Selasa, 21 Oktober 2008

PAS dan Melayu adalah Tonggak Pakatan Rakyat - Dato` Seri Anwar Ibrahim

PAS dan melayu adalah tonggak kerajaan PR - Anwar Ibrahim

KOTA BHARU, 10 Okt - Rakyat tidak seharusnya gusar biar pun tarikh pertukaran kerajaan yang diuar-uarkan 16 September lalu belum menjadi kenyataan, kata Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, lagi pun rakyat sebelum ini sanggup menunggu puluhan tahun bagi membolehkan Pakatan Rakyat bangkit pada pilihan raya umum lalu.

"Puluhan tahun kita sanggup tunggu, tak kan hendak tunggu sekejap lagi pun tidak boleh," katanya pada ceramah perdana Aidilfitri di Padang Perdana, malam tadi.

Padang tempat berlangsung ceramah penuh sesak dengan kehadiran orang ramai. Ceramah itu turut mendapat liputan sebuah stesen televisyen dari Australia yang memfokuskan segmen kebangkitan semula Anwar.

Hadir sama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa, Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali, Pengarah Strategik KeADILan, Saifuddin Nasution Ismail dan wakil-wakil rakyat Kelantan.

Anwar yang juga anggota parlimen Permatang Pauh berkata, Pakatan Rakyat tidak mahu pertukaran kerajaan berlaku seperti di Bangkok dan Filipina secara tidak aman.

"Kita pilih secara aman biar pun usaha Pakatan Rakyat sebelum ini mahu mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri tidak diendahkan. Begitu juga permohonan untuk mengadakan sidang parlimen khas juga tidak dihiraukan.

"Malah Pakatan Rakyat sudah menghantar surat kepada Yang di Pertuan Agong bagi memaklumkan perkembangan terkini dalam Pakatan Rakyat yang sudah ada simple majority bagi membentuk kerajaan," katanya.

Pada ceramah itu sekali lagi beliau menegaskan Islam menjadi tunggak utama kerajaan baru sebagaimana yang termaktud dalam perlembagaan.

Katanya menjadi keutamaan Pakatan Rakyat untuk terus memartabatkan Islam dan PAS pula tetap menjadi penaraju serta tonggak utama kepada kerajaan baru seperti yang dipersetujui oleh PKR dan DAP cuma media kerajaan BN sahaja yg menggelapkan segala kenyataan pemimpin tertinggi PKR dan DAP serta membutakan mata ralyat terhadap perlembangan parti PKR dan DAP yg dengan jelas menyatakan Islam adalah agama persekutuan tanah melayu dan melayu adalah teras negara di mana raja2 melayu haruslah dikembalikan semula kuasa mereka seperti sebelum ianya dihapuskan oleh UMNO agar seluruh rakyat malaysia lebih menghargai dan menghormati ke bawah DYMM Agung serta Sultan-sultan Melayu setiap negeri..

Menurutnya, setiap dasar kerajaan akan diputuskan bersama dengan parti-parti Pakatan Rakyat dan bukan menjadi dominan kepada pihak tertentu sahaja.

Anwar juga memberitahu beliau tidak setuju dengan cara pemimpin Umno menghina begitu rupa presiden mereka sehingga terpaksa membuat keputusan berundur Mac depan.

"Oleh itu baki lima bulan yang ada sekarang Perdana Menteri hendaklah menggunakan ruang tersebut bagi memulihkan kembali reputasinya. Pertama membebaskan mereka yang ditahan tanpa bicara di Kem Tahanan Kemunting.

"Dato' Seri Abdulllah tidak perlu lagi takut kepada pemimpin lain dalam Umno kerana mereka sudah meneranjangnya sekarang," tambahnya.

Beliau berkata, sekiranya Abdullah tidak menggunakan peluang tersebut, Pakatan Rakyat akan melakukannya dengan membebaskan semua tahanan ISA apabila dapat membentuk kerajaan kelak.

Hujah itu turut disokong Husam yang mahu Perdana Menteri menggunakan baki kuasa yang ada sekarang kerana penggunaan ISA muktahir ini begitu meragukan sekali.

"Tidak pernah berlaku orang yang dikatakan kena ugut ditahan dan orang yang mengugut pula bebas di luar," katanya.

Beliau juga berkata, petanda-petanda kejatuhan kerajaan BN semakin jelas sekarang apabila perpecahan dalam parti semakin ketara.

Sebab itulah sekarang menurutnya, rakyat tidak sabar lagi menunggu kerajaan baru dibentuk dan bukan lagi sekadar pertukaran Abdullah kepada Najib.

Saifuddin menjelaskan biar pun Najib menggantikan Abdullah pada Mac depan ia tidak menjanji apa-apa perubahan kepada rakyat kerana dasar parti tetap sama.

"Institusi polis, peguam negara, badan rasuah masih lagi terkial-kial sekarang. Kerajaan yang diketuai Najib juga tidak menjanjikan masa depan yang baik.

"Oleh itu anggota-anggota parlimen BN dipelawa menyertai Pakatan Rakyat bagi membolehkan sebuah kerajaan yang benar-benar telus dan adil dapat dibentuk melalui simple majority," ujarnya.



Tiada ulasan: