KUALA LUMPUR - Sisters In Islam (SIS) menolak keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan amalan senaman yoga kerana tiada sebarang bukti dikemukakan bagi mewajarkan yoga diharamkan. Pengurus Program SIS, Norhayati Kaprawi berkata, sehingga kini negara tidak pernah menerima apa-apa aduan atau bukti yang mengatakan ada individu beragama Islam bertukar kepada agama Hindu selepas mengamalkan senaman yoga. "Jadi, mengapa perlu ia diharamkan? Mengapa terburu-buru untuk meletakkan undang-undang terhadap aktiviti senaman itu sedangkan ia tidak mengancam kedudukan agama Islam setakat ini?" soalnya ketika dihubungi semalam. Beliau mengulas tindakan Majlis Fatwa Kebangsaan semalam, yang mengharamkan umat Islam mengamalkan yoga secara sistematik kerana dibimbangi akan menghakis akidah jika pengamalnya meneruskan amalan itu ke peringkat lebih tinggi.
Menurutnya, mereka mempunyai alasan kukuh mengapa pengharaman itu tidak patut dilakukan memandangkan amalan yoga tidak lebih daripada sekadar satu senaman untuk kesihatan. ''SIS tidak nampak ia boleh memesongkan akidah seseorang pengamalnya sama ada yang beragama Islam atau bukan Islam. Ini kerana yoga tidak lebih dari sekadar senaman untuk kesihatan jasmani, sama juga seperti senaman Tai Chi dan Qigong,'' katanya. Sambil menyifatkan ia sebagai satu pengajaran, beliau bagaimanapun meminta supaya Majlis Fatwa lebih peka sebelum membuat sebarang tindakan membabitkan isu-isu sensitif seperti itu. Dalam pada itu, SIS juga akan memberi sokongan penuh sekiranya Majlis Fatwa mengambil langkah untuk mengkaji semula perkara tersebut bagi mengelak kekeliruan masyarakat.
Kita naik hairan dengan sikap kerajaan yang lansung tidak mengambil tindakan terhadap Sister In Islam (SIS) ini, biarpun pertubuhan tersebut jelas banyak memesongkan umat Islam di Malaysia selama ini. Apa hebatnya Islam yang dimiliki oleh SIS jika mahu dibandingkan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan?. Jika Majlis Fatwa kata haram, ikut sajalah ! Jangan banyak cerita. Alasan dangkal yang diberikan oleh mereka ialah belum ada umat Islam di Malaysia yang masuk Hindu. Beliau tahu atau tidak kisah sebenar tentang Yoga ini? Perkara yang menjadi persaoalan sekarang adalah tentang Akidah. Jika itu tanggapan SIS maka itu sama sahajalah jika umat Islam menyertai sama perayaan yang dianjurkan oelh agama Hindu, Kristian, Budha dan sebagainya. Maka bolehlah umat Islam sembah patung mereka sebab kiat bukan masuk Hindu. Soal akidah jangan dibuat main-main, Sister In Islam harus banyak belajar agama lagi atau elok juga bertanya dulu pendapat daripada ulamak mabrur sebelum mereka ingin mengeluarkan sebarang kenyataan
SIS Tolak Fatwa, Kenapa Tiada Tindakan?
Satu persoalan yang harus ditanya kepada kerajaan Malaysia Islam Hadhari ini ialah kenapa Sisters In Islam yang telah banyak memesongkan akidah umat Islam dan sering mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa tidak diambil tindakan?. Mempertikaikan keputusan ulamak yang dilantik oleh kerajaan bermakna menghina Islam. Justeru itu kenapa hanya Raja Petra dan Teresa Kok sahaja yang dikenakan tindakan, walhal belum terbukti mereka melakukan perkara tersebut. Bahkan Raja Petra hanya ditahan ISA atas satu komen dalam blognya yang dikatakan menghina Islam dan Nabi Muhammad. Padahal komen itu boleh dihantar oleh sesiapa sahaja untuk tujuan tertentu. Namun beliau disumbat ke dalam ISA, mujurlah kini dibebaskan semual oleh mahkamah setelah terbukti ia satu penganiayaan. Bagaimana dengan Sisters In Islam ini? Nama "sisters" pun sudah menyerupai agama "Kristian". Banyak pertikaian tentang fatwa yang dikeluarkan, namun mereka tidak pernah diambil tindakan oleh kerajaan. Mana JAKIM, JAWI serta agensi Islam yang lain? Kenapa senyap dan membisukan diri. Tangkap pemimpin Sisters In Islam dan humbankan mereka ke ISA atau dakwa di mahkamah atas kesalahan menghina Islam (menolak fatwa).
Sealiran: Astora Jabat (Penolong pengarang Al-Islam dan Kolumnis Utusan Malaysia), V. Gayathry (Centre for Independent Journalism) dan Norhayati Kaprawi (Sisters In Islam) dalam satu sidang media membantah pengharaman buku oleh KDN bulan Mei 2008 lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan