Jumaat, 26 Jun 2009

The Chronicles Of Merong Mahawangsa

Mampukah Yusry ( KRU ) Menterjemahkan Filem Sejarah Asal-Usul Kerajaan Melayu Islam


















Synopsis
Based loosely on the 16th century historical document entitled The Malay Annals, The Chronicles of Merong Mahawangsa is an action-packed epic feature film, with mythical characters, magical moments and dazzling visual-effects sequences. Merong Mahawangsa was a descendant of Alexander the Great, a renowned naval captain and traveller who came to Asia several hundred years ago.

The year is 120 AD a time when the Roman Empire is at the height of its power, during the reign of Hadrian " one of the Five Good Emperors. Meanwhile in China, the Han Dynasty is firmly cemented as the ruling empire and is expanding into Central Asia... one hundred years before the period of the Three Kingdoms.

As the Roman fleet did their repairs and traded in Goa, they asked Merong Mahawangsa to escort a Roman prince to Southeast Asia, to wed a beautiful Chinese princess from the Han Dynasty. The Chinese princess and the Roman prince are supposed to meet halfway and be married on neutral grounds.

However, the pirate nation of Geruda had other plans. They decided to kidnap the Chinese princess and use her as ransom. En route to the Straits of Melaka, Merong Mahawangsas fleet was attacked by Gerudas forces while stopping at a small island to replenish supplies.

Will Merong Mahawangsa be able to rescue the Princess and re-unite her with her betrothed in a marriage that is set to bring together two great civilisations from the East and West?

Join KRU Studios in The Chronicles of Merong Mahawangsa where his journey will be revealed.

Company
National Film Dev. Corp. Malaysia (FINAS)

Cast
Stephen Hughes

Director(s)
Yusry Abdul Halim

Writer(s)
Amir Hafizi

Producer(s)
Norman Abdul Halim

Production Status
Pre-Production

Completion Year
2010

* Persoalannya.. Mampukah Yusry KRU merealisasikan filem Merong Mahawangsa seadil-adilnya.. Yusry seharusnya mengupas fakta sebenar tentang sejarah Ketamadunan Islam serta pengaruh sistem Kekhalifahan Othmaniah yang berpusat di Turky.. Merong Mahawangsa bukannya sebuah kesah atau cerita dongeng.. ianya kesah sebenar ketamadunan bangsa melayu uang membina Empayar Islam Negara Kedah-Siam. Empayarnya dari champa, siam sehingga ke semenanjung tanah melayu..

Diharapkan juga filem ini berlandaskan Tauhid dgn tidak mencampurkan unsur mistik yg boleh menjejaskan akidah umat islam.. Empayar Islam Negara Kedah-siam ni adalah negara yang mentauhidkan Allah dan melaksanakan perundangan Islam..Jangan Rosakkan sejarah melayu dgn benda2 yang mistik dan tahyul seperti kesah tahyul berkenaan keris " Taming Sari " sipemakainya tak akan lut jika ditikam..

Awal2 lagi kita telah meragui jalan cerita Filem yg kononya gah ini... Sudah terbukti Jurai Keturunan bangsa melayu bukan berasal dari Iskandar Zulkarnain ( Alexander The Great ) tetapi mengapa harus dimasukkan segala pembohongan tersebut..

Kami suspek ada agenda dibelakang filem ini. cuba lihat agenda filem " Raja Bersiong " yang dikawal selia oleh Tunku Abdul Rahman - 1967 kalau x silap. Apa agendanya?

Oleh itu jikalau ia sudah menjadi agenda pihak-pihak yang ingin menutup sejarah reality adakah filem pada dasarnya ini akan memaparkan kebenaran? Lihat juga filem Suriyothai - rujukannya adalah vault Diraja Thai.

Jika benar KRU prod itu ikhlas sudah tentu waris Merong Mahawangsa yang benar akan dirujuk tanpa soal bicara.

Bukannya berselindung disebalik penafian 'tiada bahan rujukan' untuk menutup agenda tersirat dibelakan tabir.

faham-faham sendirilah pihak mana yang akan dirujuk...bukankah At Tarikh Salahsalah Negeri Kedah...?

Buku " UNDANG-UNDANG KEDAH " sudah berada dipasaran...apa pulak xde bahan rujukan...jangan cuba memperbodohkan orang Melayu lagi.

4 ulasan:

Unknown berkata...

Salam saudara/i yang budiman.. Terlebih dahulu saya mohon maaf kalau kalau bicara saya ini adalah bicara kosong semata. Saya hormat dengan bicara saudara/i dalam memberi komentar di atas.. Sepertimana yang kita tahu, Merong Mahawangsa adalah sebuah epik sastera lama dimana hikayat ini jarang jarang dibicarakan orang.

Apabila saudara Yusry ingin menerbitkan filem ini, terdapat pelbagai komen dan reaksi dari ramai orang. Ada yang memberi kata semangat dan ada juga yang mebidas. Berdasarkan novel sastera lama Hikayat Merong Mahawangsa yang asal telah menceritakan bahawa asal usul Merong Mahawangsa ini adalah dari Benua Rom. Makanya tidak patut ada ungkapan ‘Yusry cuba memperbodohkan orang melayu lagi’ seperti yang saudara/i nyatakan dalam komentar di atas.

Apabila terdapat fakta yang ditulis oleh pengarang sastera lama mengenai asal usul Merong Mahawangsa, adalah tidak menjadi kesalahan sekiranya kita mengambil fakta itu sebagai satu kenyataan yang positif. Mengikut Hikayat Merong Mahawangsa yang ditulis dan dibukukan oleh Puan Siti Hawa Haji Salleh, Jabatan Persuratan Melayu, Fakulti sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Merong Mahawangsa berasal dari benua Rom, beliau merupakan orang kuat kepercayaan Raja Rom dan diamanahkan untuk menggantikan tempatnya ketika angkatan Benua Rom berlabuh layar untuk ke Benua China demi urusan peminangan dan perkahwinan Putera Rom dengan Benua China.

Makanya tidak timbul isu mengubah fakta atau menyelewengkan sejarah kerana fakta itu bukanlah datang dari fantasi khayalan saudara yusry tetapi sesuatu yang dipetik dari buku hikayat asal Merong Mahawangsa yang telah dikaji dan ditulis oleh para sastera kita.

Kita juga tahu, apabila sesebuah hikayat itu menuntut satu tanggungjawab yang besar pada sejarahnya yang dikatakan mempunyai kaitan rapat dengan kerajaan kedah tua namun persoalan yang lebih berat terpikul dibahu beliau adalah bagaimana untuk mengupas hikayat ini dengan baik tanpa mencemarkan sejarah. Demi menerbitkan sebuah karya yang bagus, pastinya saudara yusry juga ingin sekali merealitikan hikayat ini dengan baiknya namun apabila terlalu banyak mistik dalam karya asal ini makanya beliau mengambil keputusan untuk mengambil hanya sedikit kisahnya daripada hikayat asal dan menambahnnya dengan imaginasi sendiri mengikut logic akalnya agar ia lebih mudah difahami tanpa mitos mitos yang sarat dengan perkara mistik sepertimana yang tertulis dalam hikayat asal. Sebetulnya tindakan beliau ini perlu dihormati kerana dengan jelasnya beliau telah mengambil sikap lebih berhati hati dalam mengolah jalan cerita agar sastera lama ini tidak dianggap telah diselewengkan.

Tugas yang saudara yusry pikul sebagai pengarah filem epik ini pastinya adalah sesuatu tugas yang berat. Apatah lagi dewasa ini, penonton menuntut sesuatu karya bagus dan memenuhi citarasa penonton millenium. Apa yang ingin saya sentuhkan disini, pada pandangan saya sebagai seorang penulis bebas, adalah tidak menjadi kesalahan sekiranya saudara yusry ingin menerbitkan filem ini dengan mengutip sedikit dari kisah hikayat ini dan menjadikannya lebih menarik dengan imaginasi logik akalnya.

Unknown berkata...

Menurut hikayat kata pengantar dalam Hikayat Merong Mahawangsa yang ditulis dan dikaji oleh Puan Siti Hawa Haji Salleh turut menyatakan bahawa sebahagian besar kajian yang dilakukan ini terhadap hikayat ini berlatarkan prasangka dan pandangan rendah yang mudah difahami kewujudannya. Ternyata, sesebuah hasil sastera sejarah seperti hikayat ini wajarlah didekati dengan fikiran yang terbuka tanpa prasangka dan dengan mempertimbangkan konsep serta nilai sastera dan sejarah yang menjadi prinsip masyarakat yang menghasilnya.

Amatlah jelas disini bahawa karya ini sesuatu karya yang berat kerana ia bukan saja mendukung watak sejarah Kedah tua tetapi turut dipersembahkan dengan pelbagai mitos yang pastinya mudah dipandang syirik dan tahyul serta boleh memesongkan akidah. Namun saya amat berharap agar saudara Yusry tidak dipersalahkan dengan mudah kerana seperti mana yang kita tahu, untuk menerbitkan filem yang ada kaitan sejarah bukanlah sesuatu yang mudah. Mungkin kita perlu memberi pengkarya filem diluar sana sedikit kebebasan untuk mereka berkarya agar karya itu nampak mudah difahami dan menarik.

Amatlah berbeza jika beliau ingin menerbitkannya dalam bentuk dokumentari sejarah Kedah Tua yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Merong Mahawangsa. Pastinya beliau perlu menerbitkan dokumentari ini dengan mengikut fakta sejarahnya seratus peratus tanpa dapat ditokok tambah atau dikurangkan walau sedikit kerana bimbang sejarah itu akan nampak cacat dan diselewengnya apabila dokumentari itu siap kelak. Perlu juga diingat bahawa dokumentari sejarah dan filem berunsur sejarah mempunyai banyak perbedaan.

Filem menuntut dialog, pewatak dan situasi bagi menggambar adegan dan babak itu dengan mewujudkan dialog dan prop yang sesuai namun dalam mana- mana hikayat amatlah jarang untuk kita menemui tiga perkara ini dengan lengkap dan tepat. Makanya penulis skrip ini perlu menggunakan imaginasi sendiri berdasarkan kisah yang tertulis dalam setiap buku hikayat ini untuk membina dialog dan babak. Sedang dokumentari adalah penceritaan fakta- fakta sejarah tanpa dialog pewataknya dengan terperinci.

Pada pandangan saya kekeliruan dikalangan sesetengah pihak timbul apabila mereka cuba mengaitkan Sejarah Kedah Tua dengan Hikayat Merong Mahawangsa sebagai karya yang sama. Sedangkan kedua-duanya nyata mempunyai perbezaan kerana dalam Hikayat Merong Mahawangsa, teknik penceritaan sejarahnya nampak lebih seni dan bermitos kerana ianya disampaikan dalam bentuk teks sastera lama dengan menggunakan bahasa melayu klasik. Sedang bagi buku Sejarah Kedah Tua tidak begitu, ia penuh dengan fakta. Kekeliruan ini akan dapat dibuang sekiranya kita mendalami kedua-dua teks sejarah ini dengan mendalam dan bersifat lebih terbuka dalam menerima hasil kajian dan tulisan para sastera kita.

Makanya hendaklah kita fahami bahawa amatlah berat beban dan tugas yang terpikul dibahu saudara yusry dan mereka yang terlibat dalam menerbitkan karya filem Merong Mahawangsa ini juga bagi mereka yang akan menghasilkan filem epik yang lain.

Sekian…

muslimism93 berkata...

salam

bro

Iskandar Zulkarnain bukn Alexander The Great tapi Cyrus The Great..

Pewaris Merong Mahawangsa berkata...

Pewaris Takhta Sebenar Merong Mahawangsa