Jumaat, 18 April 2008

Jika Tidak Mampu Berhujah

Jikalau kamu tidak mampu untuk berhujah serta tidak sempurna akal fikiran untuk berdebat maka eloklah kamu pergi menimba ilmu..
Kita tak perlu membuka skop dunia yang lebih luas.. Mari kita telusuri sejarah tanah air kita sendiriKamu tahu kenapa bangsa melayu selepas era kegemilangan kerajaan melayu Melaka terus terjajah..??

Mengapa negeri2 melayu dijajah oleh British..??
Mengapa raja2 dan para pembesar2 melayu ditipu oleh British..?
Kenapa tanah2 melayu tergadai kepada bukan melayu..?
Mengapa Singapura tergadai kepada org2 cina..?

SEMUANYA INI ADALAH KERANA WUJUDNYA GOLONGAN SEPERTI KAMU INI..!!
YANG MALAS BERFIKIR SERTA MENGABAIKAN TANGGUNG JAWAB POLITIK SERTA TIDAK MAMPU MENGELUARKAN CETUSAN IDEA UNTUK BERHUJAH..
MALAH TIDAK SANGGUP KEHADAPAN DEMI MEMPERTAHAN MARUAH ISLAM SERTA MARUAH NEGARA..
MAKA DUDUKLAH KAMU DALAM KESERONOKAN DUNIA YANG SEMENTARA NI SEHINGGA TERJAJAHNYA SEGALA MARUAH DAN JATI DIRI BANGSA KAMU..

Kamu sama sahaja seperti org2 melayu zaman sebelum merdeka dahulu..
Ketika itu orang2 melayu begitu jahil tentang politik..
Mereka menerima serta mengikut apa sahaja arahan dan tindakan para pemimpin melayu ( sultan / pembesar ) ketika itu.
Mereka takut menjadi melayu yg DERHAKA kepada Pemimpin melayu ( Sultan / Pembesar ) akibatnya tergadailah semua harga diri serta maruah bangsa..

Kalau kita mengambil sejarah dunia, mengapakan kebanyakkan negara2 islam di dalam dunia ini tergadai dan dijajah oleh puak kuffar seperti negara Palastine..??
Jawapannya kerana umat islam bodoh serta jahil dalam POLITIK DUNIA..

MAKA MEREKA JUGA TELAH TERGADAI SEGALA MARUAH SERTA JATI DIRI BANGSA MEREKA..JIKA SUATU WAKTU DAHULU BANGSA ARAB MERUPAKAN SUATU BANGSA YANG DIPANDANG HEBAT..
TAPI KINI KAMU PERGILAH BERTANYAKAN KEPADA SEMUA PENGHUNI DUNIA..SIAPAKAH BANGSA ARAB DI MATA MEREKA..??
JAWAPANNYA AMAT MUDAH..
SEBAHAGIAN DARI MEREKA ADALAH SUATU BANGSA YANG KAYA TETAPI BERNAFSU BUAS SERTA BERPUAK-PUAK
SEBAHAGIAN LAGI ADALAH SUATU BANGSA YANG KECEWA DAN DAN TERJAJAH.HIDUP DALAM SEGALA DAIFAN DAN KEMISKINAN..

Tepuk dada tanya Iman adakah kamu semua akan mengabaikan Politik di dalam kehidupan seharian dari kamu.. yakni memisahkan politik dari agama ( sekularisme )
atau menerima Politik kerana ianya terkandung di Agama Islam.

Selasa, 15 April 2008

Belajar Jadi Dewasa Bila Bermuzakharah

Aku bukannya mengutuk...
Aku menyintai bangsaku sendiri tapi taklah sampai terlalu taksub macam org2 yahudi yang terlalu assobiah terhadap bangsanya... sampaikan bangsanya tidak boleh diusik dan dipertikaikan oleh mana2 pihak...

Aku cuma mengajak kita berdebat secara sihat secara tertib dan beradab. bermuzakarah demi mencari kebaikan.. dalam suasana ukhwah islamiah...
bukankah Rasulullah pernah bersabda " perbezaan pendapat dikalangan umatku adalah suatu rahmat "Di sini aku memohon dan mengajak saudara2ku semua marilah kita berdebat ( mungkin saudara2 fobia dgn perkataan debat itu ) tak pe lah kita tukar kpd perkataan "berbincang" sesama kita secara tertib dan penuh beradab sesama islam.

Berbalik kpd hujah aku tentang "Anak Gemilang M'sia"Itu cuma Permehatian dan Analisa aku sahaja... setiap Analisa masih boleh dipertikaikan oleh mana2 pihak termasuk jua oleh kalian saudara2 ku yg amat ku kasihi..
aku juga amat menghormati setiap pandangan kalian.dan aku juga amat berharap jikalau sekiranya analisa aku tadi salah maka sudilah kiranya saudara2ku menegur dan memperbaikinya... insyaallah... dan jika analisa aku itu benar maka aku harap saudara2ku sudilah mengakuinya walaupun pahit... .

Seperti kata cedik pandai " setiap yg pahit itu adalah obat dan setiap yg manis itu belum tentu boleh dijadikan penawar "Aku amat berharap ada dikalangan saudara2ku yg dikasihi sudi mencabar dgn ikhlas semua kenyataan yg telah aku berikan terhadap para pemimpin kita tadi..Aku juga jadi tempat luahan kemarahan kalian kononnya aku mengukit2 org yg sudah meninggal dunia... .
Kalau begitu bagaimana dgn para ulamak al azhar termasuk Yusuff Qardhawi yang kerap kali mengutuk dan menghina pemimpin besar Turkey - Mustafa Kamal At-Tarturk di dalam dewan kuliah mahu pun di dalam sesi ceramah agama mereka.

Mustafa Kamal juga telah lama meninggal dunia... !!!Adakah semua ulamak Al-azhar itu " kurang ajar " kerana mengukit2 Mustafa Kamal At-tarturk yang telah lama meninggalkan dunia yang fana ini..??oh, ya! aku terlupa bahawa Mustafa Kamal At-Tarturk itu bukan org melayu rupanya... maaf ya sbb aku terlupa.. sbb bagi sesetengah dari pada kita kalau nak ungkit bangsa lain tak pe tapi jangan ungkit atau hina pemimpin melayu.. sensitif tu..!!!

Yusuff Qardhawi selalu berkata di dalam kuliahnya "Walau sehebat mana seorang islam itu menjadi pemerintah dan memajukan negaranya ia tetap akan dipandang hina oleh sekelian makhluk di muka bumi ini selagi ia tidak tunduk kpd kalamullah ( Al-quran ) dan berhukum dgn hukum Allah dan janganlah kita semua bertuhankan dgn perlembagaan org2 kafir"Mustafa kamal At-Tarturk adalah manusia yg hebat dalam membangunkan negara Turkey... tetapi ia dihina dimuka bumi ni lagi walaupun setelah kematian beliau hanya kerna beliau tidak mahu tunduk dgn hukum Allah dgn mangambil hukum dan perlembangan yg mirip perlembagaan golongan kafir.Pesoalannya wahai jiwa dari rumpun melayu, Adakah perlembagaan negara kita yg ditulis oleh Load Reid itu lebih hebat dan lebih mulia dari Al-Quran..

Sabtu, 12 April 2008

MELAYU UMNO MEMANG MUDAH LUPA

JANGAN DOK SUARAKAN KEBIMBANGAN SAJA MARI SAMA2 BERSATU DGN ULAMAK PAS DUDUK SEMEJA BERSAMA DAP..

AKU TAK RISAU DGN DAP INI SEBAB RATA2 ORG CINA TIADA BERAGAMA CUMA MEREKA MEWARISI BUDAYA NENEK MOYANG MEREKA SAHAJA..
YANG AKU RISAU ADALAH ORANG2 HINDU DAN KRISTIAN SEBAB NEREKA INI MENGANUT AGAMA..

SEMUA PERTEMBUNGAN DUNIA ADALAH PERTEMBUNGAN SESEBUAH AGAMA MENENTANG AGAMA YANG LAIN..UNTUK PENGETAHUAN KO...
SEMUA BUDAYA DUNIA BOLEH MENERIMA KONSEP BERAGAMA...
MALAH MAMPU BERUBAH SERTA MENYESUAIKAN DIRI MENGIKUT SYARAT DAN TUTUTAN SESUATU AGAMA..SEDANGKAN SESEBUAH AGAMA ITU TIDAK MUNGKIN MENERIMA ATAU MENYERAP AGAMA LAIN..MALAH MUSTAHIL MAMPU MENERIMA SEGALA TUTUTAN AGAMA LAINNYA..

OLEH ITU TEORI YANG MAHATHIR KEMUKAKAN DAHULU BAHAWA SEMUA AGAMA ADALAH SAMA KERANA SEMUANYA MENJURUS KE ARAH KEBAIKKAN ADALAH SUATU UCAPAN YANG TIDAK BERTANGGUNG JAWAB DAN BODOHH...!!!
TIDAKAN MAHATHIR YG CUBA MENJUARAI PERMASAALAHAN AGAMA DALAM NEGARA BUKAN SAHAJA MENJERNIHKAN KEADAAN MALAH SEMAKIN MENONJOLKAN SEGALA KEBEBALAN BELIAU..!!

JGN CAMPURI BIDANG AGAMA JIKA ANDA TIADA ILMU..KERANA DIKHUATIRI IANYA AKAN MENGELINCIRKAN AKIDAH ANDA...

PERSOALANNYA SEKARANG SIAPAKAH YANG BERMATI-MATIAN MENENTANG IFC SERTA MELAKUKAN TUNJUK PERASAAN DAHULU..
BUKANKAH SEMUA DARI MEREKA ADALAH PARA PEMIMPIN PAS SERTA PENYOKONG2 MEREKA..?? MANA PERGI PARA PEMIMPIN UMNO KETIKA ITU..??
JANGAN JADI BODOHLAH ..BUTA KAYU..!!!

AKU INGAT LAGI MACAM MANA PARA PEMIMPIN PAS DIHERDIK OLEH FRU SEMASA PERHIMPUNAN TERSEBUT..

TAK DE SORANG PUN PEMIMPIN UMNO KETIKA TU...

APA KATA PAKLAH PADA MASA ITU...
" TAK PA KITA AKAN KAJI DULU..BUAT APA PEMIMPIN PAS BUAT KECOH, DUNIA BUKANNYA NAK KIAMAT.."

SEKARANG NI HANG DOK KECOH PULAK DAH, DULU APASAL DIAM JERR, DUNIA DAH DEKAT NAK KIAMAT KE ..??

MANA PI KHAIRY JAMALUDIN DGN HISAMUDIN MASA TU...?
DOK KATA BEROK KAT ORG2 PAS DGN NGO YG BUAT DEMONSTRASI KERR..??
KORANG NI SEMUANYA TALAM DUA MUKA...

Khamis, 10 April 2008

BABI OH BABI..

Projek moden penternakan babi di Selangor dijalankan secara bersih, selamat dan memenuhi piawaian kualiti alam sekitar, kata menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini."Sebarang bahan buangan dari ladang tersebut akan diguna semula dalam bentuk biogas untuk menjanakan elektrik, air untuk pembersihan ladang serta penanaman makanan untuk babi yang diternak, " katanya, mengulas kebimbangan orang ramai berhubung projek berjumlah RM100 juta di Kuala Langat. "Justeru, tiada bahan buangan yang akan menjadi sisa dan keluar dari kawasan ladang tersebut." Menurutnya lagi, projek tersebut telah diluluskan oleh pentadbiran BN bawah kepemimpin Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo pada 30 Januari, kira-kira sebulan sebelum pilihanraya umum lalu.Kerajaan baru Selangor bawah Pakatan Rakyat, kata Abdul Khalid lagi dalam satu kenyataan, meneruskan projek memandangkan kawasan Ladang Tumbuk telah menjadi tapak ladang utama penternakan babi utama di negeri. "Ia memenuhi piawaian kualiti antarabangsa ( Teknologi German ) selaras dengan kehendak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan kerajaan negeri Selangor," tambahnya.Apabila wujud projek ini, kata Abdul Khalid lagi, tiada ladang-ladang baru khinzir akan diluluskan di Selangor dan semua ladang babi di luar kawasan ini diarahkan memindahkan operasi mereka ke projek tersebut. "(Langkah) ini sejajar dengan dasar Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani agar sebarang usaha penternakan babi dilakukan di satu tempat untuk memudahkan kawalan dan penyeliaan bagi pihak berkuasa. "Kerajaan Negeri juga berhasrat memperkenalkan dasar ‘one stop’ yang sama bagi penternakan (haiwan) yang lain bagi menjadikan industri penternakan lebih cekap dan dapat diteruskan di sebalik kemajuan pesat Selangor," katanya.Dr Mohd Khir hari ini dilaporkan mengingatkan kerajaan negeri agar membuat kajian terperinci termasuk mengehadkan ternakan babi mengikut keperluan supaya ia tidak menimbulkan masalah kepada rakyat.Katanya, kerajaan BN bawah pimpinannya pernah membincangkan projek itu dengan syarikat swasta tempatan tetapi pihaknya menetapkan projek berkenaan tidak akan melibatkan peruntukan kerajaan negeri.Beliau, tambah laporan Utusan Malaysia lagi, turut menggariskan panduan agar pengeluaran ternakan hanya untuk keperluan penduduk Selangor sahaja iaitu sekitar 250,000 ekor.Akhbar yang sama melaporkan penduduk Selangor terkejut dan membantah projek tersebut, selain beberapa persatuan pengguna menggesa ia dibatalkan.

FAKTA SERBENAR : TAPAK TERNAKAN BABI DI KAWASAN TERSEBUT TELAH 40 TAHUN WUJUD
PERSOALANNYA : KERAJAAN MANAKAH YANG MELULUSKAN LESEN PERTERNAKAN BABI DI TANAH TERSEBUT...???
KENAPA SEKARANG BARU DIBANGKITKAN..??

SETELAH LEBIH 40 TAHUN PANTAI MORIB DICEMAR OLEH NAJIS BABI, KINI KERAJAAN BARU INGIN MEMULIHKANNYA MENGAPA HARUS DIPERSOALKAN TINDAKAN TERSEBUT..???

Ahad, 6 April 2008

SIAPAKAH YANG BIADAP SEBENARNYA...!!!

DAP MEMPERSOALKAN SIAPAKAH YANG BIADAP SEBENARNYA...??
SELEPAS LIM KIT SIANG MENGELUARKAN KENYATAAN DAP PUSAT AKAN MEMULAU PERLANTIKAN MB PERAK..
TIDAK SAMPAI 4 JAM KEMUDIANYA DAP TELAH MENARIK SEMULA PEMULAUAN TERSEBUT SERTA MEMOHON MAAF KPD RAJA DR NAZRIN DAN MENGIRIMKAN FAX KPD PIHAK ISTANA DI ATAS KETERLANJURAN MEREKA. LIM KIT SIANG JUGA TELAH MERAFAK SEMBAH KE BAWAH DULI MEMOHON AMPUN DAN MAAF..

TETAPI DI PERLIS, RAJA PERLIS TELAH MELANTIK MOHD ISA SABU SEBAGAI MB TAPI SELEPAS ITU PAK LAH MELANTIK PULA SHAHIDAN KASSIM SEBAGAI MB..TIDAK BIADAPKAH PAKLAH BERBUAT BEGITU MALAH SEHINGGA SEKARANG TIADA SEBARANG PERMOHONAN MAAF YANG KELUAR DARI MULUT PAKLAH TERHADAP KEBIADABANNYA MEMBELAKANGKAN SULTAN DAN UNDANG2 TUBUH NEGERI YANG JELAS TERCATIT KUASA PERLANTIKKAN MB SESEBUAH NEGERI TERLETAK DI BAWAH BIDANG KUASA SULTAN / RAJA.

KEKECOHAN SERTA PENGHINAAN TERHADAP INSTITUSI BERAJA JUGA BERLAKU DI NEGERI TERENGGANU, YANG MANA UMNO TELAH MENOLAK CALON MENTERI BESAR YANG DIPERKENANKAN OLEH KE BAWAH DULI SULTAN...

LIM KIT SIANG BERKATA PM YANG PALING BIADAP SEKALI ADALAH TUN DR MAHATHIR KERANA BELIAU PERNAH MENGUBAL UNDANG-UNDANG BAGI MENGURANGKAN KUASA RAJA-RAJA MELAYU..
BUKAN KAMI DARI PARTI DAP YANG MENDESAK TUN MAHATHIR BERBUAT DEMIKIAN TETAPI DGN KUASA 2/3 KERUSI PARLIMEN YANG DIPEROLEHI OLEH BN MEREKA DENGAN SOMBONGNYA BERBUAT SESUKA HATI DGN PENUH KEBIADABAN MENGHINA SERTA MELUMPUHKAN KUASA RAJA-RAJA MELAYU..

KERANA APA MAHATHIR BERANI BUAT BEGITU..?? SEBAB MAHATHIR TAHU SIFAT ORANG MELAYU " MELAYU MUDAH LUPA " DAN SEKARANG MEREKA LUPA BAHAWA ORANG-ORANG MELAYU DALAM UMNOLAH YANG DAHULUNYA BERMATI-MATIAN MENYOKONG PEMIMPIN MEREKA MENGURANGKAN KUASA RAJA-RAJA MELAYU PADA AWAL TAHUN 90an DAHULU...

WALAUPUN PIHAK KAMI TELAH MEMBUAT SILAP TETAPI KAMI TELAH MEMOHON MAAF DI ATAS SEGALA KETELANJURAN KAMI KE BAWAH DULI SULTAN DAN PERMOHONAN MAAF KAMI SECARA TERBUKA SERTA DISIARKAN DI LAMAN WEB RASMI KAMI- Ujar Lim Kit Siang..

Selepas Pilihan Raya 12 Bagaimanakah Nasibnya Masa Depan Penduduk Kawasan Aku..???

PENDUDUK TEMPAT AKU RAMAI YANG BERGUMBIRA TERGOLEK-GOLEK..
WALAU PUN NEGERI MEREKA TERGADAI PADA PIHAK PEMBANGKANG JANJI ADUN MENANG ( ADUN BN ) KIRA DAH OK LAH KATA MEREKA..
SEBAB BAGI MEREKA ADUN ITU AKAN MEMBELA NASIB MEREKA..

DALAM RAMAI2 YG BERGUMBIRA TU, AKU SORANG JERR YANG BERSEDIH MELIHATKAN SEGALA KEBODOHAN MEREKA BERPESTA..
KO TAHU KENAPA..?? MANAKAN TIDAK DEWAN UNDANGAN NEGERI AKU DI KUASAI OLEH PARTI PEMBANGKANG DARI PAS, KEADILAN DAN DAP LEBIH DARI 2/3 KERUSI..
KO BAYANGKAN BAGAI MANA ADUN TEMPAT AKU YANG BEKELULUSAN HANYA SETAKAT SPM GRED 3 DAN DAHULUNYA BEKERJA SEBAGAI KERANI CABUK HENDAK MENENTANG SERTA BERHUJAH DGN WAKIL2 DARI PAS, KEADILAN DAN DAP YANG RATA2 BERKELULUSAN PHD, DIGREE KELAS PERTAMA DAN SARJANA2 DARI AL-AZHAR..

RAMAI DARI KALANGAN MEREKA BEKERJA SEBAGAI DOKTOR, PEGUAM, ENGINEER DAN KONSULTAN BAGI SYARIKAT2 MULTI NASIONAL..
APAKAH WAKIL RAKYAT KAMI MAMPU MENGELUARKAN HUJAH YANG BERNAS ATAU HANYA DUDUK SEPERTI PAK PANDIR YANG KEBODOH-BODOHAN DALAM DEWAN UNDANGAN NEGERI..??

TERFIKIR JUGAK AKU MANA PERGINYA WAKIL2 UMNO YANG CERDIK PANDAI.? KNP TAK MENJADI CALON..??

SIASAT PUNYA SIASAT... . RUPA2NYA YANG CERDIK PANDAI INI KEBANYAKKANNYA HANYA MENJAWAT JAWATAN SEBAGAI TUKANG TAMPAL POSTER DAN GANTUNG BENDERA BN AJERR..

INI KAH UMNO YANG KORANG BANGGA2KAN..

YANG PASTINYA HANYA ORANG BODOH SAHAJA YANG AKAN MELANTIK ORANG BODOH SEBAGAI PEMIMPIN MEREKA... !!!

Hanya Allah Yang Menentukan Siapa Yang Layak Menduduki Syurganya

Memang betul hanya Allah yang menentukan siapa yang layak dan siapa yang tak layak memasuki syuganya,,

Tapi harus diingat... !!!
Bukankah Allah dan Rasulullah juga telah memberi panduan serta formula kepada semua manusia bagaimana caranya bagi mereka untuk melayakkan diri ke syurga Allah...
Segala panduan2 tersebut tidak pernah berubah semenjak turunnya Nabi Adam ke dunia ini hinggalah ke hari kiamat..
Iaitu " Masuklah Kamu ke dalam agama Allah keseluruhannya " Jangan diikut jejak langkah kaum Yahudi yang mengikut ajaran nabi Musa separuh2 sahaja..

Sekarang telah wujud suatu fahaman songsang dikalangan umat islam sendiri yang mengatakan agama lain politik lain..

Jika penganut agama kristien nasarah atau yahudi memang demikian pegangan mereka - mengasingkan agama dgn politik..
Kerana Nabi Isa dan Juga Nabi Musa diutuskan Allah hanyalah untuk menyerlamatkan bani israil yang tertindas serta memulihkan pegangan akidah mereka..
Sedangkan Rasulullah selain dari menyelamatkan akidah dan keruntuhan sosial masyarakat jahiliah tujuan utama baginda diutuskan adalah bagi menyebarluaskan agama Allah keseluruh muka bumi ini..
juga bagi membentuk struktur bermasyarakat dan struktur bernegara..

Nabi Isa dan Nabi Musa hanya menjadi Pemimpin Umat
Sedangkan Rasulullah adalah Pemimpin Umat dan juga Pemimpin Negara..

Kalau Puak2 UMNO betul2 hebat. Sila nyatakan Rasul atau Nabi manakah yang membentuk Struktur Negara dan Membentuk Piagam ( Perlembangaan Negara ) selain dari Rasulullah..

Sebelum Wujudnya Piagam Madinah ( Perlembagaan Negara Madinah ) tiada satu negara pun sebelumnya yang mempunyai Perlembagaan Negara..
walaupun sebelumnya telah wujud kerajaan2 hebat seperti Mesir, Rome, babylone, Greek / Yunani dan Parsi..
Negara2 tersebut tidak mempunyai Perlembagaan Negara..
Yang ada cuma Klausa2 tidak jelas yang berupa arahan Raja2 / Pemimpin serta Para Pendeta di dalam negara2 tersebut..

Justeru itu ramai sarjana-sarjana barat yang menyimpulkan bahawa Kerajaan Islam Madinah di bawah pimpinan Rasulullah adalah Struktur Kerajaan pertama di dunia ini yang paling lengkap dan sempurna sekali..

Sarjana-sarjana barat juga telah mengangkat Rasulullah sebagai Pemimpin Teragung di dunia ini..
Tetapi malangnya Para pemimpin serta penyokong UMNO memperlekehkan Pembentukan serta Struktur negara islam...

Demikiankah akibatnya jika Iman telah tiada di hati dan jiwa mereka..

Sabtu, 5 April 2008

AKU BUKAN PEJUANG BANGSA

MENURUT AJARAN AGAMA ISLAM YANG NABI KAMI ( MUHAMAD S.A.W ) BAWA TIDAK ADA SEBARANG HAK KEISTIMEWAAN BAGI SESEORANG MANUSIA ATAU SESUATU KAUM / BANGSA... !!!
NABI MUHAMAD DIUTUSKAN OLEH ALLAH S.W.T BUKAN UNTUK MEMPERJUANGKAN ATAU MENGANUGERAHKAN HAK KEISTIMEWAAN BAGI SESEORANG ATAU SESUATU BANGSA DAN KAUM..
KERANA AGAMA ISLAM YANG KAMI ANUTI ADALAH RAHMAT BAGI SEKELIAN ALAM TERMASUK BAGI SEKELIAN MANUSIA TANPA MENGIRA BANGSA, KAUM DAN WARNA KULIT..

NABI MUHAMAD SENDIRI TIDAK PERNAH SESEKALI MEMPERJUANGKAN BANGSANYA ( Arab ) MALAH BAGINDA SENDIRI MEMBERI PERINGATAN SERTA AMARAN KERAS TERHADAP MEREKA2 YANG MEMPERJUANGKAN BANGSA ( Semangat Kebangsaan )

"Bukan dari kalangan kita org yg menyeru ke arah assabiyyah ( Kebangsaan ), bukan dari kalangan kita org yg berperang di atas dasar assabiyyah dan bukan dari kalangan kita org yg mati di atas dasar assabiyyah ( Kebangsaan ). "

RASULULLAH TIDAK MENGAKU UMAT KEPADA SESIAPA YANG BERJUANG ATAS DASAR BANGSA.. "

MAAFKAN KAMI KERANA TIDAK BERSAMA2 ANDA SEMUA MEMPERJUANGKAN HAK ISTIMEWA BANGSA MELAYU KERANA KAMI TAKUT DGN AMARAN NABI KAMI.. KERANA BAGI KAMI JIKA KAMI MENENTANG SEGALA PERINTAH NABI KAMI MAKA SECARA TAK LANGSUNG KAMI JUGA MENENTANG PERINTAH TUHAN KAMI.. KAMI BERJUANG KERANA AGAMA KAMI... BUKAN KERANA BANGSA KAMI..

DEMI ALLAH KAMI TIDAK AKAN SEKALI - KALI MENGIKUTI JEJAK LANGKAH KAUM YAHUDI YANG BERJUANG KERANA BANGSA...
OLEH ITU SETIAP DARI KETUA NEGARA YANG KAMI PILIH WAJIBLAH BERAGAMA ISLAM TETAPI TIDAK SEMESTINYA SEBANGSA DENGAN KAMI..
KAMI JUGA AKAN MELANTIK PEMIMPIN DIKALANGAN BUKAN ISLAM BAGI MENJAGA KEPENTINGAN DAN KEMASLAHATAN MASYARAKAT BUKAN ISLAM TETAPI HARUSLAH MENGIKUT SEGALA PERUNTUKAN YANG DIJAMIN OLEH AGAMA KAMI KE ATAS MEREKA SEPERTI YANG TERKANDUNG DI DALAM AL-QURAN DAN HADIS NABI KAMI.. BAGI AGAMA KAMI HAK ISTIMEWA AKAN DIANUGERAHKAN KEPADA SETIAP MANUSIA DAN KAUM ITU BILA MANA MEREKA TUNDUK DAN PATUH KEPADA SEGALA PERINTAH AGAMA ISLAM, BERTAKWA SERTA SANGGUP BERJIHAD DEMI MENDAULATKAN AGAMA ALLAH DI DALAM SEMUA ASPEK KEHIDUPAN DI ATAS MUKA BUMI INI..

JUSTERU ITU KAMI AKAN SENTIASA MEMPERJUANGKAN SERTA MENEGAKKAN AGAMA ALLAH DI ATAS MUKA BUMI INI.. JIKA DITELITI SIRAH BAGINDA RASULULLAH, SEJARAH PERJUANGAN PARA SAHABAT DAN JUGA SEJARAH UMAT ISLAM YANG INGIN MENEGAKKAN AGAMA ALLAH MEREKA AKAN SENTIASA BERHADAPAN DGN SEGALA MACAM JENTERA DAN KEKUATAN MUSUH SAMPAI HARI QIAMAT.. MEREKA2 YG MEMPERJUANGKAN AGAMA ALLAH AKAN SENTIASA DITENTANG DGN BERMACAM-MACAM IDEOLOGI CIPTAAN MANUSIA SERTA DAKYAH2 MUSUH YG DARI KALANGAN ORANG2 MUNAFIK DAN KAFIR.. MALAH NABI MUHAMAD SENDIRI PERNAH BERPESAN DI SUATU MASA NANTI APA BILA TELAH HAMPIR WAKTU DEKATNYA DENGAN QIAMAT MAKA DI KALA ITU UMATKU YG MEMPERJUANGKAN AGAMA ALLAH AKAN DITENTANG HABIS- HABISAN BUKAN SHJ DARI KALANGAN ORANG2 KAFIR MALAH MEREKA JUGA AKAN DITENTANG OLEH ORANG2 ISLAM YG TELAH HILANG RUH ISLAM DI DALAM JIWA MEREKA.

Riwayat Hidup Hang Tuah Yang Sebenarnya....

Hayatilah Riwayat Hidup Tuah Yang Amat Disanjung Oleh Orang-Orang Melayu Dulu Kini Dan Selamanya.

Apakah Hebatnya Pemerintah Melaka Sehingga Tuah Tak Boleh Melanggar Segala Amanatnya ? Apakah Tuah Takut Dgn Daulat Pemerintah ? Adakah Daulat Itu Sama Kuasanya Dgn Mukjizat Seperti Yg Allah Pernah Anugerahkan Kpd Para Rasulnya ? Apa Mulianya Pemerintah Melaka Sehingga Allah Menganugerahkan Kehebatan Daulat Tersebut ?

Selaku Seorang Yg Mengaku Beragama Islam Tuah Sepatutnya Tahu Bhw Manusia Perlu Takut Serta Tunduk Hanyalah Kpd Allah S.W.T Adalah Menjadi Suatu Perbuatan Syirik Yg Besar Lagi Nyata Jika Pelakuan Melutut, Menyembah Serta Meratap Nasib Pd Mana2 Makhluk Allah termasuklah kepada Pemerintah Melaka.

Tuah Seorang Manusia Yang Penuh Dgn Segala Sifat Tercela.. Tidak Mempunyai Adab Serta Budaya Ke Majapahit Membuat Onar Di Taman Larangan Istana .. Mengoda Isteri Taming Sari Dgn Penuh Berahi.. Merampas Keris dari Pahlawan Majapahit Yang Bernama Taming Sari Dgn Segala Tipu Daya.

Gugurnya Taming Sari Di Tangan Tuah Penuh Bermaruah Demi Mempertahan Kesucian Isteri Tercinta.. Memperdaya Serta Melarikan Tun Teja Tunangan Megat Panji Alam Juga Dgn Segala Janji Manis, Tipu Muslihat Jahat Dan Ilmu Guna-Guna Yang Jelas Adalah Suatu Perbuatan Syirik Kepada Allah.. Atas Kehendak Nafsu Serakah Mengadai Tunangan Orang ( Tun Teja ) Kepada Sultan Yang Gila Berjimak demi Pangkat Serta Kuasa..



Demikianlah Sifatnya Si Tuah Yang tidak Pernah Sekali Pun Mengenal Yang Mana Halal Dan Yang Mana Haram. Setelah Tunangannya Dilarikan Si Tuah Sayugia Megat Panji Alam Pun Tampil Menebus Maruah..


Dikesah Sekitar Empat Ribu Orang Pahlawan Sanggup Berasamanya.. Demi Merampas Kembali Tun Teja Serta Menjaga Aib Kerajaan Pahang Yang Sudah tercela.. Setiba Hampirnya Mereka Semua Di Melaka.. Maka Disekat Oleh Jebat Tingkah Serta Pergerakannya.. Dengan Penuh Takzim Jebat Marafak Sembah, Agar Megat Panji Alam Tidak Menyerang Melaka.. Sesama Muslim Diharamkan Bersengketa Adalah Lebih Baik Dihindarkan Segala Bencana.. Melihat keikhlasan Jebat Mempertahankan Ummah.. Nafsu Amarah Megat Panji Alam Kembali Beransur Kebah.. Redha Ia Dengan Ketentuan Allah.. Menitis Air Mata Keinsafan, Menyesal Ia Kerna Menurut Segala Hasutan Syaitan.


Mengapakah watak Megat Panji Alam Dihapuskan Dari Pusaka Bangsa..? - Tentu ada Muslihat Yang harus Kita Rungkai..!!

Tatkala Tuah Difitnah Oleh Segala Pembesar Yang Iri Hati Padanya Kerana Tindak-tanduk Tuah Yang Menjolok Mata Serta Pandai Bermuka-muka Di Hadapan Paduka Raja Guna Untuk Menguasai Seluruh Kekuasaan Melaka, Baginda Sultan Pun Menjatuhkan Hukuman Bunuh Ke Atas Tuah Tanpa Usul Periksa Kononnya Tuah Memanjat gudik Raja.

Sayugia Tampil Jebat Menuntut Bela Demi Menegakkan Keadilan, Tuah Wajib Dibicara Mengikut Perundangan Islam Sesuai Dengan Hukum Kanun Negeri Melaka ( Hukum Syariah ) Ketika Itu.

Maka Gegak Gempita Seluruh Istana Tika Jebat Mengatakan Saksi Yang Melihat Tuah Keluar Dari Kamar Gundik Raja Adalah Saksi-saksi Yang Fasik Dan Tidak mengikut Syarat yang Ditetapkan Oleh Agama.

Sudah Menjadi Resminya Dunia.. Manusia Jahil Menilai Permata.. Jebat Penegak Keadilan Dituduh Durhaka... Si Tuah Tamak Haloba Disanjung Serta Dipuja.. Pemerintah Tertinggi Melaka Arahkan Usaha.. Dicari Pembesar Serata Melaka.. Disuap Dengan Pelbagai harta Supaya Dapat Mengadu Domba..

Keburukan Jebat Harus Diusaha Dengan Alasan Ia Durhaka... Keperibadian Tuah Wajib Dicerna Serta Dicakna Konon Terpuji Sebagai Laksamana. Tidak Ia Durhaka Kepada Raja, Bangsa Serta Agama.. Agar Nanti Rakyat Tidak Bangkit Menuntut Bicara... !!!
Maka Segala Pembesar Yang Arif Lagi Bijaksana Duduk Bermuafakat Mencari Jalan Mereka Cerita.. Dibuat Fitnah Kononnya Jebat Bermukah (Berzina ) Di Dalam Istana Raja.. Dang Baharu Dijadikan Mangsa Sedangkan Dang Baharu Telah Lama Berbadan Dua Sebelum Terjadi Segala Peristiwa Mereka Dinikahkan Oleh Datuk Paduka Disaksikan Tuah Kekanda Tercinta..



Kerana Pangkat dan Harta Tuah Melupakan Segala-galanya Tergamak Ia Membunuh Saudara Sendiri Agar Memperolehi Segala Yang Dihajati..

Di Usia Tuanya, Si Tuah Tetap Juga Haloba mengejar Pangkat Dan Darjat, Walaupun Nyawanya Sudah Teramat Singkat, Dikuatkan Kudrat Menjunjung Segala Amanat.. Nafsu Kebawah Duli Senantiasa Meningkat Dan Tidak Mampu Disekat-sekat, Puteri Gunung Ledang Tuanku Berhajat.. Diperintahkan Tuanku Akan Tuah Bersama Tun Mamat.. Agar Puteri Gunung Ledang Dapat Segera Dipikat, Bagi Melepaskan Segala Dendam Berahi Yang Teramat Sangat..


Di Kaki Gunung Ledang Tuah Kecundang.. Usia Tuanya Menjadi Penghalang.. Tenaga Serta Kudrat Semakin Menghilang.. Tiada Mampu Lagi Ia Menawan Puncak Ledang.. Rasa Sedih Bukan Kepalang Kerana Cita-Citanya Mengejar Apa Yang Dihajat Akan Terhalang.. Perasaan Takut Dan Bimbang Datang Berselang.. Mungkin Tun Mamat Akan Menyilang.. Adakah Tun Mamat Akan Berpeluang Dan Tun Mamat Setelah Pulang Akan Dijulang Kerana Berjaya Pergi Meminang..

Teringat Segala Pesan Hang Jebat Sebelum Ajalnya Menjelang Tiba Ketika Berusaha Membalut Luka " Bangsaku Harus Berani Menegakkan Keadilan. Peristiwa Ini kan Berulang Lagi Di Suatu Masa... Benang Tenunan sejarah Pastikan Terbuka... Janganlah Kita Alpa.. Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah.. Jadikan Perjuanganku Ini suatu Pengajaran Teringat Juga Kata-Kata Hang Tuah.. " Tak kanMelayu Hilang Di Dunia " " Pantang Melayu durhaka Kepada Rajanya ( Pemerintah ) "

" Tak Guna Berpencak Silat Jika Maruah Kita Duduknya Di Bawah Telapak Dan Kerja Kita Hanya Sebagai Penjilat.."

Salahkah Jebat Menuntut Bela ? Salahkah Jebat Menegakkan Hukum ? Yang Mana Lebih Tinggi ? Perundangan Islam ( Allah ) Atau Kuasa Raja ( Manusia ) ? Bukankah Merurut Perundangan Islam Hutang Darah Dibalas Dengan Darah..

Ke Mana Hilangnya Watak Lekir, Likiu Serta Kasturi..?? Tidak Adakah Di Antara Mereka Bertiga Yang Sanggup Membela Kematian Jebat..?? Orang Melayu Ini Mudah Dipikat Dan Dijerat... Dianugerahkan Emas Dan pangkat Maka Berpaling Tadahlah Ketiga2 Hulubalang Keparat... !! Ke Manakah Jua Hilangnya Suara2 Ulama Yang Gah Kononnya Melaka Pusat Perkembangan Islam Di Rantau Sebelah Sini... Sebenarnya Ulama2 Di Waktu Itu Juga Telah Dijamu Dgn Segala Kemewahan Duniawi..

Setelah Kemangkatan Jebat Negeri Melaka Penuh Dgn Segala Kemungkaran..

Para Pembesar Melayu Begitu Rakus Melakukan Segala Rasuah Serta Pecah Amanah.. Kerajaan Melaka Bermewah2 Dan Melakukan Pembaziran, Mengutip Ufti Yang Tak Sudah-Sudah.. Hasil mahsul Negara Berlegar-legar Dikalangan Pembesar dan Pemerintah.. Rakyat Jelata Diumpamakan Sebagai Sampah..

Pemerintah Serta Pembesar Melaka Memuaskan Segala Nafsu Serakah Menindas Serta Memeras Ugut Rakyat Kejadian Penculikan Anak Dara Serta Merampas Isteri Orang Berleluasa Sehinggakan Rakyat Sentiasa Hidup Dalam Ketakutan.. Kerana Tiada Seorang Pun Rakyat Melaka Yang Berani Tampil Menentang Pemerintah.. Namun Nasi Telah Menjadi Bubur.. Jebat Tak Mungkin Bangkit Kembali Dari Kubur..
Barulah Rakyat Sedar Akan Kehilangan Jebat Yang Sanggup Membelakangkan Adat Demi Menegakkan Keadilan Dan Kesejahteraan Ummah..

Sejarah Sentiasa Berulang... !!! Bila Berlakunya Kerosakan Akhlak Serta Kemungkaran Di Peringkat Tertinggi Kerajaan Islam.. Maka Bala Allah Pun Sampai.. Sama seperti Runtuhnya Empayar2 Islam Yang Tedahulu.. Melaka Tewas Ke Tangan Portugis Dengan Penuh Kehinaan Pada 24 august 1511.. Di Kala Pemerintah Dan Pembesar2 Melaka Leka Dalam Segala Kenikmatan Dunia Yang Sementara.. Peristiwa Yang Paling Tragis Dan Menyayat Hati Dalam Sejarah Rantau Asia Tenggara.. Perairan Selat Melaka Umpama Lautan Yang Terbakar.. Serangan Bertalu-talu Dari Meriam Serta Soldadu Portugis Yang Meruntuhkan Keagungan Empayar Islam Melaka Dari Malam Hingga Ke Dinihari Sehingga Tidak Terdengar Laungan Azan Subuh Petanda Islam Dijajah Kuasa Kuffar..

Sebagai Mana Jatuhnya Empayar Abbasyiah Di Sepanyol Dahulu Begitulah Kerajaan Melayu Melaka Tersungkur Menyembah Kaki Portugis Dgn Penuh Kehinaan Kerana Maksiat Dan Kemungkaran Yang Bermaharajalela Di Kalangan Para Pemimpin Lalu Didiamkan Oleh Para Ulama Istana Kerana Takut Kehilangan Pangkat Dan Jawatan Mereka..

Semuanya Ini Angkara Rakyat Yang Sanggup Bersekongkol Dgn Kekejaman Pemerintah Dan Juga Ulama2 Kerajaan yang Menutup Mata Serta Membiarkan Segala kemungkaran Tersebut Berleluasa Kerana Taat Terhadap Pemerintah Bukannya Takut Kepada Allah..

Tentang Ilmu Yang Penuh Di Dada Tuah Tidaklah Aku Arif Tapi Jika Ilmu Agama Yang Tuah Amalkan Sudah Tentu Tuah Tidak Akan Berani Melutut Serta Menyembah Kpd Makhluk Allah Seperti Pemerintah Melaka Kerana Perbuatan Itu Bisa Merosakkan Akidahnya Selaku Umat Islam..

Memang Aku Bernafsu Demi Menegakkan Kebenaran Mcm Jebat Bukannya Bernafsu Duniawi Seperti Tuah Yg Mudah Tersilau Dgn Sirna Kemewahan Harta Dan Pangkat Serta Keselesaan Hidup..

MELAYU HARUS MENUKAR WIRA BANGSANYA... !!! Nampaknya Darah Serta Semangat Melayu Yang " Pantang Dicabar " Itu Cuma Omongan Kosong Penyedap Cerita.. Kerana Masyarakat Kita Telah Tersalah Mengangkat Tokoh Bangsa.. Hang Tuah Yang Taat Membabi Buta, Pendendam, Tamak Haloba, Bernafsu Terhadap pangkat Dan Kemewahan Duniawi, Bersikap Iri Hati, Bacul Serta Berjiwa Hamba Telah Diangkat Sebagai Wira Bangsa..!!! Natijah Yang Harus Kita Terima Sekarang Adalah Anak2 Bangsa Yang Lemah Tidak Bersemangat, Berjiwa Hamba Serta Taat Dan Tunduk Melulu Membabi Buta..

Selagi Tuah Diangkat Sebagai Wira Bangsa Selagi Itulah Bangsa Melayu Akan Menjadi Hamba... Sebagaimana Dayusnya Hang Tuah Begitulah Jugalah Dayusnya Melayu..!! Tidak Berani Menentang Pemerintah Yang Zalim.. Malah Tunduk Menyembah Serta Melutut Terhadap Pemerintah..

* Diharapkan Akan Lahir Cerdik Pandai Melayu Yang Akan Berani Membongkar Kembali Segala Riwayat Dan Kehebatan Megat Panji Alam Serta Ginius Melayu Iaitu Tun Perak Mereka2 Inilah Sepatutnya Dinobatkan Menjadi Wira Bangsa Melayu.. Bukannya Si Tuah Durjana..

50 Tahun yang Cemerlang di bawah kerajaan UMNO

50tahun adalah tempoh masa yang lama. Jika kita menanam benih durian, telah bermusim hasilnya dikecapi, padi pula pasti telah berelung-relung dituai, tetapi mengapakah umat Islam masih belum bangkit? Ke manakah hilangnya kekayaan negara yang melimpah ruah yang Allah anugerahkan? Mengapa masih ada yang menderita kemiskinan? Mengapa masih ada yang rumahnya hanya menunggu roboh tanpa dipedulikan? Mengapa rancangan 'Bersamamu TV3' boleh ada? Mengapa wang berjuta ringgit boleh dilaburkan untuk pesta 'kongsi raya' yang haram itu, walhal pada masa yang sama terdapat rakyat yang tidak cukup makan? Berapa ramai rakyat yang makan makanan tidak berkhasiat walhal dalam masa yang sama para pemimpin menikmati hidangan lazat yang tidak putus-putus? Ke mana hilangnya wang zakat yang berjuta-juta ringgit jumlahnya setiap tahun yang jika betul-betul diagihkan, mustahil akan ada kemiskinan? Umat Islam kini betul-betul terbelenggu... Sebenarnya seribu lagi persoalan boleh dilontarkan untuk menunjukkan 'lingkaran penderitaan' yang dialami oleh umat Islam hari ini. Apakah yang tidak kena? Jika dulu Khalifah Umar Bin Abdul Aziz hanya mengambil masa 3 tahun untuk menghapuskan kemiskinan seluruh wilayah Islam bahkan sehingga ke utara benua Afrika, walhal ketika itu, satu-satunya jalan perhubungan adalah dengan menaiki unta atau kuda, mengapakah umat Islam di Malaysia, sehingga kini masih lagi ada yang miskin? Padahal, teknologi pengangkutan, komunikasi dan sebagainya ketika ini jauh lebih canggih dari zaman Khalifah Umar Abdul Aziz. Jawapannya - kerana hukum Allah tidak diterapkan. Anugerah Allah amatlah luas, namun pengagihannya tidak sebagaimana yang Allah perintahkan. Ideologi kotor Kapitalis yang meresapi kebanyakan para pemimpin dan golongan yang kaya-raya menyebabkan mereka hidup atas dasar manfaat, bukan meraih redha Allah. Mereka dibelenggu dengan pemikiran-pemikiran kufur dalam segala aspek kerana manfaat dunialah yang menjadi agenda perjuangan, bukannya redha Allah dan syurgaNya. Wahai kaum Muslimin! Selagi pemikiran kufur Kapitalis inilah yang mendominasi sistem kehidupan kalian, maka selagi itulah kita akan menyaksikan penderitaan umat Islam tidak akan berakhir. Oleh itu, kalian wajib berjuang untuk membebaskan belenggu kekufuran yang ada dengan menggantikannya dengan satu sistem yang diredhai dan dirahmati Allah. Kalian bertanggungjawab untuk mengubah keadaan ini kepada keadaan yang Allah kehendaki, dan Allah tidak akan mengubah kalian kecuali kalian sendirilah yang berbuat demikian, Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum, sehingga kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka" [TMQ Ar Ra'd (13):11] Siapakah Pejuang Kemerdekaan Sebenar? Setiap tahun pasti ada segmen samada di televisyen atau akhbar-akhbar tempatan yang menampilkan beberapa orang 'pejuang' kemerdekaan untuk tatapan generasi yang lahir sesudah merdeka, agar mengenali dan menginsafi kepayahan mendapatkan sebuah kebebasan. Mereka ditemuramah dan diminta menceritakan kisah perjuangan mereka sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Tidak kurang, sejarah beberapa orang tokoh yang telah kecundang turut dikisahkan. Jika dulu kisah-kisah seperti Leftenan Muda Adnan dan Bukit Kepong sering diketengahkan setiap kali menjelang hari kemerdekaan, kini kehangatannya sudah semakin pudar seiring dengan pudarnya semangat kemerdekaan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia. Mungkin juga kerana rakyat Malaysia khasnya umat Islam mula menyedari bahawa Tanah Melayu sebenarnya memperolehi kemerdekaan tanpa menumpahkan setitis darah pun. Kemerdekaan yang diperolehi sesungguhnya adalah melalui proses 'rundingan' yang dilakukan oleh Perdana Menteri Pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman dengan pemerintah British ketika itu. Sejarah menceritakan kepada kita bagaimana Tunku Abdul Rahman berulang-alik ke kota London untuk 'menagih' sebuah kemerdekaan yang sememangnya telah dirancang oleh British. Setelah British berpuas hati bahawa segala cara hidup, undang-undang dan juga sistem kufur ciptaan mereka akan diteruskan oleh pemimpin-pemimpin Tanah Melayu, maka British dengan senang hati dan bangga 'menghadiahkan' sebuah kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Wahai kaum Muslimin! Kajilah dengan minda yang jernih dan kalian akan menyedari bahawa sebenarnya Leftenan Muda Adnan adalah seorang askar Melayu yang berjuang mempertahankan Bukit Candu dari serangan Jepun pada 13 Februari 1942 di atas tiket tentera British dan bukannya menentang Jepun untuk mendapat kemerdekaan, tetapi untuk mempertahankan British. Begitu juga dengan peristiwa Bukit Kepong yang sebenarnya tidak ada kaitan dengan perjuangan kemerdekaan. Kakitangan polis dibawah naungan British pada waktu itu terpaksa berjuang untuk mempertahankan diri masing-masing di Berek Polis Bukit Kepong yang diserang oleh Komunis yang diketuai oleh Muhammad Indera dengan kekuatan 200 orang anggota. Peristiwa berdarah ini berlaku pada pukul 5.00 pagi tanggal 23 Februari 1950 dan mengakibatkan seramai 50 orang terbunuh. Perjuangan mereka ini pada hakikatnya bukanlah untuk kemerdekaan seperti yang disangkakan ramai. Hakikatnya, perjuangan mereka ini adalah mengatas namakan British dan pemerintahannya di Tanah Melayu. Inilah kejayaan British. Mereka berjaya menanamkan konsep bahawa sesiapa sahaja yang menjadi musuh British, maka ia adalah musuh kita. Kita amat membenci Jepun, begitu juga Komunis, tetapi kita amat sayang kepada British, walhal mereka inilah yang memecahbelahkan kita dan menjadi penjajah yang lebih dahulu dan lebih lama menjajah kita daripada Jepun atau Komunis. Berlaksa-laksa emas kita, timah kita, bijih besi kita dan lain-lain sumber alam kita yang mereka rampas, kemudian kita berterima kasih kepada mereka kerana menganugerahkan kita sebuah 'kemerdekaan'! Tidakkah kita sedar bahawa walaupun penjajahan telah berakhir, namun British masih berjaya meletakkan dirinya sebagai tuan kepada semua negara bekas jajahannya melalui kewujudan negara-negara Commonwealth, yang tak lain tak bukan bertujuan memperingati 'ketuanan' British suatu waktu dulu. Dalam aspek lain, ternyata ketuanan British sampai sekarang masih ada di hati sebahagian dari umat Islam. Rasa bangga apabila dapat belajar di negeri penjajah masih menebal di kalangan masyarakat. Rasa bangga apabila dapat menguasai bahasa penjajah juga masih berlegar dalam masyarakat. Rasa bangga dengan kemerdekaan yang mereka hadiahkan kepada kita masih sampai sekarang dirasai dan dira'i! Inilah kejayaan British. Wahai kaum Muslimin! Rasulullah Sallallahu "alaihi wa Sallam telah berjaya membuka kota Mekah pada tahun ke-8 Hijriyyah. Rasulullah telah mengeluarkan umat manusia dari kegelapan menuju cahaya. Baginda berjaya membebaskan manusia yang ada di Mekah pada waktu itu yang masih terbelenggu dengan sistem Jahiliyyah dan menggantikannya dengan sistem Islam. Rasulullah dan para sahabat seterusnya berjaya melepaskan satu demi satu negara yang dikongkong dengan penyembahan kepada taghut dan memimpin mereka kepada penyembahan kepada Allah. Khalifah Umar Al Khattab radhiAllahu 'anhu telah membuka kota Baitul Muqaddis, kiblat pertama umat Islam yang di dalamnya terdapat Masjid Al-Aqsa yang merupakan masjid ketiga mulianya di sisi Islam. Sultan Muhammad Al Fatih telah membuka Constantinople (Istanbul) dan Allah telah memberi kemuliaan kepada beliau melalui sabda Rasulullah Sallallahu "alaihi wa Sallam, "Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya" [HR Ahmad]. Ramai lagi para para pemimpin Islam yang telah melakukan perkara yang sama, samada di zaman pemerintahan Bani Umayyah, Abbasiyyah mahupun Uthmaniah. Salahuddin Al-Ayubi, seorang tokoh yang sukar dicari ganti yang telah melancarkan banyak jihad untuk membebaskan manusia dari kegelapan dan kezaliman pemerintahan kufur menuju pemerintahan Islam. Pembebasan Baitul Muqaddis merupakan sejarah harum yang telah dilakukan oleh beliau. Panglima Islam, Rabi' bin Amir, di dalam misi jihadnya ke Parsi, dengan tegas dan beraninya menyatakan kepada Rustam, Ketua Panglima perang Parsi, "Sesungguhnya Allah telah mengutus kami untuk mengeluarkan manusia dari penyembahan sesama makhluk kepada penyembahan kepada Allah, dari kezaliman agama-agama yang ada menuju keadilan Islam, dan dari kesempitan dunia kepada keluasan akhirat." Di sepanjang pemerintahan mereka, para Khalifah Islam tak putus-putus melancarkan jihad dan membuka serta membebaskan manusia daripada belenggu sistem hidup kufur kepada sistem hidup Islam. Tokoh-tokoh inilah yang merupakan pejuang kemerdekaan sebenar. Mereka membebaskan negara-negara kerana Allah, mereka memerdekakan negara-negara kerana mengikuti Rasulullah dan mereka berjuang demi meninggikan kalimat Allah, bukan berjuang mempertahankan musuh dan sistem kufur. Mereka ini juga bukan merupakan 'pejuang kebangsaan', tetapi merekalah 'pejuang Islam' yang dirahmati Allah. Tokoh-tokoh inilah yang sepatutnya dibanggakan dan diikuti oleh kita kaum Muslimin. Mereka membebaskan umat manusia dan membawanya menuju kebangkitan dan kemuliaan, hanya dengan Islam. Khatimah Wahai kaum Muslimin! Umat Islam wajib dimerdekakan dari sistem kufur yang membelenggu mereka. Kemerdekaan yang sebenar adalah kembalinya umat Islam ke pangkuan Islam sepenuhnya, keluarnya umat Islam dari mengabdikan diri kepada sistem buatan manusia, kepada sistem ciptaan Tuhan manusia. Keluarnya British dari Tanah Melayu tidak bermaksud yang kita telah merdeka. Secara fizikalnya British memang telah kembali ke negara mereka, tetapi penjajahan yang lebih dahsyat masih lagi berlaku iaitu dari segi pemikiran. Pemikiran umat Islam hari ini masih lagi dijajah. 'Orang' British telah pergi, tetapi 'cara hidup' British masih berjalan dan diamalkan. 'Pemimpin' British telah balik, tetapi pemimpin yang berpemikiran British masih ramai, 'Pemerintah' British telah tiada, tetapi undang-undang British masih kekal hingga sekarang. Inilah hakikat penjajahan yang masih berlaku di Malaysia di mana sistem kufur British masih lagi 'berkuasa penuh'. Walau tiada seorang pun yang berambut perang dan bermata biru di dalam kabinet Malaysia, namun sistem mereka masih tetap 'diwarisi' dan digenggam erat. Wahai kaum Muslimin! Kalian perlu merdeka dari seluruh ikatan-ikatan kufur yang mengikat kalian. Ikatan assabiyyah (perkauman), wathaniyyah (patriotisme) , liberalisme, sekularisme, pluralisme dan bermacam-macam 'isme' lain lagi merupakan ikatan-ikatan kufur yang masih membelenggu kalian. Ikatan-ikatan inilah yang menyebabkan kalian berpecahbelah dan menjadi semakin lemah, dan inilah yang dikehendaki oleh musuh-musuh kalian. Dengan itu, mereka boleh membantai Palestin dengan sesuka hati, menumpahkan darah di Afghanistan semahu mereka, menyiksa kaum Muslimin di Iraq tanpa rasa kemanusiaan dan bermacam-macam lagi penganiayaan ke atas umat Islam. Mereka tahu bahawa umat Islam di seluruh dunia, khasnya para pemimpin, hanya akan menjadi penonton kepada kekejaman mereka. Mereka tahu bahawa pemimpin Indonesia hanya akan berdoa, pemimpin Malaysia hanya akan bersolat hajat, pemimpin Arab hanya akan membisu, pemimpin Pakistan akan bersama mereka, pemimpin Mesir hanya sekadar mengecam dan begitulah seterusnya. Wahai kaum Muslimin! Sanggupkah kalian berpesta menyambut kemerdekaan yang hanyalah merupakan satu pendustaan penjajah sedangkan penderitaan yang menimpa saudara-saudara kalian masih tidak kunjung padam? Sanggupkah kalian bergembira menyaksikan perarakan yang menelan berjuta-juta ringgit wang rakyat sedangkan jumlah rakyat yang masih miskin dan menderita seringkali tidak dihiraukan? Bukankah lebih baik wang tersebut digunakan untuk memelihara rakyat yang menjadi kewajipan ke atas setiap pemimpin? Sanggupkah kalian beristirehat menonton televisyen sempena kemerdekaan sedangkan Allah memerintahkan kalian untuk berda'wah dan berjuang serta berjihad bagi menzahirkan agamaNya di muka bumi? Bukannya jihad ekonomi yang mementingkan keselesaan duniawi. Sanggupkah kalian taat dan tunduk patuh kepada sistem kufur yang ada sekarang kerana telah memberi sedikit kenikmatan dunia kepada kalian sedangkan pada waktu yang sama kalian membelakangi perintah Allah dan RasulNya? Wahai kaum Muslimin! Janganlah kalian hanya ternanti-nanti munculnya para pejuang kemerdekaan Islam yang sebenarnya. Kita wajib berusaha untuk mengembalikan kehidupan Islam (isti'naful hayatul Islamiyyah) dengan jalan menegakkan semula Daulah Khilafah yang akan memerdekakan umat islam di seluruh dunia. Kita dan saudara-saudara kita di seluruh dunia sesungguhnya benar-benar terdesak memerlukan seorang Khalifah yang akan mempersatukan kita semua di bawah Daulah Khilafah Islamiyah yang akan membebaskan Palestin dari cengkaman Israel, yang akan membebaskan Iraq dan Afganistan dari dikuasai Amerika, yang akan membebaskan Pakistan dari si pengkhianat Islam, Pervez Musharraf, yang akan membebaskan Uzbekistan dari pembunuh kejam, Islam Karimov dan yang akan memerdekakan seluruh negeri kaum Muslimin yang lainnya dari cengkaman Barat dan kuncu-kuncunya serta sistem-sistemnya. Wallahu a'lam. Tanggung jawab kita sebagai umat islam sekarang adalah sama sama mengembalikan serta mengangkat parti-parti islam di seluruh dunia agar mampu menguasai serta menerajui tampuk pimpinan di negara masing-masing seperti di Turkey yang mana telah muncul bibit-bibit islam.. Marilah kita bersama-sama memenangkan islam di negara masing-masing agar sistem kekhalifahan dapat diwujudkan di dunia ini demi mendaulatkan agama Allah serta menghapuskan sistem kuffar yang membelenggu umat islam seluruh dunia - Amin..