Bukankah di dlm islam seseorang itu dianggap tidak bersalah selagi tidak dapat dibuktikan kesalahannya..
Belajarlah sirah Rasulullah serta Para sahabat dan Khalifah2 islam yg lainnya..
Aku respek dgn Lim Guan Eng.. beliau byk belajar ttg sejarah Khalifah Umar Abd Aziz..
Zaman Khalifah islam dahulu setiap banduan yg ditahan di dlm penjara akan diberi makanan yg sama seperti mana makanan yg dimakan oleh pegawai serta pengawal penjara tersebut, tidak lebih dan juga kurang,walaupun banduan tersebut dari golongan yahudi yg terang2 menentang Allah.
kerana apa mereka dilayan sedemikian rupa..?
kerana itulah ajaran Rasulullah dan itulah juga yg disuruh oleh Allah..
Sekarang mari kita tinjau dlm penjara Malaysia, Banduan semua makan apa? Bagaimana pula dgn penyeksaan fizikal yang dilakukan..??
Adakah layanan yg diterima sesuai dgn fitrah mereka sebagai makhluk yg bergelar manusia yg diciptakan Allah..?
Kalau di dunia ini kita melayan manusia lainnya seperti haiwan di akhirat nanti kita juga akan dilayan sama seperti haiwan..
Siapa yang akan menjawab di hadapan Allah di Padang mahsyar nanti di atas segala penyelewengan serta penghinaan tersebut..??
Apakah kesalahan itu hanya akan dijawab oleh para pemimpin yang melanggar perintah Rasul dan parintah Allah atau kita selaku rakyat yg melantik manusia2 yang sombong serta bongkang di kalangan kita sebagai pemimpin..
Sistem penghinaan ke atas manusia telah dimulakan oleh bangsa2 eropah ke atas rakyat di negara2 yg mereka jajah..
Mereka menangkap, memenjara serta menyeksa peribumi nagara2 tersebut tanpa sebab..!!!
kerana keangkuhan, kesombongan serta taksub dgn semangat bangsa kulit putih mereka..
Aku malu menjadi bangsa melayu kerana bangsaku telah hilang Peradaban serta kemuliaan peribadinya. Kini bangsaku tak ubah seperti bangsa2 eropah yg gemar menghina manusia lain serta menyanjungi budaya tidak berperikemanusian kerana menangkap dan memenjarakan manusia sesuka hati mereka tanpa sebarang pendakwaan serta bukti2 kukuh semata2 demi kepentingan peribadi dan juga kekuasaan.
Janganlah kita berlaku sombong ketika bangsa kita masih lagi diberi peluang oleh Allah menerajui kepimpinan negara ini.
Janganlah disebabkan kekuasaan yg dipinjam dan diamanahkan oleh Allah ke atas bangsa melayu maka kita menjadi begitu sombong sehingga melupakan segala hukum serta perundangan yg Allah telah tetapkan..
Mari kita mengambil iktibar di atas kegagalan serta kehancuran empayar pertama bangsa melayu di Melaka 500 tahun dahulu..
Apakah kita sudah lupa bahawa kehancuran tersebut adalah berpunca dari penolakkan secara terang-terangan terhadap perundangan islam dengan kemangkatan as-syahid Sultan Alaudin Riayat Shah I, dimana Baginda telah diracun oleh Golongan-golongan yang benci serta menolak hukum dan perundangan Allah. Selepas kemangkatan baginda maka berlaku bermacam2 kemungkaran serta penganiayaan ke atas rakyat Melaka oleh pihak pemerintah ketika itu sehinggakan fitnah tersebar luas, pemerasan dari segi cukai, anak isteri orang diculik dan dilarikan, rasuah bermaharaja lela malah nyawa rakyat sudah tidak berharga lagi pada mata pemerintah ketika itu..
Maka bala Allah pun sampai dengan serangan Soldadu Portugis mengakibatkan kekuasan Empayar Melayu Melaka itu lenyap dalam sekelip mata dengan penuh kehinaan kerana membelakangkan segala perundangan yang Allah tetapkan.
Lihat juga sejarah negara Aceh...
Satu2nya wilayah Indonesia yang tidak berjaya di tawan dan dijajah oleh pihak Belanda adalah Aceh Darul Salam walaupun tentera Belanda melancarkan serangan bertali arus dengan segala kelengkapan persenjataan yang maha hebat ke atas Aceh..
Kerana apa Aceh gagal ditawan oleh Tentera Belanda ketika itu, sedangkan di wilayah Aceh lah sumber kekayaan Indonesia..
Bagaimana tentera Belanda dimalukan oleh tentera Aceh.??
Sedangkan Belanda telah menumpukan segala kekuatannya ketenteraannya bagi menawan wilayah terkaya tersebut...
Jawapannya adalah kerana tentera Aceh bukan sebarangan tentera mereka adalah tentera fisabilillah ( Tentera Allah ).
Bagaimana pula kerajaan aceh boleh melahirkan tentera fisabilillah..??
Jawapannya adalah kerana kerajaan Aceh pada ketika itu mendaulatkan hukum serta Perundangan Allah.
Juga marilah kita mengambil iktibar dari sejarah punca2 mengapa empayar2 islam dahulu dilenyapkan oleh Allah dari muka bumi ini sehinggakan umat islam menjadi suatu bangsa yg begitu mudah diperkotak-katikkan oleh yahudi dan nasara..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan