Khamis, 23 Oktober 2008

Hidup Melayu - Hanya Untuk Pemimpin UMNO

Hidup Melayu..!!!

Adakah slogan keramat tersebut untuk bangsa melayu yang menjadi hamba sahaya..

Aku setuju tanpa ragu-ragu bahawa kedudukan, martabat dan maruah orang Melayu kini kian terancam.

Rakyat Melayu marhaen berada dalam posisi yang membimbangkan kerana semakin tertindas dan terpinggir dari segi ekonomi dan politik.. Namun, soalnya, siapa yang menindas dan meminggirkan umat Melayu?

Orang Cina? Kaum-kaum 'pendatang' lain yang sudah terlalu lama menjadi setinggan di Tanah Melayu?

Parti Cinakah yang memimpin Malaysia semenjak Merdeka lima puluh tahun lalu sehingga sekarang? Apakah orang 'pendatang' yang menjawat jawatan tertinggi dari hari pertama Malaysia merdeka?

Kesusahan yang dihadapi oleh orang Melayu sekarang sebenarnya kesusahan yang dihadapi setiap rakyat Malaysia pada saat getir ini - ekonomi negara yang meleset, harga barang yang melambung, ketidakpedulian kerajaan dan pihak-pihak berkuasa terhadap cabaran yang dihadapi mereka setiap hari.

Punca masalah-masalah ini bukanlah perbezaan warna kulit atau agama; puncanya adalah pemimpin-pemimpin yang sanggup menggadai maruah rakyat dan bangsa untuk memperkayakan diri sendiri.

Setelah lima puluh tahun berleluasa tanpa kawalan, pemimpin-pemimpin Umno telah mengabaikan cita-cita murni pejuang-pejuang kemerdekaan kita untuk membina Malaysia yang aman dan makmur untuk semua.

Polemik kaum

Tangan di depan menghunus keris kononnya untuk mempertahankan Hak-hak Melayu, tangan di belakang merompak Tanah Melayu, merompak Saham Melayu, merompak Sara Hidup Melayu.

Merampas serta melenyapkan seterusnya mengadaikan Kampung2 Melayu kepada Tokeh2 Cina semata-mata untuk membuncitkan perut2 Para Pemimpin Melayu

Budaya rasuah kini meracuni setiap lapis pimpinan parti yang ditubuhkan untuk mengharumi masa depan bangsa sehingga laungan sahaja berbunyi "Melayu!" tetapi hati berbisik "Saya dahulu!"

Sejarah dunia menyaksikan polemik kaum disalahgunakan pelbagai pihak - mahupun di Bosnia, Rwanda dan sebagainya - untuk mengutarakan nafsu politik yang rakus.

Api perkauman dinyalakan demi menghasut rakyat jelata antara satu sama lain; namun amat mudah untuk menjadikan orang yang berlainan warna kulit punca kesengsaraan satu bangsa.

Sebagai generasi baru Malaysia, kita perlu sedar kepada kebenaran dan menembusi ilusi yang dicipta oleh golongan yang berkepentingan.
Kesedaran ini boleh dikatakan susah untuk rakyat Malaysia, yang telah sekian lama diajar oleh kerajaan Barisan Nasional untuk melihat setiap masalah sosial dan isu politik dari sudut perkauman.

Parti-parti politik yang berasaskan kaum sahaja akan terperangkap selamanya dalam wacana sempit di mana dosa-dosa dan penyelewengan individu-individu disembunyikan di belakang tabir perkauman.

Buktinya jelas; Umno sendiri mengakui bahawa tiga puluh tahun selepas perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru, sasaran-sasaran untuk pembangunan taraf ekonomi Melayu masih gagal dicapai.

Hidup Mewah

Adakah ini kerana orang Melayu sebenarnya malas manakala kaum-kaum lain rajin? Penjelasan ini tidak munasabah.

Dengan jumlah penyelewengan sehingga berbilion-bilion ringgit oleh ahli-ahli politik Barisan Nasional, tidak hairan Dasar Ekonomi Baru gagal sama sekali. Dasar yang diasaskan dengan matlamat membangunkan rakyat Melayu marhaen diselewengkan sehingga hanya kelompok kecil yang rapat serta menjadi kroni mereka sahaja yang memperoleh keuntungan dari dasar-dasar tersebut.

Sehingga hari ini, mustahil ternampak seorang pemimpin tinggi Umno yang tidak hidup mewah dengan mahligai dan kereta-kereta besar.

Jelas, nasib Melayu tidak semestinya terbela oleh parti-parti politik yang bertopengkan nama Melayu sahaja, tetapi oleh pemimpin-pemimpin tanpa mengira kaum yang jujur dan berwibawa. Maruah bangsa Melayu hanya dapat dijamin apabila parti yang terbukti gagal mengangkat martabat bangsa diganti dengan saf pimpinan yang baru.

Keputusan pilihanraya umum Mac 8 juga jelas menunjukkan bahawa rakyat jelata sedia menolak politik perkauman yang digunakan untuk menutup budaya rasuah yang telah menghancurkan ekonomi negara dan membebani rakyat.

Sedihnya, golongan politik yang telah mengekalkan sistem ini yang bankrap moralnya kini enggan melepaskan kuasa dan menerima pilihan rakyat.

Mereka berdegil dengan memainkan politik perkauman yang telah jelas ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya umum ke-12. Pada bulan Mac, orang Melayu sudah tidak takut untuk mengundi DAP dan orang bukan Islam tidak takut untuk mengundi PAS.

Keberanian mengundi sedemikian, walaupun isu-isu perkauman masih dimainkan oleh Barisan Nasional, adalah kerana rakyat berikhtiar untuk merealisasikan harapan untuk membentukkan sebuah Malaysia di mana kepentingan rakyat dipelihara; harapan bahawa dengan kerajaan yang telus dan prihatin akan melahirkan sebuah Malaysia yang mana semua rakyat terbela.

Melayu telah “ Berpatah Arang Berkerat Rotan “ dengan UMNO..

Lima pekara yang didukung serta menjadi jati diri bangsa melayu sejak zaman berzaman tidak dijaga dengan serapi-rapinya menyebabkan melayu lari meninggalkan Parti yang melaungkan Semangat Melayu tersebut

1 ) Agama Islam- UMNO menolak serta mempersenda2 hukum Allah..

2 ) Institusi Raja2 Melayu- UMNO mencabut Kuasa Raja2 Melayu.

3 ) Alim Ulama`- UMNO menyekat kerja Dakwah dgn alasan Politik..

4 ) Bahasa Melayu- Memperlekehkan Bahasa Melayu.

5 ) Adat serta Budaya murni bangsa melayu - bukannya menabur fitnah yg jijik dan jahat semata-mata untuk mengaib serta menjatuhkan seorang melayu yang lain.

Orang melayu lebih rela berkongsi kekayaan negara dengan bangsa asing dari pada terus dimomokkan dgn Hak Keistimewaan Bumiputera sedang selama ni mereka sama sekali tidak mengecapinya....

Hak Istimewa Bumiputera hanya di kecapi oleh orang2 Melayu cuma
5 tahun sekali
iaitu semasa kempen Pilihan Raya ketika itu merekalah akan disanjung2 dan dilayan seperti Raja di bumi bertuah ni.. selepas pilihan raya nasib mereka dibiarkan merempat di bumi sendiri..

Punca Utama Bangsa Melayu menerima Hak Kesamarataan kaum..

Ramai dari kalangan Bangsa Melayu beranggapan jika Para Pemimpin melayu boleh Berkongsi Kuasa dgn bukan melayu di dalam BN untuk memonggah hasil kekayan negara ini untuk diagihkan kepada anak beranak dan kroni-kroni mereka jadi apa salahnya jika melayu yang berada di bawah pula berkongsi hak kesamarataan kaum dgn bukan melayu di dalam negara ini..

Bagi bangsa melayu diperingkat bawahan daripada Berputih Mata tidak mendapat apa2 lebih bagi diagihkan sama rata hak tersebut..

Di bawah pimpinan Umno, tidak kira ideologi asal yang kini sudah tercemar dan terabai, orang Melayu akan terperangkap dan tidak mungkin maju dan berdikari. Parti-parti yang berulang-ulang terbukti gagal menjaga kedudukan orang Melayu di mata dunia harus diganti sebelum terlambat.

Api Perkauman yang dimainkan oleh UMNO disambut dengan sinis oleh Generasi Baru Melayu.

Kerana sejarah telah membuktikan Peristiwa Rusuhan Kaum pada 13 Mei 1969 dahulu adalah Mainan Politik Parti pemerintah semata-mata untak mengekalkan kekuasaan meraka..

Bangsa Yang Cerdik Adalah Bangsa Yang Tidak Akan Tertipu Selamanya..!!

Adakah Bangsa Melayu suatu bangsa Yang Cerdik..???

Saksikan bagaimana Bangsa Melayu dilayan layan dengan penuh belaian manja dan kasih sayang oleh Para Pemimpin yang melaungkan slogan keramat Hidup Melayu.. sempena Rumah terbuka Bulan Syawal di kampong Plentong Johor ( Lubuk Parti Hidup Melayu )



Awass…!!!

Ini bukannya lakonan semula..

Jangan cuba bandingkan Layanan Mesra ini dgn layanan tentera Israel ke atas Umat Islam Pelastine

Tiada ulasan: