Selasa, 4 November 2008

Menteri Kewangan Paling Bacul Dalam sejarah Malaysia

opposition mps walk out of parliament 041108 06







Najib tak benar soal .. pembangkang keluar dewan

Ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar Dewan Rakyat hari ini sebagai membantah keengganan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak melayan pertanyaan yang dikemukakan ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Bajet 2009.

Najib memberitahu dewan bahawa beliau akan menjawab soalan-soalan dari ahli Parlimen selepas selesai menyampaikan ucapannya.

Sehubungan itu, beliau tidak membenarkan beberapa percubaan oleh ahli Parlimen pembangkang untuk mendapatkan penjelasan.

Aku dah agak .. dia baca je. Tu sebab kalau soal jawab, dia penin.... dari malu tak dapat jawab, baik dia tak bagi jawab. Bila pembangkang keluar dewan ... dia syonok. AKu tengok kat dalam TV tadi .. .si GEMOK kat belakang, geleng kepala .. geram betul dia pada pembangkang. Kalau ada kesempatan, nak di bom aje, gamaknya.

Pembangkang gelar Najib "Pengecut" dan kebanyakan MP dah boleh agak, ucapannya akan meleret sehingga habis masa dan tiada kesempatan untuk berbahas. Keadaan begini dah pernah berlaku sebelum ini.

Berikut adalah lapuran dari harakah

Tindakan itu dibuat selepas Najib menutup ruang ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk mencelah dalam perbahasan yang telah berlangsung selama sejam.

Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang beberapa kali bangun bagi meminta ruang berbahas dengan beberapa hujah Najib yang dianggap Anwar sebagai tidak benar tidak diendahkan Najib.

Anwar mendakwa apa yang dibahaskan Najib adalah 'belanjawan tambahan' dan bukannya penggulungan bagi perbahasan Belanjawan 2009.

Ahli-ahli Parlimen pembangkang juga kecewa kerana perangkaan dalam ucapan Najib itu, berbeza dengan perangkaan dalam bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga menteri kewangan September lalu. ..
sumber : no2umno

Tiada ulasan: