Sebelum ini kami pernah mendedahkan perihal kes rompakan di rumah MB Pahang Adnan Yaakob. Kejadian yang berlaku beberapa hari selepas sambutan Aidil Fitri itu cukup membuatkan Adnan begitu marah dan teruja. Maklumlah, kami difahamkan wang tersebut telah diberikan oleh “orang-orang tertentu“ ikut jalan belakang bagi tujuan meraikan majlis perkahwinan Anak MB itu hari semalam.
Kecurian yang disedari oleh Adnan itu ternyata satu tamparan hebat buat dirinya, ini kerana kehilangan wang tersebut adalah dalam nilai yang banyak bahkan wang yang diambil oleh perompak itu pula adalah dalam satu karung guni yang terdapat dalam sebuah bilik khas dirumah MB itu. Di sini, jelas sekali kepada kita bahawa Adnan Yaakob telah terlibat dengan rasuah dan penyelewengan secara nyata. Memang kita tahu, wang tersebut mungkin sebagai hadiah hari perkahwinan anakandanya.
Namun beliau juga harus sedar yang pemberi hadiah terbabit sudah pasti akan mendapat projek “sorong tarik” antara mereka. Maknanya Adnan akan termakan budi dengan pihak terbabit buat selamanya selagi beliau menjadi MB.
Pendedahan kami tentang hal ini, sedikit menggemparkan Wisma Sri Pahang baru-baru ini. Ramai yang tertanya-tanya apakah berita ini benar atau palsu. Mereka juga terkejut dan tidak menyangka yang Adnan tergamak menerima dan menyimpan wang yang banyak didalam rumahnya. Kenapakah beliau tidak menyimpan wang tersebut di bank ataupun mana-mana agensi yang berkaitan. Tambahan pula Adnan sehingga ke hari ini masih belum membuat laporan polis atas kehilangan wang tersebut.
Siasatan kami sebelum ini mendapati bahawa kecurian wang tersebut ada kaitan dengan “orang dalam”. Rakyat Pahang masih ingat tentang penemuan wang dalam guni atas syiling rumah MB di zaman Khalil Yaakob dulu. Maka itulah agaknya perompak “bertopeng” yang bertugas dalam rumah MB kali ini, merasa terlalu rugi jika tidak mengambil wang tersebut. Tambahan pula, difahamkan Adnan menyimpan berguni-guni wang yang nilainya pasti jutaan ringgit dalam bilik tersebut.
Al-Kisah, laporan polis tidak dibuat dan kejadian ini tidak didedahkan kepada media arus perdana. Namun, akhirnya media alternatif seperti Pahang Daily telah berjaya menyelongkar perkara ini.
Sesungguhnya pembongkaran kami itu telah membuatkan Adnan Yaakob sedekit gementar dan gusar dengan apa yang berlaku. Beliau sangka kes rompakan itu adalah isu kecil dan hal dalaman. Tambahan pula dipercayai perompak terbabit adalah merupakan kakitangan yang bertugas dalam kediaman beliau. Maklumat diterima, semua kakitangan yangbertugas telah diberi cuti dan disiasat oleh pihak mereka secara “off record”. Tiada laporan polis dan tiada pihak yang tampil membuat kenyataan kes ini kepada media. Hasilnya, ramai lagi rakyat Pahang yang masih “menghormati” dan “tunduk kasih” kepada MB Pahang itu.
Adnan merupakan exco Agama, namun sikap dan keperibadiannya jauh sekali dari sepatutnya. Beliau bukan sahaja digelar “MB Samseng” malahan juga merupakan MB yang telah menyebabkan negeri Pahang bakal muflis akibat saman RM60 juta yang dikenakan oleh sebuah syarikat pembalakan baru-baru ini.
Gempar: Anak MB Sendiri Terlibat Rupanya
Maklumat terbaru yang kami terima tentang isu rompakan ini ialah seorang “dalang” yang terlibat dalam kes ini kini sudah “diasingkan” atau “dikuarantin” kerana ia melibatkan pekerja yang baru bertugas secara rasmi di kediaman MB itu. Manakala itu, semua pekerja senior yang turut disiasat kini sudah memulakan tugas mereka seperti biasa. Namun, perkara ini tidak boleh Adnan selesaikan begitu sahaja tanpa membuat laporan polis. Ini kerana kes rompakan itu melibatkan satu jumlah wang yang besar. Pekerja yang terlibat itu, sudah pun membuat pengakuan. Namun, satu berita gempar yang kami terima rupa-rupanya rompakan ini turut melibatkan anak MB sendiri yang baru melangsungkan perkahwinannya semalam. Beliau adalah “master mind” dalam merompak harta dan wang rasuah “bapaknya” itu.
Kami difahamkan anak MB yang berkahwin semalam itu tidak mempunyai sebarang pekerjaan. Dia hanya “makan tanggung” hasil ikhsan bapanya yang bergelar MB Pahang itu. Maka itu, kemungkinan besar beliau mencaturkan rompakan ini bagi membolehkannya mendapat sejumlah wang yang besar untuk berbulan madu dan menyara kehidupan selepas mendirikan rumahtangga nanti. Justeru itulah beliau terpaksa merompak duit ayahandanya sendiri, yang beliau tahu adalah duit “rasuah” ataupun “duit haram”. Mungkin juga ia mahu digunakan juga untuk berpoya-poya dengan teman wanita oleh salah seorang lagi anak Adnan yang masih bujang. Anehnya, hanya pekerja yang bersubahat itu sahaja yang menerima hukuman. Sebaliknya Adnan tidak langsung menghukum anaknya bahkan membiarkan ia bebas sebebasnya beliau pun telah melakukan rompakan itu. Mungkin juga Adnan menganggap “anaknya itu tidak bersalah” agaknya. Tambahan pula wang yang dikatakan berjumlah mencecah RM2 juta itu adalah wang “bapaknya” sendiri. Maka itu ia adalah hal keluarga, pada pandangan Adnan.
Anakku Sazali: Bapa Borek Anak Rintik
Misteri yang perlu dibongkarkan ialah dari mana Adnan memperolehi wang sebanyak RM2 juta itu secara tunai?. Kenapa wang tersebut tidak disimpan dimana-mana bank? Apakah ia memang benar “wang haram” dan “wang rasuah”. Jika ini berlaku, ternyata Adnan adalah “pengkhianat”. Beliau hanya bertopengkan “kealimannya” untuk mengaburi mata rakyat Pahang. Sebaliknya beliau juga adalah perompak seperti anaknya itu sendiri. Ini bermakna Adnan rompak wang rakyat dan anaknya rompak wang Adnan. Makanya inilah dia yang dinamakan “bapa borek anak rintik”. Inilah dia juga saling tak tumpah seperti apa yang berlaku dalam filem P.Ramlee “Anakku Sazali” dulu. Kami difahamkan juga pekerja terbabit dan anak MB itu banyak menyimpan rahsia tentang penyelewengan dan wang yang disimpan dalam rumah kediaman Menteri Besar Pahang itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan