Rabu, 29 Oktober 2008

Orang Melayu Wajib Pertahankan Hak Kesamarataan Kaum - Anwar Ibrahim


Anwar Ibrahim ( Penasihat PKR ) memandang serius cadangan Naib Presiden MCA, Dato' Liow Tiong Lai yang mahu kerajaan menghapuskan ekuiti 30 peratus Bumiputera untuk meningkatkan daya saing Bumiputera di negara ini.

Beliau melihat cadangan ini sebagai satu bentuk tekanan politik yang dilakukan MCA ke atas Umno ekoran kelemahan pentadbiran kerajaan pada masa ini.

Tindakan ini secara tidak langsung boleh menjejaskan kestabilan kerajaan selain mencetuskan api perkauman.

Semenjak selepas pilihan raya pada Mac 2008, Umno berada dalam keadaan terdesak kerana BN sudah kehilangan majoriti dua pertiga.

Dengan jumlah kerusi yang ada, Umno tidak berupaya berdiri sendiri sebagai kerajaan dan ini membuka ruang kepada parti-parti perkauman dalam komponen BN untuk menggunakan kuasa tawar menawar mereka bagi menuntut hak-hak yang telah diperakui sebagai hak orang Melayu untuk kaum mereka.

Setelah SAPP menarik diri dari BN, parti-parti seperti MCA, MIC, Gerakan dan UPKO telah memberi tekanan kepada Umno.

Sebelum ini MIC menuntut pelbagai hak untuk kaum India, UPKO dan MCA pula mendesak supaya hak bebas keluar daripada agama Islam, manakala Gerakan mendakwa orang Melayu bukan bangsa asal di negara ini.

Menurut Anwar Ibrahim sebenarnya selama ini yang menyokong IFC serta isu murtad adalah parti-parti komponen yang berada di dalam BN itu sendiri cuma ketika itu mereka tidak berani menonjolkan diri. Kerana itu UMNO buat endah tak endah sahaja apabila berdepan dengan isu IFC dan isu Murtad yang heboh diperkatakan oleh umat islam selama ini..

Cuba saudara semua amat-amati mana ada pemimpin UMNO yang membuat demonstrasi serta bantahan besar-besaran.. yang kelihatan cuma PAS dan semua Ngo Muslim. Umno cuma menghantar Truck FRU untuk mengugut dan membelasan Umat Islam yang mempertahankan kesucian agamanya.-ujar Anwar

Dan kini, MCA sebagai parti utama orang Cina, iaitu bangsa yang menguasai perniagaan di negara ini mahu ekuiti ekonomi Bumiputera dihapuskan.

Menurut Anwar lagi sebenarnya MCA sedang mencari political mileage setelah bertukar kepemimpinan.

Mereka mahu mendapatkan semula sokongan orang Cina yang telah beralih kepada PR dalam pilihan raya yang lalu. Senjata yang paling baik ialah membangkit hak orang Cina dalam bidang ekonomi.

MCA lupa bahawa orang Cina telah menguasai ekonomi negara ini semenjak merdeka, dan kerana tidak adanya kawalan itu, maka tercetus tragedi 13 Mei 1969. Dasar 30 peratus ekuiti Bumiputera melalui DEB merupakan kontrak sosial yang patut dihormati kerana ia bukan sekadar isu ekonomi, tetapi untuk kestabilan politik dan sosial juga.

MCA jangan mengulangi kesilapan 1987 dengan membangkitkan isu-isu perkauman yang akhirnya menyebabkan pemimpin pembangkang ditahan dalam Operasi Lalang.

Anwar tetap bertegas bahawa hak 30 peratus ekuiti ini mesti terus dipertahankan walaupun ia telah mencukupi 30 peratus bagi mengimbangi kesamarataan hak yang selama ini diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat dan pekara ini telah lama dipersetujui oleh Keadilan, PAS dan DAP.

Anwar melihat bahawa hak 30 peratus mesti menjadi penanda aras di negara kerana jika tidak ekuiti tersebut boleh merosot. Bangsa melayu juga harus menjadi tanda aras di dalam politik, pendidikan, kepakaran, kemahiran bidang teknologi dan inovasi selain dari ekonomi yang disebutkan tadi.

Kita harus sedar bahawa sebelum 1969, ekuiti orang Melayu hampir tiada, dan setelah 40 tahun ia hanya berjumlah 19 peratus. Jika keadaan yang sama terus berlaku, kita masih memerlukan 20 tahun lagi untuk mencapai 30 peratus.

Sedangkan nilai 19 peratus hari ini pun, termasuk dana-dana awam sebahagiannya. Sekiranya ekuiti orang Melayu meningkat, bermakna ekuiti bangsa lain merosot, dan jika nilai 30 perartus ini tidak diikat, tidak mustahil ekuiti orang Melayu akan merosot semula.

Tiada ulasan: