Isnin, 17 November 2008
Bangsa Melayu Tidak Akan Berjaya Jika Hanya Bergantung Kepada Hati, Nafsu dan Sentimen
Kecerdikan dicerna melalui akal, dizahirkan melalui tindakan serta susulan..
Sementara kebodohan dicernakan oleh hati dan dizahirkan memalui nafsu dan sentimen.
Kekuatan Peribadi seseorang itu itu adalah terhasil dari keseimbangan Akal dan Hati mereka..
Manusia yang semata2 mengunakan akal akan menjadi seorang yang kejam..
Sementara manusia yg hanya bergantung pada Hati dan sentimen semata2 adalah manusia yang tidak akan berkembang dan sentiasa berada di dalam keadaan tertekan dan takut utk membuat sebarang perubahan..
Disebabkan tidak pandai mengimbangi di antara Akal dan hati tadi maka kebergantungan bangsa melayu lebih menjurus kepada Hati, nafsu dan sentimen..
Ini boleh dibuktikan di secara nyata di mana
Jika kita lihat kepada bangsa melayu, kita akan dapati kebanyakan bangsa melayu hanya bergantung semata2 kepada Hati, Nafsu dan sentimen. justeru itu kita boleh lihat tahap kemajuan yang dikecapi oleh mereka terlalu rendah baik dari segi ekonomi, pendidikan, sosio-budaya serta kecerdikan berpolitik..
Mereka itu tidak pernah mengambil pusing apa yang berlaku disekeliling mereka..
Mereka hanya berbangga jika terdapat orang2 malyu yang kaya raya, walaupun bilangan mereka yg kaya raya tidak seberapa jika dibandingkan dengan bangsa asing..
Mereka juga amat berbangga jika ramai anak2 malayu berjaya menjadi siswazah sedangkan kualiliti mereka terlalu jauh jika dibandingkan dgn bukan melayu..
Dari segi budaya mereka cuba mengekalkan budaya serta adat melayu tetapi pada hakikatnya budaya paling utama yang menjadi teras kekuatan bangsa melayu zaman dahulu iaitu menghormati Alim ulama` serta budaya menyintai ilmu agama telah lama ditinggalkan sehingga mengakibatkan kerosakan teruk pada akidah serta akhlak melayu muslim itu sendiri..
Mereka juga tunduk dgn agenda pemimpin untuk mendaulatkan bahasa enggeris di dalam pendidikan sains dan matematik semata2 kerana pemimpin tersebut berbangsa melayu, andai kata yang mencadangkan pengunaan bahasa enggeris tersebut dari kalangan bangsa asing sudah tentu mereka akan memaki hamun sambil menunjukkan kejaguhan masing2
Kecerdikan berpolitik bangsa melayu turus merundum kerana sentimen bangsa.. mereka lebih rela melantik para pemimpin yang membuat byk kerosakan seperti menghina agama serta alim ulamak, rasuah dan pencabulan hak asasi manusia semata kerana sentimen bangsa. bagi mereka biarlah pemimpin mereka jahat dan rakus asalkan pemimpin tersebut adalah berbangsa melayu.
Disebabkan kebodohan bangsa melayu terhadap politik mereka tidak mampu mempertahan tanah rizab bumiputera serta tanah pusakan yang mereka warisi dari nenek moyang mereka bila mana kerajaan ingin menyerahkan tanah2 mereka kepada saudagar2 cina dgn alasan pembangunan negara... .
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan