Rabu, 22 Oktober 2008

Mereka terlalu riak dan takabbur..

Aku ada ramai member2 org UMNO...
Dahulu bukan main sombong dan bongkak lagi..
Slogan " UMNO forever " selalu mereka ucapkan..

Rata2 mereka menyatakan UMNO tak akan dapat dikalahkan..
Aku dah pesan kat diorang semuanya jgn terlalu takbur bila Allah beri kuasa yg sementara.. tapi diorang semua ketawakan aku..
Sekarang dengan kuasa Allah.. Apa dah jadi..??

Dulu UMNO menghina PAS tak tahu memerintah negeri kelantan..
Tapi Allah dah terbalikkan semuanya..
PAS yg dihina sebagai tidak mampu memerintah kelantan telah Allah anugerahkan memerintah 3 buah negeri ( kelantan. kedah dan perak )..

Justeru itu janganlah kita menghina org lain serta memuji diri sendiri.. kerana Allah Akan membelas semuanya secara tunai di dunia ini lagi..

Kita harus ingat jikalau sekiranya Allah takdirkan PR memerintah tiada siapa pun yg akan dapat menghalangnya..
tidak hari ini mungkin di suatu masa nanti.. mungkin dalam PRU 13 siapa tahu..

Ingat firman Allah " Kamu hanya merancang tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang "

Dahulu bukan islam takut hendak mengundi PAS yg dimomok2an UMNO sebagai parti Pak Lebai jika PAS memerintah negara akan mundur kebelakang..semua org akan kena potong tangan..!!

Dahulu juga UMNO memomok2an DAP sebagai parti perkauman di hadapan org2 melayu kononnya jika DAP memerintah habis org melayu akan diusir masuk ke dalam hutan..!!

Sekarang majoriti bukan islam telah mengundi parti PAS yg dihina oleh UMNO dan sebahagian org2 melayu sudah mulai mengundi DAP..

Ingat firman Allah " Allah juga berkuasa membalik2kan hati setiap manusia "

Oleh yang demikian janganlah kita bersikap riak dan takabur.. Ingat Allah lah yg maha agung lagi perkasa..

Ingat dosa Iblis sehingga diusir oleh Allah dari Syurga adalah kerana sifat riak. takabbur serta bangga diri yang tebal di dalam jiwanya. Janganlah kita mewarisi sifat2 tercela sebagai mana iblis laknatullah...


Tiada ulasan: