Jumaat, 24 Oktober 2008

Dari kaca Mata Segelintir Wanita Islam Malaysia..Negara Bukan Islam Lebih Menghargai Wanita..!!

Dalam perjalanan rutin ke seluruh pelusuk dunia melalui alam maya di depan mata ini, aku terjumpa beberapa artikel mengenai perkhidmatan teksi yang disediakan khas untuk wanita sahaja di Mumbai, India. Lelaki yang boleh turut sama menaiki teksi ini adalah kanak-kanak lelaki berusia bawah 12 tahun. Nama teksi berkenaan begitu canggih sekali - eForsche - diambil dari nama pengeluar kereta mewah Jerman dan perkataan efor shei (untuk dia, wanita).

Rupanya bukan Mumbai sahaja yang ada perkhidmatan teksi sedemikian rupa. Ianya turut diadakan untuk wanita di Dubai, UAE; dan Moscow, Russia.

Selain dari itu, penyediaan gerabak keretapi untuk wanita sahaja telah lama dipraktikkan di India dan negara maju Jepun.




Negara-negara Amerika Latin seperti Brazil dan Mexico serta negara bekas komunis Russia turut sama menawarkan khidmat gerabak untuk wanita sahaja di bandar-bandar utama mereka.

Bandaraya besar dan pesat Shanghai di negara komunis Cina pun ada juga. Di Kaherah, Mesir disediakan juga. Indonesia sendiri berura-ura untuk memperkenalkan sistem yang sama.


Kita di negara Islam ini bila lagi? Mungkin Tengku Adnan akan membantah. Azalina, Shahrizat, Rafidah dan Noraini mungkin juga akan kata semua itu mengarut dan tak masuk akal serta memalukan orang melayu. SIS pun mungkin kata tindakan begitu membelakangkan tamadun. Para penyokong UMNO pastilah lagi hebat, sudah tentu mengatakan ini adalah idea Jumud Parti PAS yang tidak berpandangan jauh ke hadapan...

Tapi itu cuma spekulasi dari AKU ... mungkin juga mereka akan setuju lalu mendesak semua perkhidmatan awam di negara ini berbuat perkara yang sama. hmmmm aku perlu bermimpi seperti zwit untuk melihat ianya menjadi kenyataan.

Aku bukan pendokong feminism. Malah aku lebih banyak tidak setuju dari bersetuju dengan ideologi dan pemikiran golongan itu. Aku juga tidak setuju dengan diskriminasi kaum dan jantina kerana Islam yang indah tidak mendiskriminasi sesiapa. Pucuk pangkal keimanan padaNya penentu status kita disisiNya.


Aku hanya mahukan keselesaan ketika keluar kemana-mana tanpa muhrim bersama, terutama ketika pergi bekerja. Sekurangnya aku tidak perlu lagi memandu di dalam keadaan jalanraya yang sentiasa padat dengan kenderaan, membayar tol yang begitu mencengkam isi pouch merahku. Tapi disebabkan sering dihimpit kiri kanan depan belakang sipi sipa ketika didalam komuter atau LRT tak kira lelaki atau perempuan hingga aku terasa dicabul kehormatan diri, aku lebih rela memandu walaupun mata kuyu mengantuk di dalam kesesakan selama 2 jam pergi dan 2 jam balik.


Jika di Lembah Klang ada perkhidmatan sedemikian rupa, akulah yang akan jadi pelanggan nombor wahid dan setia, sepertimana aku menjadi pelanggan ikan keli serta talapia bakar yang setia di kedai makan bawah opis ni. Tapi pasti akan ada sekelompok wanita sendiri yang membangkangnya ... begitulah lumrah dunia.

Salam Ukhwah
Daripada :
Ungku Zaleha Tengku Megat Iskandar
Seri Harta Mas, Kuala Lumpur..

Tiada ulasan: