Khamis, 4 Jun 2009
Kebangkitan semula " Harimau Asia " setelah diaib serta dipenjarakan oleh regim Diktaktor Barisan Nasional
" Harimau Asia " Gelaran yg pernah diberikan oleh pakar serta penganalisa ekonomi dunia sedikit masa dahulu kerana kejayaan cemerlang beliau melonjakkan ekonomi Malaysia ketika menyandang jawatan sebagai Menteri kewangan Malaysia
Suatu masa dahulu Anwar Ibrahim adalah Presiden ABIM dan
Ustad Fadhil Noor ( Persiden PAS yang lalu ) Sebagai timbalan Presiden ABIM..
Perjuangan Anwar dalam ABIM adalah utk memartabatkan belia islam di peringkat antarabangsa sebab tu anwar terkenal di seluruh dunia arab dan dunia islam lainnya kerana kelantangan suara beliau memperjuangkan islam sehingga beliau menjadi perhatian bukan sahaja oleh ulama` islam dan pemikir2 islam tetapi oleh Raja2 Arab dan juga pemimpin2 tertinggi negara islam seluruh dunia..- fakta ni korang tak akan dapat dari media kerajaan sebab media kerajaan hanya tertumpu kpd cerita karut- marut je..
Maka Mahathir yg nampak potensi Anwar Ibrahim juga terpesona dgn anak muda tersebut kerana setiap kali mahathir berhubungan dgn dunia islam rata2 pemimpin2 serta wakil2 kerajaan islam tersebut bertanyakan tentang anak muda dr malaysia yg bernama anwar Ibrahim..- aku bukan nak puji tapi ini fakta, berdosa besar jika aku mereka2 cerita..
Disebabkan pengaruh Anwar begitu besar dlm dunia islam ketika itu maka mahathir pun memperlawa anwar ibrahim masuk UMNO, tujuan mahathir tidak lain tidak bukan adalah untuk mengekang serangan2 PAS terhadap dasar2 parti Assobiyah tersebut..
Disebabkan Kehebatan Kepimpinan serta Karisma Anwar maka beliau telah melonjak dengan begitu pantas sekali dalam dunia politik sehinggakan dunia terpesona dan berpaling ke arahnya, ini membuatkan ramai dari kalangan pemimpin UMNO rasa tercabar dan terpinggir.
Akhir sekali apabila Anwar mengancam kedudukan Mahathir yang korap serta cuba mengubah perlembagaan UMNO dan dasar-dasar Parti UMNO yang mengamalkan kronisma dan rasuah serta membuka seluas-luasnya parti tersebut kepada golongan muda yang terpelajar dan professional bagi menerajui parti tersebut maka beliau ditendang dgn cara yg paling hina.. Pemecatan dan penghinaan terhadap Anwar Ibrahim disambut dengan penuh kegembiraan disebelah pihak musuhnya dalam UMNO yg selama ini sememangnya dengki dan takut dengan dasar2 islam dan demokrasi terbuka beliau.
Kesilapan besar Anwar adalah kerana beliau terlalu yakin bahawa dalam UMNO pejuangan prinsip2 islam dan demokrasi terbuka yang beliau perjuangkan akan disokong sepenuh hati oleh ahli2 UMNO yang beragama islam dan menghormati hak bukan orang islam berlandaskan Al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.
Kisah Anwar ni macam kisah Hang Nadim..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan