Jumaat, 31 Oktober 2008

Perilaku Pemimpin Barisan Nasional Yang Biadap

Apa diharap pada Para Pemimpin serta Parti yang biadap serta tidak bertamadun..
Walaupun dibantah oleh Rakyat tetapi para pemimpin yang tiada akhlak ini terus dipertahankan oleh kerajaan..
Bapak Borek Anak Ritik..


..

Inilah dia Budaya yang dibenarkan Mazhab Islam Hadhari




Masih Terus Dipertahankan...!!!
Hanya Manusia-manusia yang dunggu sahaja yang tergamak menyokong pemimpin2 yang tidak beradab dan yang kurang sempurna akal mereka..














Hero Melayu UMNO

BN Lubuk Segala Jenis Perkauman Dalam Malaysia

Api perkauman bawa negara ke ambang bahaya

Apabila MCA, Gerakan dan lain-lain komponen Barisan Nasional menggasak Umno dalam isu perkauman sempit Melayu-Cina, Pakatan Rakyat tidak seharusnya terheret sama.
Iklan

MCA dan Gerakan yang menuduh Umno parti pembuli, pemimpin Umno 'racist' - perkauman, pemimpin Umno harus 'diISAkan' kerana mencetuskan perkara-perkara sensitif khususnya dilihat boleh membawa kepada ketegangan kaum.

Pakatan Rakyat juga tidak seharusnya terperangkap dengan permainan kotor BN apabila Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohamed Nazri Aziz mendakwa pembangkang mahu menghapuskan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berhubung dengan kepentingan dan hak orang Melayu.

Kenyataan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim sering diputarbelitkan oleh media massa. Beliau didakwa mahu menggadaikan prinsip Islam dan kepentingan Melayu jika berkuasa nanti.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang juga dibalas dengan pelbagai kecaman, kononnya DAP mendesak hak istimewa Melayu dihapuskan.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, suatu ketika dahulu (ketika masih Timbalan Presiden) sering menjadi sasaran media pro BN yang mendakwa beliau mahu menghapuskan hak istimewa Melayu.

Walhal, Ustaz Hadi mengemukakan prinsip keadilan Islam yang menerima kesamarataan, kepimpinan serta ketuanan atas nama Islam.

Malah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat sebelum pembentukan kerjasama Pakatan Rakyat lagi pernah berkata, PAS akan menerima siapa sahaja menjadi Ketua atau Perdana Menteri asalkan dia beragama Islam.

Oleh itu, rakyat, khususnya orang-orang Melayu harus fikirkan, apakah selama 62 tahun usia Umno, dan menjadi pemerintah negara sejak sebelum merdeka, bangsa Melayu dan agama Islam benar-benar terpelihara?

Orang-orang Melayu harus sedar daripada penipuan Umno/BN bahawa DAP adalah parti anti Islam dan anti Melayu yang akan merosakkan negara.

Jika hendak dituduh DAP anti Islam dan anti Melayu berdasarkan kenyataan-kenyataan pemimpin DAP yang terdahulu ( Sebelum Perlembangan DAP Digubal seperti yang ada sekarang ), bagaimana pula dengan memo sembilan Menteri bukan Islam kepada PM yang mencabar Islam tahun 2006 yang lalu?

Bagaimana pula dengan pelbagai tuntutan dan kecaman yang dilemparkan oleh MCA dan Gerakan terhadap Melayu Umno dalam perhimpunan mereka baru-baru ini?

Justeru, jangan sesekali kita rakyat Malaysia, terperangkap dengan 'racist game' yang membahayakan ini.

Pemimpin Umno memainkan sentimen kemelayuan, untuk mendapat sokongan dan pencalonan dalam pemilihan mereka yang berlangsung sekarang ini. Pemimpin Umno sudah tentu mahu kelihatan sebagai ultra Melayu.

Begitu juga dengan MCA dan Gerakan. Dalam keadaan masa depan politik mereka yang terumbang ambing, mereka tidak ada jalan lain kecuali meniup sentimen kecinaan dan menjadi ultra Cina untuk mengekalkan sokongan terhadap mereka.

Apa faedah yang rakyat akan dapat daripada kempen-kempen ultra bangsa yang digembar gemburkan pemimpin BN ini? Tidak ada! Mereka 'useless' semata-mata.

Ingatlah, Anwar sudah memberi jaminan berkali-kali bahawa keseluruhan kepentingan Islam dan hak istimewa orang-orang Melayu dalam Perlembagaan akan dipelihara sebaik-baiknya.

DAP juga dalam perbincangannya dengan KeADILan dan PAS, memperakukan janji bahawa semua yang dimaksudkan tersebut tidak akan dipersoalkan sama sekali.

Cumanya, ada konsensus dalam Pakatan Rakyat bahawa, di samping memelihara kepentingan Islam dan Melayu, keperluan dan kepentingan agama dan kaum lain juga harus dipelihara dengan lebih adil dan saksama.

Jerat perkauman PKNS

Dalam isu khusus di Selangor misalnya. Isu membabitkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor atau PKNS ditubuhkan pada 1 Ogos 1964. Dalam perlembagaannya tidak diwajibkan secara jelas, PKNS mesti dipimpin oleh orang-orang Melayu.

Hanya sejak ditubuhkan sehingga sekarang, BN dan Umno seolah-olahnya menjadikan PKNS seperti hak mutlak Melayu.

Di sebalik serangan terhadap Kerajaan Negeri Selangor yang didakwa mengetepikan orang Melayu, malangnya kepada orang Melayu apabila didapati selepas 44 tahun BN berkuasa, kaum Cina menguasai 75 peratus perniagaan PKNS berbanding Melayu, hanya 25 peratus.

Isu tercetus apabila Pengurus Besarnya, Harun Salim bersara 31 Oktober lepas, dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melantik Low Siew Moi, memangku jawatan Pengurus Besar, sementara menemui calon yang sesuai.

PKNS ada tiga Timbalan Pengurus Besar, selain dari Siew Moi (Perhubungan Korporat) ada dua orang lagi iaitu Md Nasir Md Arshad (Pentadbiran dan Pembangunan) dan Abdul Ghani Hashim (Teknikal).

Pelantikan tersebut dibantah keras oleh Pengerusi Umno Selangor, Dato' Seri Dr Mohamad Khir Toyo. Khalid didakwa mengenepikan orang Melayu, sebaliknya dilantik orang Cina.

Manakala Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Dr Hasan Mohd Ali turut tidak bersetuju dan mencadangkan perlantikan Siew Moi dibuat secara harian atau mingguan.

Dalam hal ini, nada Khir dan Hasan adalah sama, tidak setuju dengan Siew Moi, walaupun pendekatan masing-masing sedikit berbeza.

Manakala Ahli Parlimen DAP Kawasan PJ Utara, Tony Pua dalam reaksi berbeza mendakwa PAS 'salah faham', berikutan kenyataan Dr Hasan.

Katanya, "Keturunan pengurus besar tersebut tidak patut dipersoalkan sama sekali. Adalah mengecewakan apabila bantahan (terhadap pelantikan Low), dibuat berasaskan perspektif kaum dan tidak dari segi kualitinya," kata Pua.

Dalam hal ini, beliau berharap, PAS tidak akan hanya melihat pada perkara yang kecil semata-mata, tetapi juga turut mengambil kira soal yang lebih besar daripada itu.

Melihat kepada kriteria perlantikan, Khalid pada asasnya adalah orang ekonomi dan akaun, jarang sekali beliau membuat keputusan berdasarkan politik. Perlantikan Siew Moi tidak ada kena mengena dengan soal bangsa atau kaum.

Difahamkan selepas pertemuan dibuat Khalid dengan ketiga-tiga mereka, Khalid mendapati Siew Moi lebih layak memangku jawatan kerana mahir dalam urusan akaun dan pengetahuan perancangan perniagaan korporat PKNS.

Dua orang lain, walaupun berketurunan Melayu, bertugas dalam bidang Human Resource dan Teknikal.

Oleh itu dalam hal ini, tidak wajar menuduh Khalid membelakangkan orang Melayu kerana melantik orang Cina, kerana Khalid sudah menegaskan, pelantikan ini dibuat hanya sementara menanti calon yang sesuai.

Khalid selaku CEO GLC Selangor, memang berhak melantik, sesiapa sahaja yang layak menjadi Pengurus Besar PKNS, bukan sahaja di antara ketiga-tiga mereka sahaja.

Jika kerajaan negeri sudah mengetahui lebih awal bahawa Harun Salim hendak bersara, mereka boleh berusaha mengelakkan perbezaan pendapat sesama pemimpin.

Jangan sampai 'sudah hendak terberak baru hendak mencari lubang'. Sedarlah bahawa kenyataan yang sering bercanggahan antara KeADILan, PAS dan DAP, ia tidak baik untuk sebuah pakatan.

Walaupun MB ada kuasa eksekutif, zaman sudah berbeza. Zaman ini rakyat tidak menerima 'absolute power' atau 'executive one man decision'. Itu zaman Khir Toyo. Rakyat berbilang kaum di negara, mahukan Pakatan Rakyat mentadbir negeri secara konsensus.

Tanpa menafikan kuasa eksekutif MB dari sudut perlembagaan negeri, namun ada baiknya pemimpin ketiga-tiga parti KeADILan, PAS dan DAP, sama ada sendiri Khalid, Dr Hasan mahupun Teresa Kok, harus sentiasa duduk semeja mencari kesepakatan.

Pakatan Rakyat harus beringat, musuh-musuh yang hendak melaga-lagakan mereka begitu ramai. Harus lebih berhati-hari terhadap media massa yang dikuasai BN, kerana mereka sering menjadi dalang yang menyemarakkan api perkauman.

Khamis, 30 Oktober 2008

Diantara Ciri2 Golongan Munafik...

Orang Munafik bukannya tak faham pasal Islam..
Tapi buat2 tak faham..
Sebab ada agenda yang lebih utama yang harus mereka perjuangkan..

contohnya :-

- Perjuangkan Bangsa
- Perjuangkan Suku kaum
- Perjuangkan Darah Keturunan
- Perjuangkan Baka
- Perjuangkan Ideologi
- Perjuangkan Kesamarataan Lelaki Dan Perempuan
- Perjuangkan Kebebasan Hidup
- Perjuangkan Kenikmatan hidup
- Perjuangkan Sanak saudara
- Perjuangkan Adik Beradik
- Perjuangkan Anak2
- Perjuangkan Kroni
- Perjuangkan Kawan2
- Perjuangkan Kemewahan
- Perjuangkan Keselesaan Hidup
- Perjuangkan Pangkat
- Perjuangkan harta
- Perjuangkan Penduduk Se tempat
- Perjuangkan Adat
- Perjuangkan Budaya
- Perjuangkan Hiburan
- Perjuangkan Nafsu
- Perjuangkan Duniawi

Perkara-perkara yang diperjuangkan oleh golongan munafik seperti di atas telah diberitahu oleh Baginda Rasulullah !400 tahun dahulu agar umat islam sentiasa berhati2 dengan golongan2 munafik yang akan menghancurkan Ummah..

How to Convert to Islam and Become a Muslim

The word “Muslim” means one who submits to the will of God, regardless of their race, nationality or ethnic background. Becoming a Muslim is a simple and easy process that requires no pre-requisites. One may convert alone in privacy, or he/she may do so in the presence of others.

If anyone has a real desire to be a Muslim and has full conviction and strong belief that Islam is the true religion of God, then, all one needs to do is pronounce the “Shahada”, the testimony of faith, without further delay. The “Shahada” is the first and most important of the five pillars of Islam.

With the pronunciation of this testimony, or “Shahada”, with sincere belief and conviction, one enters the fold of Islam.

Upon entering the fold of Islam purely for the Pleasure of God, all of one’s previous sins are forgiven, and one starts a new life of piety and righteousness. The Prophet said to a person who had placed the condition upon the Prophet in accepting Islam that God would forgive his sins:

“Do you not know that accepting Islam destroys all sins which come before it?” (Saheeh Muslim)

When one accepts Islam, they in essence repent from the ways and beliefs of their previous life. One need not be overburdened by sins committed before their acceptance. The person’s record is clean, and it is as if he was just born from his mother’s womb. One should try as much as possible to keep his records clean and strive to do as many good deeds as possible.

The Holy Quran and Hadeeth (prophetic sayings) both stress the importance of following Islam. God states:

“...The only religion in the sight of God is Islam...” (Quran 3:19)

In another verse of the Holy Quran, God states:

“If anyone desires a religion other than Islam, never will it be accepted of him; and in the Hereafter, he will be in the ranks of those who have lost (their selves in the Hellfire).” (Quran 3:85)

In another saying, Muhammad, the Prophet of God, said:

“Whoever testifies that there in none worthy of being worshipped but God, Who has no partner, and that Muhammad is His slave and Prophet, and that Jesus is the Slave of God, His Prophet, and His word which He bestowed in Mary and a spirit created from Him; and that Paradise (Heaven) is true, and that the Hellfire is true, God will eventually admit him into Paradise, according to his deeds.” (Saheeh Al-Bukhari)

The Prophet of God, may the blessing and mercy of God be upon him, also reported:

“Indeed God has forbidden to reside eternally in Hell the person who says: “I testify that none has the right to worship except Allah (God),’ seeking thereby the Face of God.” (Saheeh Al-Bukhari)

The Declaration of the Testimony (Shahada)

To convert to Islam and become a Muslim a person needs to pronounce the below testimony with conviction and understanding its meaning:

I testify “La ilah illa Allah, Muhammad rasoolu Allah.”

The translation of which is:

“I testify that there is no true god (deity) but God (Allah), and that Muhammad is a Messenger (Prophet) of God.”

To hear it click here or click on “Live Help” above for assistance by chat.

When someone pronounces the testimony with conviction, then he/she has become a Muslim. It can be done alone, but it is much better to be done with an adviser through the “Live Help” at top, so we may help you in pronouncing it right and to provide you with important resources for new Muslims.

The first part of the testimony consists of the most important truth that God revealed to mankind: that there is nothing divine or worthy of being worshipped except for Almighty God. God states in the Holy Quran:

“We did not send the Messenger before you without revealing to him: ‘none has the right to be worshipped except I, therefore worship Me.’” (Quran 21:25)

This conveys that all forms of worship, whether it be praying, fasting, invoking, seeking refuge in, and offering an animal as sacrifice, must be directed to God and to God alone. Directing any form of worship to other than God (whether it be an angel, a messenger, Jesus, Muhammad, a saint, an idol, the sun, the moon, a tree) is seen as a contradiction to the fundamental message of Islam, and it is an unforgivable sin unless it is repented from before one dies. All forms of worship must be directed to God only.

Worship means the performance of deeds and sayings that please God, things which He commanded or encouraged to be performed, either by direct textual proof or by analogy. Thus, worship is not restricted to the implementation of the five pillars of Islam, but also includes every aspect of life. Providing food for one’s family, and saying something pleasant to cheer a person up are also considered acts of worship, if such is done with the intention of pleasing God. This means that, to be accepted, all acts of worship must be carried out sincerely for the Sake of God alone.

The second part of the testimony means that Prophet Muhammad is the servant and chosen messenger of God. This implies that one obeys and follows the commands of the Prophet. One must believe in what he has said, practice his teachings and avoid what he has forbidden. One must therefore worship God only according to his teaching alone, for all the teachings of the Prophet were in fact revelations and inspirations conveyed to him by God.

One must try to mold their lives and character and emulate the Prophet, as he was a living example for humans to follow. God says:

“And indeed you are upon a high standard of moral character.” (Quran 68:4)

God also said:

“And in deed you have a good and upright example in the Messenger of God, for those who hope in the meeting of God and the Hereafter, and mentions God much.” (Quran 33:21)

He was sent in order to practically implement the Quran, in his saying, deeds, legislation as well as all other facets of life. Aisha, the wife of the Prophet, when asked about the character of the Prophet, replied:

“His character was that of the Quran.” (As-Suyooti)

To truly adhere to the second part of the Shahada is to follow his example in all walks of life. God says:

“Say (O Muhammad to mankind): ‘If you (really) love God, then follow me.’” (Quran 3:31)

It also means that Muhammad is the Final Prophet and Messenger of God, and that no (true) Prophet can come after him.

“Muhammad is not the father of any man among you but he is the Messenger of God and the last (end) of the Prophets and God is Ever All-Aware of everything.” (Quran 33:40)

All who claim to be prophets or receive revelation after Muhammad are imposters, and to acknowledge them would be tantamount to disbelief.

We welcome you to Islam, congratulate you for your decision, and will try to help you in any way we can.

Marina Mahathir Sekali Lagi Mempertikaikan Majlis Fatwa Malaysia

Tomboys, Yoga...what next?
Coming soon: Fatwa on yoga


The National Fatwa Council will be issuing a ruling soon relating to yoga exercise, which is deemed to be deviationist in nature for the Muslims.

An announcement on the matter is expected to be made soon by the fatwa council's chairperson Prof Dr Abdul Shukor Husin.

This was revealed by the deputy director-general of the Department of Islamic Development Malaysia (Jakim) Othman Mustapha, reported Bernama today.

Yesterday, UKM lecturer Prof Zakaria Stapa advised Muslims who have taken up yoga - a widely popular exercise which has its roots to India and Hinduism - to stop practising it for fear that it could deviate them from their belief.

"Yoga originated from the Hindu community and it combines spiritual as well as their religious aspects. They believe it brings them closer to their god," he was reported as saying in Berita Harian today.

Zakaria was reported to have said that more Muslims were resorting to yoga exercise to find a balance in their hectic lifestyle.

He added that they should instead apply the Islamic teachings such as prayers to find peace and good health.

"If the Muslims want a healthy body, prayers are the right choice... why must we find alternate ways... a single mistake can deviate our teachings as yoga movements follow the style and tradition of Hinduism," he was reported as saying.

Ban on tomboys

The perils of yoga to the Muslims is learnt to have been discussed at the recently held fatwa council meeting in Kota Baru, Kelantan.

At the fatwa council meeting, the religious scholars have also decided to issue a fatwa against females from dressing or behaving like men and engaging in lesbian sex.

Council chairperson Abdul Shukor had said that many young women admired the way men dress, behave and socialise, violating human nature and denying their feminity.

"It is unacceptable to see women who love the male lifestyle including dressing in the clothes men wear," Abdul Shukor was quoted as saying.

------------------------------------------------------------------------------------

I'm just waiting for the National Fatwa Council to come out with fatwas against corruption, violence against women, cheating etc. Instead they have these.

Do they know anything about yoga or is this a classic case of reacting out of fear and ignorance? Yoga may have spiritual roots but most of us do it for the exercise, both for the mind and body. It helps you to focus and in fact helps you to focus when you do your prayers. The one thing it does not do is make you want to beat up anyone, call people nasty names or issue fatwas on things you don't understand.

If prayers are the only thing you need to be healthy, why are there so many unhealthy Muslims? Is this an indication that they don't pray? If all you need do is pray, why do sports or eat healthily?

If they have ever found any Muslim who has converted out solely because of yoga, they should produce evidence instead of speculating on the 'weakness' of our faith. If it is 'weak' at all, it is because people like the Fatwa Council have done nothing to make it strong, constantly weakening it through fear and ignorance.

And what is this thing about 'dressing in clothes men wear'? If I wear a pantsuit (which incidentally covers very well), am I dressing like a man? If I cut my hair short because it is easier to upkeep, is that forbidden? Will we now have the Fatwa Council scan the fashion magazines and make rulings about which clothes are 'masculine' and which are 'feminine'? (And what is there to admire about 'the male lifestyle' when males are represented by the men on the Fatwa Council?)

I know, I know...someone is going to tell me to shut up because apparently I don't know my religion. Well, that is a matter of opinion. The Islam that I believe in is just and fair, is compassionate, loving and peaceful.Someone tell me that's the wrong Islam.

Rabu, 29 Oktober 2008

Eksklusif: Pakatan Rakyat, Lim Guan Eng Isytihar DUN Penanti Serambi Mekah Di Pulau Pinang !!


Negeri Pulau Pinang secara tradisinya memang diperintah oleh pemimpin Cina sejak dahulu lagi dan ianya begitu lama di bawah Parti Gerakan. Selepas Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu, tradisi ini berterusan di mana pemimpin kaum Cina terus memimpin P.Pinang cuma bezanya pemimpin ini bukan dari parti komponen BN.

Parti DAP yang telah lama bertapak di P.Pinang akhirnya berjaya merampas kerusi Ketua Menteri P.Pinang dari Parti Gerakan di bawah pimpinan Koh Tsu Koon. Lim Guan Eng yang dikenali sebagai pejuang rakyat tidak mengira bangsa dan agama diberi kepercayaan oleh rakyat P.Pinang untuk menerajui kerajaan Negeri P.Pinang.

Tampuk pemerintahan negeri di bawah Lim Guan Eng sememangnya dialu-alukan oleh rakyat pelbagai kaum di Pulau Mutiara itu. Kecuali UMNO, majoriti rakyat di P.Pinang termasuk dari MCA, Gerakan dan juga parti di dalam gabungan Pakatan Rakyat percaya dan yakin Lim Guan Eng mampu memberi perubahan besar kepada rakyat di P.Pinang. Apabila Lim Guan Eng mula merangka dasar dan arah tuju pentadbiran di P.Pinang, UMNO tidak berhenti-henti cuba mengelirukan masyarakat khususnya Melayu di P.Pinang dengan menjaja pelbagai cerita dan tuduhan untuk memburukkan imej Lim Guan Eng.

Kini, UMNO cuba untuk menjadi hero Melayu di P.Pinang setelah sekian lama menjadi `budak suruhan' dan Pak Turut di bawah pemerintahan Gerakan sebelum ini. Lim Guan Eng seorang pemimpin muda yang berwawasan dan mempunyai nilai keperibadian yang baik cuba mengguna pakai kaedah pemerintahan yang bersih serta telus dengan menjadikan pemerintahan Umar Abdul Aziz sebagai model dan idolanya. Tidak hairanlah beliau sering kali menyeru masyarakat P.Pinang agar merealisasikan konsep `Amar Makruf Nahi Mungkar'. Slogan ini bukan retorik semata-mata kerana beliau kini telah mula sedikit demi sedikit berusaha melaksanakannya.

Pencapaian beliau semenjak mula menduduki kerusi Ketua Menteri P.Pinang amat menakjubkan dan dilihat lebih ke hadapan dari lain-lain negeri di bawah Pakatan Rakyat. Kerisauan masyarakat Islam di P.Pinang sebelum ini telah mula terhakis apabila Lim Guan Eng turut prihatin dengan permasalahan umat Islam di P.Pinang.

Langkah pertama mula beliau dilantik sebagai Ketua Menteri, kawasan pertama yang beliau lawati adalah kawasan majoriti penduduk Melayu dan Islam. Beliau turut mengumumkan kenaikan elaun Guru KAFA di P.Pinang. Baru-baru ini paling menakjubkan apabila sebuah daerah di P.Pinang iaitu kawasan Penanti telah dirancang untuk dibangunkan sebagai `Serambi Mekah' di P.Pinang. Mungkin tidak ramai yang percaya di bawah pemimpin Cina akan wujud satu daerah yang bercirikan Islam.

Keprihatinan Lim Guan Eng terhadap masyarakat Melayu dan Islam di P.Pinang menyebabkan UMNO P.Pinang tidak mampu berdiri gagah sebagai pejuang Melayu Islam. Sebagai jalan keluar untuk menutup kelemahan mereka, UMNO P.Pinang terpaksa memainkan isu-isu perkauman dan ketuanan Melayu. Malang sekali, propaganda mereka ternyata gagal lebih-lebih lagi pemimpin-pemimpin Melayu Islam di dalam Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS dan PKR saling bekerjasama dan mempertahankan bentuk pentadbiran Lim Guan Eng.

Saya percaya sekiranya Lim Guan Eng berterusan sedemikian, maka impian UMNO/BN untuk menawan kembali P.Pinang agak sukar dicapai. Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama memberikan sepenuh kerjasama dan buah fikiran yang berguna kepada kepimpinan P.Pinang sekarang. Kita harus bersyukur kesemua parti di dalam Pakatan Rakyat kini telah diberi kepercayaan oleh rakyat memerintah beberapa negeri.

Meskipun masih terlalu muda dan awal untuk menilai keseluruhan pentadbiran negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat, namun kita telah mula dapat melihat betapa Pakatan Rakyat mampu untuk mentadbir dan menguruskan negeri masing-masing jauh lebih baik dari UMNO/BN. Mudah-mudahan ketelusan dan keadilan kepada rakyat yang dipraktikkan oleh Lim Guan Eng akan dapat dijadikan contoh dan teladan kepada semua kerajaan negeri. Di samping itu, ketelusan dan keadilan yang dilaksanakan di bawah kerajaan negeri Pakatan Rakyat ini akan mampu dijadikan panduan oleh seluruh rakyat Malaysia untuk memilih pemimpin-pemimpin mereka di masa-masa akan datang.

[Jauh benar nampaknya beza antara pemimpin Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional)

Sebab itulah ada orang mengatakan "Lebih elok bersahabat dengan orang-orang Cina dan India dalam Pakatan Rakyat daripada berkawan dengan orang-orang Melayu dalam UMNO. Sebabnya, orang Cina dan India dalam Pakatan Rakyat menghormati, mendengar, serta mencontohi ulamak. Melayu dalam UMNO pula lebih gemar menghina, menolak dan mengkritik pandangan ulamak".

Maka itu, ingatlah wahai sahabat-sahabatku, berpolitik hanya di dunia namun mati jua kita akhirnya nanti. Maka siapakah yang harus kita ikut orang Melayu Islam yang tolak Islam dan Ulamak atau bangsa lain yang menerima Islam dan mencontohi ulamak?. Tanyakan soalan ini kepada rakan-rakan anda yang masih karat UMNO. Bukti jelas, bila sudah berkuasa Islam entah ke mana, Islam Hadhari pula yang menjelma. Jangan biarkan mereka terpedaya dengan propaganda yang dimainkan oleh media arus perdana].

Tok Janggut Pejuang Fisabilillah..


Pada 29 April 1915, satu pasukan polis diketuai oleh Sarjan Che Wan bertolak ke Kampung Tok Akib dan menemui Tok janggut.

Pergaduhan kecil berlaku di mana Sarjan Che Wan telah terbunuh. Arahan menangkap Tok Janggut dibuat oleh Encik Latiff.

Tok Janggut kemudiannya menghimpunkan orang-orangnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff pula telah melarikan diri ke Kota Bharu.

Perintah menangkap Tok Janggut dikeluarkan.

Bantuan tentera dari Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu tiba, dan pada 6 Mei 1915 berlepas ke Pasir Puteh, Operasi menangkap Tok Janggut dilancarkan pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh dengan dibantu oleh Askar2 melayu di bawah pimpinan British.

Di Kampung Pupuhlah Tok Janggut terbunuh dan mayatnya di bawa ke Kota Bharu. Setelah digantung beberapa hari, di Padang Bank (Padang Merdeka) mayatnya dikebumikan di Pasir pekan..

Tok janggut adalah antara pejuang yg menentang british secara terang terangan...beliau mendapat pendidikan di makkah... handal bersilat..

Mempunyai kesedaran yg tinggi terhadap bahaya penjajahan inggeris, perjuangannya dipernagruhi oleh khalifah Othmaniah di Turkey, dimana tok janggut dikatakan adalah ejen bagi pihak khalifah Othmaniah yang sememangnya bertujuan meniup api kebangkitan menentang penjajahan british yang mana memfatwakan perjuangan menentang british adalah jihad fisabilillah...

Sebab itu mayatnya di perlakukan sedemikian rupa...
ini la yg dinamakan pejuang sebenar..
mati syahid ketika menentang british..

Sebenarnya ramai dari kalangan pemimpin-pemimpin melayu dahulu yang bersengkongkol dgn pihak British mereka semuanya telah di dilantik menjadi barua2 British di jabatan2 kerajaan British di Malaya ketika itu, sehinggalah negara kita mencapai kemerdekaan Barua-barua tersebut terus dilantik oleh British menerajui tampuk pemerintahan Malaysia yang baru merdeka ketika itu..

Ini lah pejuang kemerdekaan yang sebenar.......
Tapi generasi sekarang mudah lupa. Apa yang mereka tahu ialah `Hati Malaya 1957'. Hati Malaya 1957 bukan lah sejarah sebenar. Ia cuma alat propaganda yang masih diteruskan oleh warisan anak didik British yang masih memegang tampuk pemerintahan negara hingga kini.

Siapa Ikon Perjuang UMNO Ketika Ini..???

Kita pastikan abang, kerajaan ini mesti ikut rakyat. Abang, kita bukan marah sama Melayu, kita marah sama kerajaan Barisan Nasional. Hari ini kita bukan mahu kasi jatuh itu Samy Vellu tetapi kita mahu MIC juga tidak lagi cakap mereka wakil orang India kerana itu tidak betul. Mereka kaya, kita itu macam juga, kata salah seorang penyokong Hindraf kepada saya.

Abang, ini kali kita baca itu surat khabar lain kita sudah tahu. Itu Samy Vellu ambil itu MIC untuk tempat dia buat duit. Anak dia ada 100 lebih syarikat, itu paper cakap! Ujarnya lagi. Ghairah dan marah nada suara penyokong Hindraf yang kebetulan seorang kawan yang sebelum ini tidak reti bercerita mengenai politik.

Apa yang sebenarnya berlaku sekarang ini adalah Hindraf sudah punya ikon perjuangan. Hindraf sudah ada 5 kepimpinan yang di tahan dan kelima-lima itu sudah ada sentuhan Ghandi untuk pengikutnya hasil dari tahanan ISA. Keadilan juga sudah ada ikon perjuangan mereka – Anwar Ibrahim dan beberapa kepimpinan kaum lain seperti Tien Chua dan Sivarasa. PAS seperti sedia maklum ada Nik Aziz, Ketua Pemuda mereka seperti Salahuddin Ayub dan Dr Hatta Ramli. Kaum Cina pula – mungkin Cindraf mempunyai Lim Kit Siang sebagai ikon perjuangan mereka.

Semua ikon mereka adalah ikon kepimpinan perjuangan yang dilihat berani. Berani untuk mengorbankan diri – masuk keluar lokap dalam mempertahankan isu. Biarpun kalau isu itu berkisar kepentingan politik mereka. Dalam UMNO pula setakat ini kita memegang legasi Onn Jaafar, Tuanku Abdul Rahman dan Tun Razak. Ikon lain kalau adapun adalah mereka yang berani menjerit dalam gelanggang menentang pembangkang dan tidak pernah menampakkan diri mereka sebagai ikon pada rakyat. Kalau mungkin ada perjuangan pun hanyalah dalam kelabu dan tidak mungkin rakyat tahu siapa mereka. Bersuara menentang arus dalam parlimen – tentu sekali tindakan disiplin diambil. Maka wakil-wakil Barisan Nasional duduk dalam Parlimen sekadar mempertahankan dasar kerajaan – biar betul mahupun salah atau tidak konklusif untuk rakyat.

Mungkin dalam UMNO hari ini ada Pak Lah, Hishammuddin dan Khairy sebagai ikon mereka. Betul ke? Adakah kita setuju mereka sebagai ikon UMNO? Kalau bukan mereka siapa lagi, Radzi Sheikh Ahmad, Tan Sri Mohammed Taib, Azeez dari kalangan Putera, Noraini dari kalangan Puteri atau sebenarnya UMNO tidak ada ikon perjuangan tetapi lebih kepada ikon yang memegang kuasa?

Kenapa begitu. Sebenarnya UMNO tidak lagi boleh berpaut pada Tuanku Abdul Rahman, Tun Razak hatta Dato Onn sekali sebagai ikon kerana perjuangan mereka sudah terhenti dan pengorbanan mereka sudah terbukti. UMNO tidak ada lagi ikon perjuangan rakyat. Yang ada pun ikon surat khabar yang sentiasa diasak untuk menyuruh rakyat hanya bersyukur sedangkan yang lain sendawa.

Adakah UMNO mampu membentuk ikon dalam UMNO dengan suara Nazri Tan Sri Aziz menjerit-jerit – otak fius, bodoh dan orang beruban. Adakah mereka dapat membentuk ikon baru dalam UMNO atau sekadar mahu menunjukkan kepada Pak Lah kehebatan mereka dalam parlimen mempertahankan dasar kerajaan dengan terjerit menghina dan bukan berhujah.

Kita semakin pasti bahawa tidak akan terbentuk ikon UMNO di kalangan rakyat. Harga minyak naik adalah penting, harga tol naik dibidas sekadar melepas batuk di tangga kemudian diam membisu tidak berkata-kata, harga elektrik dan air serta kenaikan harga barangan runcit, kos kehidupan melonjak, rumah peneroka kota di runtuhkan dan segala macam hal berhubung dengan rakyat hanya di angguk untuk bukti taat setia pada parti. Sampai bila... wakil rakyat BN terus menjadi hamba kepada parti dan bukan menjadi wakil pada rakyat? Sampai bila UMNO khususnya dapat membentuk ikon yang setia pada rakyat dan mendengar rintihan rakyat. Sampai bila mahu rakyat tunggu pejuang yang mempersoalkan keperluan baru yang membentuk asas kepentingan untuk masyarakat yang ada.


Mungkin, kalau bukan ikon maka UMNO mampu mengadakan maskot – siapa dan apa agaknya.

Mungkin inilah yang dikiaskan oleh P.Ramlee Sedikit masa dahulu di dalam filem ´Pendekar Bujang Lapok “ Alif Min Nun Wau ( UMNO ), Alif Tendang Wau “ SARKIS “
Alif itu akal sementara Wau itu ugama..
Kalau Akal tendang ( tolak ) ugama maka manusia akan menjadi seperti haiwan SARKIS

Orang Melayu Wajib Pertahankan Hak Kesamarataan Kaum - Anwar Ibrahim


Anwar Ibrahim ( Penasihat PKR ) memandang serius cadangan Naib Presiden MCA, Dato' Liow Tiong Lai yang mahu kerajaan menghapuskan ekuiti 30 peratus Bumiputera untuk meningkatkan daya saing Bumiputera di negara ini.

Beliau melihat cadangan ini sebagai satu bentuk tekanan politik yang dilakukan MCA ke atas Umno ekoran kelemahan pentadbiran kerajaan pada masa ini.

Tindakan ini secara tidak langsung boleh menjejaskan kestabilan kerajaan selain mencetuskan api perkauman.

Semenjak selepas pilihan raya pada Mac 2008, Umno berada dalam keadaan terdesak kerana BN sudah kehilangan majoriti dua pertiga.

Dengan jumlah kerusi yang ada, Umno tidak berupaya berdiri sendiri sebagai kerajaan dan ini membuka ruang kepada parti-parti perkauman dalam komponen BN untuk menggunakan kuasa tawar menawar mereka bagi menuntut hak-hak yang telah diperakui sebagai hak orang Melayu untuk kaum mereka.

Setelah SAPP menarik diri dari BN, parti-parti seperti MCA, MIC, Gerakan dan UPKO telah memberi tekanan kepada Umno.

Sebelum ini MIC menuntut pelbagai hak untuk kaum India, UPKO dan MCA pula mendesak supaya hak bebas keluar daripada agama Islam, manakala Gerakan mendakwa orang Melayu bukan bangsa asal di negara ini.

Menurut Anwar Ibrahim sebenarnya selama ini yang menyokong IFC serta isu murtad adalah parti-parti komponen yang berada di dalam BN itu sendiri cuma ketika itu mereka tidak berani menonjolkan diri. Kerana itu UMNO buat endah tak endah sahaja apabila berdepan dengan isu IFC dan isu Murtad yang heboh diperkatakan oleh umat islam selama ini..

Cuba saudara semua amat-amati mana ada pemimpin UMNO yang membuat demonstrasi serta bantahan besar-besaran.. yang kelihatan cuma PAS dan semua Ngo Muslim. Umno cuma menghantar Truck FRU untuk mengugut dan membelasan Umat Islam yang mempertahankan kesucian agamanya.-ujar Anwar

Dan kini, MCA sebagai parti utama orang Cina, iaitu bangsa yang menguasai perniagaan di negara ini mahu ekuiti ekonomi Bumiputera dihapuskan.

Menurut Anwar lagi sebenarnya MCA sedang mencari political mileage setelah bertukar kepemimpinan.

Mereka mahu mendapatkan semula sokongan orang Cina yang telah beralih kepada PR dalam pilihan raya yang lalu. Senjata yang paling baik ialah membangkit hak orang Cina dalam bidang ekonomi.

MCA lupa bahawa orang Cina telah menguasai ekonomi negara ini semenjak merdeka, dan kerana tidak adanya kawalan itu, maka tercetus tragedi 13 Mei 1969. Dasar 30 peratus ekuiti Bumiputera melalui DEB merupakan kontrak sosial yang patut dihormati kerana ia bukan sekadar isu ekonomi, tetapi untuk kestabilan politik dan sosial juga.

MCA jangan mengulangi kesilapan 1987 dengan membangkitkan isu-isu perkauman yang akhirnya menyebabkan pemimpin pembangkang ditahan dalam Operasi Lalang.

Anwar tetap bertegas bahawa hak 30 peratus ekuiti ini mesti terus dipertahankan walaupun ia telah mencukupi 30 peratus bagi mengimbangi kesamarataan hak yang selama ini diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat dan pekara ini telah lama dipersetujui oleh Keadilan, PAS dan DAP.

Anwar melihat bahawa hak 30 peratus mesti menjadi penanda aras di negara kerana jika tidak ekuiti tersebut boleh merosot. Bangsa melayu juga harus menjadi tanda aras di dalam politik, pendidikan, kepakaran, kemahiran bidang teknologi dan inovasi selain dari ekonomi yang disebutkan tadi.

Kita harus sedar bahawa sebelum 1969, ekuiti orang Melayu hampir tiada, dan setelah 40 tahun ia hanya berjumlah 19 peratus. Jika keadaan yang sama terus berlaku, kita masih memerlukan 20 tahun lagi untuk mencapai 30 peratus.

Sedangkan nilai 19 peratus hari ini pun, termasuk dana-dana awam sebahagiannya. Sekiranya ekuiti orang Melayu meningkat, bermakna ekuiti bangsa lain merosot, dan jika nilai 30 perartus ini tidak diikat, tidak mustahil ekuiti orang Melayu akan merosot semula.

Komen Tun Mahatir Tentang Sikap UMNO Yang Tidak Mengiktiraf Golongan Berilmu..

Sekatan Umno dorong mereka berpelajaran tinggi sertai PAS - Dr M

Tindakan Umno menyekat kemasukan generasi muda yang berkelulusan tinggi menyebabkan mereka menyertai PAS, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Umno, kata beliau, seolah-olah menyekat kemasukan generasi muda terutamanya yang berpelajaran tinggi.

Budaya ilmu memang tiada di dalam UMNO kerana mereka hanya gemar bersuka ria dan berfoya-foya. Ini amat berbeza dgn PAS di mana budaya ilmu itu menjadi salah satu teras serta agenda utama mereka. UMNO ni kalau bagi kursus mereka tolak tapi kalau bagi melancong pakat ramai-ramai rebut, bagi yang tak dapat pergi akan merajuk berbulan-bulan. PAS pula amat menghargai golongan yang berilmu serta berpendidikan tinggi.

"Generasi muda ada sekatan dalam Umno, untuk masuk dalam Umno kita perlu melalui cawangan.

"Ketua cawangan memang tak suka sesiapa yang masuk cawangannya merupakan orang yang lebih berkaliber kerana takut akan kehilangan jawatan," mStar Online memetik bekas Presiden Umno itu berkata dalam satu wawancara khas yang bertajuk Budaya Pemilihan Umno siaran Astro Awani.

Tambah beliau dengan menyekat kemasukan generasi muda yang berkelulusan tinggi, maka Umno akan kehilangan genarasi pelapis yang berdaya saing.

"Sebab itu kita lihat mereka (generasi muda) masuk PAS kerana Umno sendiri yang menyekat, kalau sekat kemasukan orang yang lebih berkaliber maka ini bermakna semakin lama semakin merosot," katanya.

Jelas bekas Presiden Umno itu, ahli Umno sendiri dilihat seolah-olah merelakan amalan yang tidak sihat diteruskan dalam parti.

"Sebab itu kita lihat tidak ramai yang berani untuk tonjolkan diri untuk (bertanding) jawatan yang sesuai dengan kebolehan mereka, kita tak ada banyak pilihan," katanya.

Ditanya mengapa Umno tidak menggunakan pemimpin muda untuk mengembalikan kegemilangannya, Mahathir berkata perkara tersebut mesti bermula dari pucuk pimpinan.

"Ini bermula dari atas, kalau yang di atas berkelakuan tak baik, maka segala desakan dan nasihat dari orang ini (pemimpin muda) tak akan dihiraukan oleh sesiapa...kita perlu orang yang ada kredibiliti," katanya lagi.

Mahathir juga menolak dakwaan yang mengatakan lanskap politik di negara ini semakin berubah sebaliknya beranggapan perubahan yang berlaku terutamanya dalam pilihan raya yang lalu adalah disebabkan tanda protes pihak-pihak tertentu.

"Sebenarnya lanskap ini tak banyak berubah kerana pada tahun 2004 Barisan Nasional (BN) menang dengan begitu besar sekali tapi dalam tempoh hanya empat tahun ia seolah-olah berubah.

"Jadi apakah perubahan ini disebabkan oleh pemikiran baru tentang asas politik di Malaysia ataupun perubahan ini kerana perasaan tidak puas hati dengan kepimpinan yang ada?" katanya.

Beliau berpendapat perubahan ini berlaku kerana wujudnya perasaan tidak puas hati terhadap pemerintahan yang ada kerana ahli akar umbi tidak mempunyai peluang untuk menyatakan pandangan mereka.

"Dari segi pemikiran masih sama, tetapi mereka ambil peluang dalam pilihan raya untuk tunjukkan protes mereka," katanya.

Selasa, 28 Oktober 2008

Islam Mengajar Tentang Kasih Sayang Sesama Manusia Tanpa Membezakan Bangsa Dan warna Kulit.



Gambar MB Perak yang 'digelapkan' media

KUALA LUMPUR, 11 April (Hrkh) - Biarpun ditohmah dengan pelbagai gelaran dan negeri menjadi 'ancaman' dan 'serangan' Umno, Barisan Nasional (BN) dan media arus perdana namun Menteri Besar Perak Ir Mohamad Nizar Jamaluddin tetap menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti sedia kala di samping bertemu masyarakat sekaligus menangkis dakwaan yang tidak tepat selama ini.

Berikut adalah gambar-gambar beliau yang 'menyentuh hati' tetapi kemungkinan 'digelapkan' atau tidak disiarkan oleh media sewaktu pertemuannya dengan keluarga mangsa tragedi, tanpa mengira latar belakang kaum.

Dalam gambar tersebut Nizar kelihatan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Setiawan yang juga Pengerusi DAP Ngeh Koo Ham melawat keluarga mangsa letupan kilang tepung Malayan Flour Mills di Manjung pada 18 Mac lalu.

Kelihatan Nizar meluangkan masa di rumah seorang dari tiga mangsa yang terbunuh, Lok Lai Keat, 51 dari Sitiawan dan beliau yang boleh bertutur dalam bahasa Cina turut memujuk anak mangsa Lok Min Yee, 10 yang meratapi kehilangan bapanya.

Gambar-gambar ini boleh dilayari di www.blalang.com

Umno Membenci Lim Guan Eng Dan DAP



Jadikan Umar Abdul Aziz sebagai contoh, Kelantan ucap tahniah kepada Lim Guan Eng

Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah, mengucapkan tahniah kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng, yang ingin menjadikan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai rujukannya dalam memerintah negeri.

Menurutnya, walaupun Guan Eng bukan orang Islam, namun kerana ilmu yang ada padanya, beliau ingin jadikan khalifah yang masyhur itu sebagai idolanya dalam pentadbirannya agar semua rakyat di negeri itu mendapat pembelaan dan kebajikan.

Baihaqi berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat Lim Guan Eng secara terbuka yang ingin menjadikan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai model untuk dilaksanakan dalam pentadbiran Kerajaan Pulau Pinang.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan taklimat kepada hampir 300 orang rombongan pelawat dari empat buah negeri, iaitu Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

"Walaupun dia (Lim Guang Eng) bukan orang Islam, namun hasil pembacaan dan penelitiannya beliau berhasrat untuk meniru pentadbiran Umar khususnya dari segi amanah, kebajikan.

"Untuk saya meniru Nabi Muhamad dalam pentadbiran adalah terlalu jauh dan sememangnya mustahil.. Kerana Baginda adalah insan teristimewa yang tiada tandingnya, Nabi muhamad adalah insan yang dipilh tuhan sebagai pemimpin dan manusia contoh.. tetapi saya hanya dipilih oleh manusia ( rakyat ) sahaja. Oleh itu pemimpin yang saya akan pilih dan menjadi idola adalah manusia yang pernah memjadi pemimpin agung di dalam system khalifah Islam, beliau adalah Khalifah Umar Abd Aziz, banginda adalah seorang pemimpin yang tunduk pada tuhan dan kasih sesama manusia.” –ujar Lim Guan Eng.

"Ia merupakan satu sikap yang amat baik dan perlu diteladani oleh pemimpin Islam itu sendiri, jadi saya ingin mengucapkan tahniah kepada saudara Guan Eng di atas hasratnya sedemikian,? ujarnya lagi.

Beliau yang juga Adun Pasir Tumboh berharap Ketua Menteri Pulau Pinang itu melaksanakan apa yang dijanjikannya sekiranya beliau ingin dilihat sebagai seorang pemimpin yang benar-benar menjaga kebajikan rakyat khususnya masyarakat Islam.

Sambungnya, sebagaimana masyarakat bukan Islam menghormati dan menyayangi Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato? Nik Abdul Aziz Nik Mat, kerana sikap kepimpinannya yang tidak meminggirkan golongan minoriti di negeri itu, dalam masa yang sama diharap umat Islam di negeri itu juga mendapat layanan yang sama.

"Namun saya berkeyakinan, saudara Lim akan melaksanakannya, apa lagi menerusi Pakatan Rakyat yang ditubuhkan di empat negeri untuk menjaga kebajikan rakyat," ujarnya lagi.

Sabtu, 25 Oktober 2008

Kisah Sang Bidadari Bewajah Manusia Dengan seorang Kanak-kanak


"Wahai kakakku, kenapakah lemah sungguh kaum
hawa itu, asyik berteman tangis dan sendu sahaja."


Lalu berbicara si bidadari berwajah manusia;

"wahai adikku. Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya. Tapi disitulah wahai adikku, kekuatan utuh tak ternilai andai pandai digunakan sebaiknya. Tangis sendunya wanita itu wahai adikku, bisa meleburkan ego seorang lelaki... menjadi 'izzah' yg plg gah bahkan lebih gah dr egonya seorang lelaki. Kerana sendu rayunya wanita itu, Musa a.s terselamat dr kekejaman Firaun. Duhai adikku, lembut wanita itu bukan lemah, tp senjata."


Si adik tidak berpuas hati. Lalu dipertikaikan lagi...

"Namun wahai kakakku, wanita itu fitnah dunia."

Tersenyum sang bidadari berwajah manusia.

"Pernahkah adikku dengar akan pesanan Ilahi pd hambanya? Wahai para lelaki yg beriman, tundukkanlah pandanganmu. Lalu Allah berfirman lagi antaranya bermaksud, wahai para wanita yg
beriman, tundukkanlah pandanganmu, dan tutuplah auratmu. Lantas cuba adik nilai, pd siapa terlebih dahulu ALLAH dahulukan pesanannya?
Pada hamba yg bergelar Ar-Rijal. Kerana, andai sang lelaki menjaga pandangannya, maka tidak mungkin terlihat akan wanita yg menjadi fitnah pd dirinya. Dan tidak ALLAH lupakan pesanan buat wanita, agar memelihara auratnya kerana disitu lah kehormatannya. Sesungguhnya para wanita-wanita syurga bergelar Hurun 'Ain itu, mereka tidak memperlihatkan diri mereka kecuali pd para suami
mereka sahaja. Dan mereka dikatakan wanita2 yg suci. Namun... wanita yg beriman itu, kata Rasulullah, lebih tinggi martabatnya! Bukan fitnah semata-mata jikalau ar-Rijaal dan an-Nisa' sama2
mematuhi pesanan Ilahi itu! Sesungguhnya wanita yg beriman yg solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yg soleh."

Adik masih x puashati.

"Tapi kakakku, kenapa wanita itu menjadi
peragaan? Tidakkah mereka merasa malu??"

Sang bidadari berwajah menguntum senyum penuh makna. Adus, semakin terasa mendalam kasih sayang pd penghuni jannah ini!

"Wahai adikku sayang. Al-Haya' itu dalam diri setiap insan. Wujudnya seiring dengan nafas insani. Dan al-Haya' itulah pakaian iman. Pada diri wanita itu, indah al-Haya' sebagai pembenteng diri. Namun, bila mana al-haya nya lebur, imannya runtuh. Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan? Kerana mereka sebenarnya paranoid. Merasakan diri tidak cukup menarik... merasakan belum cukup lagi dunia melihat diri mereka. Mereka sebenarnya golongan yg kalah dr segi psikologi. Namun adikku... wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dr perbuatan murahan itu."

Adik garu2 kepala.

"Jadi kakak, masih adakah wanita yg solehah didunia ini? Bagaimana hendak adik kenali mereka???"

Sang bidadari tersenyum lagi. Hati terdetik moga ALLAH merahmati mujahid kecil ini. Berjihad dalam dunianya sendiri.

"Wahai adikku. Di zaman Rasulullah, diperintahkan wnaita2 yg beriman itu untuk menutupi aurat mereka, dengan itu mereka mudah dikenali sebagai wanita yg bermaruah. Maka demikianla adikku menilai mereka. Tapi perlu juga dilihat pd hatinya... pada akhlaknya...

Di zaman ini, tidak susah membezakan wanita yg solehah dan yg toleh. Namun adikku... jgn dikau cemuh wanita yg toleh itu... kerana dlm hati2 mereka, tetap ada satu permata indah... perasaan cinta pd ALLAH... Kerana fitrah cinta pd Rabb itu sentiasa ada dlm jiwa insan. Adikku, mereka ini, tetap punyai keinginan utk kembali pd jalan yg
mereka th hak ALLAH. Cuma kadang2 term solehah itu terasa berat di bahu mereka... Kadang mereka takut pd persepsi wara dan alim.
Sedangkan itu cumalah persepsi. Hakikatnya, wara' itu bermaksud menjaga.

Maka sesiapa sahaja yg menjaga adalah wara'. Alim itu maksudnya mengetahui. Barangsiapa yg berilmu maka dia adalah alim dlm bidangnya. Persepsi yg salah pd dua perkataan ini menjadikan mereka takut untuk berubah kepada stage yg lebih baik. Kerena begitulah persepsi masyarakat. Sedangkan mereka alpa... ALLAH
tidak menjadikan makhluk (ciptaan) ini tanpa tujuan dan garis panduan. ALLAH tidak zalim kepada ciptaanNYA. bila mana dia menciptakan hawa itu dari rusuk adam... Dia telah mengetahui
apakah sebaik2nya buat makhluk bergelar Hawa ini... Ditinggikan martabat golongan HAWA ini... Tapi sayang... golognan HAWA ini kadang2 merendahkan martabat mereka yg ALLAH jadikan penuh kemuliaan...

Wahai adikku... 1001 keindahan penciptaan wanita.

Pandai2lah dikau menilai... antara permata dan debu2 kilauan pasir.

Wahai adikku... Wanita ibarat epal. Epal yg x berkualiti...amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah... Tapi epal yg tak mampu
dibeli, ia berada di puncak. Susah dipetik, susah di gapai. Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik. Lantas ia erendahkan
martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatnya. Sebenarnya..epal itu terlalu tinggi... elok sifatnya... sehinggakan tiada siapa yg berani memetiknya. Hanya pemuda yg benar2 hebat sahaja bisa memperolehinya... Mungkin bukan di dunia... tetapi
mungkin di akhirat? Biarlah jodohnya bukan di dunia... asalkan cinta ILAHI mengiringinya...tak semestinya dipetik di taman dunia rite? Tp lebih bermakna bile ALLAH sendiri yg mengarahkan hamba yg disayanginya utk memetik di taman akhirat kelak."


Adik terpaku sendiri. Mungkin membayangkan sepohon epal yg besar dengan buah2 epalnya yg kemerahan??

Sang bidadari lalu bangkit.
Bicaranya sudah berakhir buat masa kini. Pasti kan dia sambung perbualannya dengan penghuni syurga ini. Wahai adikku sungguh tulus bersih jiwamu. Benarlah kata ALLAH swt, kamu kanak2 adalah penghuni2 syurga!

Alangkah bertuah dirimu adik... Dan aku? Hanya Wanita sesuci bidadari yang berhak menjadi
bidadari syurga? Wallahu'alam.



Perbezaan di antara Orang Berilmu, Orang Jahil dan Orang Munafik.

Sebenarnya si Munafik itu lebih merbahaya dan merosakkan dari si Jahil.. Kerana si Jahil sudah semestinya tidak tahu tentang hukum-hukum agama Tetapi si Munafik sebenarnya faham benar akan hukum agama tetapi disebabkan perkara-perkara tertentu mereka sanggup memutar belitkan hukum2 tersebut demi kepentingan peribadi, kepentingan Orang atasannya, kepentingan Pemerintah atau untuk mempertahankan budaya kehidupan seharian, Ideologi serta Perjuangannya..

Akhir zaman akan lahir dua jenis ulamak di dalam masyarakat islam
1 ) Ulamak yang sanggup di penjara dan dihukum bunuh demi mempertahankan agama Allah
2 ) Ulamak Jahat ( Suk ) mereka2 ini sanggup memutar-belitkan firman Allah, hadith Rasullah s.aw dan meminda-minda hukum Allah semata2 untuk mencari keuntungan Duniawi malah mereka tunduk terhadap pemerintah yang dzalim semata2 mengaharapkan pujian dan pangkat.

Jumaat, 24 Oktober 2008

Benarkah Malaka Negeri Yang Terawal Menerima Islam Di tanah Melayu..??

KeSultanan Perlak: Bermulanya sebuah cerita


Lakaran Barat tentang Bandar Aceh kurun ke 16-17 Masihi.

Semalam saya telah membuat beberapa postings di blogspot ini yang kemudian mengaitkan watak lagenda Keramat Kuala Bidor dengan KeSultanan Perlak serta pergolakan Sunni-Syiah... Sempat pula bercerita sekali tentang Nur, buah hati Muhammad Al-Aminul Rasyid iaitu watak utama dalam novel "Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti" yang selalu menyokongnya dalam susah dan senang. Maka di sini biarlah saya panjangkan cerita mengenai keSultanan Perlak daripada buku "Berpetualang" untuk tatapan semua. Silakan! :]

Jauh sebelum muncul keSultanan Melayu Melaka, telah wujud sebuah keSultanan Islam bernama Perlak di bumi Serambi Mekah.
Malah ketika moyang Sultan Melaka baru hendak mengenali apakah itu binatang yang bernama singa di Temasik, Perlak telah pun menjadi sebuah kuasa besar yang disegani di rantau ini.
Cuma ia dikira beraliran Syiah, berlawanan dengan fahaman Sunni atau Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Maka itu Perlak tidak diiktiraf sejarawan sebagai kerajaan Islam tertua di Nusantara, tidak seperti Samudera Pasai yang dikatakan mendokong mazhab Shafie. Walaupun ia telah wujud 400 tahun sebelum Samudera Pasai, 600 tahun sebelum Melaka diasaskan, ia kurang diberi perhatian kecuali oleh mereka yang mengkaji lebih mendalam.

Setelah membelek beberapa perenggan dalam buku mengenai Aceh, bumi Serambi Mekah dan hal-hal berkaitan yang sedang diusahakannya.
“Hmm… bolehlah,” bisiknya. “Biar semua orang tahu dahulu pernah wujud sebuah kerajaan Islam besar yang sudah lama bertapak di bumi Timur ini. Tidaklah asyik bercerita tentang Melaka, Melaka, Melaka aje…

Kalau kerajaan lebih awal pula asyik-asyik kerajaan Sriwijaya danMajapahit, Sriwijaya, Majapahit... Naik boring aku…”
Aku dan member2 Politeknik mula mengkaji sejarah Perlak setelah mendapat tahu kewujudan sebuah makam lama di Perak yang dikatakan berumur hampir 1,000 tahun milik seorang insan bertaraf wali yang berasal dari sana. Sebelum itu, kami cuma pernah mendengar nama Perlak daripada cerita legenda Melayu Badang di mana orang kuat Perlak bernama Benderang telah datang ke Singapura untuk beradu kekuatan. Tetapi sejak mengenali identiti tuan-punya makam purba yang tersorok di Teluk Intan itu, pemuda yang amat sayangkan ilmu ini tidak menoleh lagi ke belakang.

Kami sanggup bersengkang-mata berulang-alik ke perpustakaan, keluar jauh menziarahi makam-makam lama kemudian ‘berumah-tangga’ di Muzeum Perak dan tidak kira di mana jua untuk mencari jawaban. Dan sekarang Kami mahu dunia tahu apa yang telah berjaya kami gali untuk perhatian...

————————

Dicatat dalam sejarah, pada awal abad ke 9 Masihi telah datang rombongan 100 orang pendakwah dari Timur Tengah berlabuh di Perlak, diketuai seseorang yang dikenali sebagai Nakhoda Khalifah. Mereka ini dikatakan telah melarikan diri daripada buruan kerajaan selepas gagal dalam percubaan menggulingkan pemerintahan Bani Abbasiyah.

Ahli rombongan ini dikatakan terdiri daripada keturunan Rasulullah SAW melalui puteri baginda Fatimah az-Zahrah dan suaminya, Saidina Ali bin Abi Talib Karamallahuwajha, juga para penyokong yang mahukan kepimpinan anak cucu Nabi. Termasuk di kalangan mereka adalah seseorang bernama Ali bin Muhammad bin Jaafar Al-Sadiq.

Ketika itu, Perlak sedang diperintah raja berketurunan Parsi, Merah Syahir Nuwi. Raja dan rakyat Perlak tertarik dengan akhlak ahli rombongan lalu menganut Islam, Rombongan itu dimuliakan dan Ali dikahwinkan dengan adik perempuan Raja Perlak yang bernama Makhdum Tansyuri.
Ada sumber menyebut nama penuh Ali ialah Ali Muktabar Muhammad bin Ad Diba’ie bin Jaafar As Siddiq. Tetapi Rasyid lebih cenderung mempercayai Ali adalah anak kepada Muhammad bin Jaafar as-Sadiq...

Apapun, Merah Syahir Nuwi mangkat sekitar 840 Masihi. Anak lelaki Ali dengan Makhdum Tansyuri pula diangkat menjadi raja baru Perlak, Sultan Alaiddin Sayyid Maulana Abdul Aziz Syah. Maka bermulalah keSultanan Islam Perlak yang akan menjangkau tempoh lebih 400 tahun.
Ali diketahui sebagai anak cucu Imam Ja’afar Al-Sadiq, seorang alim-ulamak besar berketurunan Rasulullah SAW daripada jurai Saidina Hussein yang sangat dihormati dalam sejarah Islam. Malah ulamak ini dikultuskan sebagai seorang imam maksum dalam fahaman Syiah. Yang menjadi persoalan, apakah asal-usul Merah Syahir Nuwi yang menjadi raja asal Perlak? Lebih penting lagi siapakah dia Nakhoda Khalifah?

Ada catatan lama menyebut Merah Syahir Nuwi berasal dari keturunan seorang bangsawan Parsi bernama Salman yang telah berhijrah ke bumi Serambi Mekah beberapa kurun terdahulu. Pelabuhan Perlak pula dikenali sebagai Bandar Khalifah sejak kedatangan rombongan 100 orang pendakwah itu, sempena nama ketua mereka Nakhoda Khalifah. Tetapi sebelum menyingkap siapakah Nakhoda Khalifah, eloklah kita kenal dahulu siapakah Salman yang menurunkan Merah Syahir Nuwi.

————————

Kami telah menghabiskan masa lebih tiga bulan menelaah berbagai sumber mengenai Perlak tetapi tidak berjaya menemui apa-apa catatan rasmi untuk menyelesaikan masalah ini. Tetapi selepas mengkaji beberapa cerita lama, dia yakin orang yang tersebut ini ialah Saidina Salman al Farisi, sahabat Nabi yang memperkenalkan teknik peperangan parit di Tanah Arab. Parit itu telah digali mengelilingi kota Madinah untuk menghalang serangan orang kafir Quraish dan sekutu mereka dalam perang Khandaq.

Menurut satu cerita, Salman telah diangkat Rasulullah SAW menjadi seorang Ahlul Bait atau ahli keluarga baginda yang mulia. Sahabat ini juga diketahui kuat mengembara sebelum memeluk Islam di tangan Nabi di Madinah. Salman dikenali ramai sebagai seorang bangsawan Parsi. Tetapi berapa ramaikah yang tahu baginda juga adalah seorang pewaris kerajaan Parsi, sebuah daripada dua kerajaan terbesar di dunia zaman itu?

“Sebab itu ada kitab-kitab lama Melayu menyebut Saidina Salman al Farisi sebagai Raja Salman,” kata Rasyid, menerangkan asal-usul kerajaan Perlak kepada beberapa orang teman yang juga meminati cerita-cerita lama. “Cuma Salman yang berasal daripada Dinasti Sasanid, keturunan Raja Nurshirwan Adil yang dikenali dalam kitab-kitab lama sebagai Raja Mashriq dan Maghrib iaitu Timur dan Barat itu tidak tertarik atau berminat kepada harta dan kekayaan mahupun kuasa dan nama.”

Sebagai seorang berdarah raja, baginda lebih berminat menimba ilmu mencari kebenaran demi memahami hakikat sebenar kehidupan. Lalu Salman sanggup meninggalkan segala kuasa dan kemewahan untuk mengembara mencari jawaban Menurut satu riwayat, bangsawan Parsi ini pernah menganut agama Zoroaster, agama utama di wilayah kelahirannya. Agama itu asalnya agama Tauhid yang mengEsakan Tuhan sebelum diseleweng unsur-unsur penyembahan api. Kemudian Salman menjadi penganut agama Nasrani ataupun Kristian yang berasal daripada ajaran Nabi Isa AS yang juga telah lari daripada landasannya yang sebenar.

Lama kemudian, barulah baginda mendengar khabar daripada beberapa orang pendita tentang kewujudan agama Hanifiah (orang-orang yang lurus) iaitu agama Tauhid Syariat Nabi Ibrahim AS. Tetapi menurut mereka, agama ini telah pupus di Parsi. Kalau hendak belajar juga, harus mencari seseorang di Tanah Arab. Itulah agama syumul yang diwarisi Nabi Muhamad SAW daripada moyangnya Nabi Ibrahim AS sebelum baginda mendapat wahyu untuk mengajar Syariat akhir zaman. Maka selepas bertahun-tahun berkelana mengkaji dan menganut pelbagai ajaran dan fahaman, Saidina Salman Al-Farisi akhirnya menemui kebenaran, selepas berjumpa Khatamul Anbiya, penutup segala Nabi, Rasulullah SAW.

Kami tidak pasti bilakah Salman sampai ke Perlak. Adakah sebelum atau selepas berjumpa Nabi. Kalau menurut cerita-cerita yang ditampilkan dalam buku sejarah, ada kemungkinan baginda sampai ke Perlak sebelum itu kerana keturunannya, Merah Syahir Nuwi dikatakan hanya menganut Islam selepas kedatangan rombongan Nakhoda Khalifah. Tetapi ada kemungkinan juga baginda telah sampai ke sana selepas Rasulullah SAW wafat, lebih tepat lagi selepas kemangkatan Saidina Ali yang menyaksikan Muawiyah bin Abu Sufian merampas keKhalifahan umat Islam. Maka baginda pun membawa diri jauh daripada kemungkaran yang berleluasa semasa pemerintahan Muawiyah lalu sampai ke Perlak? Wallahualam...

Perkahwinan Ali bin Muhammad bin Ja’afar al Sadiq dengan adinda Merah Syahir Nuwi merupakan pertemuan dua cabang termulia keturunan Nabi Allah Ibrahim. “Seperti kebanyakan raja-raja besar, Raja-raja Parsi juga memiliki titisan darah Iskandar Zulkarnain, penakluk agung yang menurut sesetengah sumber adalah keturunan Nabi Sulaiman,” Rasyid membuka cerita.
Nabi Sulaiman memiliki kerajaan luas yang merangkumi manusia, jin dan haiwan juga unsur-unsur alam seperti angin yang boleh diperintahkan untuk membawanya ke sana-sini. Baginda adalah anak Nabi Daud, keturunan Nabi Ishaq, anak Nabi Ibrahim dengan isteri pertamanya Siti Sarah. Imam Ja’afar al Sadiq bin Muhammad Al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin Saidina Hussein bin Saidina Ali Karamallahuwajha, suami Fatimah Az-Zahrah binti Nabi Muhammad SAW pula berasal daripada keturunan Nabi Ismail, anak sulung Nabi Ibrahim dengan isteri keduanya Siti Hajar. “Maka bertemulah dua nasab mulia keturunan Nabi Ibrahim menjadi Sultan-sultan Perlak..”
Pernah seorang kerabat diraja Perak dengan bangganya bercerita, dalam banyak-banyak kerabat diraja yang masih wujud hingga sekarang, kerabat Peraklah yang paling hebat. Kerana mereka berasal daripada keturunan Raja-raja Melaka yang memiliki titisan darah Raja Iskandar Zulkarnain, raja besar yang pernah memerintah hampir seluruh muka bumi lebih 2,000 tahun lalu dan kisahnya disebut dalam Surah Al-Kahfi.

Kami rasa terpanggil untuk menegur sebahagia bangsa melayu dalam neraga ini “Asal bercerita tentang raja-raja, balik-balik keluar cerita Iskandar Zulkarnain. Adakah mereka semua lupa martabat Rasulullah SAW itu lebih tinggi lagi kerana kemuliaan baginda mengatasi segala Rasul, Nabi, wali dan raja, malah segala makhluk?”
“Bukankah setiap selawat ke atas Nabi wajib disertakan dengan selawat ke atas keluarganya, merangkumi keturunannya sampai sekarang?,” dia bertanya pula. “Bukankah selawat yang dibaca selepas shahadah tahyat akhir solat memerlukan setiap orang Islam menyebut: Salam sejahtera Allah ke atas Muhammad dan keluarganya sepertimana salam sejahteraNya ke atas Ibrahim dan keluarganya? Jika bacaan doa sekali seminggu solat Jumaat meminta kesejahteraan keluarga diraja boleh membawa berkat dan daulat, inikan selawat yang dibacakan berjuta-juta malah berbillion orang ke atas Nabi dan keluarganya setiap kali solat dari zaman dahulu sampailah sekarang. Maka itu manakah lebih berdaulat? Keturunan Rasulullah SAW atau Iskandar Zulkarnain? Bagaimana pula kalau ada titisan darah kedua-duanya sekali?”
Kerabat diraja Perak itu terus terdiam, langsung tak terjawab...

Walaupun sejarah rasmi Perlak yang diperolehi tidak menyatakan secara terang asal-usul keSultanan itu, tidak susah untuk menemukan keterangan yang mengaitkannya dengan Rasulullah SAW dan Saidina Salman Al-Farisi. Yang membuat pemuda ini bingung siapakah dia Nakhoda Khalifah? Mengapa ada panggilan Khalifah? Bukankah Khalifah tarafnya lebih tinggi daripada Sultan bahkan ia menaungi para Sultan?

Dari kaca Mata Segelintir Wanita Islam Malaysia..Negara Bukan Islam Lebih Menghargai Wanita..!!

Dalam perjalanan rutin ke seluruh pelusuk dunia melalui alam maya di depan mata ini, aku terjumpa beberapa artikel mengenai perkhidmatan teksi yang disediakan khas untuk wanita sahaja di Mumbai, India. Lelaki yang boleh turut sama menaiki teksi ini adalah kanak-kanak lelaki berusia bawah 12 tahun. Nama teksi berkenaan begitu canggih sekali - eForsche - diambil dari nama pengeluar kereta mewah Jerman dan perkataan efor shei (untuk dia, wanita).

Rupanya bukan Mumbai sahaja yang ada perkhidmatan teksi sedemikian rupa. Ianya turut diadakan untuk wanita di Dubai, UAE; dan Moscow, Russia.

Selain dari itu, penyediaan gerabak keretapi untuk wanita sahaja telah lama dipraktikkan di India dan negara maju Jepun.




Negara-negara Amerika Latin seperti Brazil dan Mexico serta negara bekas komunis Russia turut sama menawarkan khidmat gerabak untuk wanita sahaja di bandar-bandar utama mereka.

Bandaraya besar dan pesat Shanghai di negara komunis Cina pun ada juga. Di Kaherah, Mesir disediakan juga. Indonesia sendiri berura-ura untuk memperkenalkan sistem yang sama.


Kita di negara Islam ini bila lagi? Mungkin Tengku Adnan akan membantah. Azalina, Shahrizat, Rafidah dan Noraini mungkin juga akan kata semua itu mengarut dan tak masuk akal serta memalukan orang melayu. SIS pun mungkin kata tindakan begitu membelakangkan tamadun. Para penyokong UMNO pastilah lagi hebat, sudah tentu mengatakan ini adalah idea Jumud Parti PAS yang tidak berpandangan jauh ke hadapan...

Tapi itu cuma spekulasi dari AKU ... mungkin juga mereka akan setuju lalu mendesak semua perkhidmatan awam di negara ini berbuat perkara yang sama. hmmmm aku perlu bermimpi seperti zwit untuk melihat ianya menjadi kenyataan.

Aku bukan pendokong feminism. Malah aku lebih banyak tidak setuju dari bersetuju dengan ideologi dan pemikiran golongan itu. Aku juga tidak setuju dengan diskriminasi kaum dan jantina kerana Islam yang indah tidak mendiskriminasi sesiapa. Pucuk pangkal keimanan padaNya penentu status kita disisiNya.


Aku hanya mahukan keselesaan ketika keluar kemana-mana tanpa muhrim bersama, terutama ketika pergi bekerja. Sekurangnya aku tidak perlu lagi memandu di dalam keadaan jalanraya yang sentiasa padat dengan kenderaan, membayar tol yang begitu mencengkam isi pouch merahku. Tapi disebabkan sering dihimpit kiri kanan depan belakang sipi sipa ketika didalam komuter atau LRT tak kira lelaki atau perempuan hingga aku terasa dicabul kehormatan diri, aku lebih rela memandu walaupun mata kuyu mengantuk di dalam kesesakan selama 2 jam pergi dan 2 jam balik.


Jika di Lembah Klang ada perkhidmatan sedemikian rupa, akulah yang akan jadi pelanggan nombor wahid dan setia, sepertimana aku menjadi pelanggan ikan keli serta talapia bakar yang setia di kedai makan bawah opis ni. Tapi pasti akan ada sekelompok wanita sendiri yang membangkangnya ... begitulah lumrah dunia.

Salam Ukhwah
Daripada :
Ungku Zaleha Tengku Megat Iskandar
Seri Harta Mas, Kuala Lumpur..

Betulkah UMNO Memperjuangkan DEB Untuk Semua Bangsa melayu

Apabila lima negeri BN kalah pemimpin Umno sudah gelabah macam gila talak. Kalau Wilayah Persekutuan ada Dewan Undangan Negeri bermakna BN terpaksa angkat tikar bantal sebanyak enam negeri. Kita melihat bagaimana telatah pemimpin Umno dan beberapa artikel dalam akhbar penyambung fitnah telah mengatakan bahawa kekalahan Umno-BN bermakna meruntuhkan ketuanan Melayu. Agenda untuk mengangkat taraf hidup orang melayu akan berkubur kerana Umno sudah tewas. DEB akan hancur.

Saya tertanya-tanya bilakah Umno berjuang untuk membasmikan kemiskinan. Yang saya tahu tahu Umno menjadikan miskin dan kejahilan rakyat sebagai senjata untuk terus berkuasa.

Pemimpin Umno fikir mereka ada media yang diketuai oleh anak Maidin dapat menipu rakyat. Anggapan ini silap. Sekarang bukan lagi pengundi tahun 70-80an yang boleh diulit dengan dakyah pembohongan. Banyak penulis membayangkan bahawa blog dan internet telah berjaya memberi padangan kedua kepada pengundi di negara ini. Rakyat sudah meloya dengan laporan televisyen yang terlampau mengampu, akhirnya senjata makan tuan. Barisan pembangkang telah berjaya menanamkan keyakinan kepada rakyat tentang pembohongan media.

Apa yang paling menarik sekali selepas pilihan raya maka pemimpin Umno yang menggunakan taktik lama dengan isu perkauman untuk menarik undi di kalangan orang Melayu. Malah ada seorang tokoh veteran Umno Melaka, Tan Sri Aziz Tapa mengatakan bahawa siapa yang tidak memangkah Umno tidak ada semanagat kebangsaan. Inilah otak pemimpin Melayu saluran 1, biarlah kita serah kepada Allah SWT yang menentukan segalanya.

Pemimpin Umno-BN telah menjadikan strategi untuk menjadikan miskin sebagai satu cek kosong yang akan diguna pada bila-bila masa terutama setiap kali pilihan raya. Di Kawasan Jerlun terdapat dua penempatan kampung nelayan iaitu Kuala Jerlun dan Kuala Sanglang yang diduduki hampir 100 tahun tanah yang tidak bergeran. Mereka ini adalah pengundi setia Umno yang tidak berubah walaupun tsunami melanda. Sedangkan kawasan ini diwakili oleh tiga orang exco kerajaan negeri Kedah. Orang miskin inilah yang menjadi stok simpanan untuk Umno kalahkan pembangkang dalam setiap kali pilihan raya.

Begitu juga yang berlaku di Terengganu, kenapa Umno memerintah Terengganu yang hasil royalti minyak mencecah sampai RM7 bilion. Tetapi masih gagal mengatasi masalah kemiskinan di Terengganu. Sedangkan sewaktu PAS memerintah daripada tahun 1999 hingga 2004 berjaya menurun kadar kemiskinan daripada nombor dua kepada tangga keempat walaupun royalti minyak dirampas oleh kerajaan Pusat. Selepas Umno menang 2004 kadar kemiskinan di Terengganu telah meningkat nombor dua selepas Sabah. Sehingga ada rakyat Terengganu meminta sedekah di depan tokong Cina untuk minta sedekah seperti yang dilaporkan dalam akhbar Metro. Kelantan yang diperintah oleh PAS berada di tangga keenam.

Bukankah Umno sendiri yang membunuh DEB ketika melaksanakan Wilayah pembangunan Iskandar. Kenyataan pemimpin Umno dan Tan Sri Musa Hitam mengatakan bahawa ketepikan DEB dalam membangunkan WPI. Kenapa tidak ada siri demonstrasi membantah kenyataan pemimpin Umno.

Sebenarnya pemimpin Umno bersifat hipokrit sahaja dalam apa sahaja dasar yang mereka perkenalkan. Mereka bukan ikhlas tetapi hendak menipu dan umpan politik sahaja. Dasar dan amalan yang mereka perkenalkan kepada rakyat hanyalah lipstik untuk melindung agenda perut dan tembolok masing-masing.

Sama juga dasar penerapan nilai Islam yang diperkenalkan pada tahun 1981 dahulu hanya untuk sekat kebagkitan Islam supaya orang tidak sokong PAS. Begitu juga dengan Islam Hadhari hanya hendak tipu golongan agama supaya bersekongkol dengan kezaliman Umno-BN. Demikian juga dasar DEB yang diperkenalkan bukannya mereka ikhlas untuk menjayakan. Kalau betul mereka ikhlas sudah tentu ia sudah berjaya. Sejak dilaksanakan pada tahun 1971 dan tamat 1990 untuk mencapai ekuiti bumiputera 30% malangnya apabila tamat pada tahun 1990 ia hanya mencapai 18%. Lebih malang lagi ekuiti Bumiputera menurun lagi kepada 15% pada tahun 2000.

Siapa yang memerintah negara selama ini. Mandat yang besar diperolehi setiap kali pilihan raya, pemimpin Umno-BN telah khianat. Setelah rakyat ajar dalam pilihan raya ke-12 baru rasa bengkak kepala dan terjaga daripada tidur. Kenapa sekarang baru hendak lihat Melayu Pulau Pinang perlu dibela? Siapa yang jadi broker tanah di sebelah Balik Pulau bertukar tangan kepada orang lain?

Saya tidak harian kalau Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang yang menyebut bahawa beliau hendak ketepikan DEB dan akan membantu semua kaum yang patut dibela. Kalau Lim Guan Eng bersetuju dengan DEB maka lebih baik dia bertanding atas tiket BN dalam pilihan raya yang lalu. Tetapi menjadi kehairanan apabila pemimpin Umno yang berselindung di sebalik DEB merampas hak Melayu dan orang susah melalui projek yang diberikan kepada mereka. Bukankah banyak kontrak diberikan selama ini kepada mereka yang mempunyai hubungan dengan pemimpin Umno dan kemudian mereka mengalibabakan kepada orang lain. Ini sudah menjadi rahsia umum.

Sebelum pemimpin Umno merapu dan melalut maka terlebih dahulu tolong jawab perkara-perkara berikut yang sepatutnya diselesaikan oleh pemimpin Umno yang kononnya memperjuangkan Dasar Ekonomi Baru.

1. Kenapa setelah 50 tahun Umno berkuasa gagal membasmi kemiskinan di kalangan orang Melayu, sedangkan Perdana Menteri dan menteri Kabinet majoriti adalah orang Umno. Begitu juga dengan Menteri Besarnya adalah orang Umno.

2. Sejak Rancangan Malaysia Pertama sampai kesembilan kerajaan telah membelanja wang rakyat sebanyak RM1.2 trilion tetapi orang Melayu masih miskin. Ke manakah projek DEB untuk membasmi kemiskinan.

3. Kenapa kadar kemiskinan di kalangan bumiputera Melayu masih tinggi berbanding dengan bangsa lain. Menurut Dato' Zainal Osman bekas Timbalan Menteri Luar Bandar Dan Wilayah pada 7/12/07 ialah kadar kemiskinan Bumiputera 8.3%, India 2.9% dan China 0.6%. Kenapa masih tinggi lagi orang Melayu miskin. Siapa yang memerintah selama ini PAS atau Umno, DAP atau Umno, PKR atau Umno?

4. Bukankan wang PPRT sebanyak RM32 juta yang sepatutnya diberi kepada mereka yang miskin telah disonglap dan diberi kepada seorang Dato' yang bukan Melayu untuk tanam bunga orkid dan pelihara ikan. Orang miskin gigit jari dan gigit lidi. Pemimpin Umno yang diamanahkan wang PPRT bebas ke sana kemari. Macam mana orang Melayu hendak boleh berdikari kalau pemimpin sendiri pun jadi pencuri, maka orang Melayu miskin kurus macam ular lidi.

5.Apakah ini dasar DEB yang beri komisyen RM530 juta kepada seorang Melayu, Razak Baginda untuk beli kapal selam Scorpene. Cuba bayangkan kalau wang sebanyak ini dibuat rumah kepada rakyat yang tidak bertanah yang berharga RM30,000. Maka sebanyak 17,666 buah rumah dapat diberi secara percuma. Sekurang-kurangnya orang di Pekan Pahang tidak ada lagi yang duduk dalam pondok buruk yang tidak layak berada di kawasan Timbalan Perdana Menteri.

6. Apakah dasar DEB yang membolehkan satu ketika dahulu Khairy Jamaludin yang mampu beli saham ECM Libra yang bernila RM9.2 juta. Daripada mana beliau dapat wang sebanyak itu. Apakah bapa dia salah seorang hartawan. Kita tidak pernah dengar bapanya seorang yang tersenarai sebagai orang yang kaya sebaris dengan Ananda Krishnan, Syed Mokhtar Bukhari. Kalau beliau bekerja selama 10 tahun dengan gaji sebulan RM10,000 sebulan, Khairy baru dapat simpan wang sebanyak RM1.2 juta. Itupun beliau simpan tak makan dan tidak minum, hanya makan rumput dan batu sahaja. Kesemua ini adalah lambang penyelewengan dalam DEB

7. Kemana pergi tanah rizab Melayu yang ditinggal oleh penjajah seluas 3 juta hektar. Sekarang separuh tanah telah bertukar hak milik hasil pengkhinatan amanah oleh pemimpin Umno. Tahun 1985 sahaja tanah rizab Melayu hanya tinggal 1.7 juta hektar. Sekarang berapa lagi tinggal?

8. Siapakah yang menghalau orang Melayu di Kampung Berembang, adakah ini kerja DAP. Sedangkan mereka yang berada di Kampung Berembang adalah penyokong tegar Umno. Mungkin doa orang yang kena zalim tidak ada hijab maka Khir Toyo merundum daripada takhta.

9.Adakah Patrick Lim yang menjadi penggerak DEB di Terengganu sehingga Terengganu sekarang berjaya meningkat taraf hidup orang Melayu yang tidak ada lagi yang miskin. Adakah ini manusia yang Umno bercakap hendak memperjuangkan orang Melayu dan marah kepada mereka yang hendak mengkritik DEB.

10. Siapakah yang merampas tanah yang diberi oleh kerajaan PAS di Terengganu sebanyak 65156 lot kepada rakyat tanpa mengira kaum. Kebanyakan adalah orang Melayu. Bukankah dengan cara pemberian tanah salah satu daripada usaha kerajaan PAS Terengganu untuk membasmi kemiskinan yang bertepatan dengan DEB, tetapi dikhianati oleh pemimpin Umno yang kononya memperjuangkan DEB. Sekarang musibah sedang menimpa kepada Dato' Seri Idris Jusuh. Makbul doa orang yang dizalimi

11. Kalau benar Umno mendakwa mereka tunggak DEB kenapa Umno tidak bela orang Melayu di negeri Pulau Pinang suatu ketika dahulu. Kenapa asyik berulang alik ke Kelantan untuk merampas negeri yang dikuasai oleh PAS. Apa dosa pemimpin PAS yang sebangsa dengan pemimpin Umno yang telah berjaya meletakkan Kelantan sebagai negeri contoh kejayaan orang melayu di Negara ini.

Sebenarnya apa yang berlaku Umno lah yang mengkhinat DEB dan hanya menjadi senjata untuk menarik kembali sokongan apabila sudah kalah. Manakala PAS pula perjuangannya yang konsisten telah melaksanakan apa yang di kehendaki dalam DEB.

Apa bezanya di antara Gerakan, MCA dan DAP..??

APA BEZANYA GERAKAN, MCA DENGAN DAP ..??
ADE KE PARTI GERAKAN TU SEMUANYA MELAYU ISLAM..??
BEZANYA CUMA GERAKAN NI TAK PERNAH LANGSUNG NAK BANTU MELAYU PULAU PINANG..
JADI SALAH KE KALAU ORANG MELAYU PULAU PINANG CUBA MELETAK HARAPAN PADA DAP PULAK..?
KALAU NAK DIHARAPKAN UMNO.. KO TENGOKLAH SAMPAI SEKARANG NI ABUK PUN TARAK..
WALAU PUN PAK LAH SENDIRI ORG PULAU PINANG..
DULU MAHATHIR PERNAH KATA MELAYU PULAU PINANG HIDUP MACAM ORG ZAMAN SEBELUM MERDEKA TERLALU DAIF..
JADI MAHATHIR CUBA LETAK PAK LAH SEBAGAI PERDANA MENTERI DGN HARAPAN DAPAT MEMULIHKAN EKONOMI MELAYU PULAU PINANG..
TAPI APA YANG BODOLAH BADAKWI BUAT SETELAH MENJADI PERDANA MENTERI... ??
DIA PI HABISKAN TANAH MELAYU KAT TERENGGANU PULAK..
PI BAGI KAT PATRIK LIM ( MAHATHIR PANGGIL PATRIK BADAWI ) BUAT MONSUN CUP..
SEBAB TU DYMM SULTAN MIZAN ( AGUNG ) MENGAMUK..!!
PAK LAH SENANG2 JER NAK RAMPAS TANAH ORG2 MELAYU TERENGGANU PI BAGI KAT PATRIK LIM CINA LAHANAT TU..
PAK LAH NI LEBIH KURANG MACAM TUNKU ABDUL RAHMAN LAH YANG PI GADAI SINGAPURA KAT CINA..
SEKARANG NI PAK LAH BANGUNKAN PEROJEK PEMBANGUNAN WILAYAH ISKANDAR KAT JOHOR.. PROJEK BANYAK BAGI KAT CINA SINGPURA.. ( MANA PI SEMANGAT DEB ) SEBAB TU DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYSIA BENGANG DGN PAK LAH

* Yang Pasti di dalam Perlembangaan DAP meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan Tanah Melayu. Raja2 Melayu sebagai tonggak yg memayungi negara. Bangsa Melayu sebagai teras Bangsa Malaysia
( Hak Bumiputera terjamin di bawah Perlembagaan Negara ) dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
* DAP juga melantik Tengku Ibrahim ( kerabat sultan pahang ) Naib President DAP Seumur hidup..
Terdapat juga beberapa nama pemimpin melayu di dalam Parti DAP tetapi semua ini disembunyikan oleh media kerajaan UMNO..

Mana pemimpin melayu di dalam Gerakan dan MCA..??




Sekarang saksikan siapa yang mempertikaikan Hak Istimewa Bumiputera dalam DEB..??
Dan siapakah pula yang mempertikaikan Hak serta Kuasa Makamah Syariah berhubung isu Murtad dan hak penjagaan anak..

Bukankah MCA ( Sahabat Baik UMNO ) menjadi dalang kepada IFC yang ditentang hebat oleh Parti PAS serta Ngo Muslim lainnya..

Mana Suara2 Para Pemimpin UMNO dalam menghadapi kebiadaban MCA..
Bukankah Bacul namanya..

Khamis, 23 Oktober 2008

Hidup Melayu - Hanya Untuk Pemimpin UMNO

Hidup Melayu..!!!

Adakah slogan keramat tersebut untuk bangsa melayu yang menjadi hamba sahaya..

Aku setuju tanpa ragu-ragu bahawa kedudukan, martabat dan maruah orang Melayu kini kian terancam.

Rakyat Melayu marhaen berada dalam posisi yang membimbangkan kerana semakin tertindas dan terpinggir dari segi ekonomi dan politik.. Namun, soalnya, siapa yang menindas dan meminggirkan umat Melayu?

Orang Cina? Kaum-kaum 'pendatang' lain yang sudah terlalu lama menjadi setinggan di Tanah Melayu?

Parti Cinakah yang memimpin Malaysia semenjak Merdeka lima puluh tahun lalu sehingga sekarang? Apakah orang 'pendatang' yang menjawat jawatan tertinggi dari hari pertama Malaysia merdeka?

Kesusahan yang dihadapi oleh orang Melayu sekarang sebenarnya kesusahan yang dihadapi setiap rakyat Malaysia pada saat getir ini - ekonomi negara yang meleset, harga barang yang melambung, ketidakpedulian kerajaan dan pihak-pihak berkuasa terhadap cabaran yang dihadapi mereka setiap hari.

Punca masalah-masalah ini bukanlah perbezaan warna kulit atau agama; puncanya adalah pemimpin-pemimpin yang sanggup menggadai maruah rakyat dan bangsa untuk memperkayakan diri sendiri.

Setelah lima puluh tahun berleluasa tanpa kawalan, pemimpin-pemimpin Umno telah mengabaikan cita-cita murni pejuang-pejuang kemerdekaan kita untuk membina Malaysia yang aman dan makmur untuk semua.

Polemik kaum

Tangan di depan menghunus keris kononnya untuk mempertahankan Hak-hak Melayu, tangan di belakang merompak Tanah Melayu, merompak Saham Melayu, merompak Sara Hidup Melayu.

Merampas serta melenyapkan seterusnya mengadaikan Kampung2 Melayu kepada Tokeh2 Cina semata-mata untuk membuncitkan perut2 Para Pemimpin Melayu

Budaya rasuah kini meracuni setiap lapis pimpinan parti yang ditubuhkan untuk mengharumi masa depan bangsa sehingga laungan sahaja berbunyi "Melayu!" tetapi hati berbisik "Saya dahulu!"

Sejarah dunia menyaksikan polemik kaum disalahgunakan pelbagai pihak - mahupun di Bosnia, Rwanda dan sebagainya - untuk mengutarakan nafsu politik yang rakus.

Api perkauman dinyalakan demi menghasut rakyat jelata antara satu sama lain; namun amat mudah untuk menjadikan orang yang berlainan warna kulit punca kesengsaraan satu bangsa.

Sebagai generasi baru Malaysia, kita perlu sedar kepada kebenaran dan menembusi ilusi yang dicipta oleh golongan yang berkepentingan.
Kesedaran ini boleh dikatakan susah untuk rakyat Malaysia, yang telah sekian lama diajar oleh kerajaan Barisan Nasional untuk melihat setiap masalah sosial dan isu politik dari sudut perkauman.

Parti-parti politik yang berasaskan kaum sahaja akan terperangkap selamanya dalam wacana sempit di mana dosa-dosa dan penyelewengan individu-individu disembunyikan di belakang tabir perkauman.

Buktinya jelas; Umno sendiri mengakui bahawa tiga puluh tahun selepas perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru, sasaran-sasaran untuk pembangunan taraf ekonomi Melayu masih gagal dicapai.

Hidup Mewah

Adakah ini kerana orang Melayu sebenarnya malas manakala kaum-kaum lain rajin? Penjelasan ini tidak munasabah.

Dengan jumlah penyelewengan sehingga berbilion-bilion ringgit oleh ahli-ahli politik Barisan Nasional, tidak hairan Dasar Ekonomi Baru gagal sama sekali. Dasar yang diasaskan dengan matlamat membangunkan rakyat Melayu marhaen diselewengkan sehingga hanya kelompok kecil yang rapat serta menjadi kroni mereka sahaja yang memperoleh keuntungan dari dasar-dasar tersebut.

Sehingga hari ini, mustahil ternampak seorang pemimpin tinggi Umno yang tidak hidup mewah dengan mahligai dan kereta-kereta besar.

Jelas, nasib Melayu tidak semestinya terbela oleh parti-parti politik yang bertopengkan nama Melayu sahaja, tetapi oleh pemimpin-pemimpin tanpa mengira kaum yang jujur dan berwibawa. Maruah bangsa Melayu hanya dapat dijamin apabila parti yang terbukti gagal mengangkat martabat bangsa diganti dengan saf pimpinan yang baru.

Keputusan pilihanraya umum Mac 8 juga jelas menunjukkan bahawa rakyat jelata sedia menolak politik perkauman yang digunakan untuk menutup budaya rasuah yang telah menghancurkan ekonomi negara dan membebani rakyat.

Sedihnya, golongan politik yang telah mengekalkan sistem ini yang bankrap moralnya kini enggan melepaskan kuasa dan menerima pilihan rakyat.

Mereka berdegil dengan memainkan politik perkauman yang telah jelas ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya umum ke-12. Pada bulan Mac, orang Melayu sudah tidak takut untuk mengundi DAP dan orang bukan Islam tidak takut untuk mengundi PAS.

Keberanian mengundi sedemikian, walaupun isu-isu perkauman masih dimainkan oleh Barisan Nasional, adalah kerana rakyat berikhtiar untuk merealisasikan harapan untuk membentukkan sebuah Malaysia di mana kepentingan rakyat dipelihara; harapan bahawa dengan kerajaan yang telus dan prihatin akan melahirkan sebuah Malaysia yang mana semua rakyat terbela.

Melayu telah “ Berpatah Arang Berkerat Rotan “ dengan UMNO..

Lima pekara yang didukung serta menjadi jati diri bangsa melayu sejak zaman berzaman tidak dijaga dengan serapi-rapinya menyebabkan melayu lari meninggalkan Parti yang melaungkan Semangat Melayu tersebut

1 ) Agama Islam- UMNO menolak serta mempersenda2 hukum Allah..

2 ) Institusi Raja2 Melayu- UMNO mencabut Kuasa Raja2 Melayu.

3 ) Alim Ulama`- UMNO menyekat kerja Dakwah dgn alasan Politik..

4 ) Bahasa Melayu- Memperlekehkan Bahasa Melayu.

5 ) Adat serta Budaya murni bangsa melayu - bukannya menabur fitnah yg jijik dan jahat semata-mata untuk mengaib serta menjatuhkan seorang melayu yang lain.

Orang melayu lebih rela berkongsi kekayaan negara dengan bangsa asing dari pada terus dimomokkan dgn Hak Keistimewaan Bumiputera sedang selama ni mereka sama sekali tidak mengecapinya....

Hak Istimewa Bumiputera hanya di kecapi oleh orang2 Melayu cuma
5 tahun sekali
iaitu semasa kempen Pilihan Raya ketika itu merekalah akan disanjung2 dan dilayan seperti Raja di bumi bertuah ni.. selepas pilihan raya nasib mereka dibiarkan merempat di bumi sendiri..

Punca Utama Bangsa Melayu menerima Hak Kesamarataan kaum..

Ramai dari kalangan Bangsa Melayu beranggapan jika Para Pemimpin melayu boleh Berkongsi Kuasa dgn bukan melayu di dalam BN untuk memonggah hasil kekayan negara ini untuk diagihkan kepada anak beranak dan kroni-kroni mereka jadi apa salahnya jika melayu yang berada di bawah pula berkongsi hak kesamarataan kaum dgn bukan melayu di dalam negara ini..

Bagi bangsa melayu diperingkat bawahan daripada Berputih Mata tidak mendapat apa2 lebih bagi diagihkan sama rata hak tersebut..

Di bawah pimpinan Umno, tidak kira ideologi asal yang kini sudah tercemar dan terabai, orang Melayu akan terperangkap dan tidak mungkin maju dan berdikari. Parti-parti yang berulang-ulang terbukti gagal menjaga kedudukan orang Melayu di mata dunia harus diganti sebelum terlambat.

Api Perkauman yang dimainkan oleh UMNO disambut dengan sinis oleh Generasi Baru Melayu.

Kerana sejarah telah membuktikan Peristiwa Rusuhan Kaum pada 13 Mei 1969 dahulu adalah Mainan Politik Parti pemerintah semata-mata untak mengekalkan kekuasaan meraka..

Bangsa Yang Cerdik Adalah Bangsa Yang Tidak Akan Tertipu Selamanya..!!

Adakah Bangsa Melayu suatu bangsa Yang Cerdik..???

Saksikan bagaimana Bangsa Melayu dilayan layan dengan penuh belaian manja dan kasih sayang oleh Para Pemimpin yang melaungkan slogan keramat Hidup Melayu.. sempena Rumah terbuka Bulan Syawal di kampong Plentong Johor ( Lubuk Parti Hidup Melayu )



Awass…!!!

Ini bukannya lakonan semula..

Jangan cuba bandingkan Layanan Mesra ini dgn layanan tentera Israel ke atas Umat Islam Pelastine