Aku bukannya mengutuk...
Aku menyintai bangsaku sendiri tapi taklah sampai terlalu taksub macam org2 yahudi yang terlalu assobiah terhadap bangsanya... sampaikan bangsanya tidak boleh diusik dan dipertikaikan oleh mana2 pihak...
Aku cuma mengajak kita berdebat secara sihat secara tertib dan beradab. bermuzakarah demi mencari kebaikan.. dalam suasana ukhwah islamiah...
bukankah Rasulullah pernah bersabda " perbezaan pendapat dikalangan umatku adalah suatu rahmat "Di sini aku memohon dan mengajak saudara2ku semua marilah kita berdebat ( mungkin saudara2 fobia dgn perkataan debat itu ) tak pe lah kita tukar kpd perkataan "berbincang" sesama kita secara tertib dan penuh beradab sesama islam.
Berbalik kpd hujah aku tentang "Anak Gemilang M'sia"Itu cuma Permehatian dan Analisa aku sahaja... setiap Analisa masih boleh dipertikaikan oleh mana2 pihak termasuk jua oleh kalian saudara2 ku yg amat ku kasihi..
aku juga amat menghormati setiap pandangan kalian.dan aku juga amat berharap jikalau sekiranya analisa aku tadi salah maka sudilah kiranya saudara2ku menegur dan memperbaikinya... insyaallah... dan jika analisa aku itu benar maka aku harap saudara2ku sudilah mengakuinya walaupun pahit... .
Seperti kata cedik pandai " setiap yg pahit itu adalah obat dan setiap yg manis itu belum tentu boleh dijadikan penawar "Aku amat berharap ada dikalangan saudara2ku yg dikasihi sudi mencabar dgn ikhlas semua kenyataan yg telah aku berikan terhadap para pemimpin kita tadi..Aku juga jadi tempat luahan kemarahan kalian kononnya aku mengukit2 org yg sudah meninggal dunia... .
Kalau begitu bagaimana dgn para ulamak al azhar termasuk Yusuff Qardhawi yang kerap kali mengutuk dan menghina pemimpin besar Turkey - Mustafa Kamal At-Tarturk di dalam dewan kuliah mahu pun di dalam sesi ceramah agama mereka.
Mustafa Kamal juga telah lama meninggal dunia... !!!Adakah semua ulamak Al-azhar itu " kurang ajar " kerana mengukit2 Mustafa Kamal At-tarturk yang telah lama meninggalkan dunia yang fana ini..??oh, ya! aku terlupa bahawa Mustafa Kamal At-Tarturk itu bukan org melayu rupanya... maaf ya sbb aku terlupa.. sbb bagi sesetengah dari pada kita kalau nak ungkit bangsa lain tak pe tapi jangan ungkit atau hina pemimpin melayu.. sensitif tu..!!!
Yusuff Qardhawi selalu berkata di dalam kuliahnya "Walau sehebat mana seorang islam itu menjadi pemerintah dan memajukan negaranya ia tetap akan dipandang hina oleh sekelian makhluk di muka bumi ini selagi ia tidak tunduk kpd kalamullah ( Al-quran ) dan berhukum dgn hukum Allah dan janganlah kita semua bertuhankan dgn perlembagaan org2 kafir"Mustafa kamal At-Tarturk adalah manusia yg hebat dalam membangunkan negara Turkey... tetapi ia dihina dimuka bumi ni lagi walaupun setelah kematian beliau hanya kerna beliau tidak mahu tunduk dgn hukum Allah dgn mangambil hukum dan perlembangan yg mirip perlembagaan golongan kafir.Pesoalannya wahai jiwa dari rumpun melayu, Adakah perlembagaan negara kita yg ditulis oleh Load Reid itu lebih hebat dan lebih mulia dari Al-Quran..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan