Kita pastikan abang, kerajaan ini mesti ikut rakyat. Abang, kita bukan marah sama Melayu, kita marah sama kerajaan Barisan Nasional. Hari ini kita bukan mahu kasi jatuh itu Samy Vellu tetapi kita mahu MIC juga tidak lagi cakap mereka wakil orang India kerana itu tidak betul. Mereka kaya, kita itu macam juga, kata salah seorang penyokong Hindraf kepada saya.
Abang, ini kali kita baca itu surat khabar lain kita sudah tahu. Itu Samy Vellu ambil itu MIC untuk tempat dia buat duit. Anak dia ada 100 lebih syarikat, itu paper cakap! Ujarnya lagi. Ghairah dan marah nada suara penyokong Hindraf yang kebetulan seorang kawan yang sebelum ini tidak reti bercerita mengenai politik.
Apa yang sebenarnya berlaku sekarang ini adalah Hindraf sudah punya ikon perjuangan. Hindraf sudah ada 5 kepimpinan yang di tahan dan kelima-lima itu sudah ada sentuhan Ghandi untuk pengikutnya hasil dari tahanan ISA. Keadilan juga sudah ada ikon perjuangan mereka – Anwar Ibrahim dan beberapa kepimpinan kaum lain seperti Tien Chua dan Sivarasa. PAS seperti sedia maklum ada Nik Aziz, Ketua Pemuda mereka seperti Salahuddin Ayub dan Dr Hatta Ramli. Kaum Cina pula – mungkin Cindraf mempunyai Lim Kit Siang sebagai ikon perjuangan mereka.
Semua ikon mereka adalah ikon kepimpinan perjuangan yang dilihat berani. Berani untuk mengorbankan diri – masuk keluar lokap dalam mempertahankan isu. Biarpun kalau isu itu berkisar kepentingan politik mereka. Dalam UMNO pula setakat ini kita memegang legasi Onn Jaafar, Tuanku Abdul Rahman dan Tun Razak. Ikon lain kalau adapun adalah mereka yang berani menjerit dalam gelanggang menentang pembangkang dan tidak pernah menampakkan diri mereka sebagai ikon pada rakyat. Kalau mungkin ada perjuangan pun hanyalah dalam kelabu dan tidak mungkin rakyat tahu siapa mereka. Bersuara menentang arus dalam parlimen – tentu sekali tindakan disiplin diambil. Maka wakil-wakil Barisan Nasional duduk dalam Parlimen sekadar mempertahankan dasar kerajaan – biar betul mahupun salah atau tidak konklusif untuk rakyat.
Mungkin dalam UMNO hari ini ada Pak Lah, Hishammuddin dan Khairy sebagai ikon mereka. Betul ke? Adakah kita setuju mereka sebagai ikon UMNO? Kalau bukan mereka siapa lagi, Radzi Sheikh Ahmad, Tan Sri Mohammed Taib, Azeez dari kalangan Putera, Noraini dari kalangan Puteri atau sebenarnya UMNO tidak ada ikon perjuangan tetapi lebih kepada ikon yang memegang kuasa?
Kenapa begitu. Sebenarnya UMNO tidak lagi boleh berpaut pada Tuanku Abdul Rahman, Tun Razak hatta Dato Onn sekali sebagai ikon kerana perjuangan mereka sudah terhenti dan pengorbanan mereka sudah terbukti. UMNO tidak ada lagi ikon perjuangan rakyat. Yang ada pun ikon surat khabar yang sentiasa diasak untuk menyuruh rakyat hanya bersyukur sedangkan yang lain sendawa.
Adakah UMNO mampu membentuk ikon dalam UMNO dengan suara Nazri Tan Sri Aziz menjerit-jerit – otak fius, bodoh dan orang beruban. Adakah mereka dapat membentuk ikon baru dalam UMNO atau sekadar mahu menunjukkan kepada Pak Lah kehebatan mereka dalam parlimen mempertahankan dasar kerajaan dengan terjerit menghina dan bukan berhujah.
Kita semakin pasti bahawa tidak akan terbentuk ikon UMNO di kalangan rakyat. Harga minyak naik adalah penting, harga tol naik dibidas sekadar melepas batuk di tangga kemudian diam membisu tidak berkata-kata, harga elektrik dan air serta kenaikan harga barangan runcit, kos kehidupan melonjak, rumah peneroka kota di runtuhkan dan segala macam hal berhubung dengan rakyat hanya di angguk untuk bukti taat setia pada parti. Sampai bila... wakil rakyat BN terus menjadi hamba kepada parti dan bukan menjadi wakil pada rakyat? Sampai bila UMNO khususnya dapat membentuk ikon yang setia pada rakyat dan mendengar rintihan rakyat. Sampai bila mahu rakyat tunggu pejuang yang mempersoalkan keperluan baru yang membentuk asas kepentingan untuk masyarakat yang ada.
Mungkin, kalau bukan ikon maka UMNO mampu mengadakan maskot – siapa dan apa agaknya.
Mungkin inilah yang dikiaskan oleh P.Ramlee Sedikit masa dahulu di dalam filem ´Pendekar Bujang Lapok “ Alif Min Nun Wau ( UMNO ), Alif Tendang Wau “ SARKIS “
Alif itu akal sementara Wau itu ugama..
Kalau Akal tendang ( tolak ) ugama maka manusia akan menjadi seperti haiwan SARKIS
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan