Selasa, 16 Disember 2008

Nota Ucapan Perbahasan Dato` Seri Anwar Ibrahim-Rang Undang2 SPRM

NOTA PEMBUKAAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG SURUHANJAYA ANTI RASUAH:

Saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang DiPertua kerana memberi kesempatan untuk bersama-sama membahaskan rang undang-undang yang berhasrat untuk menubuhkan sebuah Suruhanjaya Anti Rasuah.

Tuan Yang DiPertua:

1. Rasuah merupakan jenayah yang paling merbahaya kepada masyarakat dan negara ini. Ianya umpama wabak yang menghancur luluhkan negara dan harapan rakyat keseluruhannya.

2. Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘la’anallahur rasyi walmurtasyi warraisy’,Allah melaknat yang menerima rasuah, yang memberi rasuah dan yang menjadi perantara rasuah.

3. 28 hb Julai 1997 saya selaku Timbalan Perdana Menteri, ketika bacaan kedua bagi Akta Pencegahan Rasuah 1997 di antara lainnya menyebut, “Gerakan membanteras rasuah di Malaysia harus dilihat secara positif. Ia bukan agenda politik tetapi ia adalah agenda pembangunan bangsa kerana rasuah merupakan kuman yang boleh merosakkan pemerintahan dan negara. Kita tahu dari Sejarah Melayu bagaimana rasuah menyebabkan kejatuhan kesultanan Melaka. Rasuah boleh jadi penghalang kemajuan ekonomi dan masyarakat. Ia menggaris keyakinan terhadap jentera pentadbiran pemerintah dan institusi awam yang menjadi penghalang kepada usaha untuk meningkatkan mutu pentadbiran dan keberkesanan kerajaan. Dari segi ekonomi, rasuah meningkatkan kos, mengherotkan urutan keutamaan dan menyebabkan pengagihan sumber yang salah.”

4. Malah saya sebelum ini berulang kali menegaskan negara ini dalam tempoh 20 tahun sudah kehangusan RM 300 billion. Laporan Morgan Stanley menyebut setiap tahun negara ini ketirisan sejumlah RM 10 billion antaranya disebabkan rasuah bermaharajalela.

5. Rakyat yang terpaksa menanggung beban dan derita. Kekayaan khazanah negara hanya dikongsi segelintir. Yang kaya bertambah kaya, yang miskin papa kedana.

6. Berpuluh-puluh tahun kita berbicara untuk memerangi rasuah. Untuk membongkar sehingga ke akar-akarnya; biar ia tidak berjangkit menjadi kudis kepada negara ini.
Kuasa Peguam Negara terlalu besar sepertimana yang dinyatakan oleh Peguam veteran Raja Aziz Addruse.
• “It is imperative that the Attorney General’s wide powers be subject to close scrutiny and not be permitted to be exercised arbitrarily. If the government is truly serious in wanting to improve and restore public confidence in the administration of justice in this country, it must be prepared to review the presently unfettered powers of the Attorney-General. There is currently no formal mechanism requiring the Attorney-General to account for his conduct in relation to prosecutions of criminal proceedings. In spite of the wide powers he wields, he has no duty to report to the prime minister, cabinet or Parliament. There has been no call for him to account for the failure of a number of high-profile prosecutions, which commenced with much fanfare but ended up being a waste of funds.”
Adakah peruntukkan untuk melindung pengadu dan saksi-saksi mencukupi dalam Rang Undang-undang ini termasuk juga gantirugi sekiranya mereka teraniaya seperti pembuangan kerja, kehilangan peluang perniagaan dan sebagainya.

7. Adakah kepimpinan dan kakitangan BPR sekarang dapat memenuhi cabaran baru dan harapan rakyat sekarang? Adakah mereka bersedia menjalankan tugas baru? Adakah mereka benar-benar terlatih bukan sahaja dari segi perundangan dan operasi tetapi juga minda dan nilai baru? Lihat saja apa yang terjadi sekarang. Pelbagai laporan dan kes tidak terselesai. Sekiranya orang yang sama mendokongi SPRM maka ia tidak akan kemana (Call a rose by any other name, it still smells the same)

8. Kenapa BPR berkesan, ditakuti dan digeruni pada awal penubuhannya walaupun mempunyai kakitangan yang kecil jumlahnya? Ini kerana integriti pemimpinan BPR waktu itu dibawah Tun Dr Ismail dan di ketuai oleh bekas Ketua Hakim Allahyarham Tan Sri Harun Hashim sebagai Ketua Pengarah. Jadi pemilihan ketua dan kakitangan SPRM terdiri dari kalangan mereka yang benar-benar caliber dan berintegriti.

9. Usaha memerangi rasuah tidak akan tercapai dengan hanya menumpu kepada hukuman keatas perasuah melalui undang-undang kerana rasuah sudah menular kedalam semua sector baik kerajaan, swasta maupun parti-parti politik terutamanya UMNO. Perubahan secara menyeluruh perlu dilaksanakan.

10. Setelah SPRM selesai menyiasat sesuatu kes tidak tentu lagi hukuman atau undang-undang terlaksana sekiranya institusi lain (Peguam Negara dan Kehakiman) tidak mendukung undang-undang dan keadilan. Lihat sahaja kes Video Lingam, apa tindakan diambil walaupun Suruhanjaya Siasatan kes ini mendapati kebenaran Video tersebut. Saya harap dalam Rang Undang-undang Perlantikan Ketua Hakim yang akan dibentangkan nanti kepincangan sebegini dapat diatasi.

11. Kerajaan perlu merobah system pengiriman atau “Delivery System” pada semua peringkat jabatan kerajaan terutamanya yang berhubungan dengan sektor swasta dan orang awam. Siapa mahu merasuah sekiranya tidak ada kelewatan atau halangan dalam urusan mendapat kelulusan perniagaan mereka. PEMUDAH sedikit sebanyak menunjukkan keberkesanannya dan perlu dilaksana pada peringkat Negeri dan daerah.

12. Perlu ada kayu ukur untuk menentukan samaada pelaksanaan rang undang-undang ini berkesan atau tidak dalam membenteras rasuah. Pada 2005 Malaysia menduduki tempat ke 39 dalam senarai ranking International Transparency dan jatuh ke tangga 44 pada 2006 dan naik sedikit pada tahun 2007 ke tangga 43 dengan mencatat persepsi index 5.1 tetapi merudum semula ketangga 47 pada 2008. Kerajaan perlu meletak sasaran untuk menduduki pada tangga bawah pada 30 dengan persepsi index 6.5 keatas dalam masa 2-5 tahun. Dalam masa 10 tahun Negara mesti mencapai sasaran persepsi index 8.5 dengan menduduki ranking 20 kebawah. Ini dapat dicapai melihat kepada kejayaan Hong Kong mencapai persepsi index 8.5 dan menduduki pada tangga ke 15.

Tiada ulasan: