KeSultanan Perlak: Bermulanya sebuah cerita
Lakaran Barat tentang Bandar Aceh kurun ke 16-17 Masihi.
Semalam saya telah membuat beberapa postings di blogspot ini yang kemudian mengaitkan watak lagenda Keramat Kuala Bidor dengan KeSultanan Perlak serta pergolakan Sunni-Syiah... Sempat pula bercerita sekali tentang Nur, buah hati Muhammad Al-Aminul Rasyid iaitu watak utama dalam novel "Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti" yang selalu menyokongnya dalam susah dan senang. Maka di sini biarlah saya panjangkan cerita mengenai keSultanan Perlak daripada buku "Berpetualang" untuk tatapan semua. Silakan! :]
Jauh sebelum muncul keSultanan Melayu Melaka, telah wujud sebuah keSultanan Islam bernama Perlak di bumi Serambi Mekah.
Malah ketika moyang Sultan Melaka baru hendak mengenali apakah itu binatang yang bernama singa di Temasik, Perlak telah pun menjadi sebuah kuasa besar yang disegani di rantau ini.
Cuma ia dikira beraliran Syiah, berlawanan dengan fahaman Sunni atau Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Maka itu Perlak tidak diiktiraf sejarawan sebagai kerajaan Islam tertua di Nusantara, tidak seperti Samudera Pasai yang dikatakan mendokong mazhab Shafie. Walaupun ia telah wujud 400 tahun sebelum Samudera Pasai, 600 tahun sebelum Melaka diasaskan, ia kurang diberi perhatian kecuali oleh mereka yang mengkaji lebih mendalam.
Setelah membelek beberapa perenggan dalam buku mengenai Aceh, bumi Serambi Mekah dan hal-hal berkaitan yang sedang diusahakannya.
“Hmm… bolehlah,” bisiknya. “Biar semua orang tahu dahulu pernah wujud sebuah kerajaan Islam besar yang sudah lama bertapak di bumi Timur ini. Tidaklah asyik bercerita tentang Melaka, Melaka, Melaka aje…
Kalau kerajaan lebih awal pula asyik-asyik kerajaan Sriwijaya danMajapahit, Sriwijaya, Majapahit... Naik boring aku…”
Aku dan member2 Politeknik mula mengkaji sejarah Perlak setelah mendapat tahu kewujudan sebuah makam lama di Perak yang dikatakan berumur hampir 1,000 tahun milik seorang insan bertaraf wali yang berasal dari sana. Sebelum itu, kami cuma pernah mendengar nama Perlak daripada cerita legenda Melayu Badang di mana orang kuat Perlak bernama Benderang telah datang ke Singapura untuk beradu kekuatan. Tetapi sejak mengenali identiti tuan-punya makam purba yang tersorok di Teluk Intan itu, pemuda yang amat sayangkan ilmu ini tidak menoleh lagi ke belakang.
Kami sanggup bersengkang-mata berulang-alik ke perpustakaan, keluar jauh menziarahi makam-makam lama kemudian ‘berumah-tangga’ di Muzeum Perak dan tidak kira di mana jua untuk mencari jawaban. Dan sekarang Kami mahu dunia tahu apa yang telah berjaya kami gali untuk perhatian...
————————
Dicatat dalam sejarah, pada awal abad ke 9 Masihi telah datang rombongan 100 orang pendakwah dari Timur Tengah berlabuh di Perlak, diketuai seseorang yang dikenali sebagai Nakhoda Khalifah. Mereka ini dikatakan telah melarikan diri daripada buruan kerajaan selepas gagal dalam percubaan menggulingkan pemerintahan Bani Abbasiyah.
Ahli rombongan ini dikatakan terdiri daripada keturunan Rasulullah SAW melalui puteri baginda Fatimah az-Zahrah dan suaminya, Saidina Ali bin Abi Talib Karamallahuwajha, juga para penyokong yang mahukan kepimpinan anak cucu Nabi. Termasuk di kalangan mereka adalah seseorang bernama Ali bin Muhammad bin Jaafar Al-Sadiq.
Ketika itu, Perlak sedang diperintah raja berketurunan Parsi, Merah Syahir Nuwi. Raja dan rakyat Perlak tertarik dengan akhlak ahli rombongan lalu menganut Islam, Rombongan itu dimuliakan dan Ali dikahwinkan dengan adik perempuan Raja Perlak yang bernama Makhdum Tansyuri.
Ada sumber menyebut nama penuh Ali ialah Ali Muktabar Muhammad bin Ad Diba’ie bin Jaafar As Siddiq. Tetapi Rasyid lebih cenderung mempercayai Ali adalah anak kepada Muhammad bin Jaafar as-Sadiq...
Apapun, Merah Syahir Nuwi mangkat sekitar 840 Masihi. Anak lelaki Ali dengan Makhdum Tansyuri pula diangkat menjadi raja baru Perlak, Sultan Alaiddin Sayyid Maulana Abdul Aziz Syah. Maka bermulalah keSultanan Islam Perlak yang akan menjangkau tempoh lebih 400 tahun.
Ali diketahui sebagai anak cucu Imam Ja’afar Al-Sadiq, seorang alim-ulamak besar berketurunan Rasulullah SAW daripada jurai Saidina Hussein yang sangat dihormati dalam sejarah Islam. Malah ulamak ini dikultuskan sebagai seorang imam maksum dalam fahaman Syiah. Yang menjadi persoalan, apakah asal-usul Merah Syahir Nuwi yang menjadi raja asal Perlak? Lebih penting lagi siapakah dia Nakhoda Khalifah?
Ada catatan lama menyebut Merah Syahir Nuwi berasal dari keturunan seorang bangsawan Parsi bernama Salman yang telah berhijrah ke bumi Serambi Mekah beberapa kurun terdahulu. Pelabuhan Perlak pula dikenali sebagai Bandar Khalifah sejak kedatangan rombongan 100 orang pendakwah itu, sempena nama ketua mereka Nakhoda Khalifah. Tetapi sebelum menyingkap siapakah Nakhoda Khalifah, eloklah kita kenal dahulu siapakah Salman yang menurunkan Merah Syahir Nuwi.
————————
Kami telah menghabiskan masa lebih tiga bulan menelaah berbagai sumber mengenai Perlak tetapi tidak berjaya menemui apa-apa catatan rasmi untuk menyelesaikan masalah ini. Tetapi selepas mengkaji beberapa cerita lama, dia yakin orang yang tersebut ini ialah Saidina Salman al Farisi, sahabat Nabi yang memperkenalkan teknik peperangan parit di Tanah Arab. Parit itu telah digali mengelilingi kota Madinah untuk menghalang serangan orang kafir Quraish dan sekutu mereka dalam perang Khandaq.
Menurut satu cerita, Salman telah diangkat Rasulullah SAW menjadi seorang Ahlul Bait atau ahli keluarga baginda yang mulia. Sahabat ini juga diketahui kuat mengembara sebelum memeluk Islam di tangan Nabi di Madinah. Salman dikenali ramai sebagai seorang bangsawan Parsi. Tetapi berapa ramaikah yang tahu baginda juga adalah seorang pewaris kerajaan Parsi, sebuah daripada dua kerajaan terbesar di dunia zaman itu?
“Sebab itu ada kitab-kitab lama Melayu menyebut Saidina Salman al Farisi sebagai Raja Salman,” kata Rasyid, menerangkan asal-usul kerajaan Perlak kepada beberapa orang teman yang juga meminati cerita-cerita lama. “Cuma Salman yang berasal daripada Dinasti Sasanid, keturunan Raja Nurshirwan Adil yang dikenali dalam kitab-kitab lama sebagai Raja Mashriq dan Maghrib iaitu Timur dan Barat itu tidak tertarik atau berminat kepada harta dan kekayaan mahupun kuasa dan nama.”
Sebagai seorang berdarah raja, baginda lebih berminat menimba ilmu mencari kebenaran demi memahami hakikat sebenar kehidupan. Lalu Salman sanggup meninggalkan segala kuasa dan kemewahan untuk mengembara mencari jawaban Menurut satu riwayat, bangsawan Parsi ini pernah menganut agama Zoroaster, agama utama di wilayah kelahirannya. Agama itu asalnya agama Tauhid yang mengEsakan Tuhan sebelum diseleweng unsur-unsur penyembahan api. Kemudian Salman menjadi penganut agama Nasrani ataupun Kristian yang berasal daripada ajaran Nabi Isa AS yang juga telah lari daripada landasannya yang sebenar.
Lama kemudian, barulah baginda mendengar khabar daripada beberapa orang pendita tentang kewujudan agama Hanifiah (orang-orang yang lurus) iaitu agama Tauhid Syariat Nabi Ibrahim AS. Tetapi menurut mereka, agama ini telah pupus di Parsi. Kalau hendak belajar juga, harus mencari seseorang di Tanah Arab. Itulah agama syumul yang diwarisi Nabi Muhamad SAW daripada moyangnya Nabi Ibrahim AS sebelum baginda mendapat wahyu untuk mengajar Syariat akhir zaman. Maka selepas bertahun-tahun berkelana mengkaji dan menganut pelbagai ajaran dan fahaman, Saidina Salman Al-Farisi akhirnya menemui kebenaran, selepas berjumpa Khatamul Anbiya, penutup segala Nabi, Rasulullah SAW.
Kami tidak pasti bilakah Salman sampai ke Perlak. Adakah sebelum atau selepas berjumpa Nabi. Kalau menurut cerita-cerita yang ditampilkan dalam buku sejarah, ada kemungkinan baginda sampai ke Perlak sebelum itu kerana keturunannya, Merah Syahir Nuwi dikatakan hanya menganut Islam selepas kedatangan rombongan Nakhoda Khalifah. Tetapi ada kemungkinan juga baginda telah sampai ke sana selepas Rasulullah SAW wafat, lebih tepat lagi selepas kemangkatan Saidina Ali yang menyaksikan Muawiyah bin Abu Sufian merampas keKhalifahan umat Islam. Maka baginda pun membawa diri jauh daripada kemungkaran yang berleluasa semasa pemerintahan Muawiyah lalu sampai ke Perlak? Wallahualam...
Perkahwinan Ali bin Muhammad bin Ja’afar al Sadiq dengan adinda Merah Syahir Nuwi merupakan pertemuan dua cabang termulia keturunan Nabi Allah Ibrahim. “Seperti kebanyakan raja-raja besar, Raja-raja Parsi juga memiliki titisan darah Iskandar Zulkarnain, penakluk agung yang menurut sesetengah sumber adalah keturunan Nabi Sulaiman,” Rasyid membuka cerita.
Nabi Sulaiman memiliki kerajaan luas yang merangkumi manusia, jin dan haiwan juga unsur-unsur alam seperti angin yang boleh diperintahkan untuk membawanya ke sana-sini. Baginda adalah anak Nabi Daud, keturunan Nabi Ishaq, anak Nabi Ibrahim dengan isteri pertamanya Siti Sarah. Imam Ja’afar al Sadiq bin Muhammad Al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin Saidina Hussein bin Saidina Ali Karamallahuwajha, suami Fatimah Az-Zahrah binti Nabi Muhammad SAW pula berasal daripada keturunan Nabi Ismail, anak sulung Nabi Ibrahim dengan isteri keduanya Siti Hajar. “Maka bertemulah dua nasab mulia keturunan Nabi Ibrahim menjadi Sultan-sultan Perlak..”
Pernah seorang kerabat diraja Perak dengan bangganya bercerita, dalam banyak-banyak kerabat diraja yang masih wujud hingga sekarang, kerabat Peraklah yang paling hebat. Kerana mereka berasal daripada keturunan Raja-raja Melaka yang memiliki titisan darah Raja Iskandar Zulkarnain, raja besar yang pernah memerintah hampir seluruh muka bumi lebih 2,000 tahun lalu dan kisahnya disebut dalam Surah Al-Kahfi.
Kami rasa terpanggil untuk menegur sebahagia bangsa melayu dalam neraga ini “Asal bercerita tentang raja-raja, balik-balik keluar cerita Iskandar Zulkarnain. Adakah mereka semua lupa martabat Rasulullah SAW itu lebih tinggi lagi kerana kemuliaan baginda mengatasi segala Rasul, Nabi, wali dan raja, malah segala makhluk?”
“Bukankah setiap selawat ke atas Nabi wajib disertakan dengan selawat ke atas keluarganya, merangkumi keturunannya sampai sekarang?,” dia bertanya pula. “Bukankah selawat yang dibaca selepas shahadah tahyat akhir solat memerlukan setiap orang Islam menyebut: Salam sejahtera Allah ke atas Muhammad dan keluarganya sepertimana salam sejahteraNya ke atas Ibrahim dan keluarganya? Jika bacaan doa sekali seminggu solat Jumaat meminta kesejahteraan keluarga diraja boleh membawa berkat dan daulat, inikan selawat yang dibacakan berjuta-juta malah berbillion orang ke atas Nabi dan keluarganya setiap kali solat dari zaman dahulu sampailah sekarang. Maka itu manakah lebih berdaulat? Keturunan Rasulullah SAW atau Iskandar Zulkarnain? Bagaimana pula kalau ada titisan darah kedua-duanya sekali?”
Kerabat diraja Perak itu terus terdiam, langsung tak terjawab...
Walaupun sejarah rasmi Perlak yang diperolehi tidak menyatakan secara terang asal-usul keSultanan itu, tidak susah untuk menemukan keterangan yang mengaitkannya dengan Rasulullah SAW dan Saidina Salman Al-Farisi. Yang membuat pemuda ini bingung siapakah dia Nakhoda Khalifah? Mengapa ada panggilan Khalifah? Bukankah Khalifah tarafnya lebih tinggi daripada Sultan bahkan ia menaungi para Sultan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan