Rabu, 5 November 2008
Ku Li dah insaf dan tak sanggup melakukan dosa Rasuah
Inilah REALITI yg tak boleh dinafikan oleh pecacai Umno..... aku nak tengok ada tak pecacai Umno yg nafikan!
Ku Li tewas akibat gagal sogok wang?
Tengku Razaleigh Hamzah gagal mendapat cukup pencalonan untuk jawatan presiden Umno kerana enggan menyogok wang kepada para perwakilan, dakwa seorang pembantu bekas menteri kewangan itu.
Datuk Kamal Amir Kamal Hijaz mendakwa, wakil lebih 50 bahagian Umno yang hendak mengadakan mesyuarat perwakilan, datang menemuinya (Kamal) untuk meminta sogokan sebelum mesyuarat dijalankan.
"Ada yang datang meminta RM500 dan ada juga yang mahu bayaran sehingga RM1,500 seorang.
"(Tetapi) saya memberitahu mereka bahawa kami tidak ada wang. Tengku (Razaleigh) tidak mahu mengeluarkan wang untuk mendapatkan pencalonan.
"Tengku hanya menawarkan diri supaya dinilai dan dipilih oleh para perwakilan dan bukannya memberi wang untuk mendapatkan pencalonan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan