Khamis, 23 Oktober 2008

Kalimah Apakah Yang Dijunjung UMNO..??

Assalamualaikum..!!!

Selamat menyambut hari lebaran minal aidil wa faizill..

Alhamdulillah...

Aku berbangga sangat dgn para penyokong pembangkang ni..
sekarang ni ramai golongan muda dari pihak pembangkang ni lebih peka dgn hukum2 islam dan ramai yg dah berminat serta merujuk kepada Ulamak2 muktabar yg diiktiraf islam seluruh dunia.. seperti Sheikh Yusuff Al-Qardawi dan Sheikh Dr Wahbah Zuhaili ( Al-Azhar )

Setiap kali berdebat atau membincangkan perihal politik dalam dan luar negara..
Bila merujuk pasal hukum2 islam maka golongan2 muda dari pembangkang ni dgn segera dapat mengeluarkan hujah2 yg bernas berserta fakta yg lengkap dgn segala rujukan2 firman Allah, hadith serta sirah Rasulullah bagi mempertahankan hujah2 mereka..

Jika pada tahu 60an-80an setiap rujukan golongan muda terpelajar di malaysia adalah tokoh2 dari barat serta tokoh2 sekular sahaja..

Kini rujukan mereka lebih menggarah kepada golongan ulama2 muktabar di timur tengah..( Al-Azhar ).

Alhamdulillah.. marilah kita sama2 berdoa agar budaya menyintai ulamak ini akan terus subur dan mekar di jiwa umat islam negara kita..

Cuma terdapat sedikit kekesalan di dalam hati aku, kerana terdapat juga golongan muda yang terpelajar dari kalangan umat islam negara kita masih lagi gelap hati mereka untuk menerima segala hujah2 yg biberikan walaupun kesemua hujah2 itu bersendikan hukum agama dan lengkap berserta dgn firman Allah dan Hadith Rasulullah.. malah sampai ada yg tergamak menidakkan ketokohan ulama2 muktabar dunia islam ketika ini..

Mungkin golongan ini berasa selesa dgn segala kenikmatan dunia yg sementara ini sehingga tergamak menafikan segala firman Allah serta hadith Rasulullah demi mempertahankan ideologi serta keselesaan yg dinikmati ketika ini.. atau pun mereka lebih suka memperjuangkan fahaman Assobiyah ( memperjuangkan bangsa ) lebih dari pada memperjuangkan agama Allah..

Bagi mereka ketakutan tercabarnya bangsa itu lebih tinggi berbanding dgn ketakutan tercabarnya agama Allah...

Malah tanpa disedari mereka sendiri telah mencabar agama Allah bila mana mereka menafikan segala hukum serta perundangan yang terkandung di dalam Al-quran serta hadith Rasulullah..

* Tiada gunanya saudara saudari semua mengagung2kan UMNO, tetapi untuk menolak Perundangan Negara yang cipta oleh golongan kaffir ( Penjajah ) tak mampu.. Kononnya amal makruf nahi mungkar.. tetapi pejamkan mata terhadap Perundangan Kaffir yg terang Mungkarnya..

Persoalannya Apakah Kalimah yang UMNO junjung..??

Tiada ulasan: