Jumaat, 7 November 2008

Adakah UMNO menolaknya..??

Adakah UMNO yang cukup terkenal dengan semangat bangsanya ( Melayu ). Dengan Laungan " Hidup Melayu " benar-benar menolak Firman Allah seperti yang termaktub di dalam Al-Quran..??

Di negara kita juga terdapat budaya masyarakat manusia yang tidak berkembang. Mereka memiliki semua sifat-sifat manusia, tetapi mereka kekurangan kriteria dari aspek teknikal dan kebudayaannya, secara umumnya mereka inilah yang memerintah negara. Disebabkan oleh klimaks tempat mereka tinggal dan keadaan semula jadi, banyak komuniti yang hidup terasing daripada masyarakat dunia umumnya dan telah mengembangkan kebudayaan yang berbeza.

Tetapi setiap satu daripadanya pasti wujud sifat-sifat, adat, dan kelakuan yang biasa bagi manusia. Mereka yang mempunyai agenda tersembunyi ( Hidup Melayu ), dan mereka yang melihat keuntungan di dalam rasisme ( Perkauman ), dengan penuh ghairahnya tanpa sedar telah menolak firman Allah, Hasil daripada Fahaman Assobiyah ( Bangsa ) ini, sehingga ke hari ini telah muncul mereka yang menindas dan menekan manusia dan komuniti yang mundur yang tidak berkembang.

Allah, bagaimanapun, telah mengharamkan Rasisme / Semangat bangsa. Allah telah menjadikan manusia, di dalam warna yang berbeza dan bertutur di dalam bahasa yang berbagai. Ini merupakan tanda-tanda kesenian dan keperbagaian ciptaan Allah:

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan. (Surah Ar- Rum:22)

Pada pandangan Allah, satu-satunya kemuliaan ialah akhlak seseorang, penghindaran daripada semua jenis dosa dan kemungkaran, dan ketinggian moral yang diperolehi daripada ketaatannya kepada agama. Sebahagian ketaatannya kepada agama ialah menyakini tidak ada manusia yang memiliki ketinggian melebihi orang lain yang diperolehinya daripada sifat-sifat luarannya. Allah menjelaskannya di dalam sebuah ayat:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Surah Al-Hujurat:13)
Di dalam beberapa website UMNO dengan jelas menyatakan
bahawa orang-orang cina dalam Parti DAP adalah KHINZIR..!!!

Bukankah sudah jelas bahawa UMNO menolak Firman Allah di atas...!!! Sampai bilakah UMNO akan terus kekal menganuti Fahaman Assobiyah yang dipelopori oleh kaum YAHUDI semenjak zaman Nabi Musa a.s lagi..???

Sabda Rasulullah s.a.w

"Bukan dari kalangan ku org yg menyeru ke arah assobiyyah/ Kebangsaan, bukan dari kalangan ku org yg berperang di atas dasar assobiyyah dan bukan dari kalangan ku org yg mati di atas dasar assobiyyah / Kebangsaan.

RASULULLAH TIDAK MENGAKU UMAT SERTA MELAKNAT KEPADA SESIAPA YANG BERJUANG ATAS DASAR BANGSA..

Tiada ulasan: