Pagi ini ( 13/10/2008 ) awal2 lagi aku dah tercangok di hadapan Tv bagi mengikuti siaran lansung Perbahasan Bajet 2009 di dewan parliment.. semestinya suatu perbahasan yg ditunggu2 oleh rakyat malaysia kerana ianya merupa halatuju negara di dalam bidang ekonomi demi kemajuan negara dan kesejahteraan rakyat secara amnya...
Terbayang di ruangan mataaku bagaimana hebatnya perbahasan kali ini, betapa tidak sejak negara merdeka 51 tahun dahulu inilah kali pertama Pihak pembangkan berjaya menafikan mojoriti 2/3 kerusi kerajaan di dalam parliment..
Terbayang juga di kepala aku bagaimana interlektual serta bernasnya hujah yang akan dikeluarkan oleh ( najib Tun Razak ) selaku menteri kewangan apabila berdepan dgn serangan dari ketua pembangkang ( Anwar Ibrahim )..
Najib juga akan dibantu timbalannya men. kewangan serta Pak Lah ( PM ) org bertanggung jawab di dalam merangka bajet 2009 tersebut..
Selama ini para penyokong kerajaan BN menyatakan bahawa Pemimpin mereka adalah yg terbaik serta berpandangan jauh 50 tahun hadapan..
Penyokong Pembangkang juga tidak kurang hebatnya menyatakan bahwa pemimpin mereka lebih perihatin terhadap Rakyat serta ekonomi negara..
Maka pagi ini adalah suatu episod " Buku Bertemu Ruas" di dalam sejarah kepimpinan negara. Pertembungan secara sihat serta ilmiah diantara kedua2 parti politik demi kemajuan negara serta kesejahteraan rakyat.
Dan bagi aku inilah masanya Pak Lah dapat membuktikan kata2nya yghebat itu" Saya pantang Dicabar " berjaya mempertahankan segala apa yg dirancangkan di dalam bajet 2009..
Tetapi malang sekali rupa2nya Pak Lah, najib serta timbalannya tidak menghadirkan diri dalam perbahasan bajet 2009 tersebut..
Ke mana mereka bertiga menghilangkan diri..
Hebat sangatkah Anwar Ibrahim sehingga mereka2 ini kecut perut untuk menangkis segala serangan serta hujah2 Anwar Ibrahim..
Benarlah sepeti kata pepatah arab " Berani kerana benar dan takut kerana salah "..
Bukankah ni memalukan negara..??
satu dunia tahu akan berita ini..
Belum pernah terjadi di dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi di seluruh pelusuk dunia, dalam Perbahasan Bajet negara, pemimpin tertinggi negara tersebut melarikan diri daripada tanggung jawab mereka..
Negara2 mundur di afrika juga tidak bertindak sedemikian rupa..
Nasib baik perkara ini berlaku di malaysia, kalau di negara lain sudah tentu perdana menteri serta menteri kewangan akan dipecat dalam masa 24 jam..
Sebenarnya pemikiran sebahagian rakyat kitalah yg terlalu mundur tentang demokrasi jika dibandingkan dgn rakyat di negara2 Afrika sana..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan