Sabtu, 1 November 2008

Jikalau Perjuangan Bangsa Yang Dituntut....!!


Dalam negara kita malaysia..


Orang Melayu menjadi Teras kerana faktor sejarah serta komposisi kaum di mana Orang2 melayu adalah majoriti yg membawa 55% dan Bumiputera lainnya sebanyak 15% sementara masyarakat cina pula 23%. India serta lain2 sekitar 7%.

Umat islam dalam negara kita sekitar 60%, manakala ( kristian, hindu, budha ) 25%. selebihnya kaum2 asli dan mereka2 yang tidak berpegang kepada mana2 agama sekitar 5%

Dari segi kekayaan ekonomi bangsa cina 70%, manakala bumiputera ( termasuk syarikat2 kerajaan ) 18%, sementara india dan lain2 12%.

Taraf, mutu serta kecemerlangan pendidikan masyarakat cina dan india jauh mengatasi masyarakat melayu.. ( menurut kajian pakar2 pendidikan, ramai siswazah yg lahir dari Uitm mengakibatkan peratusan mutu pendidikan bangsa melayu menjadi begitu merosot sekali ini berpunca daripada kualiti yang rendah serta tiada daya saing )

Kesemua Proses yang dinyatakan tadu telah berjalan selama 51 tahun di bawah kerajaan Barisan Nasional yg diterajui oleh UMNO.

Apakah UMNO telah gagal menaiktarafkan ekonomi dan pendidikan umat melayu dalam negara kita..??
tepuk dada tanya selera..!!

Kalau kita lihat pada graf, Kadar peningkatan mereka2 yang menganut agama islam adalah selari dgn kadar umat melayu yang sedia ada ( kerana melayu itu sudah semestinya beragama islam )
di sini timbul persoalan mengapa jika umat melayu 60% dalam negara kita dan jumlah peratusan umat Islam tetap juga sekitar 60%..?? ( graf berkadar-terus di antara melayu dan islam )

Ini menunjukkan Agama islam tidak berkembang dgn pesatnya dalam negara kita..
Apakah kita cuma ingin menghakmilikkan agama islam dalam negara kita hanya untuk bangsa melayu sahaja..

Menurut kajian yg dilakukan oleh Mufti Perak Dato` Kharussauni.. jumlah umat islam yg ingin murtad dan telah murtad adalah lebih tinggi dari dari jumlah bukan islam yang masuk agama islam nisbahnya sekitar 57:1 Apa perjuangan pemimpin UMNO dalam hal ini, apakah bencana terhadap Ummah ini harus dibiarkan begitu sahaja atau hanya memberi segala macam alasan retorik semata-mata untuk menyedapkan hati..??

Dari segi Politik...

( Parti Pemerintah )

Barisan Nasional adalah terdiri dari gabungan 13 Komponen parti Politik di mana parti yang menjadi teras adalah UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PPP dan 8 parti2 kecil lagi..

UMNO merupa satu2nya Parti melayu islam di dalam komponen BN tersebut.. Parti yang dipimpin Oleh bumiputera sabah dan serawak yg beragama islam 2 buah parti

MCA, Gerakan yg dipimpin oleh bangsa cina adalah antara dua buah parti komponen yg terbesar dalam BN..Jumlah Ahli MCA dan Gerakan sahaja adalah 1 1/2 kali ganda ahli UMNO..

Parti yang dipimpin Oleh bumiputera sabah dan serawak berketurunan campuran bangsa Cina adalah 6 buah parti kesemua pimpinan utama parti tersebut beragama Kristian dan Budha..

Jika keseluruhan Komponen Parti MCA, Gerakan Dan 6 Buah parti sabah dan serawak tadi digabungkan maka jumlah keahlian mereka adalah 5 kali ganda UMNO..

Akhir sekali Parti MIC dan PPP kesemuanya terdiri dari golongan India dan beragama hindu.. jumlah keahlian Kedua2 parti ini adalah menyamai jumlah keahlian parti UMNO..

( Parti Pembangkang )

PAS merupakan parti yang terbesar, mereka merupakan saingan bagi UMNO..
Kesemuanya Beragama islam dgn majoriti 97% berbangsa melayu..
Jumlah keahliannya hampir menyamai Parti UMNO skrg ni jumlah keahliannya semakin meningkat dari sehari ke sehari..
Ramai golongan Professional serta ilmuan islam bersama2 dlm perjuangan PAS..

Keadilan Rakyat merupakan parti baru 10 tahun bertapak dalam negara kita..80% peratus pemimpinnya adalah tediri dari orang2 melayu yang beragama islam.. Sebuah parti Multiracial ( perbagai kaum ) sekitar 90% ahlinya merupakan golongan muda..

DAP sebuah parti yg majoritinya berbangsa cina dan terdapat sedikit sahaja dari ahlinya yang berbangsa melayu dan india.. pada awal tahuhn 2007 telah mengubal perlembagaan parti mereka dgn meletakkan islam sebagai agama persekutuan dan melayu sebagai teras Bangsa Malaysia..

DAP Juga telah melantik Tengku Ismail seorang kerabat kebawah dulu sultan Pahang sebagai Naib President parti seumur hidup..
Ini selaras dgn Pelembagaan parti yg baru digubal dimana menyatakan jawatan Naib President parti DAP harus diduduki oleh seorang yang berbangsa melayu..
( media kerajaan mengelapkan Berita ini ).

Jikalau Perjuangan Bangsa Yang Dituntut..!!
Jadi dimanakah Rasionalnya Kekuatan UMNO dalam BN..

* Jawapan yang logik yang boleh diterima akal mengapa masih ramai lagi dari kalangan orang melayu menyokong UMNO adalah kerana orang melayu masih lemah di dalam bidang Matematik sehinggakan pengiraan peratusan kekuatan UMNO dalam Barisan Nasional pun mereka tidak mampu untuk mengiranya..


Cuba Perhatikan Tulisan Yang Tetera Di Belakang T-Shirt Yang Dipakai Oleh Seorang Pemuda Yang Berbangsa India Di Atas..

Adakah kita selaku umat islam tidak rasa terpukul dan malu kerana masih meragui Kepimpinan Ulamak..??
Sedang Orang bukan Islam sudah boleh menerima dengan hati yang terbuka pemerintahan yang berasaskan Islam tetapi kita masih menolak tanpa alasan yang kukuh..


Tiada ulasan: