Semalam, Umno berdemonstrasi di Pekan Kuala Sungai Baru kerana membantah ujudnya penternakan babi di Paya Mengkuang dan kawasan sekitarnya. Isu ini bukan baru dan sengaja di ungkit semula demi untuk mendapat 'mileage' politik.
Bukankan penternakan itu sudah ujud puluhan tahun mengapa sekarang mereka sedar. Adakah hidung mereka sebelum ini tidak berbau dan tersumbat. Saya tidak menafikan perlunya kita mempunyai alam sekitar yang bersih dan nyaman.
Tetapi mengapa kerajaan BN Melaka membiarkan penternakan itu berleluasa tanpa sebarang tindakan sejak puluhan tahun dahulu.
Mengapa penternak tersebut tidak diberikan lesen supaya senang ianya dikawal dan diambil tindakan jika tidak mematuhi peraturan.?
Mengapa baru sekarang sibuk berdemonstrasi sedangkan kerajaan negeri Melaka sendiri yang mengarahkan ianya ditutup sebelum pilihanraya dulu?
Mengapa pihak penternak tidak mematuhi arahan kerajaan negeri sedangkan sebelum ini diberitakan mereka sudah mematuhi arahan negeri? Mesti ada sebab mengapa ini berlaku. Bukankah ini melambangkan kelemahan dan kelembapan kerajaan negeri?
Bagi saya penternak babi bukanlah rakyat yang degil dan keras kepala jika kerajaan sendiri menggunakan kebijaksanaan dan budi bicara yang jelas, mengikut peraturan dan logik. Saya pasti mereka bersedia untuk bekerjasama andainya mereka diajak berbincang dan jalan penyelesaian yang menguntungkan rakyat dan penternak babi di ambil.
Saya sendiri sangat menyokong sebarang usaha untuk memulihkan alam sekitar di kawasan tersebut. Siapa yang tidak mahu udara bersih, pantai yang indah, bau yang wangi dan sebagai. Penternak babi juga mahukan perkara yang sama. Tetapi pada masa yang sama jika mata pencarian mereka dihapuskan maka sudah pasti kerajaan perlu memikirkan alternatif lain untuk membantu mereka. Mungkin mereka dibantu dalam bentuk pampasan, bantuan dan sebagainya untuk memulakan hidup baru.
Sebenarnya kerajaan Melaka tidak serius dalam menangani isu ini. Mengapa ianya dibiarkan berlarutan sehingga puluhan tahun dan diungkit-ungkit dari masa ke semasa.
Ada pihak menangguk di air keruh untuk mengaitkan isu ini dengan isu perkauman.
Ada pihak menangguk di air keruh untuk menggunakan isu ini bagi menenggelamkan isu lain seperti isu rasuah di dalam Umno, isu perbalahan di dalam Umno. Saya yakin isu ini sebenarnya digunakan oleh Umno untuk menyatupadukan ahli dan pimpinannya yang berpecah sekarang.
Dalam satu perkara lagi, mengapa Umno begitu sibuk berdemonstrasi tentang isu babi, sedangkan 'najis' lain iaitu PELACURAN, ARAK DAN JUDI dibiarkan berleluasa menjadi raja maksiat di negeri Melaka.
Janganlah cuba putarbelit fikiran rakyat sedangkan isu sebenarnya Umno cuba menutup isu perbalahan dalaman Umno, rasuah dalam Umno dan maksiat yang berleluasa di Melaka.
Isnin, 24 November 2008
UMNO Demo Pasal BABI.. Pelacuran, Arak Dan Judi Depa BEDAL Semacam..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan