Hamba bertambah sedih lagi sayu apabila hamba diberitahu bahawa puteri ini adalah gundek simpanan Yang Teramat Mulia Raja Muda yang bakal menjadi raja sekalian rakyat jelata.

Hamba juga mendengar khabar berita tentang betapa cemburunya permaisuri ketika mengetahui bahawa ada gundek yang lebih disayangi daripada baginda ratu. Telah tersebar ke seluruh Melaka tentang api murka yang keluar terpancar dari dada tuan permaisuri Raja Muda.

Ya ampun baginda tuan, api murka permaisuri ini bukan datang secara tiba-tiba. Adalah menjadi dongeng rakyat Melaka setiap permaisuri yang akan naik ke atas takhta, maka badannya wajib diukur dan dikira.

Telah tersebar ke pelosok kampung dan kota, telah diketahui rakyat jelata tentang berita susuk permaisuri Raja Muda melebihi seekor anak gajah simpanan Tun Bendahara.

Adalah menjadi perangai dan sifat anak-anak muda Melaka membuat lawak dan jenaka terhadap badan permaisuri Raja Muda. Dari apa yang hamba menerima berita, inilah punca yang menimbulkan angkara murka.

Permaisuri Raja Muda telah mengetahui betapa ramping, langsing lagi ranggi pinggang Puteri Mongolia.

Mengikut yang empunya cerita, cemburu melimpah marah bertambah. Mengikut kata yang empunya surah, seorang Tamil dari negara atas angin telah datang bersumpah di hadapan Balai Rong Seri bersama mudim dan pari-pari bahawa si Tamil legam itu mengetahui bahawa Raja Muda kita berkemudi di buritan kapalnya.

Ya ampun baginda Razak, sahihlah dongeng berita Raja Muda "makan di luar dan suka makan di dalam". Makan di depan, makan di belakang telah menjadi nikmat pilihan Raja Muda kita.

Ya ampun baginda, "makan depan, makan belakang" ini adalah surah yang dipungut dan dikutip oleh si Tamil dari mulut tuan hamba sendiri.

Ya ampun tuan hamba, bukanlah niat hamba untuk membuat fitnah, jauh lagi untuk mencerca nama baik tuan hamba. Niat hamba untuk memberitahu seantero negara bahawa apa yang tuan hamba suarakan di sidang itu hanyalah dongengan karut semata-mata.

Adalah hamba berjanji kepada rakyat Melaka untuk melaporkan duduk perkara sebenar. Adalah juga tanggungjawab hamba bukan menista dengan berita.

Hendaklah tuan hamba tahu bahawa tidak ada seorang pun rakyat jelata yang mempercaya apa yang tuan hamba butirkan itu benar melainkan semuanya bukan benar semata-mata.

Kisah hikayat Puteri Mongolia ini berpanjangan hendak-hendaknya.

Adalah menjadi tabiat baik rakyat Melaka mereka amat suka melihat tuan hamba masuk sekali lagi ke rumah pasungan. Tidaklah busuk hati nurani mereka melainkan mereka ingin tahu duduk perkara sesahih-sahihnya.

Ya ampun baginda tuan hamba, rakyat Melaka dan saentaro belantara dari Melaka ke Majapahit, dari Jambi hingga ke Pasai telah mendengar cerita tuan hamba menjadi kaya-raya kerana membeli dua bahtera.

Apakah ini dongeng cerita hamba sendiri tidak terkata-kata hanya tuan hamba tahu duduk perkara.

Mengikut kisah yang empunya ceritera, mengikut surah sumpah si Tamil legam, tuan hamba dilantik menjadi khadam yang kanan. Masuk istana keluar istana tanpa ditegur tanpa dilarang. Bukanlah rahsia rakyat Melaka untuk berdendam mencari mangsa.

Mengikut surah sumpah si Tamil lagi, tuan hamba menjaga gundek-gundek Raja Muda. Mengikut tuan yang empunya ceritera, tuan hamba juga berligar ke kampong berligar ke kota mencari anak-anak dara untuk dijadikan gundek-gundek istana.

Ya ampun baginda Razak, biarlah hamba meneruskan ceritera tentang permaisuri yang jatuh murka. Telah didengar rakyat Melaka tentang kisah permaisuri kita yang dahulunya seorang mak janda. Bergundek ke hulu bergundek ke hilir membuka paha.

Ya ampun, telah menjadi berita atas arahan siapakah Puteri Mongolia musnah derita. Telah diketahuilah rakyat Melaka betapa permaisuri cemburu tersangat bagai gajah kena penyengat.

Telah diketahui juga rakyat Melaka bahawa Raja Muda sering berduka berkongsi katil memeluk seekor unta walhal paduka bemimpi gundek langsing berambut panjang bukan permaisuri baginda berambut kontot.

Ya ampun, tuan hamba dikatakan amatlah bergeliga mencari untung membeli bahtera.

Biarlah hamba menyampai berita. Dari Naning hingga ke Melaka, rakyat tahu duduk perkara. Jangan cuba dibodohkan, jangan cuba dialpakan, rakyat sudah faham membaca warta berita.

Tidak perlu bergelap, tidak perlu bersuluh pelita, kisah tuan hamba membeli dua bahtera dengan duit emas berkantung-kantung diketahui rakyat jelata.

Al-kesah tuan empunya cerita, permaisuri telah membadak gegak gempita, lagi marah lagi murka maka diarah puteri disula, diseksa untuk menamatkan semua berita.

Badan meletup rambut terbakar agar tidak diketahui siapa empunya benih. Dari atas angin sampailah berita, dari balai rong hingga ke rakyat jelata, semua ingin bertanya janin ini empunyanya siapa?

Ya ampun baginda, adalah hamba mendengar berita amat sahih lagi nyata tentang Raja Mongolia amat besar amarahnya tidak dapat dikata apa-apa lagi.

Ya ampun, adalah hamba mendengar berita si Tamil ditemui sudah. Dia bersyair lagi bermadah menunggu masa untuk mendedah sekali lagi.

Ya ampun baginda Razak, adalah hamba mendengar berita lagi sahih lagi nyata tentang Raja Muda yang akan naik tahta akan disula rakyat Melaka.

Beginilah berakhirnya surat hamba kepada tuan hamba. Ya ampun, tidaklah ada apa-apa lagi yang hendah hamba katakan.

Hendaknya diketahuilah oleh cucu-cicit kita nanti tentang kisah murka permaisuri yang gedempol dengan puteri manis bistari, kisah Raja Muda yang takut bini, kisah gundek bertukar ganti.

Maka dibuatlah rakyat Putrajaya pantun enam kerat untuk ingatan turun-temurun:

Tam tam tun
Tak perlu berpantun
Dam dum dah
Tak perlu bermadah
Paduka baginda
memang Haram Jadah.

Khamis, 15 Januari 2009

Hudud: PAS, KeADILan tunggu pendirian Umno

KUALA TERENGGANU, 15 Jan - Impian Umno mahu menjadikan isu hudud bagi menjarakkan hubungan PAS dan DAP kini menjadi senjata makan diri.

Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan apa pula pendirian pemimpin utama Umno mengenai hudud.
"Mengapa pemimpin Umno masih lagi berdiam diri tidak menjelaskan pendirian mereka berkaitan dengan hudud.
"Sedangkan sebelum ini akhbar harian cuba menimbulkan kebencian di kalangan masyarakat bukan Islam terhadap PAS menggunakan isu hudud," kata Anwar pada persidangan media selepas majlis penerimaan memorandum Gerakan Mansuhkan Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sini, hari ini.
Sebelum ini media harian cuba menggunakan isu hudud dengan harapan mahu melaga-lagakan hubungan di antara PAS dan DAP.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen berkata, isu hudud akan diketengahkan dalam mesyuarat bersama pemimpin Pakatan Rakyat pada masa akan datang.
Ustaz Abdul Hadi pula menjelaskan hukum hudud hanya untuk orang Islam sahaja.
"Saya sudah menjelaskan sebelum ini hukum hudud hanya untuk orang Islam dan bukan membabitkan DAP.
"Biar apa pun pemimpin Umno perlu menyatakan pendirian mereka berhubung dengan hudud memandangkan mereka juga beragama Islam," katanya.

Beliau juga melahirkan rasa kagum apabila pemimpin-pemimpin kanan DAP turut datang ke sini bagi membantu kempen calon PAS.
Kata beliau biar pun media cuba menggambarkan hubungan PAS dan DAP renggang dengan memainkan isu hudud, namun kehadiran pemimpin kanan DAP menggambarkan kesepaduan dalam Pakatan Rakyat tetap utuh..

UMNO kini telah semakin jelas kelihatan seperti Pak Pandir

Beginilah Negaraku....!!!

Mahasiswa dikejutkan dengan beberapa siri kejadian yang amat memeranjatkan dan tidak terjangka dek akal. Pilihan raya kampus 2009 dilihat sebagai pilihan raya yang paling kotor dalam sejarah sekalipun rayuan dan permintaan mahasiswa untuk mendapatkan pilihan raya kampus yang adil dan telus telah disuarakan acapkali sebelum daripada ini.

Bermula dengan Memorandum Pilihan Raya Kampus Adil dan Telus sehinggalah surat aduan berkenaan penganjuran kursus kepimpinan bakal calon yang telah menelan belanja sebanyak RM80,000, semua permintaan dan suara mahasiswa diabaikan dan langsung tidak diberi perhatian oleh pihak yang sepatutnya menjaga kebajikan Mahasiswa/I UKM.

Penyelewengan yang dilakukan oleh pihak pengurusan universiti dan kolej-kolej kediaman.

1. Penganjuran Kursus Kepimpinan Bakal Calon di A-Famosa Resort (1 hingga 4 Januari 2009)

a. Kursus tersebut diletakkan sebagai syarat khusus untuk menyertai Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar, MPP PMUKM sesi 2008/2009. Hal ini menyekat kebebasan Mahasiswa untuk melibatkan diri secara langsung dalam Pemilihan MPP

b. Nasihat daripada mahasiswa bahawa kursus tersebut seharusnya diadakan selepas pilihan raya tidak diendahkan menyebabkan berlakunya limpahan peserta yang mengikuti program tersebut yang akhirnya menjadi salah satu faktor yang menyebabkan kos kursus tersebut mencecah sehingga RM80 000.

2. Pewartaan Tatacara Pemilihan MPP 2009

a. Pihak Hal Ehwal Pelajar UKM, HEP telah mengubah hampir 70 peratus daripada peraturan yang digunapakai sebelum daripada ini. Antara perkara yang diubah adalah:

i. Mengalihkan tempat penamaan calon-calon fakulti dari Pusanika ke fakulti-fakulti, manakala hanya calon-calon umum dikekalkan di PUSANIKA. Perkara ini merumitkan kerana urusan penamaan terpaksa menggunakan khidmat tenaga kakitangan yang ramai dan dilihat sengaja dilakukan untuk memecahkan dan meredakan semangat demokrasi sempena pilihan raya kampus.

ii. Menafikan hak calon-calon untuk berkempen dari bilik ke bilik. Arahan ini nampaknya hanya digunakan ke atas calon Mahasiswa sedangkan pihak aspirasi bebas untuk berkempen malah mengugut Mahasiswa untuk memilih Aspirasi.

iii. Menaikkan harga bayaran untuk borang pencalonan daripada RM15.00 kepada RM20.00, wang cagaran(wang deposit) daripada RM30.00 kepada RM50.00, borang bantahan semasa penamaan daripada RM30.00 kepada RM50.00. Perkara ini juga dilihat sebagai salah satu langkah untuk mengurangkan jumlah penyertaan dalam pilihan raya sekaligus membebankan ekonomi mahasiswa/i yang ingin bertanding.

3. Penyelewengan teknikal dan penafian kemenangan calon Mahasiswa di kerusi Tahun 3, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB)

a. Tepat jam 11.00 pagi, tempoh penamaan telah berakhir, di mana hanya seorang calon yang diterima borang pencalonannya oleh pegawai pengurus pemilihan di FKAB.

b. Pada pukul 11.15pg, urusetia mengumumkan saudari Norleana Bt Hj Usak, menang tanpa bertanding bagi kerusi tersebut kerana tiada pertandingan.

c. Namun, pada pukul 11.30 pagi, urusetia menarik balik pengumuman tersebut dan menggunakan alasan bahawa pengumuman perlu mengikut prosedur iaitu perlu ada tempoh bantahan selama 1 jam bermula jam 11.15 pagi sehingga 12.15 tengahari.

d. Serentak dengan itu, urusetia sendiri yang membuat bantahan terhadap kemenangan saudari Norleana Hj Usak, dengan mendakwa bahawa saudari Norleana Hj Usak hilang kelayakan bertanding kerana beliau merupakan pelajar tahun akhir.

e. Saudari Norleana, bersama-sama dengan penyokong dan pencadang cuba mengemukakan rayuan namun TNC HEP, Dr Mohammad Abdul Razak tidak melayan rayuan tersebut.

f. Hakikatnya, pihak HEP sengaja meggunakan alasan teknikal bagi menafikan hak saudari Norleana Hj Usak, ini sebenarnya jelas dapat di lihat apabila terdapat 9 orang calon aspirasi terdiri daripada pelajar tahun akhir. Calon-calon Aspirasi (calon sistem) tersebut yang dapat dikenalpasti ialah:

* Intan Norjahan binti Azman Umum tahun 3 FSSK 3(tahun akhir)

* Suriani binti Ding Umum tahun 3 FSSK 3(tahun akhir)

* Ahmad Nazif bin Hamidun Umum tahun 3 FSSK 3(tahun akhir)

* Siti Nazihan bt Abd Rahman Umum tahun 3 FSSK 3(tahun akhir)

* Fong Mun Fei Umum tahun 3 FST 3(tahun akhir)

* Lai Wai Sieng FST tahun 3 FST 3(tahun akhir)

* Mohamad Nasir bin Mohamed Nazri FEP tahun 3 FEP 3(tahun akhir)

* Nor Intan Zanariah binti Abd Aziz FSSK tahun 3 FSSK 3(tahun akhir)

* Muhammad Redwan Shah bin Rusmi FTSM FTSM 3(tahun akhir)

4. Penubuhan jentera pilihanraya peringkat Mahasiswa di kolej-kolej kediaman

a. Perkara ini amat bercanggah dengan prinsip demokrasi kerana Pengetua yang juga pegawai pentadbir universiti seharusnya tidak terlibat dengan operasi Jentera pilihanraya. Berlaku di Kolej Ungku Omar di mana Mejar Dr Samsu Adabi Mamat, Pengetua KUO, mempengerusikan Jentera Pilihanraya Kampus KUO, yang diketuai oleh Mohd Nazri Bin Ngah, yang hanya merupakan seorang pelajar.

b. Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i kolej-kolej kediaman (JAKSA) telah dikerah menjadi pengawal-pengawal keselamatan yang ditugaskan khusus untuk menghalang kempen-kempen calon-calon Mahasiswa. Peranan yang sewajarnya dimainkan oleh Pegawai Keselamatan ini tidak seharusnya berlaku kerana mahasiswa/i tiada hak untuk menghalang apalagi membuat sekatan jalanraya menghalang pergerakan mahasiswa yang lain. Misalnya di Kolej Pendeta Za'aba, setiap malam ahli JAKSA kolej akan membuat sekatan di jalan masuk ke kolej Za'aba dan menahan Mahasiswa/i yang ingin keluar masuk ke kolej berkenaan. Perkara yang sama turut berlaku di Kolej Burhanuddin Helmi.

5. Sekatan kempen oleh Pengetua dan JAKSA terhadap kempen-kempen calon Mahasiswa

a. Perkara ini jelas dapat dilihat di Kolej Tun Hussein Onn (KTHO) apabila Left Kol Dr Mohd Nasir Saludin, bertindak menghalau mana-mana calon Mahasiswa daripada berada di kawasan kolej sekalipun untuk berkempen di kafetaria dan foyer.

Beliau yang juga merupakan pengetua kolej berkenaan seringkali dilihat berkeliaran sambil memegang kayu hoki sehingga menimbulkan perasaan yang tidak enak di kalangan mahasiswa/i di KTHO.

Dalam suatu peristiwa, sekitar pukul 6.30 ptg, 11 Januari 2009, calon-calon Mahasiswa ingin berkempen di kafetaria KTHO, tidak lama kemudian terdapat arahan daripada pihak pentadbir KTHO untuk menutup semua pintu, lampu, kipas, dan juga langsir di kafetaria tersebut.

Penggerai juga dipaksa untuk menutup kedai semata-mata ingin menghalang calon-calon Mahasiswa untuk berkempen. Sekalipun warga KTHO yang tidak berkenaan menerima nasib malang yang sama.

b. Serentak dengan itu, pihak pengurusan Kolej Dato' Onn (KDO) juga membuat tindakan yang sama dengan menutup kafetaria KDO sejurus selepas kedatangan calon Mahasiswa di kafetaria KTHO pada petang yang sama.

c. Sekatan terhadap pergerakan di Kolej Rahim Kajai (KRK) juga berlaku apabila terdapat notis yang menghalang Mahasiswa/i daripada memasuki kawasan foyer kolej tanpa sebarang alasan yang munasabah. Hal ini dilihat seolah-oleh sengaja ingin menghalang Mahasiswa/i daripada bertemu dengan calon Mahasiswa yang kebetulan hanya dibenarkan berkempen di kawasan kafetaria dan foyer.

d. Situasi yang agak serupa berlaku di Kolej Ibrahim Yaakub (KIY) apabila JAKSA dilihat menunggu di tangga-tangga blok kediaman di KIY untuk mengugut dan menghalang penghuni KIY daripada bertemu dengan calon Mahasiswa dalam satu kempen yang dianjurkan sendiri oleh pihak pengurusan KIY. Sekalipun ruang untuk berpidato diberikan kepada Mahasiswa, namun JAKSA menyekat penghuni kolej daripada menghadiri majlis pidato tersebut.

6. Politik Perkauman Sempit yang Menyentuh Sensetiviti Kaum

a. Pimpinan Gabungan Mahasiswa berasa amat kesal dan kecewa di atas segala tohmahan dan tuduhan yang dikeluarkan oleh Chinese Community Student Committee (CCC) dalam satu artikel yang berbentuk booklet yang memainkan sentiment perkauman yang sempit. Sebagai pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia yakni sebuah universiti yang menjunjung tinggi nilai-nilai perpaduan dan hubungan antara kaum, kami mengecam tindakan Chinese Community Student Committee (CCC) mengeluarkan risalah-risalah yang bersifat perkauman tersebut. Justeru, pimpinan GMUKM menyatakan pendirian dan persetujuan bersama antara kami terhadap isu ini dengan pendirian berikut:

1. Menyanjung tinggi nilai perpaduan antara kaum dengan menghormati perbezaan dan hak semua kaum, nilai serta adat budaya masing-masing dan tidak akan berkompromi dengan sebarang usaha memecah-belahkan masyarakat kampus.

2. Menyokong penuh setiap program kebudayaan kaum yang mampu mengeratkan hubungan antara kaum seperti Pesta Tanglung, Pesta Ponggal selaras dengan dengan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

3. Mempertahankan segala agenda demokrasi dengan menepati asas-asas penting dalam arena pendemokrasian.

4. Menghormati hak mahasiswa untuk bersosial selagi tidak melanggar norma-norma masyarakat, adat resam serta budaya masing-masing.

5. Berpegang kepada prinsip dan nilai-nilai bersama serta menolak segala dominasi dan penindasan dalam soal agama dan kaum.

6. Berpegang kepada prinsip-prinsip kesaksamaan, keadilan dan kemanusian yang menjadi asas kepada keharmonian dan kesepaduan warga UKM.

Pelbagai sekatan dikenakan ke atas calon-calon Mahasiswa semasa kempen di Kolej Kediaman, namun dalam masa yang sama, pihak GMUKM menerima aduan daripada Mahasiswa sendiri bahawa terdapat ugutan dikenakan ke atas pelajar-pelajar khususnya pelajar tahun 1.

Ugutan buang kolej menjadi bahan kempen utama Aspirasi ke atas pelajar-pelajar menerusi perjumpaan rasmi, kempen dari bilik ke bilik oleh JAKSA, juga melalui sebaran Khidmat Pesanan Ringkas (SMS). Antara SMS yang kami terima datangnya daripada JAKSA KRK, "Dtg ari khamis ni undi aspirasi..dapat 25 merit, bleh stay kolej..apa2 pun undi aspirasi kalau undi gm kn buang kolej". Pesanan ini datangnya daripada seorang penghuni KRK yang memaklumkan kepada kami berkenaan isi perjumpaan yang diadakan di KRK, 12 Januari 2009, sekitar 9 hingga 11 malam.

Ruang demokrasi semakin tertutup apabila pihak pengurusan kolej dan juga HEP cuba mengawal ketat pergerakan Mahasiswa. Mahasiswa/i tidak lagi diberikan hak untuk diundi dan mengundi. Mereka tidak dibenarkan memilih pemimpin sendiri dan tidak pula diberikan ruang untuk mengasah bakat kepimpinan mereka sendiri. Apa yang ingin dilihat oleh pihak HEP dan pentadbir kolej hanyalah Mahasiswa/i yang dicucuk hidungnya seperti lembu di padang ragut.

Lebih malang lagi, apabila suara demokrasi ini ditutup sepenuhnya oleh Naib Canselor, Prof Dato' Dr Syarifah Hapsah Syed Hassan Shihabudin, apabila beliau langsung tidak mempedulikan rayuan dan cadangan yang dikemukakan oleh mahasiswa/i. Lengkap sudah kezaliman dan penganiayaan terhadap mahasiswa/i di UKM serta lenyaplah sudah harapan untuk melihat amalan demokrasi subur di UKM. Cahaya keadilan sudah terpadam dan Mahasiswa UKM kini berada di zaman gelap yang penuh dengan penipuan dan penindasan.

Justeru Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) ingin menggesa pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pihak pentadbiran UKM untuk meengambil tindakan drastik dan bertanggungjawab ke atas insiden-insisden yang berlaku seterusnya memastikan amalan demokrasi di UKM terpelihara. Pihak-pihak berwajib perlu menjalankan amanah dengan adil dan telus bagi memastikan produk-produk kelahiran IPTA dijamin mutunya dan diberikan hak-hak yang sewajarnya.

----

Hisyamuddin Abdullah adalah Setiausaha Kerja GMUKM