Selasa, 28 Oktober 2008

Umno Membenci Lim Guan Eng Dan DAP



Jadikan Umar Abdul Aziz sebagai contoh, Kelantan ucap tahniah kepada Lim Guan Eng

Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah, mengucapkan tahniah kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng, yang ingin menjadikan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai rujukannya dalam memerintah negeri.

Menurutnya, walaupun Guan Eng bukan orang Islam, namun kerana ilmu yang ada padanya, beliau ingin jadikan khalifah yang masyhur itu sebagai idolanya dalam pentadbirannya agar semua rakyat di negeri itu mendapat pembelaan dan kebajikan.

Baihaqi berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat Lim Guan Eng secara terbuka yang ingin menjadikan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai model untuk dilaksanakan dalam pentadbiran Kerajaan Pulau Pinang.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan taklimat kepada hampir 300 orang rombongan pelawat dari empat buah negeri, iaitu Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

"Walaupun dia (Lim Guang Eng) bukan orang Islam, namun hasil pembacaan dan penelitiannya beliau berhasrat untuk meniru pentadbiran Umar khususnya dari segi amanah, kebajikan.

"Untuk saya meniru Nabi Muhamad dalam pentadbiran adalah terlalu jauh dan sememangnya mustahil.. Kerana Baginda adalah insan teristimewa yang tiada tandingnya, Nabi muhamad adalah insan yang dipilh tuhan sebagai pemimpin dan manusia contoh.. tetapi saya hanya dipilih oleh manusia ( rakyat ) sahaja. Oleh itu pemimpin yang saya akan pilih dan menjadi idola adalah manusia yang pernah memjadi pemimpin agung di dalam system khalifah Islam, beliau adalah Khalifah Umar Abd Aziz, banginda adalah seorang pemimpin yang tunduk pada tuhan dan kasih sesama manusia.” –ujar Lim Guan Eng.

"Ia merupakan satu sikap yang amat baik dan perlu diteladani oleh pemimpin Islam itu sendiri, jadi saya ingin mengucapkan tahniah kepada saudara Guan Eng di atas hasratnya sedemikian,? ujarnya lagi.

Beliau yang juga Adun Pasir Tumboh berharap Ketua Menteri Pulau Pinang itu melaksanakan apa yang dijanjikannya sekiranya beliau ingin dilihat sebagai seorang pemimpin yang benar-benar menjaga kebajikan rakyat khususnya masyarakat Islam.

Sambungnya, sebagaimana masyarakat bukan Islam menghormati dan menyayangi Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato? Nik Abdul Aziz Nik Mat, kerana sikap kepimpinannya yang tidak meminggirkan golongan minoriti di negeri itu, dalam masa yang sama diharap umat Islam di negeri itu juga mendapat layanan yang sama.

"Namun saya berkeyakinan, saudara Lim akan melaksanakannya, apa lagi menerusi Pakatan Rakyat yang ditubuhkan di empat negeri untuk menjaga kebajikan rakyat," ujarnya lagi.

Tiada ulasan: