Khamis, 27 November 2008
Riwayat Hidup Hang Tuah Yang Sebenarnya....
Hayatilah Riwayat Hidup Tuah Yang Amat Disanjung Oleh Orang-Orang Melayu Dulu Kini Dan Selamanya.
Apakah Hebatnya Pemerintah Melaka Sehingga Tuah Tak Boleh Melanggar Segala Amanatnya ? Apakah Tuah Takut Dgn Daulat Pemerintah ? Adakah Daulat Itu Sama Kuasanya Dgn Mukjizat Seperti Yg Allah Pernah Anugerahkan Kpd Para Rasulnya ? Apa Mulianya Pemerintah Melaka Sehingga Allah Menganugerahkan Kehebatan Daulat Tersebut ?
Selaku Seorang Yg Mengaku Beragama Islam Tuah Sepatutnya Tahu Bhw Manusia Perlu Takut Serta Tunduk Hanyalah Kpd Allah S.W.T Adalah Menjadi Suatu Perbuatan Syirik Yg Besar Lagi Nyata Jika Pelakuan Melutut, Menyembah Serta Meratap Nasib Pd Mana2 Makhluk Allah termasuklah kepada Pemerintah Melaka.
Tuah Seorang Manusia Yang Penuh Dgn Segala Sifat Tercela.. Tidak Mempunyai Adab Serta Budaya Ke Majapahit Membuat Onar Di Taman Larangan Istana .. Mengoda Isteri Taming Sari Dgn Penuh Berahi.. Merampas Keris dari Pahlawan Majapahit Tersebut Dgn Segala Tipu Daya.
Gugurnya Taming Sari Di Tangan Tuah Penuh Bermaruah Demi Mempertahan Kesucian Isteri Tercinta.. Memperdaya Serta Melarikan Tun Teja Tunangan Megat Panji Alam Juga Dgn Segala Janji Manis, Tipu Muslihat Jahat Dan Ilmu Guna-Guna Yang Jelas Adalah Suatu Perbuatan Syirik Kepada Allah.. Atas Kehendak Nafsu Serakah Mengadai Tunangan Orang ( Tun Teja ) Kepada Sultan Yang Gila Berjimak demi Pangkat Serta Kuasa..
Demikianlah Sifatnya Si Tuah Yang tidak Pernah Sekali Pun Mengenal Yang Mana Halal Dan Yang Mana Haram. Setelah Tunangannya Dilarikan Si Tuah Sayugia Megat Panji Alam Pun Tampil Menebus Maruah..
Dikesah Sekitar Empat Ribu Orang Pahlawan Sanggup Berasamanya.. Demi Merampas Kembali Tun Teja Serta Menjaga Aib Kerajaan Pahang Yang Sudah tercela.. Setiba Hampirnya Mereka Semua Di Melaka.. Maka Disekat Oleh Jebat Tingkah Serta Pergerakannya.. Dengan Penuh Takzim Jebat Marafak Sembah, Agar Megat Panji Alam Tidak Menyerang Melaka.. Sesama Muslim Diharamkan Bersengketa Adalah Lebih Baik Dihindarkan Segala Bencana.. Melihat keikhlasan Jebat Mempertahankan Ummah.. Nafsu Amarah Megat Panji Alam Kembali Beransur Kebah.. Redha Ia Dengan Ketentuan Allah.. Menitis Air Mata Keinsafan, Menyesal Ia Kerna Menurut Segala Hasutan Syaitan.
Mengapakah watak Megat Panji Alam Dihapuskan Dari Pusaka Bangsa..? - Tentu ada Muslihat Yang harus Kita Rungkai..!!
Tatkala Tuah Difitnah Oleh Segala Pembesar Yang Iri Hati Padanya Kerana Tindak-tanduk Tuah Yang Menjolok Mata Serta Pandai Bermuka-muka Di Hadapan Paduka Raja Guna Untuk Menguasai Seluruh Kekuasaan Melaka, Baginda Sultan Pun Menjatuhkan Hukuman Bunuh Ke Atas Tuah Tanpa Usul Periksa Kononnya Tuah Memanjat gudik Raja.
Sayugia Tampil Jebat Menuntut Bela Demi Menegakkan Keadilan, Tuah Wajib Dibicara Mengikut Perundangan Islam Sesuai Dengan Hukum Kanun Negeri Melaka ( Hukum Syariah ) Ketika Itu.
Maka Gegak Gempita Seluruh Istana Tika Jebat Mengatakan Saksi Yang Melihat Tuah Keluar Dari Kamar Gundik Raja Adalah Saksi-saksi Yang Fasik Dan Tidak mengikut Syarat yang Ditetapkan Oleh Agama.
Sudah Menjadi Resminya Dunia.. Manusia Jahil Menilai Permata.. Jebat Penegak Keadilan Dituduh Durhaka... Si Tuah Tamak Haloba Disanjung Serta Dipuja.. Pemerintah Tertinggi Melaka Arahkan Usaha.. Dicari Pembesar Serata Melaka.. Disuap Dengan Pelbagai harta Supaya Dapat Mengadu Domba..
Keburukan Jebat Harus Diusaha Dengan Alasan Ia Durhaka... Keperibadian Tuah Wajib Dicerna Serta Dicakna Konon Terpuji Sebagai Laksamana. Tidak Ia Durhaka Kepada Raja, Bangsa Serta Agama.. Agar Nanti Rakyat Tidak Bangkit Menuntut Bicara... !!!
Maka Segala Pembesar Yang Arif Lagi Bijaksana Duduk Bermuafakat Mencari Jalan Mereka Cerita.. Dibuat Fitnah Kononnya Jebat Bermukah (Berzina ) Di Dalam Istana Raja.. Dang Baharu Dijadikan Mangsa Sedangkan Dang Baharu Telah Lama Berbadan Dua Sebelum Terjadi Segala Peristiwa Mereka Dinikahkan Oleh Datuk Paduka Disaksikan Tuah Kekanda Tercinta..
Kerana Pangkat dan Harta Tuah Melupakan Segala-galanya Tergamak Ia Membunuh Saudara Sendiri Agar Memperolehi Segala Yang Dihajati..
Di Usia Tuanya, Si Tuah Tetap Juga Haloba mengejar Pangkat Dan Darjat, Walaupun Nyawanya Sudah Teramat Singkat, Dikuatkan Kudrat Menjunjung Segala Amanat.. Nafsu Kebawah Duli Senantiasa Meningkat Dan Tidak Mampu Disekat-sekat, Puteri Gunung Ledang Tuanku Berhajat.. Diperintahkan Tuanku Akan Tuah Bersama Tun Mamat.. Agar Puteri Gunung Ledang Dapat Segera Dipikat, Bagi Melepaskan Segala Dendam Berahi Yang Teramat Sangat..
Di Kaki Gunung Ledang Tuah Kecundang.. Usia Tuanya Menjadi Penghalang.. Tenaga Serta Kudrat Semakin Menghilang.. Tiada Mampu Lagi Ia Menawan Puncak Ledang.. Rasa Sedih Bukan Kepalang Kerana Cita-Citanya Mengejar Apa Yang Dihajat Akan Terhalang.. Perasaan Takut Dan Bimbang Datang Berselang.. Mungkin Tun Mamat Akan Menyilang.. Adakah Tun Mamat Akan Berpeluang Dan Tun Mamat Setelah Pulang Akan Dijulang Kerana Berjaya Pergi Meminang..
Teringat Segala Pesan Hang Jebat Sebelum Ajalnya Menjelang Tiba Ketika Berusaha Membalut Luka " Bangsaku Harus Berani Menegakkan Keadilan. Peristiwa Ini kan Berulang Lagi Di Suatu Masa... Benang Tenunan sejarah Pastikan Terbuka... Janganlah Kita Alpa.. Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah.. Jadikan Perjuanganku Ini suatu Pengajaran Teringat Juga Kata-Kata Hang Tuah.. " Tak kanMelayu Hilang Di Dunia " " Pantang Melayu durhaka Kepada Rajanya ( Pemerintah ) "
" Tak Guna Berpencak Silat Jika Maruah Kita Duduknya Di Bawah Telapak Dan Kerja Kita Hanya Sebagai Penjilat.."
Salahkah Jebat Menuntut Bela ? Salahkah Jebat Menegakkan Hukum ? Yang Mana Lebih Tinggi ? Perundangan Islam ( Allah ) Atau Kuasa Raja ( Manusia ) ? Bukankah Merurut Perundangan Islam Hutang Darah Dibalas Dengan Darah..
Ke Mana Hilangnya Watak Lekir, Likiu Serta Kasturi..?? Tidak Adakah Di Antara Mereka Bertiga Yang Sanggup Membela Kematian Jebat..?? Orang Melayu Ini Mudah Dipikat Dan Dijerat... Dianugerahkan Emas Dan pangkat Maka Berpaling Tadahlah Ketiga2 Hulubalang Keparat... !! Ke Manakah Jua Hilangnya Suara2 Ulama Yang Gah Kononnya Melaka Pusat Perkembangan Islam Di Rantau Sebelah Sini... Sebenarnya Ulama2 Di Waktu Itu Juga Telah Dijamu Dgn Segala Kemewahan Duniawi..
Setelah Kemangkatan Jebat Negeri Melaka Penuh Dgn Segala Kemungkaran..
Para Pembesar Melayu Begitu Rakus Melakukan Segala Rasuah Serta Pecah Amanah.. Kerajaan Melaka Bermewah2 Dan Melakukan Pembaziran, Mengutip Ufti Yang Tak Sudah-Sudah.. Hasil mahsul Negara Berlegar-legar Dikalangan Pembesar dan Pemerintah.. Rakyat Jelata Diumpamakan Sebagai Sampah..
Pemerintah Serta Pembesar Melaka Memuaskan Segala Nafsu Serakah Menindas Serta Memeras Ugut Rakyat Kejadian Penculikan Anak Dara Serta Merampas Isteri Orang Berleluasa Sehinggakan Rakyat Sentiasa Hidup Dalam Ketakutan.. Kerana Tiada Seorang Pun Rakyat Melaka Yang Berani Tampil Menentang Pemerintah.. Namun Nasi Telah Menjadi Bubur.. Jebat Tak Mungkin Bangkit Kembali Dari Kubur..
Barulah Rakyat Sedar Akan Kehilangan Jebat Yang Sanggup Membelakangkan Adat Demi Menegakkan Keadilan Dan Kesejahteraan Ummah..
Sejarah Sentiasa Berulang... !!! Bila Berlakunya Kerosakan Akhlak Serta Kemungkaran Di Peringkat Tertinggi Kerajaan Islam.. Maka Bala Allah Pun Sampai.. Sama seperti Runtuhnya Empayar2 Islam Yang Tedahulu.. Melaka Tewas Ke Tangan Portugis Dengan Penuh Kehinaan Pada 24 august 1511.. Di Kala Pemerintah Dan Pembesar2 Melaka Leka Dalam Segala Kenikmatan Dunia Yang Sementara.. Peristiwa Yang Paling Tragis Dan Menyayat Hati Dalam Sejarah Rantau Asia Tenggara.. Perairan Selat Melaka Umpama Lautan Yang Terbakar.. Serangan Bertalu-talu Dari Meriam Serta Soldadu Portugis Yang Meruntuhkan Keagungan Empayar Islam Melaka Dari Malam Hingga Ke Dinihari Sehingga Tidak Terdengar Laungan Azan Subuh Petanda Islam Dijajah Kuasa Kuffar..
Sebagai Mana Jatuhnya Empayar Abbasyiah Di Sepanyol Dahulu Begitulah Kerajaan Melayu Melaka Tersungkur Menyembah Kaki Portugis Dgn Penuh Kehinaan Kerana Maksiat Dan Kemungkaran Yang Bermaharajalela Di Kalangan Para Pemimpin Lalu Didiamkan Oleh Para Ulama Istana Kerana Takut Kehilangan Pangkat Dan Jawatan Mereka..
Semuanya Ini Angkara Rakyat Yang Sanggup Bersekongkol Dgn Kekejaman Pemerintah Dan Juga Ulama2 Kerajaan yang Menutup Mata Serta Membiarkan Segala kemungkaran Tersebut Berleluasa Kerana Taat Terhadap Pemerintah Bukannya Takut Kepada Allah..
Tentang Ilmu Yang Penuh Di Dada Tuah Tidaklah Aku Arif Tapi Jika Ilmu Agama Yang Tuah Amalkan Sudah Tentu Tuah Tidak Akan Berani Melutut Serta Menyembah Kpd Makhluk Allah Seperti Pemerintah Melaka Kerana Perbuatan Itu Bisa Merosakkan Akidahnya Selaku Umat Islam..
Memang Aku Bernafsu Demi Menegakkan Kebenaran Mcm Jebat Bukannya Bernafsu Duniawi Seperti Tuah Yg Mudah Tersilau Dgn Sirna Kemewahan Harta Dan Pangkat Serta Keselesaan Hidup..
MELAYU HARUS MENUKAR WIRA BANGSANYA... !!!
Nampaknya Darah Serta Semangat Melayu Yang " Pantang Dicabar " Itu Cuma Omongan Kosong Penyedap Cerita.. Kerana Masyarakat Kita Telah Tersalah Mengangkat Tokoh Bangsa.. Hang Tuah Yang Taat Membabi Buta, Pendendam, Tamak Haloba, Bernafsu Terhadap pangkat Dan Kemewahan Duniawi, Bersikap Iri Hati, Bacul Serta Berjiwa Hamba Telah Diangkat Sebagai Wira Bangsa..!!! Natijah Yang Harus Kita Terima Sekarang Adalah Anak2 Bangsa Yang Lemah Tidak Bersemangat, Berjiwa Hamba Serta Taat Dan Tunduk Melulu Membabi Buta..
Selagi Tuah Diangkat Sebagai Wira Bangsa Selagi Itulah Bangsa Melayu Akan Menjadi Hamba... Sebagaimana Dayusnya Hang Tuah Begitulah Jugalah Dayusnya Melayu..!! Tidak Berani Menentang Pemerintah Yang Zalim.. Malah Tunduk Menyembah Serta Melutut Terhadap Pemerintah..
* Diharapkan Akan Lahir Cerdik Pandai Melayu Yang Akan Berani Membongkar Kembali Segala Riwayat Dan Kehebatan Megat Panji Alam Serta Ginius Melayu Iaitu Tun Perak Mereka2 Inilah Sepatutnya Dinobatkan Menjadi Wira Bangsa Melayu.. Bukannya Si Tuah Durjana..
Rabu, 26 November 2008
.Mas Bersikap ` Double Standard `
Kuala Terengganu – Sikap ‘Double Standard’ pengurusan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) terhadap perlaksanaan hukum-hukum Islam dalam syarikat penerbangan nasional itu amat dikesali.
MAS bersifat ‘talam dua muka’ dengan ‘mengharamkan’ pemakaian tudung kepala dikalangan kakitangan wanita, namun demikian berupaya pula memberikan khidmat peramugari yang memakai tudung untuk penerbangan Haji.
“Malaysia yang mengaku sebagai sebuah ‘Negara Islam’ sepatutnya mencontohi Penerbangan Antarabangsa Pakistan (PIA) dan Penerbangan DiRaja Brunei (Brunei Royal) yang mewajibkan peramugari memakai tudung,
“namun MAS telah meletakkan peraturan ‘mengharamkan’ peramugarinya memakai tudung sebaliknya boleh pula dilaksanakan untuk beri khidmat kepada bakal-bakal haji yang naik kapalterbang untuk menunaikan fardhu Haji,”kata Pengerusi Lujnah Pendidikan PAS Pusat, Dato’ Abu Bakar Chik.
Beliau kesal dengan pihak pengurusan tertinggi MAS khususnya Ketua Pegawai Operasi MAS, Dato’ Idris Jala yang juga orang Islam sepatutnya mengetahui sensitiviti ini.
Fakta sebenar......
Ketua Pegawai Operasi MAS, Dato’ Idris Jala sebenarnya adalah seorang berketurunan Kelabit Dan Beragama Kristian.
Menurutnya dengan menyediakan khidmat peramugari bertudung untuk penerbangan haji bermakna MAS berupaya memberikan khidmat selaras hukum Islam.
Katanya PIA dan Brunei Royal tidak menerima apa-apa kesan dari pelbagai bangsa dan ugama yang menaiki pesawat penerbangan tersebut walaupun peramugari mereka bertudung,
“ini menunjukkan bahawa ‘bertudung’ merupakan kod etika pakaian Islam yang diterima oleh universal,”katanya
Selain itu, perkara yang lebih buruk, kata beliau, MAS masih menyediakan ‘arak’ sebagai minuman yang ditawarkan kepada pelanggannya.
“arak boleh membahayakan bukan sahaja kepada orang yang minum, tapi kepada penumpang dan kapalterbang, bila minum arak, mabuk, macam-macam boleh berlaku,”kata beliau.
Katanya PAS sudah lama menyuarakan dan menentang perkara ini dan berharap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Ahmad Zahid Hamidi mengambil tindakan sewajarnya.
Jawapan yang paling tepat sekali dalam permasalahan ini ialah..
" Tak Hadharilah Kalau Pakai Tudung... "
Kalau tak percaya pergi tanya kat Dollah Badawi..
Bini Dollah Punyalah Hadhari korang tak nampak ka..??
Belajarlah dari Dollah.., Kepimpinan Melalui Tauladan..
Tanya Sama UMNO
Hancur kerana kelabu dengan habuan
Baik ahli biasa atau ketua bahagian
Yang pakai songkok atau yang berserban
Yang pergi umrah tiap-tiap Ramadan
Semua beres kalau ada fulus ditangan
Calun yang bagus bukan lagi pilihan
Calun yang tabur duit dapat percalunan
Tidak kira personaliti yang meragukan
Tidak kira jika isteri yang kawal pergerakan
Pun boleh dipilih jadi pemimpin paling kanan
Mana dia yang ikhlas akan perjuangan
Semuanya dah lari masuk pakatan
Jijik melihat rasuah dan kemungkaran
Kemungkaran yang merosakkan keimanan
Kalau menang dapat ikut rombongan
Rombongan cek kiah pi berjalan-jalan
Wakil bahagian dapat ke Hatnyai atau Medan
Itu sebagai menghargai undi dan sokongan
Kita lihat ramai di kelab dangdut berpacaran
Dengan cewek-cewek main cubit-cubitan
Lepas menghempiaskan nafsu iblis syaitan
Keluar mencari makanan halalan taiyibban
Satu dunia tahu calun-calun bagi sogokan
Mereka lebih terbuka direstu pimpinan
Mereka kata kepimpinan melalui teladan
Yang atas buat sebab tu ianya jadi ikutan
Jadi kita mengharap Majlis Fatwa Kebangsaan
Sebelum tu tahniah kepada MFK akan keberanian
Mengharamkan yoga dan juga pondan
Sekarang ini ada satu lagi permintaan
Fatwa mengharamkan politik sogokan
Selasa, 25 November 2008
Pada Pandangan Anda Dimanakah Kedudukan UMNO..??
Surah An-Nuur, Ayat 1
Ini ialah satu “surah” yang Kami turunkan, dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya).
Surah An-Nuur, Ayat 2
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.
Menurut ulamak2 muktabar ( ke empat-empat mazhab ) serta tiada khilaf bagi mereka semuanya.
Orang-orang yang tidak berhukum dengan hukum Allah boleh dibahagikan kepada tiga golongan iaitu :
Golongan Kafir - Mereka tidak berhukum dgn hukum Allah kerana menganggap hukum tersebut tidak adil dan tidak sesuai.
Golongan Zalim - Mereka tidak berhukum dgn hukum Allah kerana bimbang kedudukan tergugat dan takut kepada makhluk.
Golongan Fasiq -
Mereka tidak berhukum dgn hukum Allah kerana tidak tahuatau tidak arif dan tidak mahu mengambil tahuserta mengkaji.
Surah Al-Maaidah, Ayat 44
dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.
Surah Al-Maaidah, Ayat 45
dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
Surah Al-Maaidah, Ayat 47
dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.
Isnin, 24 November 2008
UMNO Demo Pasal BABI.. Pelacuran, Arak Dan Judi Depa BEDAL Semacam..
Semalam, Umno berdemonstrasi di Pekan Kuala Sungai Baru kerana membantah ujudnya penternakan babi di Paya Mengkuang dan kawasan sekitarnya. Isu ini bukan baru dan sengaja di ungkit semula demi untuk mendapat 'mileage' politik.
Bukankan penternakan itu sudah ujud puluhan tahun mengapa sekarang mereka sedar. Adakah hidung mereka sebelum ini tidak berbau dan tersumbat. Saya tidak menafikan perlunya kita mempunyai alam sekitar yang bersih dan nyaman.
Tetapi mengapa kerajaan BN Melaka membiarkan penternakan itu berleluasa tanpa sebarang tindakan sejak puluhan tahun dahulu.
Mengapa penternak tersebut tidak diberikan lesen supaya senang ianya dikawal dan diambil tindakan jika tidak mematuhi peraturan.?
Mengapa baru sekarang sibuk berdemonstrasi sedangkan kerajaan negeri Melaka sendiri yang mengarahkan ianya ditutup sebelum pilihanraya dulu?
Mengapa pihak penternak tidak mematuhi arahan kerajaan negeri sedangkan sebelum ini diberitakan mereka sudah mematuhi arahan negeri? Mesti ada sebab mengapa ini berlaku. Bukankah ini melambangkan kelemahan dan kelembapan kerajaan negeri?
Bagi saya penternak babi bukanlah rakyat yang degil dan keras kepala jika kerajaan sendiri menggunakan kebijaksanaan dan budi bicara yang jelas, mengikut peraturan dan logik. Saya pasti mereka bersedia untuk bekerjasama andainya mereka diajak berbincang dan jalan penyelesaian yang menguntungkan rakyat dan penternak babi di ambil.
Saya sendiri sangat menyokong sebarang usaha untuk memulihkan alam sekitar di kawasan tersebut. Siapa yang tidak mahu udara bersih, pantai yang indah, bau yang wangi dan sebagai. Penternak babi juga mahukan perkara yang sama. Tetapi pada masa yang sama jika mata pencarian mereka dihapuskan maka sudah pasti kerajaan perlu memikirkan alternatif lain untuk membantu mereka. Mungkin mereka dibantu dalam bentuk pampasan, bantuan dan sebagainya untuk memulakan hidup baru.
Sebenarnya kerajaan Melaka tidak serius dalam menangani isu ini. Mengapa ianya dibiarkan berlarutan sehingga puluhan tahun dan diungkit-ungkit dari masa ke semasa.
Ada pihak menangguk di air keruh untuk mengaitkan isu ini dengan isu perkauman.
Ada pihak menangguk di air keruh untuk menggunakan isu ini bagi menenggelamkan isu lain seperti isu rasuah di dalam Umno, isu perbalahan di dalam Umno. Saya yakin isu ini sebenarnya digunakan oleh Umno untuk menyatupadukan ahli dan pimpinannya yang berpecah sekarang.
Dalam satu perkara lagi, mengapa Umno begitu sibuk berdemonstrasi tentang isu babi, sedangkan 'najis' lain iaitu PELACURAN, ARAK DAN JUDI dibiarkan berleluasa menjadi raja maksiat di negeri Melaka.
Janganlah cuba putarbelit fikiran rakyat sedangkan isu sebenarnya Umno cuba menutup isu perbalahan dalaman Umno, rasuah dalam Umno dan maksiat yang berleluasa di Melaka.
Sister In Islam Tidak Diambil Tindakan Kerana Dinaungi Oleh Anak2 Bekas Perdana Menteri Malaysia Dan Juga Anak Pak Lah Si Nori Abdullah
KUALA LUMPUR - Sisters In Islam (SIS) menolak keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan amalan senaman yoga kerana tiada sebarang bukti dikemukakan bagi mewajarkan yoga diharamkan. Pengurus Program SIS, Norhayati Kaprawi berkata, sehingga kini negara tidak pernah menerima apa-apa aduan atau bukti yang mengatakan ada individu beragama Islam bertukar kepada agama Hindu selepas mengamalkan senaman yoga. "Jadi, mengapa perlu ia diharamkan? Mengapa terburu-buru untuk meletakkan undang-undang terhadap aktiviti senaman itu sedangkan ia tidak mengancam kedudukan agama Islam setakat ini?" soalnya ketika dihubungi semalam. Beliau mengulas tindakan Majlis Fatwa Kebangsaan semalam, yang mengharamkan umat Islam mengamalkan yoga secara sistematik kerana dibimbangi akan menghakis akidah jika pengamalnya meneruskan amalan itu ke peringkat lebih tinggi.
Menurutnya, mereka mempunyai alasan kukuh mengapa pengharaman itu tidak patut dilakukan memandangkan amalan yoga tidak lebih daripada sekadar satu senaman untuk kesihatan. ''SIS tidak nampak ia boleh memesongkan akidah seseorang pengamalnya sama ada yang beragama Islam atau bukan Islam. Ini kerana yoga tidak lebih dari sekadar senaman untuk kesihatan jasmani, sama juga seperti senaman Tai Chi dan Qigong,'' katanya. Sambil menyifatkan ia sebagai satu pengajaran, beliau bagaimanapun meminta supaya Majlis Fatwa lebih peka sebelum membuat sebarang tindakan membabitkan isu-isu sensitif seperti itu. Dalam pada itu, SIS juga akan memberi sokongan penuh sekiranya Majlis Fatwa mengambil langkah untuk mengkaji semula perkara tersebut bagi mengelak kekeliruan masyarakat.
Kita naik hairan dengan sikap kerajaan yang lansung tidak mengambil tindakan terhadap Sister In Islam (SIS) ini, biarpun pertubuhan tersebut jelas banyak memesongkan umat Islam di Malaysia selama ini. Apa hebatnya Islam yang dimiliki oleh SIS jika mahu dibandingkan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan?. Jika Majlis Fatwa kata haram, ikut sajalah ! Jangan banyak cerita. Alasan dangkal yang diberikan oleh mereka ialah belum ada umat Islam di Malaysia yang masuk Hindu. Beliau tahu atau tidak kisah sebenar tentang Yoga ini? Perkara yang menjadi persaoalan sekarang adalah tentang Akidah. Jika itu tanggapan SIS maka itu sama sahajalah jika umat Islam menyertai sama perayaan yang dianjurkan oelh agama Hindu, Kristian, Budha dan sebagainya. Maka bolehlah umat Islam sembah patung mereka sebab kiat bukan masuk Hindu. Soal akidah jangan dibuat main-main, Sister In Islam harus banyak belajar agama lagi atau elok juga bertanya dulu pendapat daripada ulamak mabrur sebelum mereka ingin mengeluarkan sebarang kenyataan
SIS Tolak Fatwa, Kenapa Tiada Tindakan?
Satu persoalan yang harus ditanya kepada kerajaan Malaysia Islam Hadhari ini ialah kenapa Sisters In Islam yang telah banyak memesongkan akidah umat Islam dan sering mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa tidak diambil tindakan?. Mempertikaikan keputusan ulamak yang dilantik oleh kerajaan bermakna menghina Islam. Justeru itu kenapa hanya Raja Petra dan Teresa Kok sahaja yang dikenakan tindakan, walhal belum terbukti mereka melakukan perkara tersebut. Bahkan Raja Petra hanya ditahan ISA atas satu komen dalam blognya yang dikatakan menghina Islam dan Nabi Muhammad. Padahal komen itu boleh dihantar oleh sesiapa sahaja untuk tujuan tertentu. Namun beliau disumbat ke dalam ISA, mujurlah kini dibebaskan semual oleh mahkamah setelah terbukti ia satu penganiayaan. Bagaimana dengan Sisters In Islam ini? Nama "sisters" pun sudah menyerupai agama "Kristian". Banyak pertikaian tentang fatwa yang dikeluarkan, namun mereka tidak pernah diambil tindakan oleh kerajaan. Mana JAKIM, JAWI serta agensi Islam yang lain? Kenapa senyap dan membisukan diri. Tangkap pemimpin Sisters In Islam dan humbankan mereka ke ISA atau dakwa di mahkamah atas kesalahan menghina Islam (menolak fatwa).
Sealiran: Astora Jabat (Penolong pengarang Al-Islam dan Kolumnis Utusan Malaysia), V. Gayathry (Centre for Independent Journalism) dan Norhayati Kaprawi (Sisters In Islam) dalam satu sidang media membantah pengharaman buku oleh KDN bulan Mei 2008 lalu.
UMNO dan PAS Satu Tubuh Lain Perasaan
Satu-satunya parti Melayu yang ditubuhkan sebelum merdeka yang masih wujud dan kekal dengan identiti asalnya ialah Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
PAS ditubuhkan lima tahun sesudah Umno iaitu pada 23 Ogos 1951 bersamaan 20 Zulkaedah 1370. Dalam persidangan yang dianjurkan oleh Bahagian Agama Umno ini, para ulama telah mengambil ketetapkan di Sultan Sulaiman Kelab, Kuala Lumpur untuk menubuhkan 'Persatuan Ulama Se-Malaya' yang bebas daripada Umno.
Mengapa ulama bertindak demikian, sedangkan selama ini mereka bergerak dalam Umno?
Kebanyakan para ulama yang aktif dalam Umno adalah bekas-bekas ahli Hizbul Muslimin yang ditubuhkan di Gunung Semanggol pada 14 Mac 1948. Nama-nama besar dalam Bahagian Agama Umno seperti Tuan Guru Ahmad Fuad Hassan, Tuan Guru Ahmad Tuan Hussin, Sheikh Abdullah Fahim, Ustaz Ahmad Badawi, Tuan Guru Hussin Che Dol, Tuan Guru Yahya Junid, Ustaz Ahmad Maliki, Sulaiman Palestin dan lain-lain ialah aktivis Hizbul Muslimin yang bergiat dalam Umno.
Keadaan darurat yang berlaku sejak Jun 1948 yang melumpuhkan Hizbul Muslimin telah mendorong para ulama menyertai Bahagian Agama Umno. Ketika mereka menyertai Umno bersama-sama ahli PKMM dan Angkatan Pemuda Insaf (API) yang diharamkan oleh British, mereka meneruskan perjuangan Hizbul Muslimin untuk menyatukan pentadbiran agama, membangun pendidikan Islam dan meluaskan gerakan dakwah.
lapan ketetapan
Kerana gerakan progresif mereka, Umno akhirnya bersetuju mengadakan Persidangan Alim Ulama Se-Malaya di Muar pada 21-22 Februari 1950. Dalam persidangan ini, para ulama meluluskan lapan ketetapan berkaitan penyatuan pentadbiran agama, pendidikan tinggi Islam, penyelarasan tarikh puasa dan hari raya, gerakan dakwah dan lain-lain. Malangnya, semua ketetapan ini tidak mendapat perhatian Umno termasuk usaha Bahagian Agamanya yang telah membawa cadangan menyatukan pentadbiran agama kepada Majlis Raja-raja.
Sebaliknya, Umno telah terjerat dengan cadangan kerakyatan longgar yang dibuat oleh Communities Liaison Committee (CLC) yang turut dianggotai oleh Dato Onn Jaafar. Dato Onn mendesak Umno menerima cadangan kerakyatan longgar untuk orang bukan Melayu ( Jus Soli ). Tindakan Dato Onn meletakkan jawatan pada Jun 1950 telah 'memaksa' ahli Umno menerima cadangan tersebut.
Dato Onn kemudian melangkah lebih jauh dengan membuka keahlian Umno kepada orang bukan Melayu pada Januari 1951 yang membolehkan Tan Chen Lock dan E.E.C Thuraisingam menjadi ahli bersekutu Umno. Pada Ogos 1951, Dato Onn mendesak orang bukan Melayu diberikan keahlian penuh sehingga menyebabkan ahli-ahli Umno marah. Pada Mac 1951 juga, Dato Onn secara sinis menyindir golongan kiri dalam Umno yang mahu menukar perjuangan Umno daripada 'Hidup Melayu' kepada 'Merdeka'.
Selain Dato Onn, Raja Ayub Raja Bot, Mohd Noah Omar (datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishamuddin Hussin), C.M Yusof dan Dasimah Dasir adalah antara pimpinan Umno yang lantang menolak cadangan perjuangan menuntut kemerdekaan ini.
Bahagian Agama Umno memang tidak selesa dengan dasar-dasar Umno untuk membenarkan kerakyatan longgar kepada orang bukan Melayu, membuka keahlian Umno kepada bukan Melayu (bukan Islam) dan keengganan pimpinan Umno menuntut kemerdekaan. Secara berkebetulan pada Mei 1950, tercetus isu Natrah di Singapura yang membawa kepada rusuhan pada 12 Disember 1950.
Ketika ahli-ahli Umno mendesak parti itu bertindak, Jawatankuasa Agung Umno pada 5 Januari 1951 mengambil pendirian untuk Umno tidak campur tangan kerana ia adalah isu yang berlaku di luar Malaya, iaitu Singapura. Umno juga berpandangan bahawa isu ini masih dibicarakan di mahkamah dan golongan yang membantah itu didalangi komunis. Sedangan para ulama dalam Umno melihat isu ini dari sudut mempertahankan aqidah umat Islam yang dipaksa murtad oleh mahkamah.
loteri Umno
Di sebalik pendirian Umno untuk berlepas tangan dalam isu aqidah ini, Umno yang dikuasai oleh pejuang-pejuang melayu yang lebih cenderung serta kagum dengan kehebatan British memutuskan untuk mengadakan 'Loteri Umno' pada 1950 bagi mengutip dana membina Rumah Umno (Pejabat Agung Umno) di Batu Road (Jalan TAR), Kuala Lumpur.
Pada 1946, Umno pernah mencuba untuk mengadakan loteri, tetapi difatwakan haram oleh Pejabat Perkara Agama dan Pelajaran Umno. Kini, Umno tidak lagi mengendahkan pandangan ulama semata-mata untuk mendirikan pejabatnya. Persatuan Ulama Kedah (PUK) yang kebanyakan ahlinya menganggotai Umno mengeluarkan fatwa tentang haramnya judi loteri tersebut, diikuti oleh persidangan ulama Pulau Pinang dan Seberang Prai di bawah Sheikh Abdullah Fahim yang memberikan fatwa serupa. Tetapi Umno tetap berdegil untuk meneruskannya.
Belum reda kemarahan ulama dalam Umno tentang judi loteri ini, timbul pula cadangan supaya Umno menganjurkan 'funfair' bagi mengutip dana Rumah Umno itu. 'Funfair' ini dipandang haram oleh ulama kerana mengandungi perjudian, kaberet, ratu cantik dan unsur maksiat yang lain. Disebabkan tekanan ulama, Umno menangguhkannya sehingga para ulama keluar daripada Umno pada Ogos 1951.
Pada 15 September 1952, Mesyuarat Agung Umno bersetuju 'funfair' dilaksanakan oleh semua Umno Bahagian. Umno tidak berasa jijik membina pejabat mereka daripada hasil yang haram iaitu judi dan 'funfair'. Kemuncak kemarahan ulama adalah apabila Tunku Abdul Rahman Putra dicalonkan untuk menggantikan Dato Onn pada 25 Ogos 1951. Menurut Farish A Noor (2003: 71), ahli-ahli Umno khususnya di kalangan ulama tidak mahu berketuakan Tunku Abdul Rahman kerana putera raja itu terkenal dengan sifat playboy, sukakan muzik, suka menari dan seorang peminum arak.
Akibatnya, di mana-mana umat Islam mendesak supaya Bahagian Agama Umno keluar daripada parti itu dan menubuhkan sebuah persatuan ulama atau parti Islam yang bebas daripada naungan Umno. Salah seorang yang dicalonkan sebagai Yang Dipertua Agung Umno, Engku Ismail Abdul Rahman, iaitu Yang Dipertua Jabatan Agama Johor menyifatkan Umno telah tersesat daripada ajaran al-Quran dan Sunnah serta menyeru ulama menubuhkan Parti Muslimin Malaya.
Pandangan-pandangan lain juga termasuk daripada Haji Ahmad Maliki dan Haji Ahmad Badawi mahu ulama menubuhkan Persekutuan Muslimin Malaya sebagai sebuah parti politik berasaskan agama. Ada juga pandangan yang mengatakan para ulama mesti menubuhkan parti sendiri kerana mereka telah diperalatkan oleh Umno.
persidangan ulama kedua
Desakan yang kuat daripada umat Islam ini akhirnya mendorong Haji Ahmad Fuad Hassan selaku Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Agama Umno membicarakan tentang "Ulama Malaya belum bersatu dan belum punya persatuan" bagi mendesak Umno mengadakan persidangan ulama kedua. Umno akhirnya bersetuju menaja Persidangan Alim Ulama Kedua di Sultan Sulaiman Kelab pada 23 Ogos 1951 bersamaan 20 Zulkaedah 1370.
Haji Ahmad Fuad mengambil kesempatan persidangan ini untuk mengusulkan penubuhan "Persatuan Ulama Se-Malaya" dan ia diterima sebulat suara oleh perwakilan yang hadir. Lima orang iaitu Haji Ahmad Fuad (Terengganu) sebagai Pengerusi serta Haji Ayub (Perak), Syed Mohamed Shafie (Kuala Lumpur), Saadon Jubir (Singapura) dan Haji Mohd Amin Amran (Johor) dilantik sebagai Jawatankuasa Penaja untuk menyusun undang-undang tubuh dan mengatur penubuhan Persatuan Ulama Se-Malaya secara rasmi.
Dalam persidangan ini juga diputuskan supaya persatuan ulama ini berdiri sendiri dan bebas daripada Umno. Mereka juga mahu persidangan untuk menubuhkan persatuan ini kelak tidak ditaja oleh Umno.
Dengan pendirian ini, maka pada tarikh keramat tersebut, lahirlah sebuah persatuan ulama yang kemudiannya kekal berjuang sehingga hari ini, iaitu selepas 59 tahun ditubuhkan.
Dalam Persidangan Persatuan Ulama Se-Malaya yang diadakan di Kelab Melayu Bagan, Butterwoth pada 24 November 1951 yang dirasmikan oleh Mufti Pulau Pinang, Sheikh Abdullah Fahim, nama Persatuan Ulama Se-Malaya telah ditukar kepada "Persatuan Islam Se-Malaya (PAS)" dan tujuannya diubah kepada "menyelenggarakan tuntutan agama Islam dan siasah berdasarkan demokrasi" yang sekali gus mengubah PAS daripada pertubuhan kebajikan kepada parti politik Islam.
Semenjak daripada 20 Zulkaedah 1370 (23 Ogos 1951) yang bersejarah itu, Persatuan Ulama Se-Malaya atau kemudiannya Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah bergerak maju ke hadapan bagi merealisasikan matlamat PAS untuk menegakkan nilai-nilai dan hukum Islam dalam masyarakat dan negara berlandaskan al-Quran dan Sunnah.
Selamatlah Persatuan Islam melangkah... menuju ke gerbang jasa.Isnin, 17 November 2008
Fahaman Songsang Yang Berakar Umbi Dalam UMNO Hasil Dakyah Penjajah Kristian
Tapi harus diingat... !!!
Bukankah Allah dan Rasulullah juga telah memberi panduan serta formula kepada semua manusia bagaimana caranya bagi mereka untuk melayakkan diri ke syurga Allah...
Segala panduan2 tersebut tidak pernah berubah semenjak turunnya Nabi Adam ke dunia ini hinggalah ke hari kiamat..
Iaitu " Masuklah Kamu ke dalam agama Allah keseluruhannya " Jangan diikut jejak langkah kaum Yahudi yang mengikut ajaran nabi Musa separuh2 sahaja..
Sekarang telah wujud suatu fahaman songsang dikalangan umat islam sendiri yang mengatakan agama lain politik lain..
Jika penganut agama kristien nasarah atau yahudi memang demikian pegangan mereka - mengasingkan agama dgn politik..
Kerana Nabi Isa dan Juga Nabi Musa diutuskan Allah hanyalah untuk menyerlamatkan bani israil yang tertindas serta memulihkan pegangan akidah mereka..
Sedangkan Rasulullah selain dari menyelamatkan akidah dan keruntuhan sosial masyarakat jahiliah tujuan utama baginda diutuskan adalah bagi menyebarluaskan agama Allah keseluruh muka bumi ini..
juga bagi membentuk struktur bermasyarakat dan struktur bernegara..
Nabi Isa dan Nabi Musa hanya menjadi Pemimpin Umat
Sedangkan Rasulullah adalah Pemimpin Umat dan juga Pemimpin Negara..
Kalau Puak2 UMNO betul2 hebat. Sila nyatakan Rasul atau Nabi manakah yang membentuk Struktur Negara dan Membentuk Piagam ( Perlembangaan Negara ) selain dari Rasulullah..
Sebelum Wujudnya Piagam Madinah ( Perlembagaan Negara Madinah ) tiada satu negara pun sebelumnya yang mempunyai Perlembagaan Negara..
walaupun sebelumnya telah wujud kerajaan2 hebat seperti Mesir, Rome, babylone, Greek / Yunani dan Parsi..
Negara2 tersebut tidak mempunyai Perlembagaan Negara..
Yang ada cuma Klausa2 tidak jelas yang berupa arahan Raja2 / Pemimpin serta Para Pendeta di dalam negara2 tersebut..
Justeru itu ramai sarjana-sarjana barat yang menyimpulkan bahawa Kerajaan Islam Madinah di bawah pimpinan Rasulullah adalah Struktur Kerajaan pertama di dunia ini yang paling lengkap dan sempurna sekali..
Sarjana-sarjana barat juga telah mengangkat Rasulullah sebagai Pemimpin Ummah Dan Pemimpin Politik Teragung di dunia ini..
Tetapi malangnya Para pemimpin serta penyokong UMNO memperlekehkan Pembentukan serta Struktur negara islam...
Demikiankah akibatnya jika Iman serta RUH ISLAM telah tiada di hati dan jiwa mereka..
Mengapa Aku Meninggalkan UMNO..!!
KO TAHU TAK MASA AKU BEBUDAK DULU AKU SOKONG MATI2 DGN UMNO NI.. |
Bangsa Melayu Tidak Akan Berjaya Jika Hanya Bergantung Kepada Hati, Nafsu dan Sentimen
Kecerdikan dicerna melalui akal, dizahirkan melalui tindakan serta susulan..
Sementara kebodohan dicernakan oleh hati dan dizahirkan memalui nafsu dan sentimen.
Kekuatan Peribadi seseorang itu itu adalah terhasil dari keseimbangan Akal dan Hati mereka..
Manusia yang semata2 mengunakan akal akan menjadi seorang yang kejam..
Sementara manusia yg hanya bergantung pada Hati dan sentimen semata2 adalah manusia yang tidak akan berkembang dan sentiasa berada di dalam keadaan tertekan dan takut utk membuat sebarang perubahan..
Disebabkan tidak pandai mengimbangi di antara Akal dan hati tadi maka kebergantungan bangsa melayu lebih menjurus kepada Hati, nafsu dan sentimen..
Ini boleh dibuktikan di secara nyata di mana
Jika kita lihat kepada bangsa melayu, kita akan dapati kebanyakan bangsa melayu hanya bergantung semata2 kepada Hati, Nafsu dan sentimen. justeru itu kita boleh lihat tahap kemajuan yang dikecapi oleh mereka terlalu rendah baik dari segi ekonomi, pendidikan, sosio-budaya serta kecerdikan berpolitik..
Mereka itu tidak pernah mengambil pusing apa yang berlaku disekeliling mereka..
Mereka hanya berbangga jika terdapat orang2 malyu yang kaya raya, walaupun bilangan mereka yg kaya raya tidak seberapa jika dibandingkan dengan bangsa asing..
Mereka juga amat berbangga jika ramai anak2 malayu berjaya menjadi siswazah sedangkan kualiliti mereka terlalu jauh jika dibandingkan dgn bukan melayu..
Dari segi budaya mereka cuba mengekalkan budaya serta adat melayu tetapi pada hakikatnya budaya paling utama yang menjadi teras kekuatan bangsa melayu zaman dahulu iaitu menghormati Alim ulama` serta budaya menyintai ilmu agama telah lama ditinggalkan sehingga mengakibatkan kerosakan teruk pada akidah serta akhlak melayu muslim itu sendiri..
Mereka juga tunduk dgn agenda pemimpin untuk mendaulatkan bahasa enggeris di dalam pendidikan sains dan matematik semata2 kerana pemimpin tersebut berbangsa melayu, andai kata yang mencadangkan pengunaan bahasa enggeris tersebut dari kalangan bangsa asing sudah tentu mereka akan memaki hamun sambil menunjukkan kejaguhan masing2
Kecerdikan berpolitik bangsa melayu turus merundum kerana sentimen bangsa.. mereka lebih rela melantik para pemimpin yang membuat byk kerosakan seperti menghina agama serta alim ulamak, rasuah dan pencabulan hak asasi manusia semata kerana sentimen bangsa. bagi mereka biarlah pemimpin mereka jahat dan rakus asalkan pemimpin tersebut adalah berbangsa melayu.
Disebabkan kebodohan bangsa melayu terhadap politik mereka tidak mampu mempertahan tanah rizab bumiputera serta tanah pusakan yang mereka warisi dari nenek moyang mereka bila mana kerajaan ingin menyerahkan tanah2 mereka kepada saudagar2 cina dgn alasan pembangunan negara... .
Sabtu, 15 November 2008
Relevankah Isa Dengan Perundangan Islam..??
Bukankah di dlm islam seseorang itu dianggap tidak bersalah selagi tidak dapat dibuktikan kesalahannya..
Belajarlah sirah Rasulullah serta Para sahabat dan Khalifah2 islam yg lainnya..
Aku respek dgn Lim Guan Eng.. beliau byk belajar ttg sejarah Khalifah Umar Abd Aziz..
Zaman Khalifah islam dahulu setiap banduan yg ditahan di dlm penjara akan diberi makanan yg sama seperti mana makanan yg dimakan oleh pegawai serta pengawal penjara tersebut, tidak lebih dan juga kurang,walaupun banduan tersebut dari golongan yahudi yg terang2 menentang Allah.
kerana apa mereka dilayan sedemikian rupa..?
kerana itulah ajaran Rasulullah dan itulah juga yg disuruh oleh Allah..
Sekarang mari kita tinjau dlm penjara Malaysia, Banduan semua makan apa? Bagaimana pula dgn penyeksaan fizikal yang dilakukan..??
Adakah layanan yg diterima sesuai dgn fitrah mereka sebagai makhluk yg bergelar manusia yg diciptakan Allah..?
Kalau di dunia ini kita melayan manusia lainnya seperti haiwan di akhirat nanti kita juga akan dilayan sama seperti haiwan..
Siapa yang akan menjawab di hadapan Allah di Padang mahsyar nanti di atas segala penyelewengan serta penghinaan tersebut..??
Apakah kesalahan itu hanya akan dijawab oleh para pemimpin yang melanggar perintah Rasul dan parintah Allah atau kita selaku rakyat yg melantik manusia2 yang sombong serta bongkang di kalangan kita sebagai pemimpin..
Sistem penghinaan ke atas manusia telah dimulakan oleh bangsa2 eropah ke atas rakyat di negara2 yg mereka jajah..
Mereka menangkap, memenjara serta menyeksa peribumi nagara2 tersebut tanpa sebab..!!!
kerana keangkuhan, kesombongan serta taksub dgn semangat bangsa kulit putih mereka..
Aku malu menjadi bangsa melayu kerana bangsaku telah hilang Peradaban serta kemuliaan peribadinya. Kini bangsaku tak ubah seperti bangsa2 eropah yg gemar menghina manusia lain serta menyanjungi budaya tidak berperikemanusian kerana menangkap dan memenjarakan manusia sesuka hati mereka tanpa sebarang pendakwaan serta bukti2 kukuh semata2 demi kepentingan peribadi dan juga kekuasaan.
Janganlah kita berlaku sombong ketika bangsa kita masih lagi diberi peluang oleh Allah menerajui kepimpinan negara ini.
Janganlah disebabkan kekuasaan yg dipinjam dan diamanahkan oleh Allah ke atas bangsa melayu maka kita menjadi begitu sombong sehingga melupakan segala hukum serta perundangan yg Allah telah tetapkan..
Mari kita mengambil iktibar di atas kegagalan serta kehancuran empayar pertama bangsa melayu di Melaka 500 tahun dahulu..
Apakah kita sudah lupa bahawa kehancuran tersebut adalah berpunca dari penolakkan secara terang-terangan terhadap perundangan islam dengan kemangkatan as-syahid Sultan Alaudin Riayat Shah I, dimana Baginda telah diracun oleh Golongan-golongan yang benci serta menolak hukum dan perundangan Allah. Selepas kemangkatan baginda maka berlaku bermacam2 kemungkaran serta penganiayaan ke atas rakyat Melaka oleh pihak pemerintah ketika itu sehinggakan fitnah tersebar luas, pemerasan dari segi cukai, anak isteri orang diculik dan dilarikan, rasuah bermaharaja lela malah nyawa rakyat sudah tidak berharga lagi pada mata pemerintah ketika itu..
Maka bala Allah pun sampai dengan serangan Soldadu Portugis mengakibatkan kekuasan Empayar Melayu Melaka itu lenyap dalam sekelip mata dengan penuh kehinaan kerana membelakangkan segala perundangan yang Allah tetapkan.
Lihat juga sejarah negara Aceh...
Satu2nya wilayah Indonesia yang tidak berjaya di tawan dan dijajah oleh pihak Belanda adalah Aceh Darul Salam walaupun tentera Belanda melancarkan serangan bertali arus dengan segala kelengkapan persenjataan yang maha hebat ke atas Aceh..
Kerana apa Aceh gagal ditawan oleh Tentera Belanda ketika itu, sedangkan di wilayah Aceh lah sumber kekayaan Indonesia..
Bagaimana tentera Belanda dimalukan oleh tentera Aceh.??
Sedangkan Belanda telah menumpukan segala kekuatannya ketenteraannya bagi menawan wilayah terkaya tersebut...
Jawapannya adalah kerana tentera Aceh bukan sebarangan tentera mereka adalah tentera fisabilillah ( Tentera Allah ).
Bagaimana pula kerajaan aceh boleh melahirkan tentera fisabilillah..??
Jawapannya adalah kerana kerajaan Aceh pada ketika itu mendaulatkan hukum serta Perundangan Allah.
Juga marilah kita mengambil iktibar dari sejarah punca2 mengapa empayar2 islam dahulu dilenyapkan oleh Allah dari muka bumi ini sehinggakan umat islam menjadi suatu bangsa yg begitu mudah diperkotak-katikkan oleh yahudi dan nasara..
Jumaat, 14 November 2008
Janji Allah..
Video Rakaman Kebesaran Ilahi, Tiga Burung Berlegar Di Udara
Arruhul Jadid dari Acheh menulis:
“Alhmdulillah, saya sangat bersyukur kepada Allah. Kemusykilan saya mengenai kesohihan berita ‘lawatan’ 3 ekor burung saat tiba jenazah Amrozi dan Ali Ghufron akhirnya terjawab. Jam 01.25 pagi tadi, TRANS TV, Indonesia menyiarkan rakaman 3 ekor burung berlegar di udara diatas ribuan umat Islam yang menyambut ketibaan jenazah mereka. Mungkinkah makhluk Allah ini hadir untuk menyambut roh-roh mereka ? wallahua’lam”.
JAKARTA - Sekira satu jam sebelum kedatangan jenazah Amrozi dan Muklas, warga yang memadati area sekitar rumah Hj. Tariyem, dibuat takjub dengan kedatangan tiga burung belibis yang melayang-layang di udara Desa Tenggulun, Solokuro, Lamongan.
“Ini tanda jenazah mereka langsung bertemu dengan Allah. Burung itu bidadari yang menjemput,” ungkap H Ahmad, salah satu pendukung Amrozi cs, Minggu (9/11/2008).
Kami yakin jenazah ketiga terpidana mati yang telah dieksekusi dini hari tadi, Amrozi, Muklas dan Imam Samudra akan masuk syurga. Mungkin ada yang mahu menafikannya, Sebenarnya makhluk yang sentiasa menafikan segala kebesaran dan kekuasaan Allah telah wujud sejak zaman Adam a.s lagi dan mereka tidak pernah tahu tentang beberapa tanda yang Allah tunjukan bila seseorang itu syahid di sisi Allah..
justeru itu mereka tidak sekali-kali mendapat iktibar dari setiap kejadian yang Allah paparkan dihadapan mata mereka semua..
Jenazah Amrozi tiba sekira pukul 9.20 WIB, dengan menggunakan dua mobil ambulans yang bertuliskan Puskesmas Tikung disertai mobil patroli dari Polres Lamongan dan Bojonegoro.(ram) (Ashadi Iksan /Sindo/uky)
Pandangan Ulamak Al-Azhar Tentang Islam Hadari
Kini telah lahir satu lagi pengubahsuaian yg terang lagi nyata di dalam agama islam yg dinamakan Islam Hadhari. Maka kami bagi pihak Al-Azhar ( Instistusi terunggul dunia islam ), mengelarkannya sebagai " Mazhab Malazie " justeru itu kami menasihatikan umat islam di seluruh dunia agar lebih berhati dgn puak2 yg bersengkonkol dgn golongan kuffar bagi menjahanamkan akidah umat islam di seluruh dunia. Sebenarnya selepas kematian Mustafar Kamal At-Atartuk di turkey jentera2 Yahudi dan Nasrani semakin giat berusaha melahirkan At-Tarturk2 yg baharu bagi memesongkan akidah umat islam dgn menjadikan pemimpin2 negara islam itu sendiri sebagai kuda tunggangan mereka. Marilah sama2 kita berdoa agar diri serta anak cucu kita dilindungi Allah dari musuh2nya - amin" |
Jumaat, 7 November 2008
kerajaan Indonesia Yang Selalu Diperlekehkan Oleh Kepemimpinan Malaysia
Bunga - dari Kota Kosmopolitan ( jogjag ) Jawa - Umur 4 tahun
Jogjag 2 kali lebih besar dari bandaraya Kuala Lumpur.
Kiki - dari Kalimantan - 6 tahun ( sekolah Kelas 1 )
Berasal dari sebuah daerah yang hampir negeri Sabah
Nadia- Kepulauan Riau - 11 tahun ( kelas 6 )
Peserta Pidato Da`i Kecil ( Pidacil )
Program Realiti TV Indonesia
* 10 Finalis Rancangan ini telah dibawa oleh President Indonesia
( Bambang Yudhoyono ) Menunaikan Haji di Mekkah dgn segala perbelanjaannya ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Indonesia..
Kehebatan Kerajaan Islam Hadari Malaysia
Pendawah Islam Hadari yang sedang digilap
di bawah pimpinan Islam hadari...!!
Syabas Islam hadari di bawah pimpinan Pak Lah..
Di bawah pimpinan Pak Lah perkembangan islam hadari
semakin pesat dan membanggakan...
Perkembangan Islam Yang sedang Pesat di Malaysia
Berbanding dengan Indonesia...!!
Inilah satu contoh yang ingin diikuti oleh karajaan
Pak Lah hadari kita...!!!
University AL-Azhar Mengistiharkan bahawa
Islam hadari adalah sautau Mazhab baru muncul
Di rantau asia tenggara..
Dan mereka mengelar islam Hadari sebagai Mazhab Malazie..!!!
h
Kapitalise
KAPITALISME DAN PERJUANGAN UNTUK HIDUP DI DALAM EKONOMI
Herbert Spencer |
Perkataan kapitalis bererti kesetiaan kepada kekayaan, satu sistem bebas dan tidak terbatas yang berasaskan sepenuhnya kepada keuntungan di mana masyarakat bersaing di dalam kriteria ini. Terdapat tiga elemen penting di dalam kapitalisme: individualisme, persaingan dan membuat keuntungan. Individualisme sangat penting di dalam kapitalisme, kerana masyarakat tidak menganggap diri mereka sebahagian daripada masyarakat, tetapi sebaliknya sebagai satu individu yang berdiri di atas dua kakinya dan perlu mendapatkan sesuatu dengan usahanya sendiri. "Masyarakat Kapitalis", adalah satu arena di mana setiap individu bersaing di antara satu sama lain di dalam keadaan yang sukar dan kejam. Ia adalah sebuah arena yang digambarkan oleh Darwin, di mana yang gagah akan selamat, yang lemah akan ditindas dan dihapuskan, dan di mana peraturan-peraturan kejam dijalankan.
Berdasarkan logik, kapitalisme adalah berasaskan kepada setiap individu - dan ini termasuk juga seseorang, sebuah syarikat, atau satu bangsa -perlu berjuang untuk pembangunan dan kemajuan diri mereka sahaja. Kriteria yang paling penting di dalam perjuangan ini ialah pengeluaran. Pengeluar yang terbaik akan selamat, sementara yang lemah dan tidak berdaya saing akan dihapuskan dan lenyap. Ia membentuk sistem ini, dengan melupakan bahawa mereka yang telah dihapuskan di dalam perjuangan yang perit ini, mereka yang ditindas dan jatuh miskin, juga adalah "manusia". Perhatian utama mereka bukannya manusia, tetapi pembangunan ekonomi, dan produk, hasil daripada pembangunan ini. Kerana itulah, mentaliti kapitalis merasa tiada tanggungjawab etnik dan kesedaran kepada mereka yang ditindas dan ditekan, dan mereka yang hidup susah. Darwinismelah yang telah mempraktikkannya di dalam masyarakat melalui ekonomi.
Dengan menyakini keperluan menggalakkan persaingan di dalam setiap lapangan masyarakat, dan beranggapan tidak perlu memberikan peluang kepada mereka yang lemah di dalam sebarang bidang, daripada kesihatan kepada ekonomi, ahli teori Sosial Darwinisme telah memberikan sokongan "falsafah" dan "sains" kepada kapitalisme. Sebagai contoh, menurut Tille, contoh mentaliti secara Darwin-kapitalis yang terkenal, adalah satu kesilapan untuk cuba menghalang kemiskinan dengan menolong "golongan-golongan yang telah ditewaskan ini", kerana ia akan mengganggu pilihan semula jadi yang membawa kepada evolusi.
Pada pandangan Herbert Spencer, teori utama Sosial Darwinisme, yang memperkenalkan prinsip-prinsip Darwinisme di dalam kehidupan masyarakat, ialah sekiranya seseorang itu miskin, itu adalah kesilapannya, siapa pun tidak wajar untuk membantunya untuk bangun. Sekiranya seseorang itu kaya, walau pun dia memperolehi kekayaan tersebut dengan cara yang tidak bermoral sekali pun, itu sebenarnya adalah kebolehannya. Kerana itulah orang-orang kaya selamat, dan orang-orang miskin pula lenyap. Pandangan ini telah tersebar luas ke hampir seluruh masyarakat hari ini, dan ia adalah inti pati daripada prinsip-prinsip moral secara Darwin-kapitalis.
Spencer yang mempertahankan prinsip-prinsip moral ini telah menyiapkan hasil kerjanya "Social Statistics" pada 1850, dan menentang semua sistem bantuan yang disediakan oleh kerajaan, perlindungan kesihatan, sekolah-sekolah kerajaan dan inokulasi wajib. Kerana menurut Sosial Darwinisme, kedudukan masyarakat terbentuk daripada prinsip terus hidup yang terkuat. Membantu mereka yang lemah dan menyelamatkan mereka adalah bersalahan dengan prinsip ini. Mereka yang kaya menjadi kaya kerana mereka lebih kuat; sebahagian bangsa menakluki sebahagian yang lain kerana mereka lebih superior daripada yang lain, sebahagian bangsa dijajah oleh bangsa lain kerana mereka lebih bijak daripada mereka. Spencer telah menyerapkan doktrin ini di dalam masyarakat manusia dengan mendakwa: "Sekiranya mereka sempurna untuk hidup, mereka akan hidup, dan memang mereka berhak hidup. Sekiranya mereka tidak sempurna untuk hidup, mereka akan mati, dan adalah lebih baik bagi mereka untuk mati."
Graham Sumner, pengarah Sains Politik dan Sosial di Universiti Yale, adalah wakil Sosial Darwinisme di Amerika. Di dalam salah satu tulisannya beliau meringkaskan pandangan beliau tentang masyarakat manusia seperti berikut:
"… sekiranya kita menaikkan seseorang, kita perlukan sangga tuas, satu titik tindak balas. Di dalam masyarakat, ia bererti untuk menaikkan seseorang kita perlu menjatuhkan orang lain".
Richard Milner, Ketua Pengarang Majalah Nature History di American Museum of Nature History, menulis:
Salah seorang wakil Sosial Darwinisme Graham Summer daripada Princeton, menganggap jutawan adalah individu yang "terkuat" di dalam masyarakat dan mereka berhak mendapat keistimewaan. Mereka telah "terpilih secara semulajadi di dalam persaingan yang kejam ini".
Seperti dilihat daripada penyataan-penyataan ini, Sosial Darwinisme telah menggunakan teori evolusi Darwin sebagai satu ulasan "saintifik" kepada masyarakat kapitalis. Akibatnya, manusia telah kehilangan beberapa konsep yang telah dibawa oleh agama, seperti konsep saling membantu, prihatin dan bekerjasama, dan sebaliknya konsep-konsep ini telah digantikan dengan sifat mementingkan diri sendiri, licik dan secara oportunis. Menurut seorang ahli teori sosial Darwinisme Amerika yang terkenal, Profesor E. A. Ross, "Ajaran Kristian tentang kebajikan sebagai satu sifat mulia telah mewujudkan perlindungan di mana mereka yang bodoh dan cacat dibantu dan dipelihara ". Ross juga berpendapat, "Kerajaan meletakkan mereka yang bisu dan pekak di bawah jagaan mereka, dan satu bangsa yang pekak dan bisu sedang dalam proses pembentukan." Beliau menolak semua ini kerana ia akan menghalang perkembangan evolusi semula jadi, Ross mengatakan, "Cara pintas untuk menjadikan dunia ini syurga ialah dengan membiarkan mereka yang lemah dengan keadaan mereka sendiri…".
Seperti yang disaksikan, Darwinisme telah membentuk asas falsafah kepada sistem ekonomi kapitalis di seluruh dunia dan sistem politik yang mengambil contoh daripadanya.
Kerana itulah, penyokong utama masyarakat Darwinisme adalah mereka yang memiliki kekayaan. Peningkatan mereka yang kuat dengan memijak yang lemah dan kepatuhan mereka terhadap kedudukan ekonomi yang jauh daripada perasaan belas kasihan, prihatin dan simpati, sudah tidak lagi dikecam, kerana perbuatan ini telah diterima sebagai selaras dengan "penjelasan saintifik" dan "undang-undang semula jadi".
Menurut Richard Hofstadter, pengarang buku "Social Darwinism in American Thought", seorang hartawan landasan keretapi abad ke-19, Chauncey Depew, menegaskan bahawa seorang yang mendapat kemasyhuran, tuah dan kuasa di banda raya New York adalah bukti terus hidup mereka yang kuat, melalui "kebolehan superior, berpandang jauh, dan dapat menyesuaikan diri".Seorang hartawan lain pula, James J. Hill, menegaskan bahawa "Nasib syarikat-syarikat landasan keretapi adalah ditentukan oleh undang-undang 'yang kuatlah, yang terus hidup'".
Di dalam buku biografi beliau, Andrew Carnegie, salah seorang hartawan yang terkaya di Amerika, mengatakan keyakinan beliau terhadap evolusi seperti berikut, "Saya telah menemui kebenaran evolusi". Seterusnya beliau menulis:
Ia (undang-undang persaingan) ada di sini, kita tidak dapat menghindarinya; tidak ada gantinya, dan walaupun kadang-kadang undang-undang ini menyulitkan seseorang, tetapi ia memberikan kebaikan kepada bangsa, kerana ia memerlukan terus hidup terkuat di dalam semua bidang.
Di dalam artikel beliau Darwin's Three Mistakes, saintis evolusi Kenneth J. Hsu, mendedahkan anggapan Darwinis terhadap kapitalis-kapitalis Amerika yang terkenal:
Darwinisme juga digunakan untuk mempertahankan saingan individulisme dan ekonominya daripada pasaran bebas kapitalisme di England dan di Amerika. Andrew Carnegie menulis bahawa "undang-undang persaingan telah berada di sini samada ianya membahayakan atau tidak; kita tidak dapat menolaknya". Rockefeller melangkah setapak ke hadapan apabila beliau mengatakan bahawa, "peningkatan perniagaan yang besar adalah 'yang kuatlah, yang terus hidup'; ia adalah tindakan undang-undang semulajadi.
MEREKA YANG TIDUR DI JALAN-JALAN :
Orang-orang miskin dibiarkan tidur di jalan-jalan dalam sebuah negara yang kaya dan selesa.
Adalah amat menarik bahawa di yayasan-yayasan Amerika seperti Rockefeller Foundation dan Carnegie Institution, yang diasaskan oleh dinasti-dinasti kapitalis seperti Rockefeller dan Carnegie, dapat memberikan bantuan kewangan kepada penyelidikan evolusi.
Seperti yang dapat disaksikan daripada apa yang telah dijelaskan setakat ini, kapitalisme telah mengheret manusia untuk menyembah wang dan kuasa yang terhasil daripada wang tersebut. Dengan mengetepikan semua nilai-nilai agama dan etnik, masyarakat yang telah terpengaruh dengan saranan-saranan evolusi ini telah mula memberikan tumpuan kepada kuasa material, dan mula menjauhkan diri daripada perasaan belas, kasihan dan pengorbanan.
MEREKA YANG MENDERITA KEBULURAN : Walaupun hari ini terdapat banyak sumber bahan mentah, berjuta-juta kanak-kanak terbiar kebuluran disebaban oleh mentaliti kapitalis ini. |
Prinsip moral kapitalis ini telah mempengaruhi hampir semua masyarakat hari ini. Kerana itulah, mereka yang miskin, tidak berdaya dan lemah, dinafikan kebajikan mereka, tidak dipedulikan atau dilindungi. Sekali pun mereka ditimpa penyakit yang serius dan berbahaya, mereka tidak akan dapat mencari sesiapa untuk melindungi mereka dan membantu menyembuhkan mereka. Orang-orang miskin ditinggalkan dengan sakit mereka dan dibiarkan untuk mati. Di kebanyakan negara, perbuatan kejam dan tidak berperikemanusiaan seperti kanak-kanak kecil yang dipaksa bekerja dan ditinggalkan tanpa hak sosial, amat kerap terjadi.
Hari ini, faktor yang menyebabkan negara-negara seperti Ethiopia ditimpa kemarau dan kebuluran adalah disebabkan oleh dominasi prinsip kapitalis ini. Bantuan dan sokongan banyak negara mungkin dapat membantu mereka, tetapi sebaliknya mereka ditinggalkan di dalam keadaan kebuluran dan kemiskinan.
Di antara sifat lain masyarakat kapitalis ialah cara ia memberikan peluang yang tidak adil. Di dalam masyarakat seperti ini, jurang di antara yang kaya dan miskin, dan kekayaan mereka yang berharta terus menjadi bertambah hebat. Kewujudan berjuta-juta orang yang tidak mempunyai rumah dan ditinggalkan dalam keadaan yang paling teruk, sekali pun di Amerika yang merupakan sebuah negara paling maju di dunia, adalah disebabkan oleh prinsip kapitalis ini. Memang masyarakat Amerika cukup kaya untuk melindungi mereka dan memberikan mereka pekerjaan. Tetapi prinsip moral yang mereka amalkan tidak membenarkan yang miskin meningkat maju, tetapi mereka sendiri mesti maju dengan menindas orang-orang miskin, maka tidak ada sebarang penyelesaian diberikan kepada mereka. Ini adalah hasil praktikal daripada saranan masyarakat Darwinis bahawa "untuk maju, perlu ada satu batu pemijak untuk seseorang itu memijaknya".
Pada peringkat ini, kita perlu memberikan perhatian kepada satu fakta penting: Sepanjang sejarah sentiasa terdapat masyarakat di mana yang miskin dan lemah ditindas, hanya material sahaja yang penting, dan di mana sifat kedekut, lokek, dan menipu di anggap sebagai satu-satunya cara untuk menjadi kaya: dahulu juga terdapat mereka yang hanya mementingkan material yang terdiri daripada mereka yang berharta dan tidak mempunyai sifat-sifat terpuji. Tetapi sejak separuh kedua abad ke-19, mereka yang mempunyai pandangan seperti ini telah memasuki satu zaman berbeza. Sepanjang 150 tahun, mereka yang mengamalkan sifat-sifat ini tidak lagi dicemuh atau dikritik seperti yang lain. Tingkah laku seperti ini akhirnya telah diterima sebagai undang-undang semula jadi. Dan pada ketika ini, Darwinisme telah menjadi satu agama songsang yang menjustifikasikan sifat-sifat yang tidak bermoral dan berperikemanusiaan ini.
Robert E. D. Clark menjelaskan situasi ini seperti berikut:
Evolusi, secara ringkasnya, telah menyebabkan mereka yang melakukan kejahatan merasa lega. Perbuatan paling teruk kepada seorang pesaing telah dirasionalkan; kejahatan boleh digelar kebaikan.
Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta). (Surah Adh-Dhariyat:19)
Profesor J. Holmes menyatakan, "Darwinisme secara konsisten telah meletakkan ukuran kebaikan itu pada nilai terus hidup"… Ini adalah undang-undang rimba di mana "yang kuat sentiasa benar", dan yang paling gagah akan selamat. Semakin licik dan ganas, penakut atau penipu, dan apa sahaja yang membolehkan seseorang itu selamat adalah baik dan betul untuk individu atau masyarakat tersebut.
Seperti yang dapat kita lihat, kelemahan iman dan Darwinisme yang menjadi puncanya, berada di sebalik setiap orang, sistem-sistem dan ideologi-ideologi yang menimbulkan kebimbangan, kesukaran, kesakitan, dan putus asa kepada dunia, terutamanya pada akhir 150 tahun ini. Mereka yang menyangka dapat melindungi diri dan kepentingan mereka di dalam masyarakat yang kejam dan mementingkan diri ini yang disebabkan oleh kelemahan iman, melihat Darwinisme sebagai penyelamat kepada mereka. Mereka menerima tesis Darwin bahawa "yang lemah akan lenyap, sementara yang kuat akan selamat", sebagai falsafah hidup mereka.
Mereka tidak menyedarinya, mereka yang menyangka telah menyediakan perangkap kepada semua manusia, sebenarnya menyediakannya untuk diri mereka sendiri. Kerana walau betapa gigihnya mereka berusaha untuk selamat dan terus hidup, hanya terdapat seorang hakim, seorang raja, dan seorang Tuan, samada kepada diri mereka sendiri, seluruh dunia, segala apa yang mereka cuba miliki, ketua tempat mereka bergantung, atau ideologi dan "isme" yang mereka yakini. Allah adalah satu-satunya hakim dan kuasa. Dan bukannya kuasa dan peluang-peluang sementara yang diberikan kepada manusia, benda-benda yang mereka capai secara kejam dengan menentang dan menindas manusia lain, dengan titik peluh mereka sendiri. Kekayaan, kekuatan dan kuasa yang mereka sangkakan telah diperoleh sendiri, sebenarnya telah diberikan kepada mereka oleh Allah untuk menguji mereka. Walaupun dia cuba meyakinkan bahawa dia berada di dalam satu arena pertempuran di mana yang lemah dihapuskan dan yang kuat menguasai, sebenarnya, setiap manusia hidup sebagi ujian daripada Allah untuk dirinya. Allah menjelaskan di dalam ayat al-Quran bahawa Dia menguji manusia dengan peluang-peluang yang diberikan kepada mereka:
Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana Kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya. (Al-Kahfi:7)
Newsweek, 7 September 1992 Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah; dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (Surah An-Nuur: 22) |
Mereka yang beranggapan bahawa mereka telah berjaya memperolehi apa yang mereka usahakan hasil daripada "fight for survival" (perjuangan untuk hidup) ini akan merasa kecewa kerana tidak mendapat sebarang imbuhan, dan merasa sedih apabila bersemuka dengan realiti di hari kiamat dan akan mendapati betapa kosongnya idea yang mereka ikuti itu.
Dan (apabila ahli-ahli Syurga itu berada di tempat masing-masing), berserulah mereka kepada ahli neraka dengan berkata: "Sesungguhnya kami telah dapati apa yang telah dijanjikan kepada kami oleh Tuhan kami, semuanya betul. Maka adakah kamu juga telah dapati apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kamu itu semuanya betul?". Mereka menjawab: "Benar ada". Kemudian berserulah penyeru (malaikat) di antara mereka (kedua-dua puak itu) menyatakan: "Bahawa laknat Allah tertimpa ke atas orang-orang yang zalim". Iaitu mereka yang menghalang (dirinya sendiri dan juga orang lain) dari menurut jalan Allah, dan mencari helah menjadikan jalan itu bengkok terpesong, sedang mereka pula tidak percayakan hari akhirat. (Al-A'raaf:44-45).
Dan orang-orang yang berada di atas tembok Al-A'raaf menyeru beberapa orang (Ketua kaum kafir) yang mereka kenal dengan tandanya, dengan berkata: "Nampaknya kumpulan kamu yang ramai (atau kekayaan kamu yang besar) dan juga segala apa yang kamu sombongkan dahulu - tidak dapat menolong kamu".(Al-A'raaf:48).
Bagi mereka yang tidak terpengaruh dengan pemikiran secara Darwin-kapitalis ini dan mereka yang tidak melupakan tujuan kewujudan mereka dan kewujudan Allah, mereka melihat manusia lain sebagai makhluk hidup yang dijadikan Allah. Seperti mana yang diarahkan oleh Allah, mereka sentiasa melayani manusia lain dengan baik, dengan kasih sayang, dan simpati, dan akan melakukan apa sahaja yang termampu untuk menghilangkan kesukaran dan kebimbangan mereka. Mereka sering menuturkan perkataan yang lunak, mengambil berat terhadap anak-anak yatim, membantu yang sakit dan cacat, melindungi dan menjaga mereka. Orang seperti ini akan menghindari dosa dan menjalankan tanggungjawab mereka kepada Allah seperti yang dijelaskan di dalam al-Quran dan mereka adalah golongan yang paling mulia di sisi Allah: mereka tidak menghiraukan kekayaan, bangsa, warna kulit, kelas, ideologi, dan falsafah.
Adakah UMNO menolaknya..??
Adakah UMNO yang cukup terkenal dengan semangat bangsanya ( Melayu ). Dengan Laungan " Hidup Melayu " benar-benar menolak Firman Allah seperti yang termaktub di dalam Al-Quran..??
Di negara kita juga terdapat budaya masyarakat manusia yang tidak berkembang. Mereka memiliki semua sifat-sifat manusia, tetapi mereka kekurangan kriteria dari aspek teknikal dan kebudayaannya, secara umumnya mereka inilah yang memerintah negara. Disebabkan oleh klimaks tempat mereka tinggal dan keadaan semula jadi, banyak komuniti yang hidup terasing daripada masyarakat dunia umumnya dan telah mengembangkan kebudayaan yang berbeza.Tetapi setiap satu daripadanya pasti wujud sifat-sifat, adat, dan kelakuan yang biasa bagi manusia. Mereka yang mempunyai agenda tersembunyi ( Hidup Melayu ), dan mereka yang melihat keuntungan di dalam rasisme ( Perkauman ), dengan penuh ghairahnya tanpa sedar telah menolak firman Allah, Hasil daripada Fahaman Assobiyah ( Bangsa ) ini, sehingga ke hari ini telah muncul mereka yang menindas dan menekan manusia dan komuniti yang mundur yang tidak berkembang.Allah, bagaimanapun, telah mengharamkan Rasisme / Semangat bangsa. Allah telah menjadikan manusia, di dalam warna yang berbeza dan bertutur di dalam bahasa yang berbagai. Ini merupakan tanda-tanda kesenian dan keperbagaian ciptaan Allah:
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan. (Surah Ar- Rum:22)
Pada pandangan Allah, satu-satunya kemuliaan ialah akhlak seseorang, penghindaran daripada semua jenis dosa dan kemungkaran, dan ketinggian moral yang diperolehi daripada ketaatannya kepada agama. Sebahagian ketaatannya kepada agama ialah menyakini tidak ada manusia yang memiliki ketinggian melebihi orang lain yang diperolehinya daripada sifat-sifat luarannya. Allah menjelaskannya di dalam sebuah ayat:Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Surah Al-Hujurat:13)Di dalam beberapa website UMNO dengan jelas menyatakan
bahawa orang-orang cina dalam Parti DAP adalah KHINZIR..!!!
Bukankah sudah jelas bahawa UMNO menolak Firman Allah di atas...!!! Sampai bilakah UMNO akan terus kekal menganuti Fahaman Assobiyah yang dipelopori oleh kaum YAHUDI semenjak zaman Nabi Musa a.s lagi..???
Sabda Rasulullah s.a.w
"Bukan dari kalangan ku org yg menyeru ke arah assobiyyah/ Kebangsaan, bukan dari kalangan ku org yg berperang di atas dasar assobiyyah dan bukan dari kalangan ku org yg mati di atas dasar assobiyyah / Kebangsaan.
RASULULLAH TIDAK MENGAKU UMAT SERTA MELAKNAT KEPADA SESIAPA YANG BERJUANG ATAS DASAR BANGSA..
Khamis, 6 November 2008
Siapakah bangsa Melayu itu sebenarnya...???
- Beragama islam
- Bertutur dalam bahasa melayu
- Mengamalkan adat resam serta budaya melayu..
Sekarang ni ada satu penambahan identiti baru yang paling penting selain daripada perkara yang dinyatakan di atas tadi..
Iaitu melayu hendaklah menjadi Ahli UMNO serta menyokong Perjuangan UMNO sepenuh hati kalau tidak dia tidak dinamakan melayu.. ini fakta yang dikeluarkan oleh menteri sendiri..
Rais yatim sendiri menempelak Datok Zahid Ibrahim kerana mempersenda2kan ketuanan melayu.. dah menyatakan Zahid Ibrahim harus keluar dari rumpun melayu kerana pendiriannya tidak selaras dgn pucuk pimpinan parti ( UMNO ) berhubung isu ISA dan Ketuanan Melayu..
Ate, Bukan melayu jugaklah kita iyerr..!!!
Kesian kita iyerr...!!
Hah.., itulah kome..!!
Rabu, 5 November 2008
Penyokong UMNO sememangnya Bodoh lagi Dungu..
Dakwaan UMNO disanggah oleh Ketua Pembangkang dengan tegas dan berfakta. Menurut Anwar, ketika beliau menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia, agenda utama ialah mendapatkan kelulusan negara-negara anggota termasuk Eropah dan Amerika Syarikat untuk menghapuskan hutang negara-negara miskin. Tindakan ini dapat meringankan beban hutang negara-negara miskin yang turut gawat akibat krisis kewangan.
Ekonomi negara yang turut diserang menyebabkan institusi-institusi kewangan lemas dan ringgit semakin lemah. Dalam suasana krisis kewangan pada ketika itu, Article 4 mengkehendaki rundingan diadakan. Dato' Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa di sepanjang tempoh beliau menjadi Menteri Kewangan khususnya ketika mengurus krisis kewangan negara pada tahun 1997, beliau TIDAK PERNAH meminta "rescue package" daripada IMF / World Bank. Anwar mencabar pemimpin UMNO yang membuat tuduhan supaya menyemak rekod dengan Perbendaharaan dan Bank Negara. Dato' Seri Anwar turut menjelaskan bahawa beliau mengambil initiatif menubuhkan Dana Harta dan Dana Modal untuk menjamin ketelusan dalam membantu syarikat-syarikat tempatan yang menghadapi krisis kewangan pada ketika itu.
Ketua Pembangkang turut mendedahkan bahawa pada tahun 1993, beliau selaku Menteri Kewangan telah menulis surat kepada Bank Dunia untuk memberhentikan pinjaman dari Bank Dunia. Kedudukan ekonomi ketika itu di bawah pengurusan beliau amat kukuh dan tidak memerlukan pinjaman dari Bank Dunia. Malahan, Anwar turut memulakan pendekatan "pre-payment" untuk pinjaman yang dibuat sebelumnya dari Bank Dunia. Namun, sebaik sahaja Dato' Seri Anwar Ibrahim dipecat pada tahun 1998, Anwar berhujah bahawa Dr. Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah mengarahkan Perbendaharaan Malaysia untuk meneruskan pinjaman oleh negara dengan Bank Dunia. Siapa sebenarnya yang melutut dengan IMF / World Bank ? Penghujahan Dato' Seri Anwar dalam Parlimen semalam dapat menyanggah fitnah dan tuduhan jahat UMNO selama satu dekad yang lalu. Tujuan Kerajaan Malaysia meminjam semula dengan IMF adalah untuk membantu syarikat anak2 Dr. Mahathir serta suku sakat dan kroni2 UMNO, Justeru itu Anwar terpaksa dimasukkan ke dalam penjara. Jika Anwar masih lagi kekal sebagai menteri kewangan sudah tentu Anwar tidak akan bekerja sama untuk meminjam dari IMF bagi menyelamatkan syarikat anak2 Dr. mahathir dan kroni2 UMNO peda ketika itu..- sila semak data2nya di Perbendaharaan dan Bank Negara.. Kita sebagai rakyat yg terpaksa menanggung beban hutang hingga ke anak cucu semata-mata untuk membantu syarikat2 UMNO yang korap..
Alangkah bodohnya kita dengan membiarkan diri kita diperkudakan UMNO..!!