Isnin, 22 Disember 2008

Bila Ahli Agama Dan Artis Mulai Mengkritik Dasar Kerajaan..!!



Lirik dibawah ini adalah hasil nukilan dan tulisan mufti Perlis..


Inilah luahan perasaan golongan2 yg mempunyai ilmu agama terhadap kerosakan serta kebobrokkan sistem pemerintahan kerajaan Malaysia yg dipimpin oleh mereka-mereka yg kononnya mengaku memperjuangkan Islam dan beriman kepada Allah..




Manakala Video Klip di di bawah pula adalah rakam lagu yg telah dibuat oleh sebuah kumpulan yg cukup terkenal Di Negara kita..

Setelah mendengar suara nyanyian mereka saya pasti saudara dan saudari tahu kumpulan mana satu yg dimaksudkan..

Harap tehibur dgn persembahan mereka serta mendapat iktibar dan pengajaran darinya

Jumaat, 19 Disember 2008

Benarkah Lim Guan Eng Beretorik Tentang Pembanguan Islam Dan Ummah Di P. Pinang Seperti Tuduhan UMNO Sebelum Ini

Sekolah pondok berkonsep Ala Chelet akan dibangunkan di Juru P. Pinang..

BUKIT MERTAJAM, 15 Dis (Bernama) - Kampung Sekolah, Juru di Seberang Perai Tengah (SPT) bakal dibangunkan sebuah institusi pondok tradisonal bercirikan chalet di kawasan berbukit mulai tahun depan oleh sebuah pertubuhan yang dikenali dengan Pertubuhan Pondok Turath Islam Pulau Pinang.

Menurut Pengerusi pertubuhan tersebut, Ustaz Ahmad Tajudin Abu Bakar, tujuan utama penubuhan pondok berkenaan ialah mahu memastikan institusi pondok lama tidak hilang ditelan zaman dan ia disokong sepnuhnya oleh ketua menteri P.Pinang Saudara Lim Guan Eng.

Menurut Ustaz Ahmad lagi, Lim Guan Eng Juga mahu memperbanyakkan lagi sekolah2 podok di seluruh P.Pinang bagi melahirkan generasi melayu muslim yang mampu menghadapi segala cabaran dunia masa kini..

"Pemilihan Kampung Sekolah, Juru sebagai sebuah pusat pengajian pondok tradisional berkonsep chalet kerana tanah seluas dua ekar telah diwakafkan oleh aktivis masyarakat, Haji Abdul Razak Saad yang turut mahukan institusi ini tumbuh subur selari dengan kebangkitan Islam sekarang," ujarnya

Kata beliau lagi, walaupun terdapat ketinggian namun tidak merbahaya kerana ia tidak terletak di kawasan cerun yang boleh mengundang keruntuhan bukit seperti yang berlaku di Bukit Antarabangsa yang mengorbankan empat nyawa dan memusnahkan 14 buah rumah mewah.
Ia agak tinggi dari paras jalan raya dan mempunyai pemandangan yang cantik, tambahan lagi bukit dulunya tinggi kini telah diratakan bagi pembinaan 60 buah pondok untuk pelajar seramai 120 orang, katanya. Katanya, pondok yang bakal dibina nanti mempunyai keluasan 10 x 12 kaki persegi boleh menempatkan dua orang dalam satu rumah.

Di situ juga sebuah surau akan dibina melibatkan RM950 ribu termasuk infrastruktur asal, tenaga pengajar dan sebagainya, jelasnya. "Buat pertama kali kita akan menerima pelajar seramai 120 orang tidak termasuk golongan veteran yang berminat kerana pengajian bercorak umum akan dibangunkan selepas fasa pertama siap," terangnya yang juga pengerusi pondok yang akan dikenali dengan Al-Majma' Attutath Al-Islami Al-Malizi.

Menurut Ustaz Tajudin lagi, pemilihan lokasi itu juga kebetulan Kampung Sekolah telah berjaya menubuhkan Pusat Pendidikan Islam (Pasti) dan menjadi pusat gerakan aktiviti masyarakat tanpa melibatkan percaturan politik mana-mana pihak. Faktor itu sambungnya, membuatkan pertubuhan yang bakal diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan penghujung bulan ini menumpukan sepenuh kerja-kerja pembinaan yang akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dijangkakan pada bulan Februari 2009. "Ibu bapa yang berminat menghantar anak-anak mereka bagi meneruskan pengajian pondok bercorak tradisional boleh mendaftarkan diri pada tarikh yang ditetapkan kelak.

Buat masa ini kami lebih menumpukan pencarian dana dan pembangunan untuk institusi yang mendapat pengiftirafan Pejabat Agama Islam Pulau Pinang," jelasnya. Pengajian di sini katanya, lebih tertumpu pada pengajian bukan setakat penghafalan al-Quran malahan memahami kaedah Bahasa Arab secara mendalam berbanding Pusat Tahfiz yang ada. Selain itu ia juga ia dapat menjamin pengajian secara nahu Bahasa Arab, Mantik, Balahaq, Bayan dan sebagainya bagi memudahkan pelajar yang ingin melanjutkan pengajian mereka ke Timur Tengah, katanya. "Selepas itu baru ilmu Tafsir dan Hadith akan menyusul.

Lim Guan Eng juga menubuhkan jawatan kuasa bagi majlis tahfiz Quran P. Pinang agar generasi akan dtg terus dipimpin oleh ulama`. hasrat Guan Eng setiap keluarga muslim ada seorg tahfiz Quran. semua pelajar tahfiz diberi alaun sama spt pelajar di institusi kemahiran yg lain. tenaga kerja KAFA dinaikan elaun mereka. Guan eng lancarkan sekolah Pondok di juru Bkt mertajam berkonsep Ala Chelet. target beliau akan wujud 24 buah sekolah pondok di seluruh P. Pinang.

Ada penduduk melayu yg kata sukar nak wujudkan seorang tahfiz bg sebuah keluarga guan eng mengingatkan mereka " sentiasalah berdoa pd tuhan kalau niat kita baik maka tuhan akan tunaikan. janji kita percaya pada kuasa tuhan.. Ada manusia yg konon2nya beragama islam & percaya pd tuhan tapi dlm masa yg sama mkn rasuah, meluluskan lesen judi & menganjurkan pesta2 yg melalaikan. kalau dlm islam mereka2 yg lidah bercabang mcm ni dpanggil golongan Munafik & mereka wajib dtentang" - ujar Guan eng lagi..

" Bila saya bangunkan Melayu saya cuma akan kelihatan membantu masyarakat melayu sahaja tetapi bila saya bangunkan Agama Islam secara tak langsung saya bangunkan Ummah dan seluruh Masyarakat P. Pinang yg berbilang bangsa dan agama termasuklah bangsa melayu itu sendiri..
Nabi muhamad bukannya membangunkan bangsa arab tetapi nabi muhamad membangunkan islam dan ummah maka hasilnya dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama" - ujar Guan Eng.

Guan eng mendedahkan bhw UMNO yg luluskan kesemua lesen2 kelab malam, perjudian & arak kpd tokeh2 Cina S`pura yg berkongsi dgn Cina Parti Gerakan.. & UMNO tak pernah menafi dan mempertikaikan semua pendedahan tersebut ... sbb takut kecoh satu Malaya kot..!!

sedarlah wahai ahli dan penyokong UMNO..!!

Anjing dan Babi DAP ini lah yang memberi kesempatan kepada Pak Imam masjid dan Para Ulama` memberi ceramah kepada masyarakat cina P.Pinang tentang kesyumulan sistem pemerintahan Islam di dewan Sri Pinang..

Anjing dan Babi inilah yg mengiktiraf Pak Imam surau sebagai pendidik masyarakat dan menaikkan elaun mereka setaraf dgn gaji guru2 sekolah..

Anjing Dan Babi inilah yang dahulunya bermati-matian mempertahan seorang gadis melayu yang maruahnya dilacurkan oleh pemimpin UMNO – Rahim Thambi Chik ( KM Melaka ) beliau lebih rela masukkan ke dalam ISA semata-mata demi perjuangannya mempertahan maruah gadis melayu tersebut – memang melayu UMNO mudah lupa dan Haprak..??

Harap UMNO dapat senaraikan sekolah2 pondok yang telah mereka bangunkan di P. Pinang sebelum mempertikaikan hasil Usaha Lim Guan Eng terhadap pembangunan islam di P.Pinang

Selasa, 16 Disember 2008

Nota Ucapan Perbahasan Dato` Seri Anwar Ibrahim-Rang Undang2 SPRM

NOTA PEMBUKAAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG SURUHANJAYA ANTI RASUAH:

Saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang DiPertua kerana memberi kesempatan untuk bersama-sama membahaskan rang undang-undang yang berhasrat untuk menubuhkan sebuah Suruhanjaya Anti Rasuah.

Tuan Yang DiPertua:

1. Rasuah merupakan jenayah yang paling merbahaya kepada masyarakat dan negara ini. Ianya umpama wabak yang menghancur luluhkan negara dan harapan rakyat keseluruhannya.

2. Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘la’anallahur rasyi walmurtasyi warraisy’,Allah melaknat yang menerima rasuah, yang memberi rasuah dan yang menjadi perantara rasuah.

3. 28 hb Julai 1997 saya selaku Timbalan Perdana Menteri, ketika bacaan kedua bagi Akta Pencegahan Rasuah 1997 di antara lainnya menyebut, “Gerakan membanteras rasuah di Malaysia harus dilihat secara positif. Ia bukan agenda politik tetapi ia adalah agenda pembangunan bangsa kerana rasuah merupakan kuman yang boleh merosakkan pemerintahan dan negara. Kita tahu dari Sejarah Melayu bagaimana rasuah menyebabkan kejatuhan kesultanan Melaka. Rasuah boleh jadi penghalang kemajuan ekonomi dan masyarakat. Ia menggaris keyakinan terhadap jentera pentadbiran pemerintah dan institusi awam yang menjadi penghalang kepada usaha untuk meningkatkan mutu pentadbiran dan keberkesanan kerajaan. Dari segi ekonomi, rasuah meningkatkan kos, mengherotkan urutan keutamaan dan menyebabkan pengagihan sumber yang salah.”

4. Malah saya sebelum ini berulang kali menegaskan negara ini dalam tempoh 20 tahun sudah kehangusan RM 300 billion. Laporan Morgan Stanley menyebut setiap tahun negara ini ketirisan sejumlah RM 10 billion antaranya disebabkan rasuah bermaharajalela.

5. Rakyat yang terpaksa menanggung beban dan derita. Kekayaan khazanah negara hanya dikongsi segelintir. Yang kaya bertambah kaya, yang miskin papa kedana.

6. Berpuluh-puluh tahun kita berbicara untuk memerangi rasuah. Untuk membongkar sehingga ke akar-akarnya; biar ia tidak berjangkit menjadi kudis kepada negara ini.
Kuasa Peguam Negara terlalu besar sepertimana yang dinyatakan oleh Peguam veteran Raja Aziz Addruse.
• “It is imperative that the Attorney General’s wide powers be subject to close scrutiny and not be permitted to be exercised arbitrarily. If the government is truly serious in wanting to improve and restore public confidence in the administration of justice in this country, it must be prepared to review the presently unfettered powers of the Attorney-General. There is currently no formal mechanism requiring the Attorney-General to account for his conduct in relation to prosecutions of criminal proceedings. In spite of the wide powers he wields, he has no duty to report to the prime minister, cabinet or Parliament. There has been no call for him to account for the failure of a number of high-profile prosecutions, which commenced with much fanfare but ended up being a waste of funds.”
Adakah peruntukkan untuk melindung pengadu dan saksi-saksi mencukupi dalam Rang Undang-undang ini termasuk juga gantirugi sekiranya mereka teraniaya seperti pembuangan kerja, kehilangan peluang perniagaan dan sebagainya.

7. Adakah kepimpinan dan kakitangan BPR sekarang dapat memenuhi cabaran baru dan harapan rakyat sekarang? Adakah mereka bersedia menjalankan tugas baru? Adakah mereka benar-benar terlatih bukan sahaja dari segi perundangan dan operasi tetapi juga minda dan nilai baru? Lihat saja apa yang terjadi sekarang. Pelbagai laporan dan kes tidak terselesai. Sekiranya orang yang sama mendokongi SPRM maka ia tidak akan kemana (Call a rose by any other name, it still smells the same)

8. Kenapa BPR berkesan, ditakuti dan digeruni pada awal penubuhannya walaupun mempunyai kakitangan yang kecil jumlahnya? Ini kerana integriti pemimpinan BPR waktu itu dibawah Tun Dr Ismail dan di ketuai oleh bekas Ketua Hakim Allahyarham Tan Sri Harun Hashim sebagai Ketua Pengarah. Jadi pemilihan ketua dan kakitangan SPRM terdiri dari kalangan mereka yang benar-benar caliber dan berintegriti.

9. Usaha memerangi rasuah tidak akan tercapai dengan hanya menumpu kepada hukuman keatas perasuah melalui undang-undang kerana rasuah sudah menular kedalam semua sector baik kerajaan, swasta maupun parti-parti politik terutamanya UMNO. Perubahan secara menyeluruh perlu dilaksanakan.

10. Setelah SPRM selesai menyiasat sesuatu kes tidak tentu lagi hukuman atau undang-undang terlaksana sekiranya institusi lain (Peguam Negara dan Kehakiman) tidak mendukung undang-undang dan keadilan. Lihat sahaja kes Video Lingam, apa tindakan diambil walaupun Suruhanjaya Siasatan kes ini mendapati kebenaran Video tersebut. Saya harap dalam Rang Undang-undang Perlantikan Ketua Hakim yang akan dibentangkan nanti kepincangan sebegini dapat diatasi.

11. Kerajaan perlu merobah system pengiriman atau “Delivery System” pada semua peringkat jabatan kerajaan terutamanya yang berhubungan dengan sektor swasta dan orang awam. Siapa mahu merasuah sekiranya tidak ada kelewatan atau halangan dalam urusan mendapat kelulusan perniagaan mereka. PEMUDAH sedikit sebanyak menunjukkan keberkesanannya dan perlu dilaksana pada peringkat Negeri dan daerah.

12. Perlu ada kayu ukur untuk menentukan samaada pelaksanaan rang undang-undang ini berkesan atau tidak dalam membenteras rasuah. Pada 2005 Malaysia menduduki tempat ke 39 dalam senarai ranking International Transparency dan jatuh ke tangga 44 pada 2006 dan naik sedikit pada tahun 2007 ke tangga 43 dengan mencatat persepsi index 5.1 tetapi merudum semula ketangga 47 pada 2008. Kerajaan perlu meletak sasaran untuk menduduki pada tangga bawah pada 30 dengan persepsi index 6.5 keatas dalam masa 2-5 tahun. Dalam masa 10 tahun Negara mesti mencapai sasaran persepsi index 8.5 dengan menduduki ranking 20 kebawah. Ini dapat dicapai melihat kepada kejayaan Hong Kong mencapai persepsi index 8.5 dan menduduki pada tangga ke 15.

Sabtu, 13 Disember 2008

Orang Melayu Miskin, Ketinggalan Dan Lemah Daya Pemikiran Kerana Siapa..??

BRITISH tidak meruntuhkan orang Melayu dengan menjatuhkan Raja-rajanya, tetapi dengan melahirkan pemimpin-pemimpin Melayu yang rakus dan tidak mempunyai jati diri. Maka, selepas Perang Dunia Kedua, lahirlah sekumpulan aristokrat Melayu berpendidikan dan diasuh sebaik mungkin oleh Orientalis-orientalis Barat untuk diserahkan kemerdekaan Tanah Melayu kepada mereka.

Selepas 50 tahun mereka mengambil alih kuasa daripada penjajah, orang Melayu menerima nasib seperti orang India. Yang berbeza hanya orang India dilumpuhkan oleh penjajah, tetapi orang Melayu dibangsatkan oleh anak bangsa sendiri yang menjadi alat kepada penjajah.
Dan memang tidak menghairankan apabila Jabatan Perangkaan Malaysia mendapati 301,000 keluarga orang Melayu berada pada paras pendapatan kurang daripada RM1,000. Jika satu keluarga mempunyai purata lima orang ahli, maka lebih 1.5 juta orang Melayu menghadapi masalah ini.

Bukankah selepas 13 Mei 1969, telah dibentuk Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk membela kaum Bumiputera, tetapi mengapa ia gagal. Orang Melayu terus mengungguli carta kemiskinan, di samping carta masalah sosial juga. Apakah kita tidak sedar selama ini orang Melayu sendiri yang menguasai politik negara dan mereka mempunyai bidang kuasa untuk membela kepentingan orang Melayu?

Nah! Sekarang orang Melayu sesudah 50 tahun di bawah ketiak Umno mereka terus merempat. Yang membesarkan tembolok hanyalah pemimpin Umno dan anak menantu mereka. Orang Melayu yang lain tidak memperoleh apa-apa. Di kalangan pemimpin Umno sendiri mereka lebih ghairah untuk bercakap soal mahu lawan atau tarik diri dalam pemilihan parti, daripada bercakap soal nasib bangsa dan negara. Tidak adapun sungutan yang benar-benar serius terhadap kedudukan orang Melayu sekarang.

Umno lebih berminat untuk mengagihkan kekayaan negara kepada kroni-kroni mereka, tetapi tidak mahu langsung membantu orang-orang Melayu yang miskin. Kalau nampak seperti hendak ditolong pun, ialah kononnya membela orang yang terbiar di negeri yang dikuasai pembangkang.

Sudah berapa banyak projek-projek raksasa diwujudkan untuk kroni, tetapi tidak memberikan manfaat kepada orang Melayu.
Dalam dunia pendidikan yang dianggap jambatan untuk memisahkan orang Melayu daripada kemiskinan, bukan sahaja bahasa Melayu terpinggir, sekolah-sekolah agama milik orang Melayu juga turut menjadi mangsa. Di universiti-universiti awam, sektor-sektor pendidikan yang strategik di fakulti perubatan, undang-undang, perakaunan, ekonomi, kejuruteraan, teknologi maklumat, perniagaan dan seumpamanya, jumlah pelajar Melayu amat sedikit berbanding bangsa lain. Orang Melayu lebih banyak ditempatkan di fakulti sastera, pengajian Islam, sains sosial dan sebagainya yang dilihat kurang nilai komersialnya.

Maka orang Melayu sukar untuk melepaskan diri daripada belenggu kemiskinan ini. Di IPTS seperti MMU yang banyak melahirkan tenaga profesional yang laku di pasaran pekerjaan, hanya 20 peratus sahaja tenaga akademiknya orang Melayu, manakala pelajarnya yang berbangsa Melayu pula hanya sekitar 25 peratus.

Amat jelas sekali bahawa Umno tidak mempunyai komitmen dan tidak serius langsung dalam mengangkat martabat orang Melayu, melainkan retorik kosong sahaja. Orang Melayu jangan terkeliru dengan isu-isu perkauman seperti isu Pengurus Besar PKNS, isu sewa Flat PKNS, isu ladang babi moden atau isu orang bukan Melayu di UiTM, kerana ialah adalah isu kulit sahaja. Yang lebih besar ialah apakah pembelaan kerajaan Umno terhadap orang Melayu atau Bumiputera.

Selama ini, Umno hanya membantu menambahkan kekayaan pemimpin mereka, sehingga ada yang membina banglo lebih besar daripada istana. Mereka bercakap seolah-olah Pakatan Rakyat lebih mengutamakan orang bukan Melayu, tetapi Umno yang mempunyai kuasa yang lebih besar, langsung tidak mempedulikan orang Melayu.

Dalam keadaan seperti ini, dengan kegawatan ekonomi global, maka orang Melayu akan terus tersingkir daripada arus perdana. Orang Melayu paling miskin, paling ramai penagih dadah, paling ramai bermasalah sosial, paling tercorot dalam pendidikan dan sebagainya. Bahkan, kuasa politik orang Melayupun turut terjejas kerana permainan politik Umno.

Jika dalam tempoh 50 tahun sahaja, nasib orang Melayu sudah tidak menentu, bagaimana agaknya orang Melayu 50 tahun akan datang jika Umno terus diberikan kepercayaan. Orang Melayu mesti sedar hakikat ini dan data-data Jabatan Perangkaan itu hanyalah sebahagian kecil sahaja daripada ratusan masalah lain yang dihadapi sekarang.

Justeru itu kita seharusnya sedar mengapa orang-orang melayu islam gagal bangkit baik dari segi ekonomi dan juga pendidikan, baik di Malaysia, Indonesia dan juga filiphina. ianya adalah kerana segala perancangan awal yang dibuat oleh penjajah2 barat yang memusuhi islam, Sememangnya pihak2 kuffar ini tidak akan senang dan duduk diam jika pemerintahan sesebuah negara yang didominan oleh orang2 islam yang berpendidikan serta menguasai ekonomi, maka mereka telah merancang dgn rapi sekali agar negara-negara umat islam yang akan mereka merdekakan itu akan terus dikuasai dan pemimpin yang bukan sahaja menindas umat islam malah akan terus menjahanamkan bangsa dan umat islam itu sendiri..

Ayuh orang Melayu, membebaskan diri dari Umno, rapatkan jemaah untuk terus berjuang demi agama mu!

Rabu, 10 Disember 2008

Anwar Ibrahim Memang Bengong...!!!

Memang aku kata Anwar Ibrahim bengong sebab masuk UMNO dulu..
Aku sentiasa terbuka serta berlapang dada..
Ko tanya semua pemimpin2 dan penyokong PAS memang semuanya mengakui Anwar Ibrahim bengong sebab masuk Parti UMNO yang penuh dgn segala maksiat dan kemungkaran..

Suatu masa dahulu Anwar Ibrahim adalah Presiden ABIM dan
Ustad Fadhil Noor ( Persiden PAS yang lalu ) Sebagai timbalan Presiden ABIM..

Perjuangan Anwar dalam ABIM adalah utk memartabatkan belia islam di peringkat antarabangsa sebab tu anwar terkenal di seluruh dunia arab dan dunia islam lainnya kerana kelantangan suara beliau memperjuangkan islam sehingga beliau menjadi perhatian bukan sahaja oleh ulama` islam dan pemikir2 islam tetapi oleh Raja2 Arab dan juga pemimpin2 tertinggi negara islam seluruh dunia..- fakta ni korang tak akan dapat dari media kerajaan sebab media kerajaan hanya tertumpu kpd cerita karut- marut je..

Maka Mahathir yg nampak potensi Anwar Ibrahim juga terpesona dgn anak muda tersebut kerana setiap kali mahathir berhubungan dgn dunia islam rata2 pemimpin2 serta wakil2 kerajaan islam tersebut bertanyakan tentang anak muda dr malaysia yg bernama anwar Ibrahim..- aku bukan nak puji tapi ini fakta, berdosa besar jika aku mereka2 cerita..

Disebabkan pengaruh Anwar begitu besar dlm dunia islam ketika itu maka mahathir pun memperlawa anwar ibrahim masuk UMNO, tujuan mahathir adalah untuk mengekang serangan2 PAS terhadap dasar2 parti Assobiyah tersebut..

Peristiwa Anwar masuk UMNO menjadi hangat serta buah mulut org ramai ketika itu, sehinggakan Org ramai mengelar singkatan ABIM sebagai Anwar Bodoh Ikut Mahathir.. fakta sebenar generasi skrg ni tak tahu apa2 pun..

Anwar membuat sidang media tergempar berkenan isu tersebut dan beliau menyatakan bahawa beliau tetap utuh dgn perjuangan islam tidak ada bezanya jiwa dan hatinya di dalam ABIM mahu pun di dalam UMNO dan beliau berjanji kpd seluruh umat islam dan kepimpinan islam di malaysia bahawa beliau akan membersihkan UMNO dari dalam..

Mahathir suka sgt..
buatlah janji2 apa sekali pon bila dah duduk dalam UMNO mahathir yg control..

Disebabkan Kehebatan Kepimpinan serta Karisma Anwar maka beliau telah melonjak dengan begitu pantas sekali dalam dunia politik sehinggakan dunia terpesona dan berpaling ke arahnya, ini membuatkan ramai dari kalangan pemimpin UMNO rasa tercabar dan terpinggir.

Akhir sekali apabila Anwar mengancam kedudukan Mahathir yang korap itu maka beliau ditendang dgn cara yg paling hina.. Pemecatan dan penghinaan terhadap Anwar Ibrahim disambut dengan penuh kegembiraan disebelah pihak musuhnya dalam UMNO yg selama ini sememangnya dengki dan takut dengan dasar2 islam beliau.

Kesilapan besar Anwar adalah kerana beliau terlalu yakin bahawa dalam UMNO pejuangan prinsip2 islam yang beliau perjuangkan akan disokong sepenuh hati oleh ahli2 UMNO yang beragama islam.

Kisah Anwar ni macam kisah Hang Nadim..

Sebab tu aku kata Anwar dulu bengong sebab masuk UMNO..

Aku tidak suka bermuka2 macam penyokong2 UMNO walaupun pemimpin buat salah mereka tetap sokong janji pemimpin tu org melayu UMNO..

Justeru itu aku kata Anwar ibrahim dulu memang bengong sebab masuk UMNO, tapi sekarang Alhamdulillah beliau dah sedar bahawasanya UMNO sudah parah dan sudah tidak boleh diperbetulkan lagi kerana UMNO telah hilang Ruh Islamiah yang ada cuma Semangat Assobiyah yang menjadi pegangan akidah mereka..

Selasa, 9 Disember 2008

Hanya Manusia Yang Mahu Mengunakan Akal Untuk Berfikir Sahaja Yang Akan Mampu Membuat Pilihan Yang Tepat..

Saksikanlah Perubahan Mendadak Dalam klip Video Di Bawah Ini...!!!



Ramai dari kalangan CEO Syarikat-syarikat Multinasional yg bertapak dalam negara kita adalah mereka-mereka yang menyokong Kepimpinan Ulama`..
Sehinggakan CEO yang beragama islam menjadi Ahli PAS seumur hidup. Manakala yg bukan beragama islam pula menubuhkan " Kelab Penyokong PAS " dikalangan mereka.

Renungkanlah CEO-CEO yang cerdik pandai serta mempunyai kepakaran yang hebat pun nampak realiti sebenar yang mana baik dan yang mana buruk.
Yang mana memberi manfaat kepada rakyat dan yang mana menghancurkan rakyat dan negara..

Anda bagaimana...???
Adakah anda ingin menjejaki langkah orang2 cerdik pandai atau anda masih seronok dibuai dengan kebodohan serta kejahilan anda selama ini..??

Segala-galanya terserah kepada anda kerana pilihan ditangan masing-masing..

Isnin, 8 Disember 2008

UMNO Baca Al-Quran Yang Mana Satu - Lim Guan Eng

Baru2 ini, Guan Eng sewaktu sidang media di Lobi Parlimen, mencadang serta memohon kerajaan BN Islam Hadhari agar mengurangkan jumlah menikam nombor ramalan dari 10 x seminggu kepada 2 x seminggu. Dan mengawal penjualan arak yg semakin membarah ketika ini..
Kita tidak boleh menghalang bukan islam meminum arak tetapi selaku pemimpin yg diamanahkan kuasa, kita seharusnya bertanggung jawab mengurangkannya kerana kesan arak dan judi boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan dan masyarakat serta boleh memundurkan rakyat..

Bagaimana kita ingin membangunkan modal insan sedangkan dalam masa yg sama kita juga yang menghancurkan insan itu sendiri demi keuntungan yang tidak ada keberkatan di dalamnya..- ujar Guan Eng.

Guan Eng Membaca terjemahan Al-Quran:-

Wahai orang-orang Yg beriman! Bhw Sesungguhnya arak, judi, berhala, mengundi nasib Dgn batang2 anak panah, adalah (Semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu Dgn sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu dr mengingati Allah mengerjakan sembahyang. oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara Yg keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?" (Al-Maidah : 90 & 91).

“Ayat pertama yg merupakan kata seru...
Wahai orang2 Yg beriman !"


Bagi saya sesiapa yg tidak menurutnya maka org itu tidak beriman. Ayat ini saya dpt dari Al-Quran terjemahan milik peribadi saya yg diberi oleh Allayarham Ustad Fadhil Nor bekas presiden PAS yg lalu ketika saya di dalam tahanan kem Kamunting.

"Tak tahulah saya UMNO baca Al-Quran yg mana satu ?"
Kerana UMNO tidak menjumpai larangan tentang judi dan arak ni..
- Ujar Guan Eng dgn sinis.

Guan Eng juga menyelar parti2 politik cina dlm BN yg mempengaruhi rakyat malaysia dgn mengatakan Judi adalah budaya masyarakat cina, saya minta mereka memohon maaf atas penghinaan tersebut kerana menghina semua bangsa cina di malaysia. Sebenarnya ini semua adalah mainan UMNO kerana UMNO mendapat sedikit sebanyak hasil perjudian tersebut.

Kalau kita lihat kembali sejarah telah membuktikan bahawa sejak awal lagi, Tunku Abdul Rahman selaku presiden UMNO yang pertama adalah orang yang bertanggung jawab meluluskan lesen judi di Genting Highland, dan sehingga kini kelulusan tersebut masih diteruskan oleh semua Presiden UMNO termasuk Presiden UMNO sekarang ni yang dikenali sebagai Amirul Islam Hadari ( Abdullah Badawi ).
Selepas ni Dato` Najib pula yg akan menyambung tradisi tersebut, selaku pemimpin tertinggi islam di Malaysia tetapi masih tergamak dan rela menjamah hasil judi. Sebab tu saya tanyakan tadi UMNO baca Al-Quran yang mana satu..??
Ini kerana sepanjang 51 tahun mereka berkuasa, mereka tidak menjumpai ayat yg melarang Judi, Arak dan sebagainya tadi..

Kalau Guan Eng boleh cadang kurangkan tempoh berjudi, Aku berpendapat ahli-ahli parlimen Islam patutnya perlu menerimanya dgn penuh kesyukuran..

Tapi jgn pulak terkejut,tak pun buat2 la muka terkejut bile ada bangsa melayu mengaku Islam yg memperlekehkan saranan Guan Eng nih dan yg lebih hebat mempertahankan hujah perlunya kpd syarikat2 dan pusat2 judi dlm menjaga ketuanan melayu mereka ... kuii kuuiiii kuiii

Jumaat, 5 Disember 2008

Keagungan Suara Azan....!!!

Maha Besar dan Agungnya Allah...!!!

Seorang Professor Barat yang membuat kajian tentang sistem Cakrawala telah menganut agama Allah setelah mendapati bahawa Laungan Azan tidak pernah terhenti walau sesaat pun dari berkumandang di atas muka bumi ini..



Laungan azan sentiasa sambung menyambung tanpa henti
sesaat pun sepanjang bumi berputar dan sepanjang masa..

Dokumentari ini telah diterbitkan oleh beliau
dan telah diterjemahkan ke dalam ratusan bahasa,
termasuk bahasa Indonesia dan malaysia..

Beliau juga turut kagum dgn Agama Allah bila diberitahu oleh Para Ulama` Islam bahawa jin2 islam yg bertebaran di atas nuka bumi ini juga turut sama melaungkan azan dan mendirikan solat walaupun di tengah2 lautan yg luas dan di puncak2 gunung yg tinggi ..- Subhanallah..!!!

Khamis, 4 Disember 2008

Mengimbau Kembali Peristiwa Seminggu Selepas DAP Menguasai P.Pinang.

Melayu Adalah Suatu Bangsa Yang Amat Mudah Terusik Emosinya..

Kejatuhan kerajaan BN di PP pada PRU ke12 baru baru ini terjadi akibat kegagalan kerajaan BN menangani masalah rakyat secara umumnya. Jika rakyat bahagia di bawah kepimpinan BN, sudah tentu ianya tidak akan di gulingkan di 5 negeri dan nyaris nyaris kalah di seluruh semenanjung. Sebagai rakyat, kita sepatutnya berfikiran lebih matang dan tidak mengikut rentak permainan politik puak puak tertentu. Kerajaan baru ini dilantik oleh rakyat ini bukanlah untuk selama lamanya tetapi hanya untuk tempoh 5 tahun.

Kalau kerajaan pusat berhajat membuat pilihanraya lebih awal, rakyat mungkin memilih selepas 3 tahun. Kuasa di tangan rakyat. Kita perlu memilih pemimpin yang baik dan berwawasan. Tidak guna kita pilih orang orang tertentu kerana semata mata dia orang melayu atau Islam tetapi melayu itu pada warna kulitnya dan islam itu hanyalah sekadar pada songkoknya sahaja dan perangai macam syaitan atau mencuri duit rakyat secara terang terangan.

Saya ingin menarik perhatian pembaca semua kepada beberapa peristiwa yang berlaku selepas ke kalahan BN. Dato Dr Koh Tsu Koon telah menunjukkan watak yang amat matang dan terpuji apabila beliau menerima kekalahan BN di PP dan memberi jaminan bahawa akan memastikan peralihan kuasa kerajaan negeri akan di lakukan dengan aman. Kita lihat kerajaan PP paling mula mula di bentuk di semenanjung selepas PRU 12. Sikap seperti ini harus kita tauladani. Ianya mengambarkan kematangan berpolitik di pihak Dato KSK.

Saya amat terkilan apabila melihat berita TV3 pada 13/3/08 dan surat khabar pagi ini dimana UMNO Pulau Pinang meminta kerajaan pusat menarik balik semua projek mega di PP kerana rakyat sudah menolak BN dan UMNO di PP. Adakah masuk di akal apabila, UMNO PP meminta supaya perkhidmatan bas Syarikat RapidKL di PP di hentikan dan biarkan kerajaan baru PP mencari penyelesaiannya.

Hari ini saya amat terkejut apabila membaca artikel di dalam Malaysiakini dimana IGP mengarahkan supaya orang ramai tidak berhimpun di Komtar dan pada sebelah petangnya tersebar berita mengatakan yang perhimpunan yang telah melibatkan hampir 2000 orang di lakukan oleh UMNO. Orang UMNO selama hari ini kononnya berdisiplin dan senatiasa meminta permit polis apabila mengadakan sesuatu perhimpunan kini telah menunjukkan belang mereka. Tanpa kebenaran polis dan tidak mengindahkan arahan IGP, mereka berarak di PP. UMNO PP telah melakukan PERHIMPUNAN HARAM.



Pada penilitian saya, mujurlah pihak polis di Malaysia ini sangat professional dimana mereka telah bersikap neutral dan mengambil langkah langkah mengawal keadaan. Sebaik baiknya pihak polis mengambil tindakan keatas pemimpin UMNO ini yang dengan terang terangan melanggar undang undang negara. Undang undang tidak membezakan pesalah diri segi warna kulit atau parti politiknya. Apakah tujuan sebenar UMNO di Pulau Pinang ?Siapakah pencetus isu perkauman di PP secara khususnya. Adakah ianya di lakukan bagi menimbulkan insiden insiden di mana membolehkan perintah darurat dapat di laksanakan di PP?

Jika tuan tuan menonoton TV, tuan tuan dapat melihat sendiri bagaimana Pak Lah memberi amaran terbuka kepada Lim Guan Eng supaya jangan bermain dengan isu perkauman dan hak hak orang melayu di PP. Apa yang di cakap oleh Pak Lah ini masuk di akal atau tidak? Guan Eng cuma menjelaskan bahawa selepas ini kerajaan PP akan melaksanakan tender terbuka dan tidak lagi melakukan "direct nego" sepertimana yang di amalkan oleh kerajaan BN sebelum ini. Mengapa Pak Lah mengaitkan kenyataan ini dengan hak hak orang melayu?




Dari pengamatan saya, Pak Lah telah menimbulkan isu perkauman dan bukan Lim Guan Eng. Kenyataan Pak Lah di sambut oleh UMNO PP. Kalau perkhidmatan bas dihentikan, tentunya rakyat akan sengsara dan memberontak. Inikah niat UMNO PP atau Pak Lah sendiri. Jika ada pemberontakan, keseluruhan Negara akan terjejas dan bukan sahaja di PP. Apakah yang ada dalam kepala otak pemimpin UMNO PP ini? Adakah Pak lah dan UMNO PP mahu menimbulkan keadaan dimana kerajaan pusat boleh mengumumkan "perintah darurat" di PP dan lepas itu kerajaan akan di ambil oleh kerajaan sementara.

Saya juga terkejut apabila mendapati Orang Melayu juga membuat perarakan yang sama di Selangor. Ini memberi gambaran bahawa perkara ini di lakukan dengan perancangan rapi dari pihak atasan. Wahai bangsa ku di Pulau Pinang , saya pinta: Gunakanlah kekuatan akal fikiran kita sebelum membuat sesuatu tindakan. Janganlah cepat melatah. "Pikiak jauh sikit". Jangan bagi malu bangsa kita ini. Kita kena tunjuk yang kita ini mempunyai IQ dan EQ yang tinggi dan setanding dengan masyarakat maju di dunia ini.

Rakyat PP ini tak sama dengan rakyat di negeri lain. Di dalam darah kamu semua ada darah pelbagai keturunan Arab, Turki , India ,hindustani, eropah dll. Kita sepatutnya lebih celik dan lebih intelek lagi. Saya pinta semua rakyat merenung sejenak dan memikir sejauh mana BN telah menolong rakyat. Memang menjadi tanggungjawab mana mana kerajaan membina hospital, sekolah, longkang, jalan dan sebagainya. Itu fakta yang kina kena faham. Kalau kerajaan BN tak bina semua ini, sudah tentu rakyat dah lama buang depa..

Selama ini rakyat menerima depa kerana pada fikiran rakyat politik perkauman itu penting bagi memastikan orang melayu tidak di pinggirkan. Realitinya, politik perkauman merugikan negara dan banyak pihak dan hanya menguntungkan sebilangan kecial orang orang UMNO yang mempunyai kuasa dan kedudukan .Kalau BN benar benar bagus, mengapa rakyat menolak BN di PRU ke 12. Saya ingin bertanya kepada rakyat PP yang telah mengambil bahagian di demonstrasi haram di Komtar pada hari ini .

Kerajaan yang di bentuk ini baru berumur 1 minggu. Sudahkah rakyat di tindas? Adakah hak hak orang orang kita telah di nafikan? Belum apa apa lagi kita dah melatah. Sebenarnya siapa yang melatah dan tak senang duduk sehingga menggerakkan rakyat yang tak tau hujung pangkal dengan mengadakan perhimpunan haram di PP? Ini adalah orang orang yang menjadi kaya raya dengan duit rakyat di PP selama ini. Dengan UMNO mereka mendapat projek merata rata. Mereka mendapat projek bukan diatas kekuatan teknikal atau mental.

Projek projek mereka semuanya ada kaitan dengan politik UMNO - "aku bagi hang projek, hang jangan lupa aku". Projek ini memperkayakan orang orang tertentu dan bukan semua orang melayu. Saya ambil contoh Dato Amin Shah yang kini telah muflis. Orang yang tidak ada pengalaman di dalam pembinaan perkapalan telah di beri kontrak hampir 5 billion ringgit untuk membina 6 buah kapal perang secara rundingan terus. Tidak perlu ada tender. Dimana kapal kapal ini hari ini? Setelah lewat lebih dari 8 tahun, apa yang sudah jadi dengan kapal kapal ini. Sedarkah tuan tuan hari ini sebuah berada di tengah laut, satu masih lagi tidak di terima oleh pihak TLDM (tapi di paksa terima) dan kini berada di limbungan lumut kerana gagal mengikuti spesikasi. Yang 4 lagi kat mana? Bayang pun tak dak? Habuk besi pun tak dak? Tahukah tuan tuan bahawasanya semua duit berkaitan projek ini dah habis di bayar. Mana pi duit ini semua? Mana kapai? Sebenarnya kalau kita tempah kapal ini di luar negara secara terus, harganya di 1/3 dari harga 5 billion dan ianya dah lama siap dah. TLDM hari ini dapat memantau laut PP dengan lebih selamat. Mana perginya duit duit ini? Saya minta tuan tuan fikirkan sendiri. Tahukah tuan tuan dengan 5 billion berapa banyak rumah dapat di sediakan untuk rakyat, berapa banyak monorel dapat di buat di PP - rakyat tak payah sangkut di dalam kesesakan lalu lintas. Duit ini duit siapa - duit rakyat dimana duit ini digunakan untuk memperkayakan orang orang tertentu.

Begitu juga dengan projek PORR dan projek jambatan Pulau Pinang yang kedua. Ke semua ini tiada tender. Kalau di buat tender harganya jauh lebih murah. Duit selebihnya boleh digunakan untuk rakyat. Mengapa duit rakyat hendak di gunakan untuk memperkayakan orang tertentu.

Saya minta tuan tuan berfikir sejenak dari segi sejarah. Sejak 1800, PP and Singapura di jajah oleh British. Dua duanya pulau. Kedua dua pulau ini di gunakan bagi tujuan yang sama iaitu untuk perdagangan bebas dan mengekspot hasil bumi dari Semenanjung. Rakyat pun sama. Kebanyakannya pedagang dari seluruh pelusuk dunia. Waktu Merdeka, PP dan Singapura sama tarafnya.

Hari ini dimana Singapura dan di mana Pulau Pinang? Bagi rakyat PP yang tidak pernah sampai ke Singapura, cuba pergi tengok rumah mereka, pangsapuri mereka, jalanraya mereka, taraf ekonomi mereka. Baru baru ini saya menaiki MRT dari Orchard Road sampai ke Changi... .jauh tu bang oi.. bayar S$0.70 cent. Pergi tengok berapa bersih dan luasnya flat mereka. Hidu sendiri udara mereka dan nikmati kebersihannya. Pokok menghijau di merata rata dan Kerajaan Singapura hari ini ingin menjadikan Pulau Singapura sebagai sebuah Pulau yang berkonsepkan terusan air di merata rata. Mengapa Singapura boleh melonjak jauh kedepan walaupun minyak tak ada, air pun tak ada, hasil bumi pun tak ada. Asasnya mereka tahu mencari dan menguruskan wang dengan telus. Pergi tengok Sungai Singapura dan bandingkan dengan Sungai Pinang. Hari ini, orang Singapura boleh terjun dan mandi dalam Sungai Singapura. Di Pulau Pinang, hampir semua sungai dah di jadikan longkang. Sungai pun dah nak pupus dan di gantikan dengan longkangs. Pergi tanya rakyat Singapura adakah mereka menganggap kerajaan mereka itu kuat makan rasuah. Jawapannya tidak.




Pemimpin UMNO Pulau Pinang hari ini bukanya fikirkan hal dan kepentingan rakyat. Mereka pentingkan hak peribadi mereka. Mereka takut rahsia rahsia mereka terbongkar. Mereka takut kekayaan mereka di siasat. Dari 1000 orang Melayu di PP yang kaya berapa kerat ja yang betul betul kaya? Yang kaya kepala kepala UMNO yang duduk diatas . Kerana takut mereka melaga laga kan rakyat? Kalau benar DEB itu berjaya habis kenapa sampai la ni pun tak selesai selesai! Patut dah habis pada tahun 1991. Kalau BN tu bagus sangat, kenapa DEB tak selesai sampai hari ini. Adakah inaya tidak dapat diselesaikan atau sengaja tak nak di selesaikan? Jadi rakyat , saya pinta janganlah cepat melatah. Orang Melayu kena fikir secara rasional. Mungkin kerajaan baru ini mempunyai kaedah kaedah yang lebih baik dari DEB.

Bagi lah depa peluang untuk buka langkah. Ini belum apa apa lagi dah buat demonstrasi haram di jalanan. Kita tengok. Kalau depa tak boleh buat untuk kita macam depa dok janjikan kita buang mereka 5 tahun lagi. Apa kita nak takut. Biar kita tengok sejauh mana kebolehan mereka. Biar kita tengok dulu apa yang mereka janji tu mereka boleh buat tak. Jangan melatah.Tak rugi mana pun.. tak lama mana pun.. itulah kuasa rakyat.. rakyat boleh mengakkan kerajaan dan rakyat juga boleh menjatuhkan kerajaan. Akhir kata, saya pinta Rakyat semua di seluruh negara terutama orang melayu di PP tanpa mengira latar belakang politik kita. Kita harus pentingkan negara dari pentingkan UMNO.

Marilah kita bersama sama bekerjasama memastikan kerajaan yang kita lantik ini berjalan lurus dan bersih dan berkhidmat untuk kita. Hari ini ada perimbangan kuasa. Ianya bagus untuk rakyat. Peluang untuk menyalahguna kuasa dan wang kini agak sukar. Jadi duit lebihan ini akan di belanjankan untuk rakyat. Ianya bagus untuk rakyat dan bukan untuk pencuri duit negara. Kalau depa tak buat kerja yang kita harapkan untuk 5 tahun akan datang, kita akan buat pertimbangan semula pada PRU ke 13. Fikirkan apa yang saya kata. Kita orang melayu harus menunjukkan kematangan dari segi IQ dan EQ. Kenalah tunjuk pandai sikit. Jangan cepat melatah.

Isnin, 1 Disember 2008

Akibat Kemusnahan Sistem Kekhalifahan Islam..

Natijah Yang Harus diterima Oleh Umat Islam Kesan Daripada Semangat Kebangsaan ( Assobiyah ) Yang Diapi-apikan Oleh Pemerintah Negara2 Islam seluruh Dunia Termasuk Negara Kita Malaysia..

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum, sehingga kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka" [TMQ Ar Ra'd (13):11] Siapakah Pejuang Kemerdekaan Sebenar? Setiap tahun pasti ada segmen samada di televisyen atau akhbar-akhbar tempatan yang menampilkan beberapa orang 'pejuang' kemerdekaan untuk tatapan generasi yang lahir sesudah merdeka, agar mengenali dan menginsafi kepayahan mendapatkan sebuah kebebasan.

Mereka ditemuramah dan diminta menceritakan kisah perjuangan mereka sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Tidak kurang, sejarah beberapa orang tokoh yang telah kecundang turut dikisahkan.

Jika dulu kisah-kisah seperti Leftenan Muda Adnan dan Bukit Kepong sering diketengahkan setiap kali menjelang hari kemerdekaan, kini kehangatannya sudah semakin pudar seiring dengan pudarnya semangat kemerdekaan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia. Mungkin juga kerana rakyat Malaysia khasnya umat Islam mula menyedari bahawa Tanah Melayu sebenarnya memperolehi kemerdekaan tanpa menumpahkan setitis darah pun.

Kemerdekaan yang diperolehi sesungguhnya adalah melalui proses 'rundingan' yang dilakukan oleh Perdana Menteri Pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman dengan pemerintah British ketika itu. Sejarah menceritakan kepada kita bagaimana Tunku Abdul Rahman berulang-alik ke kota London untuk 'menagih' sebuah kemerdekaan yang sememangnya telah dirancang oleh British. Setelah British berpuas hati bahawa segala cara hidup, undang-undang dan juga sistem kufur ciptaan mereka akan diteruskan oleh pemimpin-pemimpin Tanah Melayu, maka British dengan senang hati dan bangga 'menghadiahkan' sebuah kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

Wahai kaum Muslimin! Kajilah dengan minda yang jernih dan kalian akan menyedari bahawa sebenarnya Leftenan Muda Adnan adalah seorang askar Melayu yang berjuang mempertahankan Bukit Candu dari serangan Jepun pada 13 Februari 1942 di atas tiket tentera British dan bukannya menentang Jepun untuk mendapat kemerdekaan, tetapi untuk mempertahankan kekuasaan pemerintahan British di Tanak Melayu. Begitu juga dengan peristiwa Bukit Kepong yang sebenarnya tidak ada kaitan dengan perjuangan kemerdekaan. Kakitangan polis dibawah naungan British pada waktu itu terpaksa berjuang untuk mempertahankan diri masing-masing di Berek Polis Bukit Kepong yang diserang oleh Komunis yang diketuai oleh Muhammad Indera dengan kekuatan 200 orang anggota. Peristiwa berdarah ini berlaku pada pukul 5.00 pagi tanggal 23 Februari 1950 dan mengakibatkan seramai 50 orang terbunuh.



Lt. Adnan yang berpayung dibawah Kerajaan Inggeris
serta mempertahankan Kedaulatan British di Tanah Melayu.




Anggota2 polis bukit kepong berkhidmat untuk Inggeris.
Kerajaan yang dimaksudkan adalah Pemerintah British.
British menuduh Alim Ulama` serta pendakwah yang
menentang mereka adalah tali barut komunis..
Seperti Rashid Maideen dan Shamsiah Fakeh.
Sudahnya Org melayu islam berperang dan berbunuhan sesama sendiri.

Sebelah pihak bersekongkol dgn Kerajaan British dan sebahagian lagi
mereka yang tediri dari para ulama` serta pendakwah yang
ingin mengusir British dari Tanah Melayu.
Pekara yang berlaku di tanah Melayu sebelum merdeka dahulu adalah
sama seperti apa yg berlaku di Iraq dan Afganistan ketika ini
Modus Operandinya tetap sama.


Perjuangan mereka ini pada hakikatnya bukanlah untuk kemerdekaan seperti yang disangkakan ramai. Hakikatnya, perjuangan mereka ini adalah Mengatas namakan British dan pemerintahannya di Tanah Melayu. Inilah kejayaan British. Mereka berjaya menanamkan konsep bahawa sesiapa sahaja yang menjadi musuh British, maka ia adalah musuh kita. Kita amat membenci Jepun, begitu juga Komunis, tetapi kita amat sayang kepada British, walhal mereka inilah yang memecahbelahkan kita dan menjadi penjajah yang lebih dahulu dan lebih lama menjajah kita daripada Jepun atau Komunis.

Berlaksa-laksa emas kita, timah kita, bijih besi kita dan lain-lain sumber alam kita yang mereka rampas, kemudian kita berterima kasih kepada mereka kerana menganugerahkan kita sebuah 'kemerdekaan'! Tidakkah kita sedar bahawa walaupun penjajahan telah berakhir, namun British masih berjaya meletakkan dirinya sebagai tuan kepada semua negara bekas jajahannya melalui kewujudan negara-negara Commonwealth, yang tak lain tak bukan bertujuan memperingati 'ketuanan' British suatu waktu dulu.

Dalam aspek lain, ternyata ketuanan British sampai sekarang masih ada di hati sebahagian dari umat Islam. Rasa bangga apabila dapat belajar di negeri penjajah masih menebal di kalangan masyarakat. Rasa bangga apabila dapat menguasai bahasa penjajah juga masih berlegar dalam masyarakat. Rasa bangga dengan kemerdekaan yang mereka hadiahkan kepada kita masih sampai sekarang dirasai dan dira'i! Inilah kejayaan British.

Wahai kaum Muslimin! Rasulullah Sallallahu "alaihi wa Sallam telah berjaya membuka kota Mekah pada tahun ke-8 Hijriyyah. Rasulullah telah mengeluarkan umat manusia dari kegelapan menuju cahaya. Baginda berjaya membebaskan manusia yang ada di Mekah pada waktu itu yang masih terbelenggu dengan sistem Jahiliyyah dan menggantikannya dengan sistem Islam. Rasulullah dan para sahabat seterusnya berjaya melepaskan satu demi satu negara yang dikongkong dengan penyembahan kepada taghut dan memimpin mereka kepada penyembahan kepada Allah. Khalifah Umar Al Khattab radhiAllahu 'anhu telah membuka kota Baitul Muqaddis, kiblat pertama umat Islam yang di dalamnya terdapat Masjid Al-Aqsa yang merupakan masjid ketiga mulianya di sisi Islam. Sultan Muhammad Al Fatih telah membuka Constantinople (Istanbul) dan Allah telah memberi kemuliaan kepada beliau melalui sabda Rasulullah Sallallahu "alaihi wa Sallam,

"Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya" [HR Ahmad]. Ramai lagi para para pemimpin Islam yang telah melakukan perkara yang sama, samada di zaman pemerintahan Bani Umayyah, Abbasiyyah mahupun Uthmaniah. Salahuddin Al-Ayubi, seorang tokoh yang sukar dicari ganti yang telah melancarkan banyak jihad untuk membebaskan manusia dari kegelapan dan kezaliman pemerintahan kufur menuju pemerintahan Islam. Pembebasan Baitul Muqaddis merupakan sejarah harum yang telah dilakukan oleh beliau. Panglima Islam, Rabi' bin Amir, di dalam misi jihadnya ke Parsi, dengan tegas dan beraninya menyatakan kepada Rustam, Ketua Panglima perang Parsi.

"Sesungguhnya Allah telah mengutus kami untuk mengeluarkan manusia dari penyembahan sesama makhluk kepada penyembahan kepada Allah, dari kezaliman agama-agama yang ada menuju keadilan Islam, dan dari kesempitan dunia kepada keluasan akhirat." Di sepanjang pemerintahan mereka, para Khalifah Islam tak putus-putus melancarkan jihad dan membuka serta membebaskan manusia daripada belenggu sistem hidup kufur kepada sistem hidup Islam. Tokoh-tokoh inilah yang merupakan pejuang kemerdekaan sebenar.

Mereka membebaskan negara-negara kerana Allah, mereka memerdekakan negara-negara kerana mengikuti Rasulullah dan mereka berjuang demi meninggikan kalimat Allah, bukan berjuang mempertahankan musuh dan sistem kufur. Mereka ini juga bukan merupakan 'pejuang kebangsaan', tetapi merekalah 'pejuang Islam' yang dirahmati Allah. Tokoh-tokoh inilah yang sepatutnya dibanggakan dan diikuti oleh kita kaum Muslimin.

Mereka membebaskan umat manusia dan membawanya menuju kebangkitan dan kemuliaan, hanya dengan Islam. Khatimah Wahai kaum Muslimin! Umat Islam wajib dimerdekakan dari sistem kufur yang membelenggu mereka. Kemerdekaan yang sebenar adalah kembalinya umat Islam ke pangkuan Islam sepenuhnya, keluarnya umat Islam dari mengabdikan diri kepada sistem buatan manusia, kepada sistem ciptaan Tuhan manusia.

Keluarnya British dari Tanah Melayu tidak bermaksud yang kita telah merdeka. Secara fizikalnya British memang telah kembali ke negara mereka, tetapi penjajahan yang lebih dahsyat masih lagi berlaku iaitu dari segi pemikiran. Pemikiran umat Islam hari ini masih lagi dijajah. 'Orang' British telah pergi, tetapi 'cara hidup' British masih berjalan dan diamalkan. 'Pemimpin' British telah balik, tetapi pemimpin yang berpemikiran British masih ramai, 'Pemerintah' British telah tiada, tetapi undang-undang British masih kekal hingga sekarang. British meninggalkan benih2nya di negara kita dengan melantik Tunku Abdul Rahman sebagai bapa Kemerdekaan kerana perwatakan Tunku yg lebih kepada British, Tunku Abdul Rahman merupakan seorang putera raja itu terkenal dengan sifat playboy, sukakan muzik, suka menari dan seorang peminum arak.

Inilah hakikat penjajahan yang masih berlaku di Malaysia di mana sistem kufur British masih lagi 'berkuasa penuh'. Walau tiada seorang pun yang berambut perang dan bermata biru di dalam kabinet Malaysia, namun sistem mereka masih tetap 'diwarisi' dan digenggam erat. Wahai kaum Muslimin! Kalian perlu merdeka dari seluruh ikatan-ikatan kufur yang mengikat kalian. Ikatan assabiyyah (perkauman), wathaniyyah (patriotisme) , liberalisme, sekularisme, pluralisme dan bermacam-macam 'isme' lain lagi merupakan ikatan-ikatan kufur yang masih membelenggu kalian. Ikatan-ikatan inilah yang menyebabkan kalian berpecahbelah dan menjadi semakin lemah, dan inilah yang dikehendaki oleh musuh-musuh kalian. Dengan itu, mereka boleh membantai Palestin dengan sesuka hati, menumpahkan darah di Afghanistan semahu mereka, menyiksa kaum Muslimin di Iraq tanpa rasa kemanusiaan dan bermacam-macam lagi penganiayaan ke atas umat Islam.

Mereka tahu bahawa umat Islam di seluruh dunia, khasnya para pemimpin, hanya akan menjadi penonton kepada kekejaman mereka. Mereka tahu bahawa pemimpin Indonesia hanya akan berdoa, pemimpin Malaysia hanya akan bersolat hajat, pemimpin Arab hanya akan membisu, pemimpin Pakistan akan bersama mereka, pemimpin Mesir hanya sekadar mengecam dan begitulah seterusnya. Wahai kaum Muslimin! Sanggupkah kalian berpesta menyambut kemerdekaan yang hanyalah merupakan satu pendustaan penjajah sedangkan penderitaan yang menimpa saudara-saudara kalian masih tidak kunjung padam?

Sanggupkah kalian bergembira menyaksikan perarakan yang menelan berjuta-juta ringgit wang rakyat sedangkan jumlah rakyat yang masih miskin dan menderita seringkali tidak dihiraukan? Bukankah lebih baik wang tersebut digunakan untuk memelihara rakyat yang menjadi kewajipan ke atas setiap pemimpin? Sanggupkah kalian beristirehat menonton televisyen sempena kemerdekaan sedangkan Allah memerintahkan kalian untuk berda'wah dan berjuang serta berjihad bagi menzahirkan agamaNya di muka bumi? Bukannya jihad ekonomi yang mementingkan keselesaan duniawi. Sanggupkah kalian taat dan tunduk patuh kepada sistem kufur yang ada sekarang kerana telah memberi sedikit kenikmatan dunia kepada kalian sedangkan pada waktu yang sama kalian membelakangi perintah Allah dan RasulNya? Wahai kaum Muslimin! Janganlah kalian hanya ternanti-nanti munculnya para pejuang kemerdekaan Islam yang sebenarnya.

Kita wajib berusaha untuk mengembalikan kehidupan Islam (isti'naful hayatul Islamiyyah) dengan jalan menegakkan semula Daulah Khilafah yang akan memerdekakan umat islam di seluruh dunia. Kita dan saudara-saudara kita di seluruh dunia sesungguhnya benar-benar terdesak memerlukan seorang Khalifah yang akan mempersatukan kita semua di bawah Daulah Khilafah Islamiyah yang akan membebaskan Palestin dari cengkaman Israel, yang akan membebaskan Iraq dan Afganistan dari dikuasai Amerika, yang akan membebaskan Pakistan dari si pengkhianat Islam, Pervez Musharraf, yang akan membebaskan Uzbekistan dari pembunuh kejam, Islam Karimov dan yang akan memerdekakan seluruh negeri kaum Muslimin yang lainnya dari cengkaman Barat dan kuncu-kuncunya serta sistem-sistemnya. Wallahu a'lam.

Tanggung jawab kita sebagai umat islam sekarang adalah sama sama mengembalikan serta mengangkat parti-parti islam di seluruh dunia agar mampu menguasai serta menerajui tampuk pimpinan di negara masing-masing seperti di Turkey yang mana telah muncul bibit-bibit islam.. Marilah kita bersama-sama memenangkan islam di negara masing-masing agar sistem kekhalifahan dapat diwujudkan di dunia ini demi mendaulatkan agama Allah serta menghapuskan sistem kuffar yang membelenggu umat islam seluruh dunia - Amin..

Saksikanlah Dokumentari yg tidak mungkin dapat anda saksikan di kaca-kaca televison kerajaan islam termasuk negara kita yang kononnya sebuah negara islam..
Dokementari yg memaparkan sejarah awal penghapusan sistem kekhalifahan islam oleh puak2 kuffar.. Bangsa Arab diperkudakan oleh bangsa eropah dgn semangat kebangsaan ( Assobiyah ) bagi menjatuhkan Empayar Othmaniyah ( Turkey )

Dokumentari di bawah ini diterbitkan
oleh University Al-Azhar..



Paparan awal tulisan Al-Quran dihapuskan
dalam negara Umat islam yg bukan keturunan
arab.. Malaysia juga telah menghapuskan tulisan
jawi sehingga umat islam buta Al-Quran




Pemimpin2 negara islam yg selesa dgn kekuasaan mereka ketika ini sebenarnya sama2 berganding bahu dengan kuasa2 kuffar laknatullah agar sistem kekhalifahan islam dihapuskan terus dari jiwa dan ruh umat islam di seluruh dunia..



Klip ini memaparkan sebahagian daripada wajah2
pemimpin2 negara umat islam yg bersengkongkol
dgn Puak2 kuffar- Tun Mahathir dgn Dollah badawi
pun ada.. huhu..!!!




Pemimpin Negara2 islam inilah jugalah yang senantiasa memainkan sentimen bangsa agar mereka terus kekal berkuasa serta bekerjasama dengan Puak2 Kuffar bagi memastikan sistem Kekhalifahan islam tidak akan mucul semula di dalam dunia ini..

Pemimpin2 negara islam ini terus menerus menekan Parti2 Politik yg berteraskan Islam bagi mematikan gerakan ke arah pembentukkan sistem Kekhalifahan islam..
Allah menjadi saksi di atas segala perbuatan khianat mereka..

Mengapa pemimpin negara islam tidak mahu wujudnya sistem Kekhalifahan islam..??
kerana dengan wujudnya sistem tersebut maka mereka semua akan kehilangan kuasa dan pangkat.. mereka2 inilah yg disebut oleh Rasulullah " Cintakan dunia dan takutkan mati "

Bukti yg menunjukan mereka bersengkongkol dgn puak2 kuffar bagi menjahanamkan islam..

Di Turkey Mustaffa Kamal menukar islam kepada Islam Sekular
Di Indonesia Sukarno menukar islam kepada Islam Pluralisma..
Di Malaysia pula Islam ditukar kepada Islam Hadari..

Dari dokumentari yg dipaparkan tadi telah terbukti mengapa Rasulullah menglaknati semangat bangsa ( Assobiyah ) serta tak mengaku umat kepada sesiapa yg berjuang kerana bangsa.

Pihak British telah menanam semangat bangsa ( Assobiyah ) terhadap Bangsa Arab untuk menyerang Khalifah islam di turkey dengan alasan bahawa Rasulullah itu seorang yg berbangsa arab oleh kerana itu pemimpin tertinggi dunia islam ( Khalifah ) seharusnya disandang oleh bangsa arab sendiri bukannya dipegang oleh bangsa Turkey..

Persoalannya apakah bangsa melayu dalam negara kita sanggup meninggalkan fahaman kebangsaan ( Assobiyah ) yg terang2 dilaknat oleh Rasulullah..
Hebat sangatkah bangsa melayu jika dibandingkan dgn bangsa2 lain..??

Fahaman bangsa melayu yg tertanam dalam jiwa mereka bahawa islam akan kuat di Malaysia ini jika melayu kuat adalah suatu fahaman sesat lagi menyesatkan bukankah Allah yg menjaga Agamanya.. Bila masa bangsa melayu diamanahkan Allah untuk menjaga agamanya..
Bukankah itu syirik namanya..

Sebenarnya Islam itu yang akan menyelamatkan bangsa melayu bukannya melayu yg menyelamatkan islam..
Justeru itu marilah kita pertahan serta perjuangkan agama Allah bukannya pertahan dan perjuangkan bangsa melayu..



Khamis, 27 November 2008

Riwayat Hidup Hang Tuah Yang Sebenarnya....


Hayatilah Riwayat Hidup Tuah Yang Amat Disanjung Oleh Orang-Orang Melayu Dulu Kini Dan Selamanya.


Apakah Hebatnya Pemerintah Melaka Sehingga Tuah Tak Boleh Melanggar Segala Amanatnya ? Apakah Tuah Takut Dgn Daulat Pemerintah ? Adakah Daulat Itu Sama Kuasanya Dgn Mukjizat Seperti Yg Allah Pernah Anugerahkan Kpd Para Rasulnya ? Apa Mulianya Pemerintah Melaka Sehingga Allah Menganugerahkan Kehebatan Daulat Tersebut ?

Selaku Seorang Yg Mengaku Beragama Islam Tuah Sepatutnya Tahu Bhw Manusia Perlu Takut Serta Tunduk Hanyalah Kpd Allah S.W.T Adalah Menjadi Suatu Perbuatan Syirik Yg Besar Lagi Nyata Jika Pelakuan Melutut, Menyembah Serta Meratap Nasib Pd Mana2 Makhluk Allah termasuklah kepada Pemerintah Melaka.

Tuah Seorang Manusia Yang Penuh Dgn Segala Sifat Tercela.. Tidak Mempunyai Adab Serta Budaya Ke Majapahit Membuat Onar Di Taman Larangan Istana .. Mengoda Isteri Taming Sari Dgn Penuh Berahi.. Merampas Keris dari Pahlawan Majapahit Tersebut Dgn Segala Tipu Daya.

Gugurnya Taming Sari Di Tangan Tuah Penuh Bermaruah Demi Mempertahan Kesucian Isteri Tercinta.. Memperdaya Serta Melarikan Tun Teja Tunangan Megat Panji Alam Juga Dgn Segala Janji Manis, Tipu Muslihat Jahat Dan Ilmu Guna-Guna Yang Jelas Adalah Suatu Perbuatan Syirik Kepada Allah.. Atas Kehendak Nafsu Serakah Mengadai Tunangan Orang ( Tun Teja ) Kepada Sultan Yang Gila Berjimak demi Pangkat Serta Kuasa..



Demikianlah Sifatnya Si Tuah Yang tidak Pernah Sekali Pun Mengenal Yang Mana Halal Dan Yang Mana Haram. Setelah Tunangannya Dilarikan Si Tuah Sayugia Megat Panji Alam Pun Tampil Menebus Maruah..


Dikesah Sekitar Empat Ribu Orang Pahlawan Sanggup Berasamanya.. Demi Merampas Kembali Tun Teja Serta Menjaga Aib Kerajaan Pahang Yang Sudah tercela.. Setiba Hampirnya Mereka Semua Di Melaka.. Maka Disekat Oleh Jebat Tingkah Serta Pergerakannya.. Dengan Penuh Takzim Jebat Marafak Sembah, Agar Megat Panji Alam Tidak Menyerang Melaka.. Sesama Muslim Diharamkan Bersengketa Adalah Lebih Baik Dihindarkan Segala Bencana.. Melihat keikhlasan Jebat Mempertahankan Ummah.. Nafsu Amarah Megat Panji Alam Kembali Beransur Kebah.. Redha Ia Dengan Ketentuan Allah.. Menitis Air Mata Keinsafan, Menyesal Ia Kerna Menurut Segala Hasutan Syaitan.


Mengapakah watak Megat Panji Alam Dihapuskan Dari Pusaka Bangsa..? - Tentu ada Muslihat Yang harus Kita Rungkai..!!

Tatkala Tuah Difitnah Oleh Segala Pembesar Yang Iri Hati Padanya Kerana Tindak-tanduk Tuah Yang Menjolok Mata Serta Pandai Bermuka-muka Di Hadapan Paduka Raja Guna Untuk Menguasai Seluruh Kekuasaan Melaka, Baginda Sultan Pun Menjatuhkan Hukuman Bunuh Ke Atas Tuah Tanpa Usul Periksa Kononnya Tuah Memanjat gudik Raja.

Sayugia Tampil Jebat Menuntut Bela Demi Menegakkan Keadilan, Tuah Wajib Dibicara Mengikut Perundangan Islam Sesuai Dengan Hukum Kanun Negeri Melaka ( Hukum Syariah ) Ketika Itu.

Maka Gegak Gempita Seluruh Istana Tika Jebat Mengatakan Saksi Yang Melihat Tuah Keluar Dari Kamar Gundik Raja Adalah Saksi-saksi Yang Fasik Dan Tidak mengikut Syarat yang Ditetapkan Oleh Agama.

Sudah Menjadi Resminya Dunia.. Manusia Jahil Menilai Permata.. Jebat Penegak Keadilan Dituduh Durhaka... Si Tuah Tamak Haloba Disanjung Serta Dipuja.. Pemerintah Tertinggi Melaka Arahkan Usaha.. Dicari Pembesar Serata Melaka.. Disuap Dengan Pelbagai harta Supaya Dapat Mengadu Domba..

Keburukan Jebat Harus Diusaha Dengan Alasan Ia Durhaka... Keperibadian Tuah Wajib Dicerna Serta Dicakna Konon Terpuji Sebagai Laksamana. Tidak Ia Durhaka Kepada Raja, Bangsa Serta Agama.. Agar Nanti Rakyat Tidak Bangkit Menuntut Bicara... !!!
Maka Segala Pembesar Yang Arif Lagi Bijaksana Duduk Bermuafakat Mencari Jalan Mereka Cerita.. Dibuat Fitnah Kononnya Jebat Bermukah (Berzina ) Di Dalam Istana Raja.. Dang Baharu Dijadikan Mangsa Sedangkan Dang Baharu Telah Lama Berbadan Dua Sebelum Terjadi Segala Peristiwa Mereka Dinikahkan Oleh Datuk Paduka Disaksikan Tuah Kekanda Tercinta..



Kerana Pangkat dan Harta Tuah Melupakan Segala-galanya Tergamak Ia Membunuh Saudara Sendiri Agar Memperolehi Segala Yang Dihajati..

Di Usia Tuanya, Si Tuah Tetap Juga Haloba mengejar Pangkat Dan Darjat, Walaupun Nyawanya Sudah Teramat Singkat, Dikuatkan Kudrat Menjunjung Segala Amanat.. Nafsu Kebawah Duli Senantiasa Meningkat Dan Tidak Mampu Disekat-sekat, Puteri Gunung Ledang Tuanku Berhajat.. Diperintahkan Tuanku Akan Tuah Bersama Tun Mamat.. Agar Puteri Gunung Ledang Dapat Segera Dipikat, Bagi Melepaskan Segala Dendam Berahi Yang Teramat Sangat..


Di Kaki Gunung Ledang Tuah Kecundang.. Usia Tuanya Menjadi Penghalang.. Tenaga Serta Kudrat Semakin Menghilang.. Tiada Mampu Lagi Ia Menawan Puncak Ledang.. Rasa Sedih Bukan Kepalang Kerana Cita-Citanya Mengejar Apa Yang Dihajat Akan Terhalang.. Perasaan Takut Dan Bimbang Datang Berselang.. Mungkin Tun Mamat Akan Menyilang.. Adakah Tun Mamat Akan Berpeluang Dan Tun Mamat Setelah Pulang Akan Dijulang Kerana Berjaya Pergi Meminang..

Teringat Segala Pesan Hang Jebat Sebelum Ajalnya Menjelang Tiba Ketika Berusaha Membalut Luka " Bangsaku Harus Berani Menegakkan Keadilan. Peristiwa Ini kan Berulang Lagi Di Suatu Masa... Benang Tenunan sejarah Pastikan Terbuka... Janganlah Kita Alpa.. Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah.. Jadikan Perjuanganku Ini suatu Pengajaran Teringat Juga Kata-Kata Hang Tuah.. " Tak kanMelayu Hilang Di Dunia " " Pantang Melayu durhaka Kepada Rajanya ( Pemerintah ) "

" Tak Guna Berpencak Silat Jika Maruah Kita Duduknya Di Bawah Telapak Dan Kerja Kita Hanya Sebagai Penjilat.."

Salahkah Jebat Menuntut Bela ? Salahkah Jebat Menegakkan Hukum ? Yang Mana Lebih Tinggi ? Perundangan Islam ( Allah ) Atau Kuasa Raja ( Manusia ) ? Bukankah Merurut Perundangan Islam Hutang Darah Dibalas Dengan Darah..

Ke Mana Hilangnya Watak Lekir, Likiu Serta Kasturi..?? Tidak Adakah Di Antara Mereka Bertiga Yang Sanggup Membela Kematian Jebat..?? Orang Melayu Ini Mudah Dipikat Dan Dijerat... Dianugerahkan Emas Dan pangkat Maka Berpaling Tadahlah Ketiga2 Hulubalang Keparat... !! Ke Manakah Jua Hilangnya Suara2 Ulama Yang Gah Kononnya Melaka Pusat Perkembangan Islam Di Rantau Sebelah Sini... Sebenarnya Ulama2 Di Waktu Itu Juga Telah Dijamu Dgn Segala Kemewahan Duniawi..

Setelah Kemangkatan Jebat Negeri Melaka Penuh Dgn Segala Kemungkaran..

Para Pembesar Melayu Begitu Rakus Melakukan Segala Rasuah Serta Pecah Amanah.. Kerajaan Melaka Bermewah2 Dan Melakukan Pembaziran, Mengutip Ufti Yang Tak Sudah-Sudah.. Hasil mahsul Negara Berlegar-legar Dikalangan Pembesar dan Pemerintah.. Rakyat Jelata Diumpamakan Sebagai Sampah..

Pemerintah Serta Pembesar Melaka Memuaskan Segala Nafsu Serakah Menindas Serta Memeras Ugut Rakyat Kejadian Penculikan Anak Dara Serta Merampas Isteri Orang Berleluasa Sehinggakan Rakyat Sentiasa Hidup Dalam Ketakutan.. Kerana Tiada Seorang Pun Rakyat Melaka Yang Berani Tampil Menentang Pemerintah.. Namun Nasi Telah Menjadi Bubur.. Jebat Tak Mungkin Bangkit Kembali Dari Kubur..
Barulah Rakyat Sedar Akan Kehilangan Jebat Yang Sanggup Membelakangkan Adat Demi Menegakkan Keadilan Dan Kesejahteraan Ummah..

Sejarah Sentiasa Berulang... !!! Bila Berlakunya Kerosakan Akhlak Serta Kemungkaran Di Peringkat Tertinggi Kerajaan Islam.. Maka Bala Allah Pun Sampai.. Sama seperti Runtuhnya Empayar2 Islam Yang Tedahulu.. Melaka Tewas Ke Tangan Portugis Dengan Penuh Kehinaan Pada 24 august 1511.. Di Kala Pemerintah Dan Pembesar2 Melaka Leka Dalam Segala Kenikmatan Dunia Yang Sementara.. Peristiwa Yang Paling Tragis Dan Menyayat Hati Dalam Sejarah Rantau Asia Tenggara.. Perairan Selat Melaka Umpama Lautan Yang Terbakar.. Serangan Bertalu-talu Dari Meriam Serta Soldadu Portugis Yang Meruntuhkan Keagungan Empayar Islam Melaka Dari Malam Hingga Ke Dinihari Sehingga Tidak Terdengar Laungan Azan Subuh Petanda Islam Dijajah Kuasa Kuffar..

Sebagai Mana Jatuhnya Empayar Abbasyiah Di Sepanyol Dahulu Begitulah Kerajaan Melayu Melaka Tersungkur Menyembah Kaki Portugis Dgn Penuh Kehinaan Kerana Maksiat Dan Kemungkaran Yang Bermaharajalela Di Kalangan Para Pemimpin Lalu Didiamkan Oleh Para Ulama Istana Kerana Takut Kehilangan Pangkat Dan Jawatan Mereka..

Semuanya Ini Angkara Rakyat Yang Sanggup Bersekongkol Dgn Kekejaman Pemerintah Dan Juga Ulama2 Kerajaan yang Menutup Mata Serta Membiarkan Segala kemungkaran Tersebut Berleluasa Kerana Taat Terhadap Pemerintah Bukannya Takut Kepada Allah..

Tentang Ilmu Yang Penuh Di Dada Tuah Tidaklah Aku Arif Tapi Jika Ilmu Agama Yang Tuah Amalkan Sudah Tentu Tuah Tidak Akan Berani Melutut Serta Menyembah Kpd Makhluk Allah Seperti Pemerintah Melaka Kerana Perbuatan Itu Bisa Merosakkan Akidahnya Selaku Umat Islam..

Memang Aku Bernafsu Demi Menegakkan Kebenaran Mcm Jebat Bukannya Bernafsu Duniawi Seperti Tuah Yg Mudah Tersilau Dgn Sirna Kemewahan Harta Dan Pangkat Serta Keselesaan Hidup..

MELAYU HARUS MENUKAR WIRA BANGSANYA... !!!
Nampaknya Darah Serta Semangat Melayu Yang " Pantang Dicabar " Itu Cuma Omongan Kosong Penyedap Cerita.. Kerana Masyarakat Kita Telah Tersalah Mengangkat Tokoh Bangsa.. Hang Tuah Yang Taat Membabi Buta, Pendendam, Tamak Haloba, Bernafsu Terhadap pangkat Dan Kemewahan Duniawi, Bersikap Iri Hati, Bacul Serta Berjiwa Hamba Telah Diangkat Sebagai Wira Bangsa..!!! Natijah Yang Harus Kita Terima Sekarang Adalah Anak2 Bangsa Yang Lemah Tidak Bersemangat, Berjiwa Hamba Serta Taat Dan Tunduk Melulu Membabi Buta..

Selagi Tuah Diangkat Sebagai Wira Bangsa Selagi Itulah Bangsa Melayu Akan Menjadi Hamba... Sebagaimana Dayusnya Hang Tuah Begitulah Jugalah Dayusnya Melayu..!! Tidak Berani Menentang Pemerintah Yang Zalim.. Malah Tunduk Menyembah Serta Melutut Terhadap Pemerintah..

* Diharapkan Akan Lahir Cerdik Pandai Melayu Yang Akan Berani Membongkar Kembali Segala Riwayat Dan Kehebatan Megat Panji Alam Serta Ginius Melayu Iaitu Tun Perak Mereka2 Inilah Sepatutnya Dinobatkan Menjadi Wira Bangsa Melayu.. Bukannya Si Tuah Durjana..

Rabu, 26 November 2008

.Mas Bersikap ` Double Standard `



Kuala Terengganu – Sikap ‘Double Standard’ pengurusan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) terhadap perlaksanaan hukum-hukum Islam dalam syarikat penerbangan nasional itu amat dikesali.

MAS bersifat ‘talam dua muka’ dengan ‘mengharamkan’ pemakaian tudung kepala dikalangan kakitangan wanita, namun demikian berupaya pula memberikan khidmat peramugari yang memakai tudung untuk penerbangan Haji.

“Malaysia yang mengaku sebagai sebuah ‘Negara Islam’ sepatutnya mencontohi Penerbangan Antarabangsa Pakistan (PIA) dan Penerbangan DiRaja Brunei (Brunei Royal) yang mewajibkan peramugari memakai tudung,

“namun MAS telah meletakkan peraturan ‘mengharamkan’ peramugarinya memakai tudung sebaliknya boleh pula dilaksanakan untuk beri khidmat kepada bakal-bakal haji yang naik kapalterbang untuk menunaikan fardhu Haji,”kata Pengerusi Lujnah Pendidikan PAS Pusat, Dato’ Abu Bakar Chik.

Beliau kesal dengan pihak pengurusan tertinggi MAS khususnya Ketua Pegawai Operasi MAS, Dato’ Idris Jala yang juga orang Islam sepatutnya mengetahui sensitiviti ini.

Fakta sebenar......
Ketua Pegawai Operasi MAS, Dato’ Idris Jala sebenarnya adalah seorang berketurunan Kelabit Dan Beragama Kristian.

Menurutnya dengan menyediakan khidmat peramugari bertudung untuk penerbangan haji bermakna MAS berupaya memberikan khidmat selaras hukum Islam.

Katanya PIA dan Brunei Royal tidak menerima apa-apa kesan dari pelbagai bangsa dan ugama yang menaiki pesawat penerbangan tersebut walaupun peramugari mereka bertudung,

“ini menunjukkan bahawa ‘bertudung’ merupakan kod etika pakaian Islam yang diterima oleh universal,”katanya

Selain itu, perkara yang lebih buruk, kata beliau, MAS masih menyediakan ‘arak’ sebagai minuman yang ditawarkan kepada pelanggannya.

“arak boleh membahayakan bukan sahaja kepada orang yang minum, tapi kepada penumpang dan kapalterbang, bila minum arak, mabuk, macam-macam boleh berlaku,”kata beliau.

Katanya PAS sudah lama menyuarakan dan menentang perkara ini dan berharap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Ahmad Zahid Hamidi mengambil tindakan sewajarnya.

Jawapan yang paling tepat sekali dalam permasalahan ini ialah..
" Tak Hadharilah Kalau Pakai Tudung... "
Kalau tak percaya pergi tanya kat Dollah Badawi..
Bini Dollah Punyalah Hadhari korang tak nampak ka..??
Belajarlah dari Dollah.., Kepimpinan Melalui Tauladan..

Tanya Sama UMNO

UMNO sedang menuju kehancuran
Hancur kerana kelabu dengan habuan
Baik ahli biasa atau ketua bahagian
Yang pakai songkok atau yang berserban
Yang pergi umrah tiap-tiap Ramadan
Semua beres kalau ada fulus ditangan
Calun yang bagus bukan lagi pilihan
Calun yang tabur duit dapat percalunan
Tidak kira personaliti yang meragukan
Tidak kira jika isteri yang kawal pergerakan
Pun boleh dipilih jadi pemimpin paling kanan

Mana dia yang ikhlas akan perjuangan
Semuanya dah lari masuk pakatan
Jijik melihat rasuah dan kemungkaran
Kemungkaran yang merosakkan keimanan
Kalau menang dapat ikut rombongan
Rombongan cek kiah pi berjalan-jalan
Wakil bahagian dapat ke Hatnyai atau Medan
Itu sebagai menghargai undi dan sokongan
Kita lihat ramai di kelab dangdut berpacaran
Dengan cewek-cewek main cubit-cubitan
Lepas menghempiaskan nafsu iblis syaitan
Keluar mencari makanan halalan taiyibban

Satu dunia tahu calun-calun bagi sogokan
Mereka lebih terbuka direstu pimpinan
Mereka kata kepimpinan melalui teladan
Yang atas buat sebab tu ianya jadi ikutan
Jadi kita mengharap Majlis Fatwa Kebangsaan
Sebelum tu tahniah kepada MFK akan keberanian
Mengharamkan yoga dan juga pondan
Sekarang ini ada satu lagi permintaan
Fatwa mengharamkan politik sogokan

Selasa, 25 November 2008

Pada Pandangan Anda Dimanakah Kedudukan UMNO..??

Adakah UMNO mendaulatkan agama Allah atau mengelirukan umat islam dengan kejahilan mereka terhadap hukum2 Allah seperti yang terkandung di dalam Al-Quran semata2 demi anutan assobiyah dan kepentingan politik mereka semata-mata

Surah An-Nuur, Ayat 1

Ini ialah satu “surah” yang Kami turunkan, dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya).

Surah An-Nuur, Ayat 2

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.

Menurut ulamak2 muktabar ( ke empat-empat mazhab ) serta tiada khilaf bagi mereka semuanya.

Orang-orang yang tidak berhukum dengan hukum Allah boleh dibahagikan kepada tiga golongan iaitu :

Golongan Kafir - Mereka tidak berhukum dgn hukum Allah kerana menganggap hukum tersebut tidak adil dan tidak sesuai.

Golongan Zalim - Mereka tidak berhukum dgn hukum Allah kerana bimbang kedudukan tergugat dan takut kepada makhluk.

Golongan Fasiq -
Mereka tidak berhukum dgn hukum Allah kerana tidak tahuatau tidak arif dan tidak mahu mengambil tahuserta mengkaji.

Surah Al-Maaidah, Ayat 44
dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.

Surah Al-Maaidah, Ayat 45
dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

Surah Al-Maaidah, Ayat 47
dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.

Isnin, 24 November 2008

UMNO Demo Pasal BABI.. Pelacuran, Arak Dan Judi Depa BEDAL Semacam..

Semalam, Umno berdemonstrasi di Pekan Kuala Sungai Baru kerana membantah ujudnya penternakan babi di Paya Mengkuang dan kawasan sekitarnya. Isu ini bukan baru dan sengaja di ungkit semula demi untuk mendapat 'mileage' politik.

Bukankan penternakan itu sudah ujud puluhan tahun mengapa sekarang mereka sedar. Adakah hidung mereka sebelum ini tidak berbau dan tersumbat. Saya tidak menafikan perlunya kita mempunyai alam sekitar yang bersih dan nyaman.

Tetapi mengapa kerajaan BN Melaka membiarkan penternakan itu berleluasa tanpa sebarang tindakan sejak puluhan tahun dahulu.

Mengapa penternak tersebut tidak diberikan lesen supaya senang ianya dikawal dan diambil tindakan jika tidak mematuhi peraturan.?

Mengapa baru sekarang sibuk berdemonstrasi sedangkan kerajaan negeri Melaka sendiri yang mengarahkan ianya ditutup sebelum pilihanraya dulu?

Mengapa pihak penternak tidak mematuhi arahan kerajaan negeri sedangkan sebelum ini diberitakan mereka sudah mematuhi arahan negeri? Mesti ada sebab mengapa ini berlaku. Bukankah ini melambangkan kelemahan dan kelembapan kerajaan negeri?

Bagi saya penternak babi bukanlah rakyat yang degil dan keras kepala jika kerajaan sendiri menggunakan kebijaksanaan dan budi bicara yang jelas, mengikut peraturan dan logik. Saya pasti mereka bersedia untuk bekerjasama andainya mereka diajak berbincang dan jalan penyelesaian yang menguntungkan rakyat dan penternak babi di ambil.

Saya sendiri sangat menyokong sebarang usaha untuk memulihkan alam sekitar di kawasan tersebut. Siapa yang tidak mahu udara bersih, pantai yang indah, bau yang wangi dan sebagai. Penternak babi juga mahukan perkara yang sama. Tetapi pada masa yang sama jika mata pencarian mereka dihapuskan maka sudah pasti kerajaan perlu memikirkan alternatif lain untuk membantu mereka. Mungkin mereka dibantu dalam bentuk pampasan, bantuan dan sebagainya untuk memulakan hidup baru.

Sebenarnya kerajaan Melaka tidak serius dalam menangani isu ini. Mengapa ianya dibiarkan berlarutan sehingga puluhan tahun dan diungkit-ungkit dari masa ke semasa.

Ada pihak menangguk di air keruh untuk mengaitkan isu ini dengan isu perkauman.

Ada pihak menangguk di air keruh untuk menggunakan isu ini bagi menenggelamkan isu lain seperti isu rasuah di dalam Umno, isu perbalahan di dalam Umno. Saya yakin isu ini sebenarnya digunakan oleh Umno untuk menyatupadukan ahli dan pimpinannya yang berpecah sekarang.

Dalam satu perkara lagi, mengapa Umno begitu sibuk berdemonstrasi tentang isu babi, sedangkan 'najis' lain iaitu PELACURAN, ARAK DAN JUDI dibiarkan berleluasa menjadi raja maksiat di negeri Melaka.

Janganlah cuba putarbelit fikiran rakyat sedangkan isu sebenarnya Umno cuba menutup isu perbalahan dalaman Umno, rasuah dalam Umno dan maksiat yang berleluasa di Melaka.

Sister In Islam Tidak Diambil Tindakan Kerana Dinaungi Oleh Anak2 Bekas Perdana Menteri Malaysia Dan Juga Anak Pak Lah Si Nori Abdullah



KUALA LUMPUR
- Sisters In Islam (SIS) menolak keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan amalan senaman yoga kerana tiada sebarang bukti dikemukakan bagi mewajarkan yoga diharamkan. Pengurus Program SIS, Norhayati Kaprawi berkata, sehingga kini negara tidak pernah menerima apa-apa aduan atau bukti yang mengatakan ada individu beragama Islam bertukar kepada agama Hindu selepas mengamalkan senaman yoga. "Jadi, mengapa perlu ia diharamkan? Mengapa terburu-buru untuk meletakkan undang-undang terhadap aktiviti senaman itu sedangkan ia tidak mengancam kedudukan agama Islam setakat ini?" soalnya ketika dihubungi semalam. Beliau mengulas tindakan Majlis Fatwa Kebangsaan semalam, yang mengharamkan umat Islam mengamalkan yoga secara sistematik kerana dibimbangi akan menghakis akidah jika pengamalnya meneruskan amalan itu ke peringkat lebih tinggi.

Menurutnya, mereka mempunyai alasan kukuh mengapa pengharaman itu tidak patut dilakukan memandangkan amalan yoga tidak lebih daripada sekadar satu senaman untuk kesihatan. ''SIS tidak nampak ia boleh memesongkan akidah seseorang pengamalnya sama ada yang beragama Islam atau bukan Islam. Ini kerana yoga tidak lebih dari sekadar senaman untuk kesihatan jasmani, sama juga seperti senaman Tai Chi dan Qigong,'' katanya. Sambil menyifatkan ia sebagai satu pengajaran, beliau bagaimanapun meminta supaya Majlis Fatwa lebih peka sebelum membuat sebarang tindakan membabitkan isu-isu sensitif seperti itu. Dalam pada itu, SIS juga akan memberi sokongan penuh sekiranya Majlis Fatwa mengambil langkah untuk mengkaji semula perkara tersebut bagi mengelak kekeliruan masyarakat.

Kita naik hairan dengan sikap kerajaan yang lansung tidak mengambil tindakan terhadap Sister In Islam (SIS) ini, biarpun pertubuhan tersebut jelas banyak memesongkan umat Islam di Malaysia selama ini. Apa hebatnya Islam yang dimiliki oleh SIS jika mahu dibandingkan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan?. Jika Majlis Fatwa kata haram, ikut sajalah ! Jangan banyak cerita. Alasan dangkal yang diberikan oleh mereka ialah belum ada umat Islam di Malaysia yang masuk Hindu. Beliau tahu atau tidak kisah sebenar tentang Yoga ini? Perkara yang menjadi persaoalan sekarang adalah tentang Akidah. Jika itu tanggapan SIS maka itu sama sahajalah jika umat Islam menyertai sama perayaan yang dianjurkan oelh agama Hindu, Kristian, Budha dan sebagainya. Maka bolehlah umat Islam sembah patung mereka sebab kiat bukan masuk Hindu. Soal akidah jangan dibuat main-main, Sister In Islam harus banyak belajar agama lagi atau elok juga bertanya dulu pendapat daripada ulamak mabrur sebelum mereka ingin mengeluarkan sebarang kenyataan

SIS Tolak Fatwa, Kenapa Tiada Tindakan?

Satu persoalan yang harus ditanya kepada kerajaan Malaysia Islam Hadhari ini ialah kenapa Sisters In Islam yang telah banyak memesongkan akidah umat Islam dan sering mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa tidak diambil tindakan?. Mempertikaikan keputusan ulamak yang dilantik oleh kerajaan bermakna menghina Islam. Justeru itu kenapa hanya Raja Petra dan Teresa Kok sahaja yang dikenakan tindakan, walhal belum terbukti mereka melakukan perkara tersebut. Bahkan Raja Petra hanya ditahan ISA atas satu komen dalam blognya yang dikatakan menghina Islam dan Nabi Muhammad. Padahal komen itu boleh dihantar oleh sesiapa sahaja untuk tujuan tertentu. Namun beliau disumbat ke dalam ISA, mujurlah kini dibebaskan semual oleh mahkamah setelah terbukti ia satu penganiayaan. Bagaimana dengan Sisters In Islam ini? Nama "sisters" pun sudah menyerupai agama "Kristian". Banyak pertikaian tentang fatwa yang dikeluarkan, namun mereka tidak pernah diambil tindakan oleh kerajaan. Mana JAKIM, JAWI serta agensi Islam yang lain? Kenapa senyap dan membisukan diri. Tangkap pemimpin Sisters In Islam dan humbankan mereka ke ISA atau dakwa di mahkamah atas kesalahan menghina Islam (menolak fatwa).


Sealiran: Astora Jabat (Penolong pengarang Al-Islam dan Kolumnis Utusan Malaysia), V. Gayathry (Centre for Independent Journalism) dan Norhayati Kaprawi (Sisters In Islam) dalam satu sidang media membantah pengharaman buku oleh KDN bulan Mei 2008 lalu.

Bahkan lebih teruk lagi, mereka membuat kenyataan terbuka dalam satu sidang media. Apakah ini bermakna ada pihak-pihak kerajaan yang bernaung di sebalik Sisters In Islam, dalam usaha memesongkan akidah mereka supaya terus menyokong Barisan Nasional dalam setiap kali pilihanraya. Mereka tahu umat Islam yang kuat iman dan akidahnya, tidak akan termakan dengan pujuk rayu "duniawi" dan mereka akan istiqamah atau konsisten menyokong perjuangan Islam yang sebenar, bukannya Islam Ciptaan "Hadhari". Undang-undang "double standard" dalam perlaksanaan peraturan Islam di negara ini, jelas sekali mengelirukan rakyat. Mereka melihat bahawa individu dan tertentu boleh dibenarkan menghina Islam dan tidak dikenakan tindakan sekiranya apsirasi mereka sehaluan dengan UMNO dan Barisan Nasional. Justeru itulah orang-orang seperti Astora Jabat dan Sisters In Islam ini tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa. Mereka satu haluan dan satu perjuangan, iaitu memesongkan akidah umat Islam di Malaysia hari ini.

UMNO dan PAS Satu Tubuh Lain Perasaan

Satu-satunya parti Melayu yang ditubuhkan sebelum merdeka yang masih wujud dan kekal dengan identiti asalnya ialah Parti Islam Se-Malaysia (PAS).







PAS ditubuhkan lima tahun sesudah Umno iaitu pada 23 Ogos 1951 bersamaan 20 Zulkaedah 1370. Dalam persidangan yang dianjurkan oleh Bahagian Agama Umno ini, para ulama telah mengambil ketetapkan di Sultan Sulaiman Kelab, Kuala Lumpur untuk menubuhkan 'Persatuan Ulama Se-Malaya' yang bebas daripada Umno.

Mengapa ulama bertindak demikian, sedangkan selama ini mereka bergerak dalam Umno?

Kebanyakan para ulama yang aktif dalam Umno adalah bekas-bekas ahli Hizbul Muslimin yang ditubuhkan di Gunung Semanggol pada 14 Mac 1948. Nama-nama besar dalam Bahagian Agama Umno seperti Tuan Guru Ahmad Fuad Hassan, Tuan Guru Ahmad Tuan Hussin, Sheikh Abdullah Fahim, Ustaz Ahmad Badawi, Tuan Guru Hussin Che Dol, Tuan Guru Yahya Junid, Ustaz Ahmad Maliki, Sulaiman Palestin dan lain-lain ialah aktivis Hizbul Muslimin yang bergiat dalam Umno.

Keadaan darurat yang berlaku sejak Jun 1948 yang melumpuhkan Hizbul Muslimin telah mendorong para ulama menyertai Bahagian Agama Umno. Ketika mereka menyertai Umno bersama-sama ahli PKMM dan Angkatan Pemuda Insaf (API) yang diharamkan oleh British, mereka meneruskan perjuangan Hizbul Muslimin untuk menyatukan pentadbiran agama, membangun pendidikan Islam dan meluaskan gerakan dakwah.

lapan ketetapan

Kerana gerakan progresif mereka, Umno akhirnya bersetuju mengadakan Persidangan Alim Ulama Se-Malaya di Muar pada 21-22 Februari 1950. Dalam persidangan ini, para ulama meluluskan lapan ketetapan berkaitan penyatuan pentadbiran agama, pendidikan tinggi Islam, penyelarasan tarikh puasa dan hari raya, gerakan dakwah dan lain-lain. Malangnya, semua ketetapan ini tidak mendapat perhatian Umno termasuk usaha Bahagian Agamanya yang telah membawa cadangan menyatukan pentadbiran agama kepada Majlis Raja-raja.

Sebaliknya, Umno telah terjerat dengan cadangan kerakyatan longgar yang dibuat oleh Communities Liaison Committee (CLC) yang turut dianggotai oleh Dato Onn Jaafar. Dato Onn mendesak Umno menerima cadangan kerakyatan longgar untuk orang bukan Melayu ( Jus Soli ). Tindakan Dato Onn meletakkan jawatan pada Jun 1950 telah 'memaksa' ahli Umno menerima cadangan tersebut.

Dato Onn kemudian melangkah lebih jauh dengan membuka keahlian Umno kepada orang bukan Melayu pada Januari 1951 yang membolehkan Tan Chen Lock dan E.E.C Thuraisingam menjadi ahli bersekutu Umno. Pada Ogos 1951, Dato Onn mendesak orang bukan Melayu diberikan keahlian penuh sehingga menyebabkan ahli-ahli Umno marah. Pada Mac 1951 juga, Dato Onn secara sinis menyindir golongan kiri dalam Umno yang mahu menukar perjuangan Umno daripada 'Hidup Melayu' kepada 'Merdeka'.

Selain Dato Onn, Raja Ayub Raja Bot, Mohd Noah Omar (datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishamuddin Hussin), C.M Yusof dan Dasimah Dasir adalah antara pimpinan Umno yang lantang menolak cadangan perjuangan menuntut kemerdekaan ini.

Bahagian Agama Umno memang tidak selesa dengan dasar-dasar Umno untuk membenarkan kerakyatan longgar kepada orang bukan Melayu, membuka keahlian Umno kepada bukan Melayu (bukan Islam) dan keengganan pimpinan Umno menuntut kemerdekaan. Secara berkebetulan pada Mei 1950, tercetus isu Natrah di Singapura yang membawa kepada rusuhan pada 12 Disember 1950.

Ketika ahli-ahli Umno mendesak parti itu bertindak, Jawatankuasa Agung Umno pada 5 Januari 1951 mengambil pendirian untuk Umno tidak campur tangan kerana ia adalah isu yang berlaku di luar Malaya, iaitu Singapura. Umno juga berpandangan bahawa isu ini masih dibicarakan di mahkamah dan golongan yang membantah itu didalangi komunis. Sedangan para ulama dalam Umno melihat isu ini dari sudut mempertahankan aqidah umat Islam yang dipaksa murtad oleh mahkamah.

loteri Umno

Di sebalik pendirian Umno untuk berlepas tangan dalam isu aqidah ini, Umno yang dikuasai oleh pejuang-pejuang melayu yang lebih cenderung serta kagum dengan kehebatan British memutuskan untuk mengadakan 'Loteri Umno' pada 1950 bagi mengutip dana membina Rumah Umno (Pejabat Agung Umno) di Batu Road (Jalan TAR), Kuala Lumpur.

Pada 1946, Umno pernah mencuba untuk mengadakan loteri, tetapi difatwakan haram oleh Pejabat Perkara Agama dan Pelajaran Umno. Kini, Umno tidak lagi mengendahkan pandangan ulama semata-mata untuk mendirikan pejabatnya. Persatuan Ulama Kedah (PUK) yang kebanyakan ahlinya menganggotai Umno mengeluarkan fatwa tentang haramnya judi loteri tersebut, diikuti oleh persidangan ulama Pulau Pinang dan Seberang Prai di bawah Sheikh Abdullah Fahim yang memberikan fatwa serupa. Tetapi Umno tetap berdegil untuk meneruskannya.

Belum reda kemarahan ulama dalam Umno tentang judi loteri ini, timbul pula cadangan supaya Umno menganjurkan 'funfair' bagi mengutip dana Rumah Umno itu. 'Funfair' ini dipandang haram oleh ulama kerana mengandungi perjudian, kaberet, ratu cantik dan unsur maksiat yang lain. Disebabkan tekanan ulama, Umno menangguhkannya sehingga para ulama keluar daripada Umno pada Ogos 1951.

Pada 15 September 1952, Mesyuarat Agung Umno bersetuju 'funfair' dilaksanakan oleh semua Umno Bahagian. Umno tidak berasa jijik membina pejabat mereka daripada hasil yang haram iaitu judi dan 'funfair'. Kemuncak kemarahan ulama adalah apabila Tunku Abdul Rahman Putra dicalonkan untuk menggantikan Dato Onn pada 25 Ogos 1951. Menurut Farish A Noor (2003: 71), ahli-ahli Umno khususnya di kalangan ulama tidak mahu berketuakan Tunku Abdul Rahman kerana putera raja itu terkenal dengan sifat playboy, sukakan muzik, suka menari dan seorang peminum arak.

Akibatnya, di mana-mana umat Islam mendesak supaya Bahagian Agama Umno keluar daripada parti itu dan menubuhkan sebuah persatuan ulama atau parti Islam yang bebas daripada naungan Umno. Salah seorang yang dicalonkan sebagai Yang Dipertua Agung Umno, Engku Ismail Abdul Rahman, iaitu Yang Dipertua Jabatan Agama Johor menyifatkan Umno telah tersesat daripada ajaran al-Quran dan Sunnah serta menyeru ulama menubuhkan Parti Muslimin Malaya.

Pandangan-pandangan lain juga termasuk daripada Haji Ahmad Maliki dan Haji Ahmad Badawi mahu ulama menubuhkan Persekutuan Muslimin Malaya sebagai sebuah parti politik berasaskan agama. Ada juga pandangan yang mengatakan para ulama mesti menubuhkan parti sendiri kerana mereka telah diperalatkan oleh Umno.

persidangan ulama kedua

Desakan yang kuat daripada umat Islam ini akhirnya mendorong Haji Ahmad Fuad Hassan selaku Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Agama Umno membicarakan tentang "Ulama Malaya belum bersatu dan belum punya persatuan" bagi mendesak Umno mengadakan persidangan ulama kedua. Umno akhirnya bersetuju menaja Persidangan Alim Ulama Kedua di Sultan Sulaiman Kelab pada 23 Ogos 1951 bersamaan 20 Zulkaedah 1370.

Haji Ahmad Fuad mengambil kesempatan persidangan ini untuk mengusulkan penubuhan "Persatuan Ulama Se-Malaya" dan ia diterima sebulat suara oleh perwakilan yang hadir. Lima orang iaitu Haji Ahmad Fuad (Terengganu) sebagai Pengerusi serta Haji Ayub (Perak), Syed Mohamed Shafie (Kuala Lumpur), Saadon Jubir (Singapura) dan Haji Mohd Amin Amran (Johor) dilantik sebagai Jawatankuasa Penaja untuk menyusun undang-undang tubuh dan mengatur penubuhan Persatuan Ulama Se-Malaya secara rasmi.

Dalam persidangan ini juga diputuskan supaya persatuan ulama ini berdiri sendiri dan bebas daripada Umno. Mereka juga mahu persidangan untuk menubuhkan persatuan ini kelak tidak ditaja oleh Umno.

Dengan pendirian ini, maka pada tarikh keramat tersebut, lahirlah sebuah persatuan ulama yang kemudiannya kekal berjuang sehingga hari ini, iaitu selepas 59 tahun ditubuhkan.

Dalam Persidangan Persatuan Ulama Se-Malaya yang diadakan di Kelab Melayu Bagan, Butterwoth pada 24 November 1951 yang dirasmikan oleh Mufti Pulau Pinang, Sheikh Abdullah Fahim, nama Persatuan Ulama Se-Malaya telah ditukar kepada "Persatuan Islam Se-Malaya (PAS)" dan tujuannya diubah kepada "menyelenggarakan tuntutan agama Islam dan siasah berdasarkan demokrasi" yang sekali gus mengubah PAS daripada pertubuhan kebajikan kepada parti politik Islam.

Semenjak daripada 20 Zulkaedah 1370 (23 Ogos 1951) yang bersejarah itu, Persatuan Ulama Se-Malaya atau kemudiannya Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah bergerak maju ke hadapan bagi merealisasikan matlamat PAS untuk menegakkan nilai-nilai dan hukum Islam dalam masyarakat dan negara berlandaskan al-Quran dan Sunnah.

Selamatlah Persatuan Islam melangkah... menuju ke gerbang jasa.