Jumaat, 26 Jun 2009

Siapakah Sejarahwan Negara yang akan memantau hasil kerja Filem " Merong Mahawangsa "














Khamis Mei 7, 2009 - FILEM Merong Mahawangsa arahan Yusry Abdul Halim dijangka akan menjadi filem termahal terbitan KRU Studios.

Mengambil rujukan kisah sejarah Hikayat Merong Mahawangsa, Yusry telah pun memilih beberapa pelakon dari United Kingdom, Sweden dan China untuk berkhidmat dalam filem ini selepas ujibakat dilakukan.

Selain itu, kostum dan props untuk digunakan dalam filem epik drama itu juga akan diimport dari Amerika Syarikat dan China.

Ini kerana filem ini mengisarkan tentang Empayar Rom dan Empayar China mengikut buku sejarah hikayat itu.
Aktor Stephen Rahman akan menerajui filem ini sebagai Merong Mahawangsa yang mempunyai darah campuran Rom ( Alexander The Great ).

Yusry berkata filem Merong Mahawangsa akan menyerlahkan bakat pelakon teater.

“Kebanyakan pelakon dalam filem ini ramai terdiri daripada pelakon teater kerana kami tak nak muka terlampau komersial.
“Sekarang saya sedang sibuk berulang-alik ke Terengganu untuk melihat lokasi penggambaran.

“Insya-Allah jika tiada aral kami akan memulakan pengambaran mulai 9 Jun depan.

“Saya memilih untuk membuat filem ini untuk ketengahkan cerita mengenai raja pertama yang membuka tanah ‘Langkasuka’. Nama itu pernah dipertimbangkan untuk menjadi nama Malaysia dulu.

“Filem ini juga akan menggunakan teknik Computer Generated Imagery (CGI) untuk menghidupkan Empayar China dan Empayar Rom kerana saya rasa agak rumit juga untuk membuatnya seperti fakta dan bukan mitos,” katanya mengenai filem yang menggunakan latar masa kurun ke-2.

Tambahnya, “Cerita agak fantasi tetapi CGI pun ada seakan-akan filem Pirates of Carribean.

“Skrip itu telah dirombak sebanyak 16 kali. Sekarang saya rasa agak sukar dan mempunyai batasan untuk membuat rujukan.”

Jelas duda berusia 36 tahun ini, dia akan menggunakan lokasi di tepi pantai dan memilih Kuala Terengganu dan Besut di Terengganu.
“Kami juga sedang menyediakan set dan kostum. Misalnya, kami akan mengimport topi dan baju besi dari Amerika Syarikat dan China.
“Kiranya filem ini boleh dianggap sebagai filem terbesar KRU dari segi kemahiran dan pengambaran,” beritahu Yusry yang terpaksa menolak tepi kehidupan peribadinya.

Dia bimbang sekiranya ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’.

Yusry juga agak sibuk bekerja sehingga tiada masa untuk bersosial dan mengambil sikap untuk lebih ‘low profile’ dalam industri seni ini.

Kata bekas suami aktres Erra Fazira ini, “Saya akan jadi gila jika tiada kerja”.

Tambah Yusry, dia banyak menumpukan kerja di belakang tabir sehingga tidak berpeluang menerima tawaran lakonan.
“Saya ada dapat ‘offer’ berlakon tapi terpaksa tolak kerana sibuk dengan filem Merong Mahawangsa,” tutur Yusry.

MStar Online

Oleh Siti Azira Abd. Aziz

* Mana Sejarahwan Negara yang akan memantau hasil kerja filem " Merong Mahawangsa "
Apakah nasib Filem " Merong Mahawangsa ' juga akan mengalami nasib yang sama seperti Filem " Bukit Kepong " yang penuh dgn penipuan dan putar belit fakta sejarah demi memenuhi agenda pihak2 tertentu...??

Kita nantikan keikhlasan Yusri menyatakan pekara yang haq.. pekara paling asas yang harus diperbetulkan oleh Yusri adalah nama sebenar Merong Mahawangsa adalah Mei Ren Wang Ser.. Diutuskan oleh maharaja cina dari Dynasti Tang bagi membina empayar islam serta mengembangkan agama islam ke rantau sebelah sini..
Mampukah Yusry KRU mengubah sejarah songsang yang dicipta oleh pihak2 penjajah dgn dibantu oleh tali barut mereka yang terdiri daripada anak2 tempatan kepada sejarah bangsa melayu islam yg sebenar-benarnya..

Apakah yang mampu kita tinggalkan kepada anak bangsa kita jika semua fakta sejarah bangsa diputar-belitkan demi kepentingan dan agenda pihak2 tertentu..??

1 ulasan:

Pewaris Merong Mahawangsa berkata...

Pewaris Takhta Sebenar Merong Mahawangsa